WELCOME

Dia Kata Emas….Sebenarnya…

 - Comments Off

Dia Kata Emas….Sebenarnya…

Saya ingin kongsikan pandangan saya kali ini,hasil pemerhatian dan pengalaman berhadapan dengan pelbagai persoalan dan pandangan pelbagai individu dan pihak.Sekadar pandangan dan pendapat,mana yang kurang tepat,harap dimaafkan kerana saya masih dalam proses belajar dan belajar..

Dia kata ” emas mahal..tak mampu nak beli”

Sebenarnya -harga emas dari dulu sampai sekarang sama sahaja,yang menyebabkan ia naik dan turun kerana ia terikat dengan wang fiat.Sebab itulah harganya naik dan turun mengikut tawaran dan permintaan serta faktor-faktor lain.Dan sejak matawang tidak bersandarkan emas pada tahun 1971,ini telah memburukkan lagi keadaan,harga emas semakin melambung

Dia kata “emas sentiasa naik “

Sebenarnya -harga emas pernah juga mengalami penurunan yang agak lama dan pada tahun-tahun tersebut,harga emas tidak naik.Jadi,jangan menabur janji manis mengatakan harga emas asyik naik sahaja,sebaliknya beri maklumat yang betul.Emas sebagai penyimpan nilai dan keuntungan jangka masa panjang.Bukan beli hari ni,bulan depan jual.Emas adalah aset=wang yang sebenar.Masa harga emas sedang jatuh sedikit,inilah masa untuk menambah stok.Dengan pemurataan kos,beli masa harga tinggi dan rendah,masih menguntungkan.

Dia kata ” nak beli masa harga rendah la,sekarang ni tinggi sangat harganya”

Sebenarnya - ini ayat cari nahas,melainkan dia ada pemantauan terhadap harga emas,pandai baca dan tengok graf emas,dan boleh target bila masa terbaik nak beli.Sebab ada beberapa kes,nak tunggu harga rendah punya pasal,sampai sekarang tak beli-beli.Sudahnya,harga emas makin mahal dari dulu dan wang fiat pula semakin mengecil.

Dia kata “baik simpan ASB atau UT,dapat bonus dan dividen,lagi untung”

Sebenarnya - menjauhi sesuatu yang meragukan itu lebih baik.Kalau dah tau riba,simpan buat apa,kalau tak tau kenalah belajar (saya pun tengah duk kaji/menuntut lagi tentang ni..semoga Allah memberkati saya).Simpanlah dinar dan dirham dan gunakan ia untuk muamalat.Kalau nak guna untuk muamalat akan datang pun boleh.Wang kertas itu,gunakanlah untuk keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on the spot

Dia kata ” semua riba,jual emas pun ada RIBA juga”

Sebenarnya- Ada cara untuk mengelakkannya.Buang sikap suka menuding jari dan mencari salah pihak yang menegur,sedangkan niat masing-masing Allah yang Maha Mengetahui.Jika kita rasa orang yang bercakap tentang riba ada kepentingan,maka bukankah kita juga ada kepentingan kerana tidak mahu bebas dari riba.Bersangka baik dan berpesan-pesanlah sesama kita.

Dia kata ” mana boleh guna dinar dan dirham untuk jual beli.Nanti dia pun jual dapat wang fiat juga penjual tu”

Sebenarnya -dinar emas dan dirham perak adalah matawang islam yang sebenar.Ia bernilai atas ketulenan dan beratnya,tak perlu diberi nilai macam matawang sekarang.Jika kita membelanjakannya,lebih besar pahala kita perolehi.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di group Dinar dan dirham@facebook,ia hanyalah platform perbincangan dan perjumpaan sesama ahli untuk pelbagai acara dijalankan dari semasa ke semasa.

Dia kata..”takutla nak simpan emas,nanti hilang”

Sebenarnya- Ramai orang yang tak bimbang bawa duit beribu-ribu dalam beg tapi bimbang bawa emas yang lebih kecil saiznya dari sejumlah wang kertas.Ini menunjukkan dengan jelas,ramai yang tahu emas lebih berharga,tetapi kurang sedar tentang perkara ini.Kalau tak berhati-hati,wang kertas pun boleh hilang,jadi sebaiknya kita belajarlah cara-cara dan langkah keselamatan supaya ia berada dalam keadaan selamat.Jika bimbang juga,boleh simpan di safety deposit box yang ditawarkan oleh sesetengah bank.

Dia kata ” beli emas nanti kena bayar zakat,mana nak cari duit,rugi….”

Sebenarnya-beli emas ikut kemampuan,dan jika cukup haul dan nisab,maka bayarlah zakat.Besar hikmah jika membayar zakat.Islam itu cantik-golongan yang mampu membayar zakat,dapat membantu golongan yang kurang mampu,dan berzakat bukan sahaja menyucikan harta tetapi juga jiwa kita.Sebuah hadith Rasulullah saw berkenaan dengan zakat :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak ada seorang pun yang mempuyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.”

Riwayat Muslim

Dia Kata Emas….Sebenarnya…
5/15/2011 02:23:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 5/15/2011 02:23:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us