WELCOME

Jelas Garis Mula – Mencapai Bebas Kewangan

 - Comments Off

Jelas Garis Mula – Mencapai Bebas Kewangan

Setelah mengetahui sebab bocor kewangan pada bulan lalu, kali ini kita akan memposisikan minda kita untuk bebas kewangan. Berminda seperti orang biasa-biasa tidak akan membebaskan kewangan. Tahukah kita, hanya 15% populasi dunia adalah benar-benar bebas kewangan.
Bocor kewangan
Mengapa mereka berjaya? Kerana mereka tahu apa yang kita tidak tahu. Ramai antara kita sedar dan tahu. Tetapi kebanyakannya tiada tindakan. Mengapa?

4 Sebab Kenapa Kita Tidak Bertindak

  1. Tidak tahu mahu bermula di mana.
  2. Tidak tahu ruang masa bertindak.
  3. Tidak tahu berapa yang mahu dikumpul.
  4. Tidak tahu apa yang pertama patut dilakukan.
Akhirnya, azam hanya tinggal azam, sedar tinggal sedar, tahu tinggal tahu.
Bersedia untuk fokuskan tenaga dan masa dalam tiga hingga lima tahun ini. Ini tempoh yang penting tentang masa depan kita. Masa adalah sangat, sangat, sangat singkat. Katakan pada diri sendiri:
”Saya perlu berubah. Berubah mengundang peluang. Berubah cepat, mengundang peluang yang cepat.”
Mari mulakan. Posisikan dirimu.

Langkah Pertama – Kenalpasti Lokasi Kewangan

Jika kita sesat di hutan yang sangat tebal, dan di tangan kita ada sekeping peta topografi lokasi itu, apa tindakan pertama yang akan kita lakukan? Fikirkannya.
Peta topografi
Sudah tentu peta itu tidak berguna jika kita tidak tahu di mana lokasinya. Ya, cari lokasi di mana kamu sekarang. Barulah boleh dituju arah ke mana sahaja.
Samalah juga pengurusan kewangan peribadi, kenalpasti di mana ’lokasi’ kita sekarang.

#1 – Tahu Di Mana Mahu Bermula

Ambil sehelai kertas kosong. Senaraikan semua harta yang ada. Mula-mula, tulis di atas kertas, semua simpanan tunai yang ada. Kemudian tuliskan semua harta yang ada, berapa nilai rumah, berapa nilai ekar tanah, berapa nilai emas, berapa nilai saham, berapa nilai perniagaan yang diusahakan sekarang.
Semakin banyak, semakin bagus. Jika tidak ada, tidak mengapa. Jumlahkan, dan tuliskannya besar-besar.
Kertas kosong
Jika mahu, tuliskan semua hutang dan tanggungan pula! Ya jumlahnya tuliskan besar-besar.
Baik, letak jari telunjuk di dahi, sambil melihat angka yang besar tadi berkatalah pada diri sendiri,
”Di sini aku bermula!”

#2 –  Tahu Ruang Masa Tindakan

Sekali lagi, ambil sehelai kertas kosong. Tuliskan umur kita mahu bebas kewangan. Jangan tulis pada umur 58 tahun. Itu umur pencen, sekian. Tolakkan dengan umur kamu sekarang. Jawapannya tulis besar-besar.
Contoh; 45 (umur mahu bebas kewangan) – 35 (umur sekarang) = 10 tahun.
Sekali lagi letakkan jari telunjuk di dahi,  berkatalah sambil melihat angka yang besar itu,
”Inilah masa untuk bertindak!”

#3 – Berapa Jumlah yang Mahu Dikumpul

Ambil sehelai kertas lagi. Tuliskan perkara ini. Katakanlah, kita akan hidup sihat sehingga 70 tahun. Katakanlah juga, dengan gaya hidup sederhana mewah, kos hidup anda ialah RM90,000 setahun.
Umur  persaraan kita adalah 70 – 45 (umur bebas kewangan tadi) ialah 30 tahun.
Segala impian ditulis di atas sekeping kertas
Maka tuliskan kos hidup setahun tadi, darab dengan 30 tahun iaitu (RM90,000 X 30) = RM2,700,000. Tuliskan angka jawapan itu besar-besar. Ini adalah contoh, sesuaikan dengan jangkaan kos hidup masing-masing.
Buat kali terakhir letakkan jari telunjuk di dahi, berkatalah sambil menyebut angka jawapan tadi,
“Aku perlu kumpulkan RM2.7 juta untuk bebas kewangan!”

#4 – Tahu Tindakan Pertama yang Perlu Dilakukan

Maka sekarang sudah jelas tanpa perlu bersuluh:
  1. Saya ada RM1200 sahaja simpanan tunai.
  2. Saya ada masa 10 tahun untuk bertindak.
  3. Saya perlu mengumpul RM 2.7 juta.
Maka, mengapa tunggu esok untuk bermula? Kita tidak ada banyak masa lagi. Berhenti buang masa. Berhenti mengeluh. Jika orang lain boleh lakukannya, mengapa tidak kita? Mari mula berniaga. Mari cari peluang.

garisan permulaan
Bebas kewangan seperti larian olahraga. Garis mula sudah sangat jelas. Baiklah, tembak mula akan berbunyi, mari lari laju. Lebih laju lebih bagus. Jumpa lagi nanti.
Cantik dipandang inai di jari,
Gagah panglima segak berdiri;
Bila tahu di mana diri,
Mulakan langkah terus berlari

6/11/2011 12:39:00 AM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 6/11/2011 12:39:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us