WELCOME

Sistem Gadaian di Pusat Pajak Gadai – Memahami Sistem Riba

 - Comments Off

Sistem Gadaian di Pusat Pajak Gadai – Memahami Sistem Riba

Kini, dalam keadaan ekonomi duit kertas makin hari makin hilang nilai, timbul satu isu besar yang menjadi kegemaran segelintir pemain-pemain emas di sekitar nusantara (Malaysia dan Indonesia).
Isu ini adalah dengan mencari keuntungan dari kaedah pajak gadai di pusat-pusat pajak yang terdapat di serata tanah air.
Sebelum kita beralih kepada topik hukum dan akibat, mari kita melihat satu contoh yang diambil dari sebuah laman berkaitan bagaimana membuat gadaian di salah sebuah pusat pajak di malaysia (arrahnu).

Harga Emas di A*** Bank:- 999.9 = RM126.00/gram 916.0 = RM115.50/gram
Beliau menggadai:-
  • 50 gram X 1 keping
  • 20 gram X 2 keping
  • 1 Dinar X 6 keping
First time menggadai:- Anda akan dapat 60% sahaja pinjaman.
Kali ke-2 dan seterusnya:- Anda akan dapat 70% sahaja pinjaman
Beliau menggadaikan 1 Dinar dahulu untuk mencukupkan syarat gadaian pertama. Selepas itu,Emas-Emas  yang lain dah boleh dapat 70%!
Trick ini dipelajari dari ……..
Pengiraan:-
Gadaian pertama:
1 Dinar = 4.25 gram
Nilai Marhun: 4.25 gram X RM115.50 = RM490.87
Pinjaman: 60% X RM490.87 = RM 294.00
Upah Simpan: (RM490.87/RM100) X RM0.60 = RM2.94/bulan Murah!
Gadaian kedua:-
1 Dinar:-
Nilai Marhun: 5 X 4.25 X RM115.50 = RM 2,454.375
Pinjaman: 70% X RM2,454.375 = RM1,718.06
Upah Simpan: (RM2454.375/RM100) X RM0.70 = RM17.18/bulan
20 GRAM X 2 + 50 GRAM:-
Nilai Marhun: 90 gram X RM126.00 = RM11,340.00
Pinjaman: 70% X RM11,340.00 = RM7,938.00
Upah Simpan: (RM11,340/RM100) X RM0.70 = RM79.38/bulan
Jumlah Pinjaman: RM9950.00
Jumlah Upah Simpan: RM99.50/bulan
Perbincangan Hukum
Gambaran secara sederhana transaksi invesmenT emas tersebut adalah sistem beli gadai.
Kita beli emas dikedai emas kemudian kita gadaikan ke bank/arrahnu, setelah terima wang dari bank kita belikan emas lagi terus kita gadaikan lagi.
Kemudian pada saat harga emas tinggi kita tebus emas tersebut dari bank kemudian kita jual. Dari sistem tersebut jelas bahwa kita menggadaikan emas.
Ini bererti kita hutang ke bank dengan jaminan emas, adakah bunganya….?
Tentu saja ada meskipun dengan istilah yang berbeza, namanya pembiayaan sewa, pembiayaan bulanan, kos pemeliharaan/upah jaga, dan lain-lain (terserah sebutan mereka), bukankah mengambil keuntungan dari pinjam-meminjam disebut riba?
Mereka mengambil upah/kos menyimpan, sedangkan di dalam akad, mereka berhutang/gadai barangan mereka.
Dari manakah kita ingin mengetahui bahawa mengambil manfaat dari orang yang diberi hutang adalah riba?
Mari kita cuba merujuk pada hadis-hadis Nabi.
Abu Burdah ibn Abi Musa berkata : aku telah datang ke Madinah dan telah bertemu dengan Abdullah ibn Salaam (Rabbi yahudi yang telah memeluk islam) yang mana beliau berkata : Kamu (sekarang) hidup di negara yang mana riba adalah berleluasa, jika seseorang berhutang kepada kamu seseuatu dan memberikan kamu seberkas jerami, atau seberkas barli atau seikat jerami , jangan kamu menerimanya kerana ia adalah Riba.                              (Bukhari)
Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah bersabda : Jika kamu memberikan kepada seorang kelaki pinjaman dan dia menjemput kamu makan, janganlah makannya, kerana ia adalah RIBA! Tetapi bila dia menjemput kamu sebelum pinjaman dibuat, maka kamu boleh makan. Dan sekali lagi baginda bersabda : jika kamu memberikan seseorang lelaki pinjaman dan dia menjemput kamu menunggang di atas binatangnya, jangan kamu mengambilnya kerana itu adalah RIBA! Tetapi jika dia menawarkan kamu menunggang di atas binatangnya, sebelum pinjaman dibuat, maka kamu boleh menerimanya.
(Sunan Albayhaqi)
Anas bin Malik juga meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : jika seorang lelaki memberikan pinjaman pada seseorang,dia tidak sepatutnya menerima hadiah (dia tidak boleh terima hadiah dari penghutang dalam keadaan hutangnya masih tidak dilangsaikan,tetapi dia boleh apabila pinjaman tersebut sudah dibayar kepadanya)                 (Bukhari)
Fadalah ibn Ubayd berkata bahawa Pesuruh Allah bersabda : keuntungan (imbuhan/kelebihan/manfaat ) yang didapati sesuatau pinjaman adalah satu dari kepelbagaian aspek dari RIBA. (Sunan Al-bayhaqi)
Kesimpulan dari 4 hadis di atas :
1 – Kehidupan di Madinah pada permulaan islam di sana penuh dengan ruang-ruang riba, dijelaskan bagaimana riba boleh terhasil oleh sahabat nabi Abdullah bin Salam (seorang ulama yahudi yang arif tentang selok belok riba).
2 – Orang yang berhutang tidak boleh memberi makan , mengajak pemberi hutang naik kenderaan sekali , memberi hadiah dan segala bentuk pemberian dalam keadaan hutang masih tidak dilangsaikan terlebih dahulu.
Ini mengelakkan si pemiutang mengambil kesempatan ke atas orang yang berhutang di atas kemurahan hatinya dalam memberikan hutang kepada yang berhutang.
Sistem spekulasi
Dari sistem tersebut kita tahu juga bahwa ada sifat spekulasi dalam transaksi tersebut, kalau harga emas naik berarti untung, kalau harga emas turun berarti rugi, meskipun kecenderungan harga emas naik, tetapi tidak ada yang dapat memastikan akan selalu naik.
Contohnya, kalau beli Dinar dari dia, orang tersebut boleh menjual balik Dinar kepada dia. Cuba lihat implikasi kepada proses ini.
Promosi permulaan ialah menggalakan orang membeli Dinar atas alasan untung simpan Dinar, beli murah selepas itu bila harga naik jual balik. Itu adalah teori mana-mana buku pelaburan (investment) iaitu buy low, sell high. Jadi orang membeli dengan harapan harga naik nanti mereka akan jual.
Tidakkah ini sama dengan orang akan beli disebabkan “betting” atau “speculate” yang harga akan naik? Bukankah ‘betting’ dan ‘speculating’ menyamai perjudian?
Perlu diingatkan terdapat satu garis halus yang membezakan pelaburan dan perjudian.
Yang pertama membuatkan anda mendapat rezeki yang halal dan yang kedua menyebabkan anda menyuap makanan kepada keluarga dengan pendapatan yang haram.
Ini tidaklah boleh diambil mudah dan ditutup sebelah mata semata-mata kerana keuntungan membeli dan menjual Dinar. Adakah wajar kita terapkan unsur perjudian dalam perjuangan Dinar?
Sekiranya ini berterusan, bukannya kita menjadi umat yang semakin mulia dan kuat dari segi ekonomi, malah kita akan menjadi umat yang lebih tersesat, terlalai dan tamak.
Apakah islam membolehkan spekulasi? Yang pasti diuntungkan adalah bank, kerana bank mendapat bunga dari transaksi tersebut. Dan pemilik emas hanya boleh menanti dari tahun ke tahun mengharap harga emas naik sambil menanggung pembiayaan/kos bulanan (bunga) yang harus dibayar. Menurut saya kalau mahu simpan emas, simpan sahaja dalam bentuk dinar.
Sejatinya yang terjadi pada bekebun emas hanyalah menghutangkan sejumlah emas, atau menghutangkan sejumlah wang dengan memberikan sejumlah bunga (ditukar nama sebagai kos simpan). Tidak diragukan itu adalah riba.
Terlebih lagi bila diingat bahwa  emas dan wang adalah alat tolok ukur nilai barang, dan sebagai alat transaksi, dengan demikian bila wang dan emas digadaikan dengan mengambil keuntungan maka tidak diragukan itu adalah riba.
Ditambah lagi “GADAI” hanya ada bila ada piutang, tidak mungkin ada gadai bila tidak ada piutang. Kerananya, setiap keuntungan yang didapat dari gadai adalah bunga dan itu HARAM. (kos simpan itu adalah keuntungan yang dapat dari gadai emas)
Tetapi menggadaikan haiwan ternak yang memerlukan perawatan, maka bila pemilik haiwan ternak tidak memberi kos makan kepada ternaknya, maka pemberi piutang/penerima gadai haiwan berkewajiban memberi makan. Dan sebagai gantinya ia dibolehkan mengambil susu, atau menunggangi haiwan tersebut seharga makanan yang ia keluarkan, tidak lebih dan tidak kurang. Dengan demikian tidak ada keuntungan.
Kes berkebun wang atau gadai di Arrahnu ( yang selalu didengari istilah rempit di arrahnu) ini semakin mengingatkan kita bahwa umat kita benar-benar telah mengekori umat Yahudi yang melanggar aturan dan syari’аt Allah dengan sedikit tipu daya dan mencari akal.
Ingatlah satu pesanan Nabi
dari Jabir :
Rasulullah melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba , seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda : Mereka semuanya sama bersalah.   (riwayat Muslim)
Allah telah berkata, Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
skang ni, orang menjadikan gadai sebagai perniagaan, sedangkan hutang bukan jual beli.
Hakikat hari ini, orang yang menggadai dikaburi dengan perkataan ”kos simpan/upah simpan” yang sebenarnya kalau dalam istilah perbankan sendiri adalah bunga/interest/dividen..
Jika anda sudah ada dinar,sama ada anda menyimpannya atau menggunakannya.
Usahlah terikut-ikut dengan keuntungan sementara yang menipu.
Kita sudah tersesat dengan perbankan Islam, mahukah kita terus menerus disesatkan dalam bab Dinar?
Sekadar ingat-ingatan buat kita dalam menempuh dunia akhir zaman ini.
Mari kita ingat bahawa kehidupan kita hanyalah mencari keredhaan Allah.
Dengan menjauhkan riba mendapat keredhaan Allah, lebih baik dari keuntungan yang sedikit di atas dunia ini.
 Hasbunallahu wa ni’mal wakil
Jika teguran ini benar, maka mari sama-sama kita bersyukur kerana kita beroleh peringatan, moga Allah lapangkan rezeki kita dari jalan yang lain, jauhkan diri dari terlibat lagi dalam peristiwa ini.
Jika teguran ini punyai kesilapan dan ayatnya keras, teguran dari kalian diperlukan.
WASALLAM

5/19/2011 03:39:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 5/19/2011 03:39:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us