Jangkaan Pendita Terhadap Pasaran Jongkong Emas
Ya begitu lo pak, gaji di Malaysia emangnya lumayan sih. Kita seneng kerja di sini. Semuanya disedia in. Tempat menginap, panganan dan segalanya(satu ungkapan menarik datangnya dari mulut pekerja import)
Tetapi berapa sebenarnya pendapatan perkapita rakyat Malaysia?
Berpandukan kepada maklumat di atas, pendapatan tahunan isi rumah rakyat di Malaysia hanya RM17,xxx.00 adalah satu nilai pendapatan yang kecil dan memungkin masing-masing untuk tidak mempertahankan pegangan emas melebihi 100 gram yang dianggarkan bernilai RM15,000.00 untuk jangka masa yang panjang walaupun pelaburan ini memberi keuntungan 20% hingga 30%.
Apa yang berlaku jika harga emas terus-terusan merudum seperti sekarang, jika sebiji jongkong emas beratnya 20 gram bernilai RM3200.00 yang di beli di awal Januari 2011 dan merudum harganya seperti sekarang sekitar RM2977 hingga RM3024. Sudah tentu menjadi keresahan di pihak pemilik emas. Nak dijual harga makin menurun, harga buy back pula dari RM3xxx.00 menjadi RM28xx.00. Maka pemilik emas menjadi panik. Antaranya mulalah kata-kata negatif timbul:
1. Menyesal aku melaburkan semua gaji aku ke atas emas jongkong.
2. Ku sangkakan untung, rupanya rugi lihatlah sekarang ku beli RM3240.00 la nie merudum kepada RM3000.oo
3. Ingatkan dealer beri bantuan nasihat, rupanya hampeh ditinggalkan aku terkontang kanting keseorangan. Janji aje lebih.
4. Bila ditanya mengapa harga jatuh. Pengedar jawab, adatlah bro pelaburan emas nie kejap turun kejap naik.
Inilah sikap pelabur dan pengedar emas negara kita sebenarnya. Bila menguntungkan tiada kata pujian tetapi bila pelaburan menghadapi masalah maka kata cacian menghinggap kepada diri kita.
Kita imbau senario sekarang, kekacauan di Mesir adalah satu pergolakan politik yang tidak disangka-sangka. Isunya mudah, tukar presiden sahaja telah menjadi satu ancaman kepada pergerakan harga emas berbanding dengan harga minyak.
Pelik bukan secara psikologinya harga minyak terus naik mendadakmelebihi USD100 per tong, pelik bukan walhal Mesir hanya penyimpan emas purba dunia paling besar . Mesir bukanlah negara pengeluar minyak secara positif tiba-tiba minyak boleh naik . Walau bagaimanapun jangan terkejut kerana rusuhan di Mesir yang berpanjangan membawa kekusutan politik di Yaman dan Jordon. Apa yang ada di Yaman dan Jordon ya?
Kenapa harga emas dijangka akan bertahan lama pada harga rendah? Secara psikologinya pelabur akan terbawa-bawa kepada urusniaga yang menguntungkan. Pertamanya yang baru berlalu diawal tahun kenaikan harga saham antarabangsa dan domestik yang naik positif, kini disambung dengan kenaikan harga minyak sudah pasti mengalihkan pelabur emas yang aktif mengalihkan perhatian kepada pasaran minyak dunia. Kesannya sumber kewangan akan dipindahkan ke pelaburan minyak. Walaupun untung sesen impaknya sangat besar. Dengan sendirinya kos pengeluaran emas lombong akan naik mendadak dengan sendirinya penyusunan semula operasi dilakukan sementara pinjaman kewangan diluluskan. Pemegang saham akan hilang arah seketika.
Beralih ke dalam masalah domestik mengenai emas jongkong keluaran negara kita. Jika harga emas merudum berterusan, masing-masing akan merasa panik.Untuk dijual tiada siapa membeli, kalau ada pembeli harga rendah maka langkah terakhir adalah memajak ke dalam Ar Rahnu Agrobank iaitu satu-satunya bank menerima pajakan emas jongkong. Dalam jangkamasa panjang, Ar Rahnu Agrobank 100% akan menjadi one stop untuk produk jongkong emas paling banyak kerana bank ini satu-satunya penerima pajakan emas jenis ini. Terus terang Pendita tabik spring dengan Ar Rahnu Agrobank berperanan merancakkan perjalanan pelaburan emas jongkong domsetik yang terbesar dan terhebat. Terima kasih Agrobank.
Diperincikan pelanggan-pelanggan Jongkong Emas Arrahnu Agrobank terkini sejak bulan September 2010:
1. Pemegang Jongkong Emas Public Gold - (Putiry 24K)
2. Pemegang Jongkong Emas Serambi Emas - (Purity 23K)
3. Pemegang Jongkong Emas GCP (Pamp suisse) - (Purity 23K)
4. Pemegang Jongkong Emas lain-lain syarikat
4. Pemegang Jongkong Emas GCP - belum ada kemasukan kerana baru dilancarkan pada 1/2/2011.
Tanda-tanda yang sudah berlaku ke atas pemegang jongkong emas?
1. Pelabur-pelabur yang ada kebanyakannya orang yang susah dan bukan berlatar belakangkan ahli perniagaan mereka membuat pinjaman bersandarkan kepada slip gaji dan bukan berdasarkan aset dimiliki. Pinjaman masing-masing bermula dari RM40K hingga RM100K. Memang sedap dipermulaan pinjaman seolah-olah tidak akan berlaku masalah dikemudian hari.
Persoalannya berapa ramai yang mampu mempertahankan pinjaman tersebut digunakan untuk pelaburan emas. Sudah pasti ramai yang gelap mata, dapat sahaja wang banyak sedikit terus hanyut. Lihat saja pinjaman perniagaan yang lain. Rempitlah emas anda dengan pelbagai gaya akhirnya sangkut juga jika tiada "money support" di belakang anda. rempit sangat sesuai kepada pelabur yang mempunyai perniagaa walaupun anda seorang penjual goreng pisang, satay atau tahu bakar.
2. Sudah ada kedengaran beberapa pelanggan pajakan yang disampaikan oleh pegawai bank yang menemui saya menghadapi masalah menebus semula emas mereka. Yang sedihnya, dengar sahaja naik harga emas dan harga pajakan berdesup bawa surat pajakan untuk membuat overlap. Tetapi bila diminta membayar upah simpan terlebih dahulu masih juga tidak mampu. nah, masalah sudah bermula. Nie baru seorang, macam mana kalau sudah beratus dan beribu.
3. Walaupun bank sedia mengeluarkan pinjaman sehingga RM150,000.00 untuk satu akaun, pemajak kena juga beringat keluarkan lebih awal atau membuat bayaran sedikit demi sedikit bagi memberi peluang orang lain untuk memajak. Jika kita menangguhkan pembayaran sehingga genap enam bulan sudah pasti cash flow bank stak. Jika stak enam bulan melibatkan beratus dan beribu akaun sudah pasti akan menyebabkan cash flow bank terencat dan sukar untuk dibuat pusingan. Jangan terkejut nanti jika akan keluar syarat pajakan jongkong emas hanya dibenarkan kepada peniaga-peniaga sahaja. Tetapi pajakan barang kemas boleh diteruskan.
4. Sudah ada kedengaran Ar rahnu Agrobank merujuk dengan bank negara mengenai kes ini. Apakah kes ini menjadi episod ulangan kes Etika Emas dan Bank Rakyat? Kita nantikan. Modus operandinya mudah sahaja, sangkut sahaja satu hallmark jongkong emas sehingga terlelong maka ia akan mempengaruhi pajakan jongkong emas hallmark lain. Siapa rugi, pelabur-pelabur juga yang makan hati. Penganjur sudah kenyang dan mengaut keuntungan berbillion ringgit. Time nie adakah mereka akan menghulurkan bantuan korporat sosialnya atas kesetiaan anda kepada syarikat penganjur? Jika anda seorang pelabur emas jongkong yang genuine usah panik.
5. Tindakan penganjur mambuat pelaburan emas yang menggunakan konsep 30-70 dan dijanjikan dengan imbuhan kewangan yang kecil walaupun mendapat sokongan Pendita tetapi tahap kewangan pelabur yang turut serta kena ambil perhatian. Ini untuk memastikan pelaburan emas masa kini dan masa depan tidak bergolak lagi seperti yang berlaku pada bulan Mac hingga Jun 2010.
6. Bulan Mei yang Pendita tetapkan adalah turning point untuk memastikan pelaburan emas jongkong mendapat sambutan rakyat Malaysia secara menyeluruh. Jika bulan Mei 2011 tiada pergolakan berlaku ke atas pelaburan jongkong emas domestik, Pendita sangat yakin pelaburan ini dapat berterusan. Walau bagaimanapun segalanya bergantung kepada keadaan suasana ekonomi dan politik dunia serta domestik.