Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga dan sahabat yang muttaqin.
As Salam & Selamat Datang kepada Sahabat
Habib BAR & DINAR
( Duta EMAS )
"Bacalah (Wahai Muhamad s.a.w.) dengan nama Tuhan-Mu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah beku. Bacalah dan Tuhan-Mu yang amat pemurah yang mengajar manusia menerusi pena dan tulisan. Dia mengajar manusia menerusi mata pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya".
(Al Quran: Al Alaq, 1-5.)
Alhamdulillah, kita berjumpa di blog Habib BAR & DINAR dalam Kisah 1001 Emas untuk berkongsi ilmu emas. Di sini kita sembang-sembang emas dengan sempoi dan santai. Saya pun masih cetek ilmu emas tapi ilmu yang sedikit kena sampaikan juga apatah lagi perkara yang ingin disampaikan ini berkaitan dengan ekonomi masa depan. Bila sebut masa depan, maknanya sesaat yang mendatang itulah masa depan tak semestinya esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan atau tahun depan. Sebab tulah orang-orang tua kata “Masa itu Emas”. Tengoklah emas ni macam penting sangatkan sampai nak disamakan dengan masa. Pepatah ni buat saya bingung. Emas bila-bila pun boleh cari, boleh dapat tapi masa yang berlalu mana boleh berbalik lagi. Isyh, tak logiklah! Tapi bila ada ilmu emas dah celik emas, adalah kebenarannya pepatah Melayu yang mengungkapkan ‘MASA ITU EMAS’.
Debu emas
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran. Yang berpesan-pesan dengan kesabaran".
(Al Quran: Al ‘Asr, 103.)
Nak memiliki emas tak boleh bertangguh. Sikap bertangguh hanya merugikan sebabnya harga emas sentiasa berubah setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap masa. Terimalah hakikatnya, harga emas sentiasa naik, terus naik, makin naik, melonjak naik. Jangan tak tau, harga emas yang melambung itu menunjukkan susut nilai wang kertas. Nanti, nak makan nasi lemak di warung Pak Ali terpaksa bawa dua hingga tiga guni duit kertas untuk bayar sebungkus nasi lemak dengan teh tarik. Maka, dibimbangi kita tak mampu memiliki walau sebesar debu emas pun jika kita tidak memilikinya sekarang! Masa itu jangan menyesali diri dengan kata-kata, “Kalaulah masa emas murah dulu aku beli…kalaulah…kalaulah…”. Nak tunggu lagi ke ? Masa ini dah boleh mengorak langkah membeli emas. Walaupun harganya mahal tapi masih mampu milik. Emas adalah pelindung kekayaan yang sebenar. Bertindaklah dengan segera setelah saya menyampaikan…
Bila saya mula kenal emas ?
“Katakanlah adakah sama orang yang mempunyai ilmu dengan yang tidak mempunyai ilmu”.
(Al Quran: Az Zumar, 9.)
Saya kenal emas dan logam lain sejak kecil lagi. Emak selalu cerita tentang emas 10, emas paun, suasa, perak dan tembaga. Tengah bercerita ada yang menambah info, “Emas ni logam lembut, tarik sejauh 1 ekar pun tak putus”. He,he seronok dengar kira percaya jelah… Emak cerita lagi, orang dulu suka kumpul emas. Selain dipakai boleh pajak dengan adik-beradik, jiran sebelah, kawan sekampung atau sedara mara. Duit pajak tadi gunakanlah untuk beli kebun atau apa-apa yang dihajati, sampai tempohnya tebus. Untungnya, barang yang diidamkan dapat, emas pulak balik pada tangan tuannya. Emak kata, emas warnanya kuning berkilat (memang kuning pun hi,hi), rekaannya cantik (klasik), loketnya besar (sambil tunjuk dua ibu jari tangan yang dirapatkan) dan rantainya sebesar jari telunjuk. Sambil bercerita emak tunjukkanlah saki baki emas perhiasan yang ada dalam simpanan emak. Masyaallah, antik dan klasik. Bila selalu sangat emak bercerita pasal emas sambil pegang dan belek-belek rasa teruja nak kumpul emas bila dah kerja nanti. Insyaallah, amin…
Gambar sebagai hiasan
Apakah jenis emas yang saya beli ?
"Sesungguhnya, Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutra."
(Al Quran: Al-Hajj [22]: 23)
Contoh emas fizikal
Dinar Emas Jongkong emas dan syiling emas
Tahun pertama bekerja pada 1988, saya terus
buat pinjaman peribadi. Dengan duit pinjaman itu saya beli 1 set barang kemas termasuk gelang kaki. Dulu belum ada ilmu emas tak kisah pun pasal harga emas. Tak tanya pun berapa harga 1 gram emas tapi Allah anugerahkan saya bakat tawar menawar, dapatlah kurang sikit. Akhir tahun, saya berkahwin. Dengan duit hantaran perkahwinan saya beli emas lagi. Sepuluh tahun selepas itu, saya trade in semua barang kemas lama dengan saiz lebih besar nak padankan dengan usia dan gaya, ehem 2x. Masa ini baru sedar, harga emas yang saya beli dulu naik harga (resit ada simpan). Tambah duit sikit je untuk dapat emas baru. Teruja, saya mula timba ilmu emas. Bila celik emas saya mula tambah koleksi. Kini, memandangkan wang fiat yang selalu kita sebut wang kertas ini semakin hari semakin tidak berharga lagi, saya berusaha untuk memiliki bar emas, dinar emas dan dirham perak. Saya mahu masa depan yang terjamin! Saya sedar emas adalah pelindung kekayaan yang sebenar. Ya, memang benar sama sekali!
Dengan niat kerana Allah, saya memiliki emas untuk memenuhi tuntutan syariah. Pada masa depan, dinar emas dan dirham perak akan digunakan semula dalam urusan jualbeli (Kelantan dah mula) kerana ternyata sistem wang kertas gagal. Sebab itulah saya guna motto ‘Pemilik Emas ~ Dia Bijaksana'.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)."
(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
Di manakah saya membeli barang kemas?
"Kecuali jual beli yang dilakukan dengan saling rela." (QS. An-Nisa': 29)
Kedai emas yang menjual barang kemas mudah didapati, hatta di pekan kecil sekalipun. Dulu, saya beli barang kemas tak tentu lokasi. Asal penjual tu peramah dan melayan saya dengan baik, saya akan datang lagi beli emas di kedai itu. Sekarang lagi mudah dengan cara online sahaja. Yang penting ketulenannya. Dapat yang murah lagilah bagus!
Di manakah saya beli Bar Emas, Syiling Emas dan Dinar Emas?
Dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,“Yang namanya jual beli itu hanyalah jika didasari asas saling rela.”
(HR. Ibnu Majah, no. 2269; dinilai sahih oleh Al-Albani)
Sekarang ni ada banyak syarikat yang menjual emas fizikal. Saya akan pilih mana-mana syarikat yang menjual dengan harga yang lebih rendah dari harga kedai emas biasa dengan spread yang rendah.
Siapakah saya ?
Saya adalah golongan marhean yang mempunyai kesedaran tentang kelebihan dan kegunaan emas. Saya menimba ilmu emas dari pelbagai sumber termasuklah dari Kisah Nabi, facebook, blog, seminar, sembang-sembang dsb. Dengan ilmu emas yang ada saya sangat berbesar hati untuk kita kongsi bersama. Saya bukan pelabur emas tapi terdorong untuk menyampaikan ilmu emas kerana ia berkaitan dengan ekonomi Islam masa lampau dan akan digunakan pula pada masa depan setelah sistem wang fiat hapus. Saya mahu penglibatan saya dalam bidang emas ini sebagai satu ibadah. Sabda Nabi Muhammad S.A.W : "Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat."
Sekianlah dahulu catatan dalam Kisah 1001 Emas. Jumpa lagi…
Pengajaran Kisah 1001 Emas
Emas sangat berharga seiring dengan pepatah ‘Masa itu Emas’. Orang yang ada ilmu emas dan celik emas tidak akan bertangguh untuk memiliki emas. Emas yang berharga adalah emas fizikal tidak kira dalam bentuk apa jua. Emas fizikal boleh didapati di mana-mana kedai emas dan syarikat berkaitan. Sistem wang kertas (wang fiat) telah menunjukkan kegagalan dengan kadar inflasi yang tinggi. Penggunaan wang kertas semakin hari semakin tidak diyakini. Orang ramai sudah hilang kepercayaan, wang kertas dicetak sesuka hati tanpa sandaran emas. Sedikit masa lagi wang kertas yang dikenali sebagai wang fiat akan pupus. Pengganti wang kertas ialah Dinar dan Dirham.
Kesimpulannya, Pemilik Emas ~ Dia Bijaksana.
Untuk memiliki Jongkong Emas, Syiling Emas, Dinar Emas, Dirham Perak dan barang kemas, silalah menghubungi saya :
Duta Emas : HABIBAH AHMAD
tel@sms : 019 7871601 / 017 770 6857
email : wah58_yp@yahoo.com
blogger : http://habib-bar-dinar.blogspot.com/
Nota :
Kisah 1001 Emas ni tidaklah seperti Hikayat 1001 Malam...
sekadar suka-suka tulis '1001' untuk menyedapkan tajuk.
Maaflah, tapi yang penting sekali ambillah pengajarannya...
~J Pemilik Emas ~ Orang Bijaks ana J~
Pantun Klasik Emas
Sayang Temasik pulau pusaka, Singapura jadi gantinya;
Tuan umpama intan permata, Emas yang baik tempat duduknya.
Puas sudah menanam ubi, Nanas datang dari seberang;
Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang.
Kemas rumah di waktu senja, Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga, Budi bahasa sukar dicari.
Ada damak ada ipuh, Naik ke bukit nampak sumpitnya;
Emas perak senang disepuh, Kalau besi nampak karatnya.
Kupas kelapa isi diparut, Kelapa dibeli kedai Cina;
Kalau tidak emas disalut, Intan tak boleh angkat nama.
Hari panas membakar lalang, Tedung berketuk di dalam tanah;
Cincin emas sudahlah hilang, Tinggal sepasang cincin suasa.
Sayang Temasik tempat berniaga, Masyhur sudah ke seluruh dunia;
Tuan emas hamba tembaga, Manakan boleh duduk bersama.
Pulau Pandan rimbanya hijau, Nampak dari tanah seberang;
Tidur malam hamba mengigau, Rasanya emas dilarikan orang.
Kalau membeli buah delima, Buah nanas atas tempayan;
Kalau sudi tuan terima, Cincin emas permata berlian.
Teluk Tanjung Ketapang, Kaki ketam berduri-duri;
Hilang emas boleh ditempah tukang, Hilang kekasih di mana hendak dicari.
Kalau keledek dari kelebang, Rumah mau tertakal-takal;
Kalau adik sayang abang, Abang belikan emas sejengkal.
Jangan si pucuk nanas, Si pucuk rotan saya carikan;
Jangankan kijang bertanduk emas, Bertanduk intan saya carikan.
Buah limau tepi perigi, Lipat kajang kemas-kemas;
Kalau abang mahukan kami, Carilah kijang bertanduk emas.
Cik Dol anak Cik Tahir, Tangkap belalang di celah batu;
Emas sekati intan setahil, Cari tukang ikatkan satu.
Sagu ladang makan dek kuda, Ramas limau dalam telaga;
Tidak padan dengan kita, Dia emas kita tembaga.
Pisau pengukur dara randa, Kupas nanas di atas geta;
Sudah ukur dengan kakanda, Macam emas dengan permata.
Hujan panas di bulan puasa, Bunga kenanga kembang di taman;
Tilam emas bantal suasa, Manakan sama berbantal lengan.
Orang singgah Kuala Daik, Beli durian dalam perahu;
Jikalau sudah emas yang baik, Tak payah diuji orang pun tahu.
Rumah limas bertangkal-tangkal, Bawa mari pergi ke Makkah;
Abang dah kasi emas sejengkal, Bila pula kita nak nikah?
Pisang emas luruh digoyang, Dijolok dengan ranting habu;
Adik emas saya loyang, Masakan mahu berkinca bahu.
Teluk Emas Tanjung Ketapang, Tempat Uda mengail tenggiri;
Bersalut emas hebat dipandang, Sayang bahasa ke mana pergi.
Pisang emas jangan ditebang, Batang lain banyak lagi;
Hujan emas negeri orang, Tidak sama negeri sendiri.
Pisang emas bawa belayar, Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
Merak emas merak Palembang, Merak suasa patah kaki;
Gunung emas sudah hilang, Gunung suasa ada ganti.
Pisang emas tepi telaga, Peram di dapur masaknya tiga;
Sebentuk emas sebentuk tembaga, Sudah dilebur menjadi suasa.
Layang emas terbang bertiga, Mari hinggap di pohon kelapa;
Kapal emas sauh suasa, Abang nak minta jadi nakhoda.
Emas merah kesuma ningsun, Pudak melati campur kasusun;
Hari sehari rasa setahun, Nasi dimakan rasa racun.
Pisang emas beranak banyak, Anak tumang dalam telaga;
Minta maaf banyak-banyak, Tiada jodoh kita berdua.
Hujan emas negeri orang, Hujan batu negeri sendiri;
Abang jauh duduk seorang, Adik di sini ternanti-nanti.
Pisang emas balik rumah, Daun keladi dibalik-balik;
Minta maaf tuan rumah, Esok pagi saya nak balik.
Sangat ajaib buahnya padi, Menjadi emas berbatang suasa;
Sangatlah sakit rasanya hati, Terkena panah penyakit cinta.
Raden Galuh emas juwita, Bawa beliti batu sinalung;
Di dalam hati sangat bercinta, Semacam burung lama bertenung.
Padi perak berdaun suasa, Buahnya mengurai emas merah;
Sudah berbudi lagi berbahasa, Itulah tanda bistari bertuah.
Suluh menyuluh di Teluk Emas, Panas sejuk angin utara;
Ribut taufan baik berkemas, Antara belum jadi sengsara.
Ikan duri dalam air, Ikan belukang atas batu;
Emas sekodi intan setahil, Cari tukang ikatkan satu.
Lima belas dayung petani, Pisang emas masak di kebun;
Tuanlah belas memandang kami, Siang nan panas malam berembun
Beras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu;
Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu.
Tirai perak kelambu perak, Bantal emas tikar suasa;
Bercerai kasih bertemu tidak, Jauh bergantung di atas udara.
Gelang intan dalam puan, Gelang emas di kain berlipat;
Bila terpandang wajah tuan, Hati berdebar lemah semangat.
Naik ke darat membawa pelita, Gelang emas hendak dicari;
Sudah kudapat bertentang mata, Barulah puas rasanya hati.
Gulai lobak ikan senangin, Nampak lombong mengail emas;
Ombak besar dikacau angin, Ikan di tepi mati lemas.
Sayang jembalang bermata tujuh, Ditukang oleh tukang emas;
Jangan digusar jangan digaduh, Di dalam tangan digenggam kemas.
Dirikan pondok bertanam nanas, Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas, Saya niaga budi bahasa.
Anak merak Kampung Cina, Singgah berhenti kepala titi;
Emas perak kebesaran dunia, Budi bahasa tak dapat dicari.
Pokok beringin berpucuk muda, Tempat camar tumpang meniti;
Kerana miskin emas tiada, Tertolak lamar terurailah janji.
Pepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata;
Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga.
Daun nanas daun nangka, Takkan boleh dilipat-lipat;
Tuan emas saya tembaga, Takkan boleh dikerat-kerat.
Tepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa;
Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka.
Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli;
Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri.
Cincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari;
Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri.
Sudah beremas beremas pula, Emas sekupang dalam cerana;
Sudah bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua.
Sumber: Kurik Kundi Merah Saga