WELCOME

EMAS ELAK KEBOCORAN HARTA KITA

 - Comments Off

EMAS ELAK KEBOCORAN HARTA KITA

( Gambar - Masyarakat Cina di Malaysia sudah lama menjadikan EMAS sebagai Simpanan, Pelaburan & Perniagaan. Anda? Masih menunggu & melihat ? )

EMAS MENARIK KEKAYAAN,apakah maksudnya ? Simpanan emas telah membuatkan kita membekukan wang kertas dalam bentuk logam berharga yang diiktiraf di seluruh dunia. Malah di dalam Al-Quran juga disebut mengenai emas dan perak berulang kali menunjukkan ia bukanlah sebarangan logam sebaliknya logam yang berharga (precious metal). Peringatan juga diberi kepada yang menyimpan emas dan perak namun tidak berzakat. 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

" Tidak ada seorang pun yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya. "
Emas mengelakkan kita dari terjebak dengan skim cepat kaya,skim ponzi dan MLM yang hanya mencari downline serta pelbagai pelaburan yang tidak sah namun menjanjikan pulangan yang hebat setiap bulan. Menyimpan emas tidak menjanjikan anda pulangan bulanan namun ia menjamin kewangan anda di masa hadapan. Emas tidak boleh membuatkan anda kaya serta-merta tetapi ia mengelakkan anda dari terus miskin. 
Simpanan emas menyelamatkan kewangan anda dimakan inflasi.Tahukah anda berapa peratus inflasi yang berlaku setiap tahun ? Inflasi ini dapat dilihat dengan jelas apabila barang-barang di sekeliling kita perlu dibayar lebih wang kertas untuk anda memilikinya. Jika dahulu anda boleh membeli banyak barang dengan RM50, sekarang wang dengan nilai yang sama hanya mampu membeli beberapa barang sahaja. Wang kertas semakin disusut nilai kerana ia matawang yang tidak bersandarkan apa-apa. Negara kapitalis boleh mencetak wang fiat ini sesuka hati mereka dan merompak harta benda di seluruh dunia. Dalam masa yang sama merekalah penyimpan emas yang terbanyak. Mereka membuatkan anda,malah kita semua percaya wang merekalah yang paling berharga. 
Setiap kali harga emas melambung,ia menunjukkan betapa lemahnya wang kertas. Wang kertas ini semakin hari semakin susut nilainya.Mahukah anda menyimpan kertas yang semakin lama semakin tidak berharga ? 
Ya, pasti ramai yang akan katakan ‘mana boleh hidup tanpa wang kertas’. Baca lagi dahulu fakta seterusnya. Sedarkah anda wang kertas adalah debu-debu riba yang terpaksa kita gunakan pada hari ini?Wang kertas adalah riba.Ini yang disebut-sebut oleh pejuang dinar dan dirham yang tidak kenal erti penat dan lelah dalam usaha menyebarkan tentang peranan Dinar dan Dirham (DnD). Ini akan dibincangkan di lain masa. Jadi, dengan meyimpan emas,anda sedang berusaha untuk menukarkan wang kertas anda kepada emas dan perak dan hanya tinggalkan sedikit wang kertas untuk keperluan.Wang kertas masih diperlukan sebagai medium pertukaran on the spot untuk membeli barang-barang dankeperluan lain. Namun,sekarang telah ada pihak-pihak yang menerima Dinar dan Dirham dalam transaksi bisnes mereka. Alhamdulillah, pasar muamalat DnD yang telah berjaya berlangsung dengan meriah di Masjid Syah Alam pada 16 April 2011. 
Simpanan emas ada auranya sendiri, sekali anda bermula,anda pasti ingin menyimpannya lagi. Ia beranak pinak dan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Pengalaman saya sendiri menyimpan wang dari hasil pendapatan bulanan serta dari side incomes – bila sekali keluar duit di ATM masa terdesak pasti akan keluar lagi. Akhirnya simpanan semakin menyusut. Sudahlah nilainya sendiri semakin menyusut. Orang yang simpan emas dengan matlamat yang jelas,akan dapat rasakan agak rugi jika menjual emas sekadar untung mendapatkan wang fiat semula, melainkan anda benar-benar memerlukannya atau betul-betul terdesak.

Menyimpan emas telah mengajar saya menjadi seorang yang lebih berjimat cermat, berhemah dalam berbelanja dan semakin sederhana dalam melalui kehidupan. Niat saya, kesenangan saya nanti akan memberi manfaat kepada orang lain juga. Tapi untuk menolong orang atau bersedekah, tidak perlu tunggu kaya, mulakan dari sekarang,insya'Allah rezeki kita akan lebih berkat.

Niat saya adalah untuk memberitahu pada semua rakan-rakan supaya mula menyimpan emas dari sekarang untuk hari esok yang akan datang… kerana menyimpan emas ini menghalang dari inflasi dan RIBA yang HARAM menjadi darah daging kita dan keluarga kita..  
Contoh yang jelas wang kertas menyusut ,RM50,000 yang anda simpan sekarang, beberapa tahun akan datang, ditolak inflasi, nilainya mungkin hanya tinggal lebih kurang RM40,000 atau lebih kurang dari itu. Tapi dengan menyimpan emas, anda meletakkan nilai yang betul di tempat yang sepatutnya.
Emas semakin naik harganya untuk jangka masa panjang-ia umpama magnet yang menarik kekayaan kepada anda. Contohnya : anda beli emas RM100k, beberapa tahun akan datang emas tersebut mungkin bernilai RM400k malah lebih dari itu. 
Saya lebih suka jika anda tidak menganggap emas sebagai pelaburan, sebaliknya ia adalah simpanan-aset yang tidak susut nilai seperti rumah dan hartanah. Emas adalah penyimpan nilai yang baik,ini terbukti sejak 1400 tahun dahulu lagi. Aset terunggul yang mampu dimiliki dan dikumpul sedikit demi sedikit dan digunakan sedikit demi sedikit ketika anda memerlukannya. Emas adalah wang yang sebenar. Sekarang anda faham bagaimana emas mengikat kewangan anda agar terlindung dari inflasi dan susut nilai serta peranannya sebagai magnet yang menarik kekayaan kepada anda. Lebih banyak anda tahu tentang emas dan perak, lebih banyak yang anda ingin tahu dan lebih membantu anda bertindak dengan keputusan yang betul. Sekiranya semua pihak sedar emas dan perak berharga,maka semakin mudah untuk semua pihak menerima dinar dan dirham untuk tujuan muamalat. Marilah sebarkan info berguna ini kepada semua orang yang anda kenali. Kasihanilah mereka yang tidak tahu hakikat sebenar emas dan wang kertas.

EMAS ELAK KEBOCORAN HARTA KITA
5/17/2011 10:36:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 5/17/2011 10:36:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us