WELCOME

PETANDA SEMAKIN JELAS... SUDAH TERANG LAGI BERSULUH

 - Comments Off

AURUM Khersonese @ SEMENANJUNG EMAS
The Shining Dawn from the East 

PETANDA SEMAKIN JELAS... SUDAH TERANG LAGI BERSULUH

Penggabungan institusi kewangan bukanlah satu perkara yang asing di Malaysia, kerana ia pernah berlaku selepas negara mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dahulu. Mengimbas 12 tahun yang lalu iaitu pada Julai 1999, penggabungan institusi kewangan dilakukan bagi mengkukuhkan sektor perbankan negara untuk menghadapi cabaran globalisasi. Kini (2011) situasi sama bukan saja berulang kembali, bahkan ia memberikan satu petunjuk dan isyarat yang perlu kita kaji dan lihat secara mendalam makna tersirat disebaliknya.

Bermula dengan berita BNM memberikan lampu hijau kepada Maybank dan CIMB untuk mengambil alih RHB Capital Bhd, iaitu syarikat induk kepada RHB Bank Bhd. Seterusnya Hong Leong bank pula telah mengambil alih EON Bank. Malah Bank Islam juga turut dikhabarkan akan mengambil alih Bank Muamalat. Nampaknya banyak sungguh bank-bank yang akan bergabung dan diambil alih ketika ini. Kenapa boleh jadi begitu? Adakah negara bakal dilanda kegawatan ekonomi sekali lagi seperti tahun 1997 dahulu??

Situasi tersebut secara tidak langsung memberikan hint atau petanda bahawa kita akan sekali lagi berdepan dengan masalah ekonomi yang paling mencabar di abad ini. Namun kali ini ia dijangkakan akan lebih getir lagi. Dengan mengambil kira kejatuhan nilai dollar, kebanyakan negara yang selama ini menyandarkan nilai matawang mereka kepada USD kini telah mula beralih arah meninggalkan matawang tersebut. Negara-negara seperti China, Russia dan Arab Saudi telah mula mengurangkan kebergantungan terhadap dollar dan memilih emas sebagai sandaran kukuh. Kita di Malaysia juga mesti melakukan perkara yang sama. Sekiranya tambatan nilai ringgit terhadap dollar pada 1997 dahulu masih lagi dikekalkan sehingga ke hari ini, pasti kita akan merasa sedikit lega buat sementara waktu kerana nilai dan kuasa ringgit kita sedikit mengkukuh.

Namun sebaliknya amalan itu telah dimansuhkan pada 21 Julai 2005 dan semenjak itu nilai ringgit ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding beberapa mata wang asing terpilih. Maka terkapai-kapailah nilai ringgit untuk mengejar kuasa belinya yang semakin hilang akibat inflasi dan kejatuhan nilai dollar. Kini RM 1 bersamaan USD 2.99, berbanding ketika 1997 dahulu nilai tambatannya kepada dollar bersamaan USD 3.80. Lihat betapa jatuh merudumnya nilai dollar. Walaupun ketika ini ekonomi kita kelihatan seperti semakin baik dan nilai ringgit semakin kukuh berbanding dollar, namun hakikatnya kuasa beli Ringgit Malaysia TIDAK PERNAH meningkat, sebaliknya semakin menyusut disebabkan ringgit disandarkan kepada pergerakan nilai semasa dollar yang semakin melemah nilainya.

Apapun nasi sudah menjadi bubur.. kerajaan Malaysia perlu mencari penawar baru bagi menghadapi krisis ekonomi terkini. Sudah tiba masanya untuk kerajaan menerusi BNM menambah semula rizab simpanan emas negara. Rakyat juga mesti digalakkan untuk menabung dengan emas dan perak sama seperti yang telah diamalkan oleh Jepun dan China. Tiada gunanya BNM mahupun bank mega mengumpul asset berbillion-billion ringgit tetapi tidak menyandarkan nilai asset yang berbillion ringgit itu dengan rizab simpanan emas yang banyak di dalam bilik kebal mereka.

BNM dan bank mega di Malaysia seharusnya mencontohi negara China dan Bank of England yang memiliki simpanan bertan-tan emas sekaligus bakal menyelamatkan ekonomi dan kewangan mereka. Tiada cara lain lagi untuk mengukuhkan kedudukan kewangan perbankan dan ekonomi sesebuah negara melainkan dengan memiliki rizab simpanan emas. Tak ada gunanya bergabung untuk menjadi bank yang terbesar dengan memiliki asset yang banyak, kerana yang penting bukannya kuantiti asset yang dimiliki, sebaliknya nilai asset itu sendiri yang lebih penting, terutama asset yang nilainya bersandarkan emas dan perak.

Hakikatnya maksud penggabungan bank ini dalam erti kata lain adalah bertujuan untuk menyelamatkan bank-bank yang menghadapi masalah kewangan atau dalam bahasa kasarnya bank yang akan bankrap. Namun pada masa yang sama penggabungan ini juga dikhuatiri secara tidak langsung akan memudahkan bank-bank asing terutamanya dari kelompok ‘Geng 5’ bank terbesar dunia untuk menguasai dan mengambil alih bank-bank tempatan ini kelak. Gabungan bank-bank tempatan ini boleh kita ibaratkan seperti sekumpulan ikan-ikan kecil di laut, manakala bank asing umpama jerung besar dan ganas yang sedang kelaparan. Jangan nanti kumpulan ikan-ikan kecil ini dingapppp!!! dek jerung yang ganas sudah. Kalau dah kena ngappp!!! sendiri mau ingat laaa apa akibatnya. Lu pikir laa sendiri!!!

Oleh itu kita sebagai rakyat yang boleh dianggap macam ikan bilis nie.. adalah lebih baik kita ngappp dulu apa-apa yang patut sebelum kita dingappp!!! hehehe.. Dasar kewangan anda, hanya anda sendiri yang tentukan. Buat persediaan sewajarnya, jadikan emas dan perak sebagai dasar kewangan peribadi anda. Pindahkan nilai kekayaan dalam bentuk logam bernilai. Jadilah rakyat yang bijak wang. Anda bijak jika memilih emas dan perak sebagai simpanan untuk masa hadapan. Wallahualam.

p/s: Ada maklumat mengatakan terdapat beberapa penggurup wang/money changer di Malaysia tidak lagi menjual dan membeli USD kerana nilainya semakin jatuh.. dia orang yang dah lama main dengan currency pun dah nampak tanda-tanda USD akan collapsed.. siap awal-awal lagi dah lari menyelamatkan diri dari berurus niaga dengan USD...

6/08/2011 03:41:00 AM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 6/08/2011 03:41:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us