WELCOME

Riba di Perbankan Islam

 - Comments Off

Riba di Perbankan Islam

( Interview Majalah Cermin, )

Riba Masih Ada Dalam Perbankan Islam ?
Wawancara Bersama Majalah Cermin 
CERMIN : APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN RIBA DALAM ISLAM?
Ust Zaharuddin (UZAR) :
 Mudahnya riba boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu :-
1) Riba Ad-Duyun ( Muncul dari Hutang) : Iaitu kadar lebihan faedah (Riba) yang terhasil disebabkan tempoh. Ia pula terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu :-
   a- Riba al-Qardh : Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih dari jumlah pinjaman pokok yangmana ianya telah disyaratkan di awal kontrak pinjaman (loan contract), dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam. 
   b- Riba al-Jahiliyyah : Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pinjaman pokok yang dikenakan akibat si peminjam gagal membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan pada tempoh yang telah dipersetujui. Akibatnya si pemberi pinjam akan mengenakan kadar denda ke atas si peminjam kerana minta tangguh pembyaran hutang atau gagal membayar hutang dalam waktu yang ditetapkan.       

2) Riba al-Buyu' (Muncul dari Jual Beli Barangan Ribawi) :
Keterangannya : Iaitu ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran dua item ribawi atau pertukarannya di buat secara tangguh. Ia pula terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu :-

a- Riba An-Nasak : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS secara tangguh (tidak disempurnakan dalam satu masa).

Contohnya :-  5 gram emas di jual dengan harga RM200; atau RM3,800 dijual dengan harga USD1,000 secara tangguh

Riba akan muncul apabila transaksi di atas berlaku secara tangguh. Dalam konteks semasa, Riba akan berlaku apabila wanita masa kini membeli emas secara tangguh.

Ia adalah termasuk di dalam Riba An-Nasak.

b- Riba al-Fadhl : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS dengan berbeza kadar berat (jika dijual secara timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara bilangan kuantiti). Contohnya : Menukar 5 gram emas (jenis 916 ) dengan 6 gram emas (jenis kualiti 750) : HARAM kerana sepatutnya kedua-duanya 5 gram.

CERMIN : ADAKAH BENAR RIBA HANYA TERDAPAT DALAM SISTEM PERBANKAN KONVESIONAL SAHAJA? BAGAIMANA PULA DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM? APAKAH IA JUGA TURUT TERPENGARUH DENGAN UNSUR-UNSUR RIBA?

UZAR : Setakat yang diketahui dengan jelas, Riba sememangnya di amalkan secara berleluasa dalam perbankan konvensional, pinjaman along dan juga dalam semua institusi kewangan yang tidak mempunyai majlis penasihat Shariah.
Adapun Bank-bank Islam, setakat ini mereka telah mengubah semua kontrak atau aqad yang digunakan agar riba dapat dijauhi. Majlis penasihat Shariah di bank-bank ini berfungsi besar bagi memastikan tanda ‘halal' yang ada pada bank islam itu, benar atau tidak. Justeru, kesimpulan ringkas yang mampu saya buat adalah, tiada Riba di perbankan Islam. Bagaimanapun, riba masih boleh wujud secara senyap-senyap atau terangan di perbankan islam jika majlis penasihat Shariah dan pegawai Shariah di bank lalai dari tugasan mereka. Ataupun, ia boleh juga terjadi jika pihak pengurusan tidak sensitive dan mengabaikan nasihat penasihat Shariah.

CERMIN : DALAM SISTEM PERBANKAN SECARA UMUMNYA, BOLEH USTAZ JELAZKAN UNSUR-UNSUR RIBA YANG TERDAPAT DI DALAMNYA?
 UZAR : Jawapan bagi soalan ini amat panjang, ringkasnya seperti berikut :-
 PERTAMA :  Riba dalam pinjaman. Apabila seorang pelanggan datang ke sebuah Bank Konvensional atau sebarang Institusi Kewangan yang tidak menawarkan produk Islam; lalu ingin membuat pinjaman untuk :-

a- Membeli kereta ( Car Loan )
b- Membeli rumah ( Home Loan )
c- Mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft )
d- Membeli mesin dan alatan untuk syarikat ( Hire Purchase Loan )
e- Membuat pinjaman peribadi ( Personal Loan )
Ketika itu, proses pinjam meminjam di antara kedua-dua pihak akan dibuat. Sebagai contoh di Bank Konvensional hari ini : atas permintaan si pelanggan B, Bank A memberi pinjaman RM 100,000 kepada pelanggan B, tetapi Bank menetapkan bunga atau faedah atau interest sebanyak 8 % daripada jumlah pinjaman itu ( RM 8,000) di bawah nama interest bagi membolehkan pelanggan mendapat wang yang diperlukan. 8 % ITULAH YANG DINAMAKAN RIBA AD-DUYUN JENIS AL-QARD .
KEDUA : Riba dalam Akaun simpanan dan pelaburan. Ia berlaku apabila pelanggan meletakkan wangnya di dalam akaun :-

1) Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).
2) Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).
KETIGA : Riba dalam Kad Kredit

KEEMPAT : Riba Dalam Insuran Konvensional

KELIMA : Riba yang berlaku dalam jual beli barang kemas (emas) dengan secara ansuran

CERMIN : DALAM KONTEKS MALAYSIA JUGA, SEJAUHMANAKAH AMALAN PERBANKAN ISLAM DILAKSANAKAN MENURUT LUNAS-LUNAS SYARAK?

UZAR :  Setakat ini, ia berjalan dengan baik di peringkat perbincangan oleh Majlis Penasihat Shariah dan kelulusan sesuatu konsep dalam produk perbankan itu, tetapi saya risau dan bimbang dengan implementasi dan pemantauan di kalangan pengamal perbankan. Ini adalah kerana tidak ramai anatara mereka yang memahami, justeru, kesilapan boleh dan amat mudah boleh berlaku akibat ketidakfahaman.   
Sebagai contoh, kesilapan dalam menerangkan tentang sesuatu konsep Perbankan Islam kepada pelanggan. Kesilapan dalam tertib atau aturan menandatangani kontrak,  kesilapan dalam menggunakan aset yang ingin ditransaksikan, iaitu apabila satu-satu aset digunakan untuk berpuluh-puluh kali teransaksi BBA sebagai contoh dan banyak lagi yang sukar untuk difahami oleh orang awam. Malah kebanyaka ahli perbanakan islam juga tidak memahaminya dan ia memerlukan penerangan yang panjang.

Perlu saya tegaskan bahawa, kekuatan dan ketelitian Shariah sesebuah perbankan Islam, adalah bergantung kuat kepada kesungguhan pelbagai pihak di dalam dan di luar bank. Antara pihak terpenting di dalam Bank adalah seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jabatan Pembangunan Produk, Penasihat Shariah dan Jabatan Shariah di dalam Bank. Kesemua mereka ini perlulah menjadi individu yang bertanggung jawab penuh dan bersungguh dalam melaksanakan konsep Shariah sebaik mungkin di dalam Bank. Tanpa kesungguhan ini,  sesebuah Bank Islam atau Perbankan Islam sememangnya akan meniru produk konvensional tanpa penelitian khusus terhadap aspek implementasi dan Shariah.

Fakta terpenting yang perlu di fahami oleh orang ramai adalah, sistem perbankan Islam telah merubah perspektif hubungan antara pengguna atau penyimpan dengan bank. Hubungan di antara pelanggan dan Bank menurut Bank konvensional adalah atas kontrak pinjaman wang  dengan bayaran faedah(interest) dikenakan atas jumlah pokok, ia mestilah di bayar oleh peminjam kepada Bank.

Manakala Bank-bank Islam telah menukar habis hubungan tidak sihat itu kepada kepada samada hubungan perkongsian (Musyarakah atau Mudarabah), atau penjual (Bank) dan pembeli (pelanggan). Unsur komitmen yang lahir atas hubungan ini pastinya akan merangsang dan memberi kesan prestasi yang memberangsang terhadap output perniagaan bank Islam dan ekonomi masyarakat.

Prinsip perkongsian yang digunakan dalam produk-produk pembiayaan juga dapat menawarkan kepada pelanggan jumlah untung hasil perkongisan dengan bank Islam. Tambahan pula, apabila klien mengalami kerugian, pihak bank Islam turut menanggung kerugian berdasarkan persetujuan perkongsian tersebut. Dalam tatacara ini, pembiayaan dihubungkan kepada proses produksi dan pertukaran bahan mentah dan aset.  Seiringan dengan ini juga, Bank Islam turut menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak yang dipraktiskan secara langsung dan tidak langsung di dalam proses membuat keputusan yang berkaitan pelanggan.  Justeru itu, perlaksanaan akhlak sebagai satu cabang Shariah yang penting berjaya dipatuhi.

CERMIN : APAKAH PANDANGAN ISLAM MENGENAI PENGAMAL-PENGAMAL RIBA?  BOLEH USTAZ JELASKAN DALIL-DALIL QAT'IE YANG MENGHARAMKAN AMALAN RIBA?

UZAR : 
Terlalu amat buruk, malah jauh lebih buruk dari dosa memakan seekor babi. Cuba lihat dalil-dalil ini :-
a)                  Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW. 
Firman Allah SWT :  Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)
b)                  Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Allah SWT berfirman :  Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 ) 
c)                  Dibangkitkan seperti orang gila 
Allah SWT berfirman ertinya : "orang-orang yang memakan riba tidak akan dibangkitkan (di hari kiamat) kecuali seperti orang gila yang disampuk oleh Syaitan" ( Al-Baqarah : 277)
d)                  Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Nabi SAW bersabda :  Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
e)                  Allah melaknat pemberi dan penerima Riba
Nabi SAW bersabda : "Allah SWT melaknat sesiapa yang memberi dan menerima wang Riba" ( Muslim)
f)                    Lebih Berat dari 36 Kali Zina.
Nabi SAW bersabda :  Ertinya : "Satu dirham Riba  yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" (Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )
•g)                  Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar 
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :  Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

CERMIN : Bagi memastikan diri tidak terjebak dalam amalan riba, apakah langkah-langkah tertentu yang boleh dikenal pasti?

UZAR : Langkah yang saya cadangkan adalah :-
•a-     mempelajari ilmu asas  tentang riba dan bentuknya dalam konteks semasa
•b-     Menghadkan penggunaan semua urusan perbankan dengan bank-bank Islam sahaja. Setakat ini Malaysia mempunyai 10 buah bank Islam yang beroperasi secara sepenuhnya.
  
CERMIN : PADA PENGAMATAN USTAZ, SEJAUHMANAKAH PENGHAYATAN MASYARAKAT ISLAM, KHUSUSNYA ORANG-ORANG MELAYU TERHADAP SISTEM PERBANKAN ISLAM?
  
UZAR : Kelihatan amat lemah dan kerap kali saya lihat mereka mengkritik perbankan islam sebagai tidak melaksanakan undang-undang Islam dengan baik sebagai alasan untuk tidak menggunakan perkhidmatannya. Telah ramai saya temui, individu melayu yang begini. Amat kreatif dalam mengkritik tetapi kebanyakkannya tiada fakta yang di buat sembrono tanpa kefahaman. Malangnya tindakan seperti ini menambah popular bank konvensional Riba.
 Amat malang hari ini, kebanyakan orang ramai masih tidak dapat memahami sebaiknya perbezaan ketara antara produk dan perkhidmatan Perbankan Islam dengan produk yang di tawar Perbankan Konvensional. Masih ramai lagi yang menuding jari mengatakan produk dan perkhidmatan perbankan Islam adalah cerminan produk konvensional, dengan hanya menukar sebutan ‘interest' atau ‘faedah' kepada nama-nama yang di seperti Kadar Untung, ‘Ujr, dan lain-lain istilah di dalam bahasa Arab yang sebenarnya hanyalah helah sahaja, kata mereka.
Sepatutnya, seseorang tidak boleh membuat kenyataan umum sedemikian rupa tanpa mengetahui selok belok dan operasi setiap bank Islam, jika tidak ia akan menjadi seperti laporan majalah antarabangsa yang meletakkan New York sebagai bandar paling berbudi bahasa, yang pada hakikatnya amat sukar untuk di terima.
  
CERMIN : AKHIR SEKALI, APAKAH NASIHAT DAN SARANAN USTAZ BERHUBUNG PERSOALAN RIBA DALAM URUSAN KEWANGAN HARI INI?

UZAR :  Sedarilah besarnya dosa Riba, dan semaklah diri kita dan pengurusan kewangan kita sebaiknya. Untung di dunia tidak berguna jika siksa di alam barzakh dan akhirat yang amat panjang tempohnya.
 Akhirnya, semua orang sepatutnya menahan diri dari membuat perbandingan di antara pengamalan dan produk Bank Islam dan Bank Konvensional. Perbandingan "apple to apple" adalah tidak wajar sama sekali, kerana ia ibarat membandingkan undang-undang dan displin di dalam permainan Bola Sepak dan Hoki. Walaupun kedua-kedua di atas padang tetapi ia beroperasi dengan konsep yang berbeza sepenuhnya.

Riba di Perbankan Islam
6/03/2011 09:58:00 AM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 6/03/2011 09:58:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us