
Ok, jawapannya adalah simpanlah (kumpul) emas dari sekarang.Kumpul lah sedikit demi sedikit InsyaAllah akan menjadi bukit.Jika anda tak mulakan sekarang bermakna anda tidak akan bermula dan anda juga tidak berusaha untuk mengelakkan diri anda dari amalan riba. Kenapa saya katakan dengan menyimpan emas amalan riba terhapus sebabnya… segala kemahuan anda boleh dibayar secara tunai. Di sini saya akan terangkan lebih terperinci :
Lihat contoh yang saya berikan ,

Sekiranya hari ini anda telah memiliki emas sebanyak 15 dinar = RM9585 (harga pada 19/10/10 jam 7:30AM) dalam simpanan anda. Dan dalam masa yang sama anda ingin membeli sebuah motosikal dengan hargaRM5500( jika secara tunai), kalau hutang (riba) mungkin harganya melebihi RM7000.Apabila anda berhasrat ingin membeli motosikal secara ansuran, ini bermakna anda mampu untuk membayar bulanan sebagaimana yang ditetepkan. Ok, bagi mengelakkan amalan riba di atas – 15 dinar emas yang anda miliki tersebut anda pajak dipajak gadai Islam, dengan harga yang diberikan di atas anda memperolehi sebanyak RM6230 (60% gadaian dari nilai emas anda, boleh dapat sehingga 70%). Ambil jumlah yang diperlukan sahaja dan terus kekedai motor dan beli secara tunai. Buat bayaran bulanan di pajak gadai bagi menebus kembali emas yang telah digadai tersebut.Maka anda telah menjauhkan diri anda dari amalan riba sebab bayaran dipajak gadai tidak mempunyai interest 1 sen pun yang dikenakan cuma upah simpan emas anda.Hari ini anda telah disampai dengan satu ilmu, ILMU + TINDAKAN = KEJAYAAN ( dunia dan akhirat ).
# PADA HARI INI 17 SEPT 2011 ADALAH 15 DINAR =RM 12090