i) Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.

Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran. Ketika itu, sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga dianggap orang yang kaya dan berkuasa. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk dan tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik.
ii) Emas bernilai untuk selama-lamanya.
Kebanyakan benda memiliki nilai yang terhad kepada had masa dan had tempat. Namun nilai emas tiada had masa dan had tempat. Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai. Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.
iii) Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangkamasa panjang.Satu lagi keistimewaan emas ialah ia mengekalkan kuasa belinya dalam jangkamasa panjang. Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang. Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560-2007″
iv) Emas adalah aset yang terunggul.

Emas juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai kerana emas merupakan aset yang sangat cair. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan mudah dengan menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu (contohnya Ar-Rahnu Agrobank, Ar- Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim dan banyak lagi). Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% – 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa. Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat.
v) Emas tidak boleh dimanipulasikan.Selain itu emas sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Kuantitinya juga tidak boleh ditambah dengan mudah. Emas perlu dicari, dilombong dan ditulenkan dan dibentuk. Ini adalah proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara. Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang sah. Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh memanipulasikan nilai emas.