MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

 - Comments Off

Hukum Pelaburan Internet Dan Skim Cepat Kaya

Keputusan:

Setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai Hukum Pelaburan Internet, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:

Akad melalui internet adalah sah sekiranya menepati syarat-syarat jual beli dan pelaburan yang ditetapkan oleh Islam

Sebarang pelaburan melalui internet yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah haram, 
ciri-cirinya adalah: 

i- Menetapkan kadar peratusan pulangan 

ii- Menjamin modal dari sebarang kerugian adalah tidak sah akadnya dan semua pulangannya adalah riba" yang haram Justeru, semua jenis pelaburan yang mempunyai ciri yang disebutkan diatas sama ada melalui internet atau tidak, adalah diharamkan oleh Islam atas sebab-sebab riba' dan gharar
Beberapa contoh jenis pelaburan ini adalah ABB Fund, Winli Fund, Dana Futures, Arabic Fund, Buy Ebarrel, dan lain-lain yang sepertinya.

Mesyuarat menasihatkan orang Islam agar merujuk kepada Jabatan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan senarai pelaburan Islam yang halal

Mesyuarat turut membuat keputusan bahawa sebarang skim yang menawarkan pulangan mudah tanpa sebarang usaha atau cepat kaya adalah haram.

Antara ciri-ciri mengenalpasti skim ini adalah:
Menawarkan pulangan tertentu dan tetap dalam masa tertentu tanpa melakukan sebarang kerja yang setimpal
Tiada penjualan barang yang sebenar
Mempromosikan komisyen dan sistem kaki lebih utama dari menjual produk sebenar

Fatwa Mengenai Urus Niaga Jual Beli Emas 
Secara Ansuran / Hutang

Keputusan: 
Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 8 Jun 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut. 

Alhamdullillah fatwanya : 

" Urusniaga jual beli emas secara ansuran atau hutang yang dikendalikan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) adalah harus mengikut hukum syara' ". 

والله أعلم بالصواب
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Hukum Ke Atas Produk Investment Link Menurut Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Ke Atas Produk Investment Link Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa umat Islam hari ini mempunyai banyak alternatif untuk membeli atau melabur dalam produk-produk insurans yang berlandaskan syariah.
Oleh itu, pembelian produk-produk Investment Link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang menggabungkan insurans konvensional dan pelaburan saham amanah dalam dana-dana yang tidak menepati syarak perlu dielakkan oleh umat Islam.
Keputusan (English): 
The Ruling on Investment Link Product From Islamic Point of View

Decision:

The 76th Muzakarah (Conference ) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 21st-23rd November 2006 has discussed the ruling on investment link product from Islamic point of view. The Committee has decided that Muslims today have plenty of alternatives to purchase and invest in Islamic based insurance products.

Therefore, purchasing investment link products offered by conventional insurance companies that combine conventional insurance and investment in trust fund in any non-shariah compliance funds must be avoided by Muslims.

Penglibatan Orang Islam Dalam Jualbeli Saham

Huraian Tajuk/Isu: 
Jawatankuasa Perunding Hukurn Syara'(Fatwa) dimaklumkan bahawa ramai orang Islam yang melibatkan diri dalam jualbeli saham. Maka Jawatankuasa Perunding Hukurn Syara.(Fatwa) telah diminta untuk memberikan fatwanya mengenai perkara ini.
Keputusan: 
 Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara.(Fatwa) telah membincangkan dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :
" Bahawa pada prinsipnya, orang Islam boleh melibatkan diri dalam jualbeli saham, kerana ia tidak bercanggah dengan syarat jualbeli dalam Islam, walau bagaimana pun pelaburan atau perniagaan syaarikat saham tersebut adalah daripada barangan yang halal."
Status Penwartaan: 
 Tidak Diwartakan
Kadar emas dijadikan perhiasan

Keputusan: 

Mesyuarat bersetuju bahawa kadar/had emas yang dijadikan perhiasan atau pakaian yang diharuskan dikenakan zakat apabila memenuhi syarat-syarat dan melebihinya had yang sepatutnya pada "uruf orang yang setanding atau sepadan dengannya. Adapun emas perhiasan atau pakaian yang tidak diharuskan yakni yang makruh atau haram maka apabila sampai 20 mithqal atau lebih wajib dikeluarkan zakat dengan syarat-syaratnya.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Penetapan Semula Kadar 'Uruf Pemakaian Emas Di Negeri Melaka Dan Kaedah Pengiraan Zakat Ke Atasnya

Keputusan: 

a) Menetapkan bahawa kadar ‘urf pemakaian emas perhiasan bagi wanita Islam di Negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram; manakala zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5 peratus daripada nilai emas perhiasan yang melebihi kadar ‘urf tersebut (tanpa penolakan);

b) Meminda para 9(i) Warta Kerajaan Negeri Melaka bertarikh 19 November 2009 mengenai fatwa zakat harta di bawah tajuk zakat emas dan perak;

Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 6 Jan, 2011
Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/02/09;PUNM.700-02/40
Akta/Enakmen: Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002

Kajian Semula Mengenai Penetapan Kadar Uruf Emas Perhiasan Di Negeri Melaka dan Kaedah Pengiraannya

Huraian Tajuk/Isu: 
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut :

a) Menetapkan bahawa kadar 'urf pemakaian emas perhiasan bagi wanita Islam di Negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram; manakala zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5 peratus daripada nilai emas perhiasan yang melebihi kadar 'urf tersebut (tanpa penolakan);

b) Meminda pada 9(i) Warta Kerajaan Negeri Melaka bertarikh 19 November 2009 mengenai fatwa zakat harta di bawah tajuk zakat emas dan perak.
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Mohon pandangan mengenai zakat perhiasan wanita 

Keputusan: 

Mesyuarat membuat keputusan : peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Rabiul Akhir 1427 bersamaan 21 Mei 2006 butiran 3.4 dipinda dan adalah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju bahawa perhiasan emas wanita ( الحلى ) tidak dikenakan zakat selagimana ia tidak melebihi kadar uruf bagi wanita-wanita Islam yang dianggarkan seberat 850 gram atau nilaian harga semasa yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Menjual Barang Hiasan Daripada Emas Dan Perak

Huraian Tajuk/Isu: 
Hukum menjual barang hiasan yang dibuat daripada emas dan perak secara tangguh.

Keputusan: 
Sah menjual barang hiasan yang dibuat daripada emas dan perak secara tangguh.

Keterangan/Hujah: 
Kerana muamalah secara tangguh ini telah menjadi kelaziman dan keperluan (diterima umum) hidup manusia dan tidak mengakibatkan penipuan atau perkara-perkara lain yang menyebabkan berlakunya perseteruan.
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Fatwa Mengenai Zakat Harta-Harta Pendapatan

Keputusan: 

Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 12 Sep 1999 telah membincangkan mengenai fatwa zakat harta-harta pendapatan. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:

Harta-harta pendapatan yang diperolehi dari usaha samada dalam bentuk gaji, elaun, ganjaran, pampasan atau pendapatan pemindahan atau pendapatan yang diperolehi melalui kerjaya yang bercorak profesional, kepakaran atau kemahiran diri adalah diwajibkan zakat apabila cukup nisobnya menurut nisob Zakat Logam (emas,perak) atau matawang, tanpa syarat haul. Kadar zakatnya ialah 1/40 setelah ditolak perbelanjaan dharuriat yang paling sederhana.

Demikian juga diwajibkan zakat pendapatan dari harta tak alih seperti bangunan premis, rumah, kenderaan dan lain-lain yang diperolehi menerusi sewaan, pajakan dan lain-lain yang tidak termasuk dalam urusan jual beli atau urusan perniagaan. Zakat dikenakan keatas pendapatan bulanan setelah ditolak perbelanjaan pengurusan.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Zakat Gaji

Huraian Tajuk/Isu: 

Setelah membahaskan fakta-fakta yang telah dikemukakan dalam kertas ini maka Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak telah sebulat suara memutuskan bahawa :-
Keputusan: 

1.1 Gaji, tunggakan gaji, pelbagai elaun dan lain-lain pendapatan yang berkaitan dengan pengajian setelah ditolak keperluan asas, pembiayaan kerja, hutang dan apa-apa pembiayaan yang menjadi sebab sebenar pembiayaan seseorang itu apabila cukup nisabnya adalah wajib dizakat.

1.2 Nisab zakat gaji adalah sama dengan nisab zakat emas dan perak. Nisab zakat emas ialah 85 gram (25.2259 mayam) dan nisab zakat perak ialah 595 gram (176.5913 mayam)

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: KAJFS/2/2/96

Hukum Lelaki Memakai Emas Putih

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Hukum Lelaki Memakai Emas Putih. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki .
Keputusan (English): 

The Ruling Of Man Wearing White Gold

Decision:

The 52nd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 1st July 2002 has discussed the ruling of men wearing white gold. The committee has decided that men are prohibited from wearing white gold.

Keterangan/Hujah: 

Emas Putih adalah campuran logam emas dengan logam-logam lain dalam kuantiti yang berbeza-beza.

Emas Putih adalah pancalogam yang berbeza dengan platinum walaupun dari segi warnanya sama iaitu putih. Hakikatnya logam platinum tidak mempunyai unsur emas.

Jabatan Mufti Selangor telah memfatwakan bahawa hukum haram memakai emas putih sekiranya kandungan emasnya melebihi 50%.

HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN SUASA

Huraian Tajuk/Isu: 

Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) Negeri Selangor untuk mendapat pertimbangan dan pandangan mengenai hukum lelaki memakai cincin suasa.

Keputusan: 

Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :

'Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 membuat keputusan menagguhkan perkara ini bagi mendapat kajian yang lebih lanjut dan terperinci sebelum hukum diputuskan '.

*kertas kerja ini telah dibawa ke Muzakarah Fatwa Kebangsaan untuk keputusan lanjut.
Keterangan/Hujah: 

2. LATAR BELAKANG

2.1 Dari al-Barra bin Azib r.a, dia berkata : Rasulullah memerintahkan kepada kami 7 dan melarang kepada kami dari 7 perkara pula : Beliau memerintahkan kami untuk mengiringi jenazah, melihat orang sakit, memenuhi undangan, menolong orang yang dizalimi, mendukung sumpah/orang yang bersumpah dan membalas salam, menyebarkan salam dan mendoakan orang bersin. Beliau melarang kita memakai wadah dari perak, cincin emas, sutera, pakaian yang berlapis sutera tipis, pakaian yang diperbuat dari cotten dan sutera, pakaian yang berlapis sutera tebal dan tutup pelana dari sutera.

2.2 Dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Nabi s.a.w memaki cincin dari emas atau perak dan menempatkan muka cincin itu dekat tapak tangan beliau, dan di dalamnyadilukiskan "Muhammad Rasulullah". Maka orang-orang memakai cincin seperti yang beliau pakai. Ketika beliau melihat mereka memakainya, maka beliau melemparkan cincin beliau itu dan berkata : Aku tidak akan memakai selamanya, lalu beliau memakai cincin dari perak pula. Berkata Ibnu Umar:Orang yang memakia cincin itu setelah Nabi s.a.w adalah Abu Bakar, Umar dan Uthman sehinggalah cincin Uthman ini jatuh disumur aris.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
6/02/2011 10:29:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 6/02/2011 10:29:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD
There was an error in this gadget

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us