Saya ringkaskan dalam 5 butiran yang selalu dikaitan dengan ASB seperti berikut dan tuan puan yang mencari-cari alternatif ASB boleh teliti dengan cermat.
1. Ringkas (Simple, but not easy)
Kaedah melabur secara indeks adalah kaedah pelaburan saham yang paling ‘simple’. Apa yang kita perlu buat adalah memastikan portfolio kita sama dengan indeks. Sekiranya Sime Darby membentuk 15% indeks misalnya, maka pembelian saham Sime Darby juga dalam portfolio kita juga adalah 15%.
Tidak perlu jadi pandai apatah lagi memandai-mandai.
2. Risiko

Pembaca budiman barangkali sudah mendapat idea, 5 dari kaunter yang ditunjukkan sebelum ini adalah syarikat yang ada hubungan dengan kerajaan (MISC, Sime Darby, TM, TM Axiata, Tenaga), lagi 4 adalah syarikat yang barangkali kalian tahu jawapannya dan hanya satu sahaja yang boleh dikatakan tidak ada hubungan langsung dengan kerajaan melainkan syarikat ini memerlukan lesen khas untuk beroperasi di Malaysia.
Sekarang mari kita jawab, adakah Sime Darby misalnya akan dibiarkan ‘bungkus’ begitu sahaja?
Turun naik pasaran saham itu perkara yang perlu kita terima.
3. Kos
Pembelian saham-saham indeks ada kos brokerage yang perlu kita tampung, tetapi kini sudah ada internet. Pembelian saham melalui internet adalah jauh lebih murah.
Kita tidak diberi subsidi jika kita cipta index fund sendiri.
4. Modal Berpatutan
Kita perlu faham, melabur adalah perkara terakhir yang kita perlu buat selepas menyimpan dan melindung harta. Saya sudah huraikan mengenai hal ini dalam buku
Rancang Wang Dari Sekarang.
Justeru, simpan sahaja duit dalam Tabung Haji dan sasarkan simpanan boleh mencecah RM 30,000 secepat mungkin.
5. Pulangan
Secara purata ASB beri 7-8%. Indeks KLCI (indeks yang bercampur halal haram) beri pulangan 15% setahun sejak 10 tahun yang lalu (dividen dilabur semula). Manakala indeks Shariah KLCI (kaedah yang lama) beri 12% setahun.
Siri FTSE Shariah indeks hanya bermula penghujung 2006, justeru prestasinya untuk tempoh kira-kira 46 bulan ini adalah 28% atau pun kira-kira 7.3 % setahun.
Dan sekiranya tuan puan ada kefahaman melabur yang lebih sikit, kita boleh letakkan elemen ‘timing’ yang membolehkan kita memperoleh 50% pulangan dalam tempoh 2 tahun ini misalnya (berdasarkan siri FTSE)