WELCOME

Kelebihan Dan Keistimewaan Dinar Emas

 - Comments Off

Kelebihan Dan Keistimewaan Dinar Emas

Dinar Emas
Penggunaan mata wang emas dan perak atau disebut dinar dan dirham telah dipersetujui dalam kalangan bangsa-bangsa yang maju dan bertamadun kerana kedua-dua logam ini mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.

1)Mata Wang Berbentuk Komoditi.
Mata wang emas merupakan satu mata wang komoditi yang berfaedah dan dihargai oleh orang ramai kerana ia boleh digunakan untuk tujuan penggunaan atau perhiasan. Ia juga diiktiraf oleh ahli arkeologi sebagai simpanan kekal yang berharga untuk sepanjang zaman.

2)Mempunyai Nilai Yang Benar Dan Tetap.
Mata wang emas atau mata wang token mempunyai nilai benar yang diakui oleh manusia. Kepingan-kepingan emas dan perak sukar dipalsukan kerana keistimewaan yang wujud pada kedua-dua logam tersebut seperti warna, dengung bunyi dan kekerasannya. Emas juga dikatakan mempunyai kilauan kilat yang istimewa di mana ia tidak boleh dihilangkan walaupun diuji dengan asid yang kuat. Abu Hayyan al-Dalusi iaitu penulis Bahrul Muit menyatakan :

"Emas dan perak ialah harta yang paling bernilai,ini kerana sesiapa yang memilikinya mungkin mempunyai harta lain. Dan digunakan untuk memenuhi keperluan manusia..."

3) Bebas Dari Inflasi
Mata wang Islam,khusus kepada wang emas merupakan barang dagangan yang tidak boleh di"gelembubg"kan. Harga emas juga boleh turun naik seperti barang dagangan lain. Walaubagaimanapun, turun naiknya nilainya tidaklah terlampau ketara dan biasanya kurang daripada lain-lain barang dagangan. Ini beerti pengelembungannya kekal sifar. Wang yang sebenar ialah wang yang tulen nilainya merupakan satu-satunya cara untuk menghapuskan inflasi. Inflasi bermaksud kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu.

Profesor Umar Ibrahim Vadillo pernah berkata:
" Kita harus faham bahawa apabila kita membuat satu perjanjian (kontrak) Islam yang melibatkan pembayaran wang tertunda, seperti pinjaman, kita kata ia mestilah 'sama nilai untuk sama nilai' satu aspek yang bank Islam namakan bebas riba'. Saya tegaskan sekali lagi hanya betul apabila mata wang yang digunakan itu tulen seperti dinar dan dirham atau pun lain-lain barang dagangan yang digunakan sebagai perantaraan pertukaran, ia tidak boleh dilaksanakan dengan menggunakan wang kertas yang sentiasa kehilangan nilai."

Mata wang kertas merupakan wang palsu,kerana ia tidak mampu menghalang inflasi. Berdasarkan sejarah, adalah mustahil mata wang kertas mampu menyelesaikan masalah inflasi dalam tempoh singkat.

4) Mencegah Spekulasi
Mata wang emas dikatakan dapat mencegah daripada berlakunya spekulasi kerana berdasarkan kemantapan dan keteguhan harga berbanding dengan mata wang atau logam lain. Emas berbeza dengan mata wang lain kerana ia tidak boleh dihasilkan dengans esuka hati yang boleh menyebabkan berlakunya lebihan wang atau inflasi.

5)Wujud Kebebasan Pertukaran Emas
Apabila negara-negara dunia menggunakan mata wang kertas, ini akan mengakibatkan kebebasan pertukaran emas, sama ada mengimport atau mengeksportnya. Dalam keadaan seperti ini, aktiviti pertukaran mata wang tidak akan dipengaruhi oleh tekanan luar negara yang mana boleh mempengaruhi harga barang dan gaji pekerja.

Oleh itu, tidak akan wujud lagi turun naik harga yang keterlaluan, sekaligus akan menghapuskan inflasi. Negara-negara akan berdagang dengan bebas dan mampu mengembangkan perdagangan dengan baik tanpa adanya gharar, spekulasi dan manipulasi mata wang. Negara yang tidak mempunyai simpanan emas yang banyak boleh membuat pertukaran (barter) hasil kekayaan negara masing-masing untuk mendapatkan barangan yang diperlukan.

6) Pertukaran Mata Wang Antara Negara Akan Stabil
Pertukaran mata wang antara negara menjadi stabil kerana tetapnya nilai emas.Ini menyebabkan meningkatnya perdagangan antarabangsa. Para saudagar antarabangsa tidak takut bersaing kerana kegiatan mata wang adalah tetap dan mereka tidak bimbang dalam mengembangkan perniagaan.

7)Percetakan Wang Kertas Akan Terhad
Dalam sistem mata wang yang bersandarkan kepada emas, bank-bank pusat dan pemerintah tidak mugkin memperluaskan peredaran wang kertas kerana secara umumnya wang kertas tersebut boleh ditukarkan menjadi emas dengan harga tertentu. Ini kerana pemerintah-pemerintah akan khuatir jika memperluaskan peredaran wang kertas tersebut akan menambahkan jumlah permintaan emas dan pemerintah sendiri tidak sanggup menghadapi permintaan tersebut.

8) Piawaian Mata Wang Dunia Hanya Bersandarkan Kepada Nilai Emas
Penggunaan emas sebagai matawang telah diperakui dan dianggarkan telah digunakan lebih 10,000 tahun lampau, iaitu bermulanya kehidupan manusia di dunia. Mmanusia memandang emas dan perak sebagai benda paling bernilai dan amat bersesuaian untuk dijadikan piawaian mata wang. Sememangnya terdapat satu pandangan popular dalam seharah kewangan dunia yang mengaitkan mata wang mengikut ukuran emas adalah lebih bernilai berbanding dengan mata wang yang tidak mengikut ukuran emas.
Apabila setiap mata wang yang digunakan di dunia dibatasi dengan piawaian berupa emas, maka ketika itu pengiriman barang dan hasil kekayaan dari sebuah negara ke negara lain menjadi lebih mudah. Sehinggalah masalah inflasi, gharar, manipulasi dan spekulasi mata wang dapat dihilangkan. Ahli-ahli ekonomi Barat juga pernah mengiktiraf piawaian yang bersandarkan kepada ukuran emas merupakan satu simbol keselamatan kewangan dunia.

9)Menyumbang Kepada Perpaduan Dan Kesatuan Umat Islam
Wang emas akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia kerana nilainya yang sama. Satu Dinar di Kuala Lumpur akan sama dengan satu Dinar di Istanbul. Tidak akan ada lagi berdozen-dozen mata wang kertas yang menyekat perdagangan. Penggunaan mata wang dwilogam ialah penggunaan mata wang yang sihat. Emas dan perak menawarkan kestabilan, ketertiban, kebebasan dan kemerdekaan daripada manipulasi politik dan ekonomi.

10) Bebas Daripada Unsur Riba'
Dinar dan Dirham merupakan dua mata wang yang digunakan pada zaman Rasulullah s.a.w. Penggunaan emas atau perak amat penting dan Rasulullah s.a.w menginginkan setiap barang dinilai dengan wang sama ada emas atau perak. Kedua-dua logam ini menjadi piawaian harga dan pengukur nilai serta dapat mengelakkan kedua-dua barangan tersebut menjadi barang dagangan (komoditi).

Kelebihan Dan Keistimewaan Dinar Emas
5/27/2011 08:12:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 5/27/2011 08:12:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us