Salam..
Ada masa lapang sikit ni bolehlah akak taipkan semula artikal dalam akhbar utusan malaysia mengenai pembelian emas. Sekarang ini orang kan tengah memperkatakan pelaburan emas yang dikatakan hangat laris macam goreng pisang panas. Tidak terkecuali akak juga. Jadi artikal ini bolehlah kita jadikan panduan dalam urusan kita yang berkaitan dengan jual beli emas.
Umat Islam terutamanya peminat, pembeli dan pelabur emas hendaklah mengawasi urus niaga mereka supaya selari dengan syarat dan terhindar daripada riba.
Olih itu, perkara-perkara berikut hendaklah di beri perhatian dalam urusniaga merela iaitu;
- Pembelian emas adalah bermaksud untuk mempunyai pemilikan terhadap emas yang dibelinya. Olih itu, haram kita membeli emas jika tidak mempunyai kebebasan dan kuasa untuk melakukan urus niaga lain seperti tidak boleh menjualnya semula dalam tempoh-tempoh tertentu.
- Haram membeli emas secara hutang atau secara tangguh dengan membayarnya secara ansuran walaupun terdapat pandangan minoriti yang memberi pengecualian pada emas yang telah diubah menjadi barangan seperti cincin dan gelang. Menjauhi pembelian emas dengan mengunakan kad kredit kerana terdapat unsur syubhat lebih-lebih lagi dengan adanya fatwa terbaru Kesatuan fiqh Islam Sedunia yang mengharamkannya. Begitu juga, haram secara mutlak jika tidak membuat bayaran kad kredit atas pembelian tersebut hingga di kenakan riba oleh pihak pengeluar kad kredit.
- Tidak melakukan trade-in emas lama yang dimiliki dengan emas baru. Ini boleh membawa kepada riba kerana hukum tukaran emas dengan emas mensyaratkan timbangan kedua-dua tukaran tersebut adalah sama dan diserahkan serta-merta semasa pertukaran tersebut tanpa sebarang tanguhan masa. Untuk mengelakan riba ini berlaku, orang yang ingin trade-in hendaklah menjualkan emas lamanya terlebih dahulu. Setelah mendapat wang jualan, barulah ia membeli emas baru tersebut.
* sumber utusan malaysia mega