Kenapa anda perlu tahu?
1. Menjual atau menggadai emas palsu merupakan satu kesalahan, dan anda boleh didakwa.
2. Menipu pembeli adalah berdosa (senang kan)
Okey tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa.
1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu
2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut
3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.
4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)
5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.
7. Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.
8. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning. 9. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif
10. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la) sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi)
11. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.
12. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.)
13. Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen. Best kot, saya belum dapat lagi selami perasaan itu. sedih betul……
Ok next saya ingin share dengan anda berkenaan jongkong emas, ia mungkin penting untuk mereka yang ingin memilikinya. Risiko jika terbeli jongkong emas palsu sangat besar, anda mungkin boleh bangkrup. Jadi sila perhatikan dengan betul sebelum membeli. Jika boleh bawa bersama mereka yang lebih arif.
Jongkong emas yang dijual di Malaysia terdiri daripada beberapa jenis, antaranya:
1. PAMP Suisse
PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, preciousmetals products). PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga. PAMP Suisse pula ada 2 jenis iaitu PAMP Suisse dengan Sijil Ketulenan merah dan Lady Fortuna.
PAMP Suisse 100gms Gold Bar
Lady Fortuna
2) Poh Kong Bunga Raya (dijual di Poh Kong)
20grams Bunga Raya Gold Bar
3. Kinebar (Dijual oleh UOB)
Kinebar 1 Ounce Gold Bar (1 Ounce = 28.3495gms)
4. Public Gold
Beberapa saiz Public Gold, Gold Bar
5. Kijang Emas (syiling) dikeluarkan oleh Bank Negara
Syiling Kijang Emas
6. Dinar Emas Kelantan (syiling), Dinarkel
Dinar Emas Kelantan (dinarkel)
Itu antara yang sempat saya senaraikan, jika anda ada cadangan sila kemukakan pada bahagian komen dibawah.
Berikut pula adalah jongkong emas/emas putih/platinum palsu yang dijual di Pasaran Malaysia
Platinum Palsu bergambar Suharto
Logam Mulia (LM) Platinum atau emas, lambang kuda, tapak kuda, kuda terbang
Contoh lagi Logam Mulia palsu yang biasa dijumpai
Ini rupa sebenar emas Logam Mulia
Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya yang panjang ini, bagaimanapun apa yang saya tulis hanyalah sedikit ilmu yang saya ingin kongsi dan ia tidak semestinya tepat, semoga kita sama-sama menambah ilmu berkenaan dunia emas ini, sila bagi pendapat atau pandangan di ruangan komen dibawah. Terima kasih.
Sekali lagi saya ingatkan, sila rujuk mereka yang lebih arif, cara saya mungkin membantu tetapi ia sukar kerana anda perlukan pengalaman dan penelitian yang lebih sebelum mempraktikannya