Khalifah Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang kedua telah menetapkan piawaian Dinar adalah seperti berikut :
- 1 Dinar bersamaan berat 4.25 gram emas 916.6
- 1 Dirham bersamaan berat 3 gram perak 999
KELEBIHAN DINAR EMAS
- Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.
- Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.
- Penyimpanan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.
- Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
- Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
- Harga Emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.
DI ANTARA KEGUNAAN DINAR EMAS ADALAH :
- Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.
- Boleh digunakan untuk membayar zakat.
- Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin.
- Boleh diberikan sebagai hadiah/ cenderamata.
- Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.