WELCOME

 - Comments Off

Rahsia Perniagaan Peniaga Cina Malaysia

Apabila kita kaitkan alam perniagaan biasanya di Malaysia ia sinonim dengan kebolehan masyarakat Cina terutama di Malaysia di dalam perniagaan. Pengalaman saya sendiri berurusan dengan peniaga atau usahawan Cina, bekerja dengan pasukan jualan berbangsa Cina, serta rakan dari kalangan masyarakat Cina membolehkan saya mendapatkan sedikit sebanyak resepi kejayaan mereka.
Kaedah dan disiplin perniagaan ini sewajarnya diaplikasi atau dijadikan contoh bagi usahawan Bumiputra bagi sama-sama menikmati kejayaan di dalam bidang keusahawanan.
Antara kaedah atau disiplin perniagaan  peniaga Cina adalah seperti berikut:
1) Didikan awal. Ada sesetengah orang beranggapan bahawa masyarakat Cina sememangnya dikurniakan dengan sifat dan kemahiran perniagaan secara turun-temurun. Namun demikian ini bukan disebabkan faktor genetik tetapi melalui pendidikan awal mereka dalam membentuk disiplin perniagaan yang tinggi. Sebagai contoh, sekiranya keluarga memiliki perniagaan kedai runcit, anak-anak akan diajar bagaimana menjaga kaunter, melayan pelanggan dan membuat kira-kira kewangan jualan harian di kedai tersebut. Sebagai contoh ada peniaga Cina  yang saya kenali akan memastikan mereka membayar semula setiap barang yang diambil untuk kegunaan sendiri di kedai runcit mereka, walaupun gula-gula atau coklat untuk anak-anak mereka. Walaupun ia nampak cerewet, tetapi ia sebenarnya merupakan disiplin asas perniagaan.
2) Memiliki jaringan perniagaan yang kuat. Masyarakat Cina di Malaysia mempunyai persatuan peniaga Cina yang membantu setiap usahawan Cina memulakan perniagaan. Antara kaedah yang digunakan ialah sistem seakan sistem kutu tetapi agak berbeza sedikit kerana biasanya ia dibuat di dalam jumlah yang besar dan kadang-kadang ada sedikit  caj faedah digunakan. Selain itu juga mereka sanggup berkongsi pembelian bahan mentah atau barangan dalam kuantiti yang besar dan diagihkan bersama bagi mendapatkan produk atau bahan dengan harga yang tersangat murah. Mereka tidak berebut-rebut mengaut keuntungan singkat tetapi akan berkongsi kelebihan ini untuk menguasai pasaran sesuatu perniagaan terlebih dahulu.
3) Memiliki keupayaan menggunakan otak kiri dan kanan yang optimum. Contohnya, dalam membuat kira-kira  iaitu kemahiran otak kiri, masyarakat Cina begitu mahir menggunakannya. Jika kita lihat masyarakat Cina juga memiliki kemahiran melukis dan ini dapat dilihat melalui cara penulisan kaligraf Cina. Kemahiran ini membantu penggunaan otak kanan untuk membayangkan wawasan dan melihat sesuatu secara jangka panjang. Contohnya, Lim Goh Tong, membina empayarnya di atas puncak bukit yang sudah pasti memerlukan keupayaan visual membentuk matlamat dan wawasan dan mencapainya walau dalam jangkamasa yang lama.
4) Dengan memberi kita akan menerima lebih. Konsep ini sebenarnya merupakan nilai murni yang menyebabkan sesuatu perniagaan itu lebih diberkati dan ia selari dengan tuntutan Islam itu sendiri. Konsep ini jika dikaitkan dengan kaedah sekarang ia dinamakan CSR (Corporate Social Responsibility). Sebagai contoh ada syarikat sabun berubat bersama-sama kerajaan mengadakan kempen kebersihan dengan menggunakan dana khas yang diperuntukkan untuk kempen tersebut. Syarikat secara tidak langsung membina hubungan rapat dengan masyarakat pengguna di Malaysia walaupun jika dinilai dengan kos yang perlu dikeluarkan tidak mendapat pulangan dalam masa yang singkat.
5) Fokus dan membina asas niaga yang kukuh. Perkara ini walaupun nampak biasa tetapi merupakan antara perkara yang saya lihat jarang dimiliki oleh usahawan bumiputera (masyarakat peniaga Melayu Kelantan memiliki keupayaan ini tetapi akan disentuh di dalam artikel saya yang akan datang). Usahawan Cina Malaysia biasanya akan menceburi bidang perniagaan dengan memfokuskan pada satu-satu perniagaan sahaja. Ini kerana mereka ingin memastikan mereka benar-benar mahir dalam pengurusan kewangan dan selok belok perniagaan tersebut sebelum mengembangkan kepada perniagaan yang lain. Dengan mempunyai satu perniagaan yang dapat menjana kewangan dan seterusnya melabur dalam saham dan pelaburan jangka panjang bagi memperolehi kewangan atau sebagai dana untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dengan mahir pada sesuatu perniagaan mereka secara tidak langsung dapat membina jaringan niaga yang kukuh, penguasaan pasaran, dan lain-lain lagi.
6) Berani memasarkan produk. Dalam konteks ini saya menggunakan ‘berani memasarkan’ kerana saya mempunyai pengalaman bersama pasukan pemasaran Cina dan jurujual Cina yang tidak segan menjual walaupun, bahasa Melayu mereka tidak betul dan sukar difahami. Bahkan ada di antara Jurujual Cina yang lebih suka menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris untuk menjual kepada pelanggan Cina juga kerana perbezaan dialek yang kadang-kadang mereka sendiri tidak faham. Mereka akan terus mencuba sehingga bakal pelanggan menjadi pelanggan atau dimaki hamun pelanggan.
7) Jujur pada tempatnya. Dalam konteks ini ada di antara usahawan Melayu yang tidak memahami apakah konsep jujur usahawan Cina. Melalui perbualan saya dengan peniaga Cina, mereka amat menekankan kejujuran terutama dari segi perkhidmatan, dan gambaran  umum sesuatu produk. Melalui pengalaman seorang rakan saya beliau pernah membuat ‘survey’ barangan komputer  (PC) pada awal tahun 2000, iaitu ketika  PC masih lagi pada harga yang agak mahal. Penjual Melayu memberitahunya perisian dalam PC tersebut hanya ada di dalam PC yang dijual di kedainya tetapi bila beliau bertanya pada penjual Cina di kedai lain, penjual tersebut secara jujur memberitahu perisian itu boleh dimuat turun dari Internet. Kisah ini merupakan contoh bagaimana penjual Cina bersikap jujur pada sesuatu yang terang-terang akan diketahui oleh pembeli. Sekarang ini pastinya lebih penting untuk peniaga lebih jujur memandangkan pada era 2011 ini, maklumat lebih mudah diperolehi terutama di forum perbincangan di Internet. Elakkan anda menipu pengguna, kerana ia akan menjerat anda sendiri dan pengguna akan hilang kepercayaan walau sehebat mana produk anda selepas itu.
8) Berkongsi informasi. Sebenarnya ramai usahawan Melayu yang berjaya saya kenali mempunyai rakan perniagaan Cina atau mentor peniaga Cina. Ini kerana, masyarakat peniaga Cina tidak kedekut ilmu, bahkan berdasarkan pengalaman perniagaan saya, saya pernah mengeluarkan modal untuk membeli gerai  tahan karat untuk memulakan perniagaan di pasaraya. Namun begitu peniaga barangan gerai  tahan karat tersebut menasihati saya berdasarkan pengalaman niaga beliau dan pelanggan lain untuk mulakan dengan gerai yang lebih kecil dan murah. Jika keuntungan singkat dilihatnya pasti peniaga ini menggalakkan pembeli membeli gerai dan barang yang lebih mahal. Tetapi kepercayaan dan kesetiaan pelanggan lebih diutamakan dengan berkongsi informasi berguna.
Berdasarkan perkongsian informasi di atas, saya begitu berharap usahawan Melayu terutamanya mengambil dan mengaplikasi rahsia perniagaan peniaga Cina ini. Tidak salah jika bekerjasama dalam perniagaan walaupun di dalam bidang yang sama, yang penting kita harus saling mempromosi dan sanggup berkongsi kek pasaran yang sememangnya anda rezeki anda di dalamnya seandainya anda berniaga dengan cara dan disiplin yang betul.

9/09/2011 11:33:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 9/09/2011 11:33:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us