WELCOME

PERBANDINGAN PELABURAN UNIT AMANAH KWSP BERSELINDUNGKAN DAN BERLANDASKAN ISLAM SEBENARNYA

 - Comments Off

Memahami Unit Amanah Islam

Peningkatan kekayaan pelabur yang berminat untuk melabur dalam produk-produk kewangan Islam dan perkembangan produk-profuk Pasaran Modal Islam akan memperkukuhkan prospek pertumbuhan industri unit amanah Islam dalam jangka panjang.

Di Malaysia, permintaan untuk unit amanah Islam nyata semakin meningkat. Daripada hanya dua buah dana Islam pada tahun 1993, bilangan dana-dana Islam dalam industri unit amanah swasta di Malaysia telah bertambah kepada 146 buah pada hari ini. Setakat 30 Jun 2010, sektor dana Islam mempunyai nilai aset bersih (NAB) sebanyak RM26.37 bilion, iaitu kira-kira 31 peratus daripada industri unit amanah swasta di Malaysia.
Ciri-ciri Unit Amanah Islam
Ciri utama yang membezakan pengurusan dana Islam daripada pelaburan konvensional ialah pematuhannya kepada undang-undang Syariah. Dana-dana Islam mesti mematuhi aktiviti ekonomi yang patuh Syariah dan melabur hanya dalam syarikat-syarikat yang memenuhi kehendak Syariah. Di samping itu, dana-dana Islam tidak boleh melabur dalam bank-bank konvensional yang menawarkan produk dengan kadar faedah tetap tetapi boleh melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam. Dana-dana Islam juga mesti menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam produk-produk yang dilarang oleh undang-undang Islam seperti arak, tembakau, daging khinzir, perjudian dan pornografi.
Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan aktiviti perniagaan utama yang tidak mematuhi keperluan Syariah, penyaring kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan, digunakan untuk memastikan syarikat patuh Syariah menjanakan pendapatannya dengan sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan. Selain itu, dana Islam hanya boleh bergiat dalam pengumpilan melalui penggunaan instrumen kewangan Islam dan tidak boleh mendapatkan atau menyediakan pinjaman konvensional mahupun melabur dalam produk-produk berfaedah konvensional, termasuk sekuriti hutang konvensional. Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam produk pelaburan jangka pendek patuh Syariah, misalnya instrumen pasaran wang.
Daya Tahan Dana Islam
Oleh yang demikian, dana Islam didapati lebih berdaya tahan daripada unit amanah konvensional kerana pulangannya lazimnya kurang meruap. Sementara itu, melabur menurut “etika” ini juga menawarkan kelebihan lain. Sebagai contohnya, dana Islam tidak begitu terjejas oleh skandal yang melanda syarikat-syarikat seperti Enron dan WorldCom beberapa tahun dahulu kerana kunci kira-kira syarikat tersebut yang amat berkeumpilan menghindari dana-dana Islam daripada melabur dalamnya. Tambahan pula, penyaring kuantitatif menambahkan lagi sifat berdaya tahan dana Islam kerana jika kadar faedah naik1 Lipper, 9 Julai 2010dalam suasana inflasi yang semakin meningkat, pelaburan dalam syarikat-syarikat yang tidak berkeumpilan dijangka akan mencatatkan prestasi yang cemerlang.
Penyucian Keuntungan
Ada masanya juga sekuriti patuh Syariah yang tertentu diklasifikasikan semula sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. Ini mungkin disebabkan oleh syarikat menukar atau mengembangkan operasinya yang boleh menyebabkan aktiviti yang dilarang oleh undang-undang Syariah mencapai paras yang tidak dapat diterima. Sebagai contohnya, restoran atau hotel mungkin mengambil keputusan untuk mula menghidangkan arak atau daging khinzir di premis mereka. Dalam hal ini, Penasihat Syariah akan memerlukan sekuriti itu dilupuskan sekiranya nilai pasarannya melebihi kos pelaburan asal pada hari pengumuman.
Maka syarikat pengurusan dana perlu menyucikan atau membersihkan keuntungan yang dibuat oleh dana-dana Islam dengan mengenal pasti keuntungan yang dijana oleh aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan serta menyalurkan jumlah berkenaan kepada badan-badan amal yang diluluskan oleh Penasihat Syariah. Pelabur boleh mengetahui bagaimana pengurus-pengurus dana menyucikan perolehan daripada dana Islam mereka dalam prospektus masing-masing.
Majlis Penasihat Syariah
Bagi melindungi kepentingan pelabur, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah (SACSC) untuk mengawal selia dana-dana Islam di Malaysia. SACSC bertanggungjawab melayani pertanyaan dan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan bidang ini serta membuat pengumuman untuk menggalakkan inovasi dalam industri ini.
Selain itu, SC juga membenarkan pendaftaran penasihat tempatan dan asing bagi dana unit amanah dan sekuriti Islam demi memastikan pengurus-pengurus dana dapat memanfaatkan kepakaran Syariah mereka. Di samping memastikan operasi dan pelaburan dana mematuhi keperluan Syariah, penasihat Syariah juga berjumpa dengan pengurus dana sekali-sekala untuk menjawab pertanyaan dan memberikan nasihat. 

Pelaburan Unit Amanah Melalui KWSP

1. Bolehkah kita mengambil duit keuntungan selepas melabur melalui KWSP bila perlu?

  • Tidak boleh. Segala keuntungan akan dimasukkan semula ke akaun 1 KWSP. Anda boleh mengecapi keuntungan itu apabila telah mencapai umur persaraan atau umur yang boleh mengeluarkan semua duit KWSP.
2. Apa untungnya melabur dengan duit KWSP, sedangkan kita tidak boleh mengelurkan keuntugan tersebut?
  • Untungnya adalah bila hari tua anda. Peraturan itu telah ditetapkan oleh KWSP. Anda tidak perlu risau. Jika anda tidak melabur pun duit tersebut tidak boleh dikeluarkan untuk kegunaan biasa. Jadi apa salahnya anda menggunakan duit tersebut untuk mengambil keuntungan bagi menambahkan duit sediada demi masa tua kita.Fikirkanlah.
3. Orang islam boleh melabur ker dalam Unit Amanah?
  • Boleh. Ini kerana terdapat lebih kurang 21 dana termasuk yang terbaru dilancarkan pada 16/11/2010 yang menepati syariah Islam untuk pelabur yang mementingkan halal dan haram duit pelaburan mereka.
4. Jika tukar fund yang kita ada sekarang ke fund baru, ada fee ker?
  • Ada. Rm25 sekali tukar. Sebaiknya, anda perlu tunggu lebih kurang 3 tahun melabur dalam satu-satu fund bagi menentukan fund tersebut baik atau tidak untuk anda. jangan terburu-buru tiada penetapan hati. Sabar mau banyak. Ingan Pelaburan Unit Amanah adalah jangka panjang bukan untuk kaut untung segera.
5. Bagaimana cara untuk tambah pelaburan?
–> Anda boleh guna Mesin ATM jika ada akaun PB.
–> Boleh guna online. Perlu isi borang dulu. Borang boleh minta di kaunter public bank/public mutual.
–> Potongan terus dari akaun anda untuk Akaun Maybank, BSN dan PB.Maybank ada charge RM1 sekali transaksi.
–> Boleh bayar juga di kaunter PB. Minta borang bank in public mutual kat kaunter PB.
6. Kalau saya berminat untuk melabur lebih dari 1 dana, boleh ker?
  • Boleh. Tak ada masalah. Janji pelaburan minimum RM1000 setiap dana. Untuk pengetahuan anda, satu dana anda akan dapat 1 akaun nombor bagi dana tersebut. Jika anda buka 5 dana, anda akan ada 5 akaun nombor.
7. Jika saya buka pelaburan dengan minimum RM1000, lepas itu saya tak tambah duit. Boleh hangus/lesap ker duit tersebut?
  • Insyallah tidak. Jika anda melabur sekali, lepas itu tak melabur lagi. itu kita panggil pelaburan pukal. Hilang semua tu tidak la. Tapi kalau kurang tu ada kemungkinan kerana Unit Amanah ni berdasarkan harga turun-naik dan yuran-yuran tertentu. Kalau labur RM1000 tetiba jadi RM800 ker tu perkara biasa mungkin anda beli pada harga tinggi dan jual pada harga rendah dan kos yuran yang perlu di tanggung. Tetapi kebanyakan la jika labur RM1000 paling kurang dalam 3 tahun dah lebih dari RM1000. Tertakluk pada pasang surut harga UNit dan agihan tahunan.
8. Saya pernah melabur melalui Perunding Unit Amanah, tetapi saya tidak pernah jumpa dia atau dia mungkin tidak dapat dihubungi lagi. Apa patut saya lakukan?
  • Datang/hubungi  cawangan Public Mutual berdekatan dengan anda. Dapatkan nama consultant tersebut. Sekiranya consultant sudah tidak aktif, Public Mutual akan memberi fail anda ke Supervisor atau Agency Manager perunding anda bernaung. Tidak perlu risau kerana perunding hanyalah orang perantaraan anda sahaja, wang anda tidak akan dibawa lari dan masih lagi selamat bersama Public Mutual.
9. Bagaimana kaedah untuk saya pantau perkembangan pelaburan saya?
  • Anda boleh lihat di public mutual online. ada harga terkini dipaparkan. Boleh juga lihat sisipan akhbar. boleh bertanya kepada perunding anda atau call pusat khidmat pelanggan public mutual.
10. Adakah Kita Membeli Unit Trust daripada Perunding /Consultant?
  • Tidak. Tiada wang yang perlu anda berikan kepada perunding untuk melabur dalam unit trust. Anda perlu sendiri bank-in ke akaun unit trust anda. Tiada penipuan disini.(urusniaga pelabur dan perunding).
Pengenalan Konsep Saham Amanah Islam dan Kelebihannya!!

APA ITU DANA UNIT AMANAH ?

Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah.

BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.

Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.

Dengan pertalian sedemikian kita dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi.

BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?

Ada dua cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui pertumbuhan modal dan menjana dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.

Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.

SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Secara umumnya, unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan, yang lebih penting, pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka.

Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang terbaik dan ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap (fixed deposit). Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.

KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH

1. Pengurusan Dana Profesional

Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.

2. Mempelbagai Peluang

Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.

3. Memudahkan Transaksi

Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.

4. Meminimakan Risiko

Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.

5. Kecairan

Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.

6. Potensi Pertumbuhan Modal

Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.

PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK

a. Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Saham

Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.

b. Pelaburan Unit Amanah dan Deposit di Bank

Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.

|
This entry was posted on 6/02/2011 09:49:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us