Mas Kahwin dengan Dinar @ Jongkong Emas (Bar)?
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Takrif Nikah:
i) Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.
ii) Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.
Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah S.A.W dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ".
(Riwayat Ibnu Majah)
Anda sudah bersedia untuk berkahwin dan bagaimana kewangan Anda?
Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Ini adalah syarat terpenting untuk membuatkan pernikahan itu sah dari hukum syarak. Allah memerintahkan supaya wanita yang akan dikahwini diberi mahar. Allah S.W.T menyatakan, “Ya Rasullullah, sesungguhnya kami telah menghalalkan kamu isteri kamu yang telah kamu berikan kepadanya mahar.”
Apabila cinta atau kasih yang ditawarkan oleh teruna diterima oleh si dara maka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang memberikannya isteri maka mahar dibayar. Mahar hanyalah tanda, yang penting wanita itu menerima serta membalas cintanya dan bersedia bersamanya mengharungi lautan hidup. Oleh kerana mahar adalah tanda kegembiraan bagi pihak lelaki, maka ianya hendaklah diberi dengan hati yang penuh ikhlas, tulus, suci dan gembira. Ianya tidak patut diberi sebagai satu bebanan dan tekanan bagi pihak lelaki.
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Pemberian mahar oleh suami kepada si isteri melambangkan kesungguhan suami terhadap isteri, juga melambangkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri. Antara dalil-dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri, Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Nisa’ ayat 4:
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Riwayat Bukhari )
Dari dalil di atas menerangkan pemberian mahar dari suami keatas isteri adalah wajib dan maskahwin boleh diberikan kepada bakal isteri apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat.
Mahar boleh merupakan segenggam barli atau kurma dan boleh juga sepasang kasut. Seorang wanita dari Bani Fajarah dikahwinkan dengan mahar sepasang kasut. Nabi Muhammad S.A.W bertanyakan, sama ada wanita berpuas hati dengan mahar hanya sepasang kasut. Wanita itu menjawab dia berpuas hati. Maka Nabi Muhammad S.A.W membenarkan lelaki itu mengahwininya.
Dari hadith di atas, jelas menunjukkan mahar adalah hadiah dari pihak lelaki dan pihak wanita pula bersetuju menerimanya. Mahar adalah lambang ikatan yang dibuat antara dua insan. Ia tidak patut diberatkan. Apabila mahar dibayar mengikut kemampuan pihak lelaki maka perkahwinan menjadi untuk semua orang. Melakukannya apabila jodohnya telah ditemui. Penzinaan, maksiat akan berkurangan kerana peluang untuk berkahwin dipermudahkan untuk semua orang. ( untuk pengertian mahar lebih lanjut)
Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain. Bagaimana jika sekernaya pemberian mahar tersebut yang sebelum ini diberi dalam bentuk wang ringgit ditukarkan kepada pemberian DINAR EMAS atau JONGKONG EMAS, dan kami mencadangkan agar ianya ialah Emas Jongkong BAR.
Antara lain kelebihan Emas Bar ialah:
1. Keluaran Kilang dari Malaysia dimana pengeluarannya hampir 20 kilogram sehari.Hampir 1 billion RM telahpun terjual dan 10000 Dealer malaysia n brunei serta 10 branch diseluruh negara2. Cantik dan boleh dijadikan pelaburan, simpanan, hadiah, cenderahati, mas kahwin dan sebagainya.
3. Kos yang paling murah di pasaran.
4. Perbezaan harga jualan dan beli semula yang rendah.
5. Memberi jaminan membeli semula Emas Bar, walaupun calar, dibuka sarungnya atau bengkok.
6. Mempunyai sijil ketulenan emas yang sah.
7. Harga sentiasa dikemaskini setiap hari.
8. Emas dicairkan (liquidity) jika kita perlukan wang tunai.
9. Urusan jualbeli emas dilakukan
10. Kita tidak perlu jual jika perlu duit untuk keperluan bisnes, hanya lakukan pajakan.
11. Nilai emas tetap berharga dan semakin naik.
Kembali kepada perbicaraan kita mengenai mahar, ianya merupakan hak isteri dan akan menjadi simpanan isterinya, sekaligus menjadi simpanan pelaburan yang pasti meguntungkan di masa depan, sesuai dengan motto kami “Jaminan Pelaburan Masa Depan Anda”. Bererti pembelian dan simpanan hari ini akan membawa pulangan yang amat-amat menguntungkan di masa hadapan kita semua, apatah lagi dengan kenaikan harga pasaran emas dewasa ini hampir setiap hari. Para isteri akan mendapat keuntungan di atas kenaikan harga emas tersebut pada masa depan.
Kami yakin para bakal pengantin khususnya bakal isteri akan bersetuju untuk menerima Mas Kahwin mereka dalam bentuk Emas Jongkong. Kepada mereka yang telah membeli Emas Kongkong dan menggunakannya sebagai Mas Kahwin, syukran jazilan kami ucapkan kerana pilihan anda memang tepat kerana anda telah mula menabung untuk kekayaan anda bersama untuk masa depan anda.
Apakah Rukun Nikah?
Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu,
1. Pengantin Lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.2. Pengantin Perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.
3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.
4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.
5. Dua Orang SaksiSyarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.
Marilah sama-sama menjadikan Jongkong Emas Goldbar @ Dinar sebagai Mas Kahwin/Mahar pernikahan anda, bagi menggantikan wang kertas yang kita gunakan sekarang. Marilah kita kembali kepada zaman kegemilangan Islam dahulu, yang menggunakan dinar emas dan dirham perak sebagai matawang.
Utusan Malaysia melaporkan: “Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan. Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana ‘ingin kembali kepada tradisi Islam. ”
Pernikahan antara M. Nasir dengan Marlia Musa berlangsung pada tahun 2000, dengan 13 dinar emas yang berharga RM2000, sudah 11 tahun berlalu. Apa yang menarik tentang kisah ini ialah penggunaan dinar pada masa itu belum pun meluas, malah dinar yang dikeluarkan secara rasmi dalam dunia moden ialah yang dikeluarkan oleh UAE lebih kurang setahun selepas pernikahan M Nasir. Jika standard dinar tersebut mengikut piawaian Saidina Umar Al Khatab R.A iaitu 1 dinar bersamaan 4.25g emas 916 (22 karat),
Masa itu harga bagi 13 dinar harga bagi 1 dinar masa itu adalah RM153.00= RM1989 , dan hari ini harga 1 dinar adalah RM810.00, maka jumlah keseluruhannya hari ini telah bernilai RM10530.00. Dan hari ini dengan RM2000 anda hanya mampu membeli 2 1/5 dinar emas sahaja. HAMPIR 430% KENAIKAN EMAS BUAT MASA INI SELAMA 10 TAHUN NIH MAKA SETAHUN LEBIH KURANG 43%
# SAYA MENYERU MASYARAKAT KITA SUPAYA CELIK AKAN SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS DARI WANG KERTAS, EMAS DAN PERAK TELAH TERMAKTUB DALAM HADIS MATERIAL DIMULIAKAN ALLAH SERTA DENGAN DINAR ADALAH MATAWANG MASA DEPAN ISLAM.INSYA ALLAH