WELCOME

 - Comments Off

Fahami pelbagai kos jual beli emas

SEJAK kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai pelaburan dalam jongkong emas 
(gold bar). Saya berasa musykil apakah kelebihan membuat pelaburan dalam bentuk jongkong emas dengan membeli barang kemas (sebagai perhiasan)? Manakah yang lebih menguntungkan?

EMAS sentiasa menjadi topik pelaburan yang hangat, lebih-lebih lagi selepas kita melihat harga emas melonjak dalam tempoh dua tahun lepas. Dari segi dolar Amerika, harga emas telah naik sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun lepas dan lebih 150 peratus dalam tempoh empat tahun lepas. Sebab itulah emas kini mendapat perhatian ramai.

Soalnya apakah cara terbaik untuk meraih keuntungan daripada emas? Ada pelbagai cara anda boleh melabur dalam emas. Anda boleh membeli emas dalam bentuk fizikal sebenar dan ini mungkin dalam bentuk jongkong emas atau syiling emas. Syiling emas contohnya, Kijang Emas, mungkin lebih popular di Malaysia. 

Apabila membeli syiling emas, bank akan menyebut harga belian dan harga jualan. Inilah harga di mana bank akan membeli emas daripada anda atau menjual emas kepada anda. Dua harga ini adalah berbeza dan inilah kos anda untuk memiliki emas.

Sebagai contoh, untuk satu auns emas, harga jualan ialah RM5,571 bagi Kijang Emas. Inilah harga satu auns Kijang Emas yang dijual oleh bank kepada anda. Harga belian balik ialah RM5,352 bagi satu auns Kijang Emas. Inilah harga bank akan membeli balik satu auns Kijang Emas daripada anda, atau dengan kata lain, anda akan menjual balik barang kemas anda pada harga ini. Jika anda mahu membeli emas, anda boleh berbuat demikian pada harga RM5,571 dan menjualnya pada RM5,352. 

Perhatian bahawa terdapat perbezaan 4.0 peratus antara kedua-dua harga ini. Jika anda membeli Kijang Emas, katakan pada harga RM5,571, anda perlu menunggu harga belian balik RM5,352 untuk naik melebihi harga belian RM5,571 untuk meraih untung. Oleh itu ada baiknya meninjau sama ada terdapat harga jualan dan belian yang lebih baik.

Sebagai pilihan, anda boleh membeli barangan kemas daripada kedai emas. Kaedah ini menjadi pilihan utama di Timur Tengah dan Asia. Umumnya terdapat harga emas runcit yang ditetapkan oleh Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia (www.fgjam.org.my) yang memberikan panduan tentang kadar emas yang ditawarkan oleh kedai emas. Anda perlu ingat bahawa barangan kemas berhubung kait dengan arah hala dan terdapat bahagian tertentu kos barangan kemas yang berkaitan dengan kerja ketukangan.

Jika barangan kemas dileburkan, anda mungkin kehilangan nilai kos berkait dengan kerja ketukangan tersebut, kerana nilai akhir yang dikira adalah hanya berasaskan nilai emas.
Selain itu adalah sukar untuk mengesahkan kandungan emas. Jadi nilai barangan kemas anda mungkin tidak mudah dan sukar ditentukan secara konsisten. Anda juga perlu mempertimbangkan faktor simpanan, sebagai contoh, menyewa peti besi atau peti simpanan selamat jika anda mempunyai jumlah emas yang besar.

Satu lagi cara yang semakin popular sejak dua tahun lepas ialah akaun buku simpanan emas. Apabila anda membuka akaun tersebut, anda akan diberikan buku simpanan.
Ia berfungsi sama seperti akaun simpanan. Apabila gaji anda dikreditkan ke dalam akaun simpanan, anda tidak memegang tunai secara fizikal sehingga anda mengeluarkannya daripada ATM.

Oleh sebab terdapat pelbagai kaedah untuk membeli emas, anda perlu memahami kos menjual beli emas. Satu lagi, emas diniagakan dalam dolar Amerika, dengan itu terdapat risiko tukaran asing bagi pelabur yang membeli emas dalam mata wang lain, seperti Ringgit Malaysia (RM).

Sebarang keputusan melabur dalam emas hendaklah dibuat untuk jangka panjang. Berdasarkan pergerakan pasaran saham, emas memberikan perlindungan terhadap ketidaktentuan global. Selain itu, emas merupakan lindung nilai yang baik terhadap inflasi. Justeru, emas merupakan kelas aset yang patut dipertimbangkan.

For Detail Info hubungi : ASMADI MD YUSOFF 0199809816

9/24/2011 09:05:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 9/24/2011 09:05:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us