WELCOME

Pelaburan Emas, Skim Pelaburan Emas dan Skim Cepat Kaya

 - Comments Off

Assalamualaikum dan salah sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Harap semuanya sihat sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2009. Semoga tahun 2009 membawa lebih banyak rezeki kepada kita.

Untuk pengetahuan anda semua, apabila tirai 2009 dibuka, terdapat 2 berita menarik yang dipaparkan di akhbar tempatan berkenaan pelaburan emas.Satu berkenaan penipuan syarikat yang menawarkan pelaburan emas menggunakan syiling Kijang Emas dan yang kedua ialah berkenaan Etika Emas.

1. Harian Metro 3 Januari 2009
Tajuk: Pelaburan syiling emas Kijang: 53 pelabur berputih mata.

Klik untuk besarkan

2. Berita Minggu 4 Januari 2009
Tajuk: Simpan emas lebih untung: Etika Emas tawar skim simpanan emas yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan.
 
Klik untuk besarkan

Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:

Apakah itu:
1. Pelaburan emas.
2. Menyertai skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain itu anda akan memahami apakah perbezaan diantara ketiga-tiga perkara diatas.

1. Pelaburan emas.
Apa dia ‘Pelaburan Emas’?  Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas. Bukannya melabur dalam skim pelaburan emas yang menjanjikan faedah, benefit dan pulangan bulanan. Jangan tertipu dengan skim-skim begini. Ok. Emas yang anda beli ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang. Harganya pula adalah hampir dengan harga emas pasaran dunia. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.

Terdapat 2 jenis pelaburan emas iaitu:

1. Membeli emas fizikal
2. Menggunakan akaun simpanan emas (Public bank, Maybank, Kuwait Finance House@KFH). Hanya KFH sahaja yang patuh syari'ah (Syari'ah compliant)

Emas fizikal ialah seperti Syiling Kijang Emas, syiling emas yang dijual UOB Bank, Gold Bar (PAMP Suisse/Public Gold/Poh Kong) dan Dinar Emas Kelantan.

Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tak memeningkan kepala. Anda tak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.
2. Skim Pelaburan Emas

Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.

Untuk artikel ini, saya tak fokus kepada mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas.

Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan PULANGAN LUMAYAN. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emas. Namun disini bukan tujuan saya nak menggalakkan anda menyertai skim pelaburan emas, tetapi lebih kepada memberi panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas nie.

Oh ya! Jika anda mengetahui mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, sila letakkan di bahagian komen ataupun forum. Maklumat ini perlu dikongsikan bersama.

Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas, disini saya ada sedikit panduan untuk anda:
Panduan sebelum menyertai skim pelaburan emas.

1. Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi?

3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur.

4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga. Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur. Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!

5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.

6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda? Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.

7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’ Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen, minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali. Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal. Halal haram pun kene ambil kira. Jangan main bedal jer.

8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI. Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat. Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.

9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas yang ada risiko. Nanti tak tidur lena lah jawabnya…

10. Yang paling penting, anda mestilah mempunyai ilmu berkaitan muamalat Islam agar anda tidak tertipu dengan skim pelaburan, tidak menanggung dosa disebabkan kejahilan dan janganlah terlalu matearilistik sehingga menghalalkan sesuatu yang Allah telah haramkan. Ambil tahu tentang riba dan aqad perniagaan yang sah agar perniagaan/muamalat kita berkat dan diterima Allah.

Faktor risiko.
Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.

Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya.

Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat loan untuk menyertai program-program pelaburan emas. Anda boleh rugi besar :(

ASAS JUAL BELI EMAS DALAM ISLAM IALAH EMAS MESTILAH DISERAHKAN KEPADA PEMBELI SERTA MERTA KETIKA JUAL BELI. SEKIRANYA EMAS DISIMPAN @ TIDAK DISERAHKAN KEPADA PEMBELI, BERLAKU UNSUR RIBA DISITU. KAEDAH KEDUA INI TIDAK SAH.

3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas.
Ok, last sekali, skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali. Bagaimana nak tahu? senang jer.. ini ciri-cirinya:

1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN. Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.

2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan aktiviti jual beli emas.

3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda joint sebab pulangan lumayan yang dijanjikan.

4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisyen. Lebih ramai, lebih income.

5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 10% sebulan

6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.

Kesimpulan:
Adalah penting bagi anda menjadi seorang pelabur yang bijak.

Dengan memahami 3 jenis pelaburan emas ini, saya harap anda tahu yang manakah satu anda boleh joint dan yang mana satu perlu dielakkan
.

Pelaburan Emas, Skim Pelaburan Emas dan Skim Cepat Kaya
5/03/2011 08:53:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 5/03/2011 08:53:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us