SALAM KEEMASAN SEMUA
DIBAWAH INI ADALAH GRAF KENAIKAN EMAS SEMASA DAN SEJARAH KENAIKAN EMAS DIMANA TIADA PENURUNAN DARI DULU LAGI MALAHAN MAKIN MENINGKAT SEHINGGAKAN MASYARAKAT MENYATAKAN EMAS SENTIASA MAHAL.
KITA SELALU MENGELINGKAN KEPALA APABILA ISTERI KITA MEMASUKI KEDAI EMAS ROBEK LAGILAH DUIT KITA TAPI SEBENARNYA IANYA PELABURAN MASA DEPAN CUMA PELABURAN MELALUI BARANG KEMAS TAK SESUAI DISEBABKAN PATTERN DAN JUGA APABILA DIJUAL KEMBALI TOKEY EMAS TIDAK MEMBELINYA PADA HARGA SEMASA .
MANAKALA SEKIRANYA KITA MEMBELI @ MENYIMPAN DALAM BENTUK EMAS JONGKONG KITA AKAN DAPAT MENJUALNYA PADA HARGA SEMASA DIMANA KENAIKAN EMAS TAHUNAN PURATA DIANTARA 30-50% MANAKALA PERAK 80-100% DENGAN INI KITA DAPATLAH MENGAWAL PENDAPATAN KITA YANG SEBERAPA NIH DENGAN PENAMBAHAN ASSET EMAS DARIPADA WANG KERTAS FIAT .
SEKIRANYA ANDA BERMINAT MEMBELI EMAS ...ANDA SEBAIKNYA MEMBELI EMAS YANG MURAH TETAPI KUALITI TERJAMIN DAN JUGA SENANG MENDAPATKAN STOCK SERTA APABILA INGIN MENJUALNYA DENGAN MUDAH TAK KIRALAH CALAR KER BENGKOK KER BANYAK COMPANY EMAS DARI LUAR NEGARA SERTA BANK TEMPATAN MENJUAL EMAS TETAPI SUSAH STOCK SERTA MAHAL DAN JUGA SUSAH APABILA INGIN MENJUALNYA.INSYALLAH DENGAN EMAS DARI PG MEMUDAHKAN KITA MENDAPATKAN STOCK EMAS DIMANA COMPANY MEMPUNYAI KILANGNYA SENDIRI DIMALAYSIA SIAP
ADA MALAYSIA BOOK OF RECORD LAGI PENGELUARAN HAMPIR 20 KG EMAS SEHARI DAN JUALAN SYARIKAT MENCECAH HAMPIR 1 BILLION RM .
10000 DEALER DISELURUH MALAYSIA N BRUNEI DAN 10 BRANCH DI MALAYSIA.
HARUS DIINGAT JANGAN KITA MEMBELI EMAS DALAM BENTUK SAHAM @ BUKU BANK KERANA IANYA MENYALAHI HUKUM HAKAM AGAMA ISLAM DAN MAJLIS FATWA MALAYSIA JUGA MENEGASKAN PERKARA INI KEPADA ORANG ISLAM MEMANDANGKAN NEGARA KITA INI BERBILANG BANGSA DAN AGAMA.
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?
APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura
22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.
STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4
( b ) 925
( c ) 830
( d ) 800
STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.
CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN
24
CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT
1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).
750 X 24 = 18K
1000
Nama-nama lama panggilan kepada Emas :
Emas Se Amas = 2.551 gm
Emas Se Rial =2.70 gm
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )
Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
Emas 1 Mayam = 3.37 gm
Hina Besi kerana karat Mulia Emas kerana kilat
KENAIKAN EMAS DARI 30 HARI YG LALU SEHINGGA 10 TAHUN LALU
MENCECAH HAMPIR 450 %
KENAIKAN SEMASA DARI JAN 2011 SEHINGGA SEPT 2011 MENCECAH 35.7%
1 Year Gold London Fix PM Daily with 14 and 200-day moving averages |
|
|
|
2 Year Gold London Fix PM Daily with 30 and 200-day moving averages |
|
|
|
5 Year Gold London Fix PM Daily with 60 and 200-day moving averages |
|
|
|
8 Year Gold London Fix PM Daily with 60 and 200-day moving averages |
|
|
|
10 Year Gold London Fix PM Daily with 60 and 200-day moving averages |
|
|
Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT.Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pulamenjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.
Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.
Firman Allah s.w.t:
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalamneraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari)apa yang kamu simpan itu"(Surah At-Taubah: 34-35)
Sabda Rasulullah s.a.w:"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikankepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kalikepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".(Hadis riwayat Abu Hurairah)
KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS
* Emas Yang Disimpan
Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.
Contoh: Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa), maka zakatnya ialah sebanyak: RM 4,000 X 2.5% = RM 100. * Emas Yang Dipakai o Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan).
Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan,buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000. o Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak: (RM 7,000 - RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.
TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ).Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik.Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga.
Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM.
Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.
STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan.
Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.
Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870.Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.
Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan.
Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.
PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaan
Barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja.
Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan.Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli .Penandaan lambing pembuat,pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupuntidak diwajibkan.
PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur
( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut.
Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur.Contohny disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.
PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.
PENGECUALIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.
WASALLAM