Pelaburan emas, mana satu pilihan anda?
Emas Fizikal | Simpanan Emas di Bank |
Emas disimpan dalam bentuk fizikal, kata orang alah membeli menang memakai | Emas dibeli dalam bentuk saving/investment account dengan baki minimum setiap masa |
Kepelbagaian dalam design dan boleh dijadikan perhiasan | Tiada kepelbagaian rekabentuk, untuk pelaburan semata-mata |
Mudah dijual secara tunai pada bila-bila masa | Mudah dijual dalam waktu urusniaga bank |
Emas boleh dipajakgadai / al Rahnu sekiranya memerlukan tunai dalam masa yang sama tidak kehilangan aset emas | Tidak boleh digadaikan. Sekiranya memerlukan tunai, aset emas perlu dijual |
Risiko – kehilangan dan kecurian | Simpanan emas terjamin |
Kadar susut nilai (spread) tinggi disebabkan harga belian termasuk kos upah | Kadar jualan semula lebih tinggi mengikut harga live-rate (hanya caj bank dikenakan) |
Dalam pasaran Malaysia, emas fizikal dikategorikan kepada dua iaitu emas perhiasan dan emas jongkong. Emas perhiasan termasuklah cincin, gelang , rantai dan sebagainya manakala emas jongkong berupa gold bar dan gold coin. Ada pelanggan kami yang berminat dengan emas perhiasan, namun ada juga yang memilih emas jongkong sebagai simpanan. Kami sertakan sedikit perbandingan antara keduanya:
Emas Perhiasan | Emas Jongkong (gold coin / gold bar) |
Kepelbagaian rekabentuk | Rekabentuk yang terhad |
Cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan | Hanya sesuai untuk pelaburan semata-mata |
Kadar upah dikenakan mengikut rekabentuk | Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat |
Mudah dijual semula dan dipajak di mana-mana pajak gadai atau bank al Rahnu | Mudah dijual semula. Mudah dipajak di pajak gadai konvensional. Bank al Rahnu tidak lagi menerima pajakan emas jongkong |
Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu | Memerlukan modal yang agak tinggi |
Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat | Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat |
Di Selangor, zakat perlu dibayar apabila cukup haul apabila melebihi 800g | Di Selangor, zakat perlu dibayar apabila cukup haul dan melebihi 85g |
Mindset kebanyakan penyimpan emas; emas perhiasan biasanya lebih dihargai dan disimpan lebih lama. Secara tidak langsung emas tersebut menjadi pelindung kekayaan dan akhirnya mendapat pulangan yang berlipat kali ganda | Mindset kebanyakan pelabur emas; emas jongkong biasanya dijual semula apabila harga telah mencapai target keuntungan, sekaligus tidak memaksimumkan pulangan. Dalam masa yang sama setelah emas tersebut dijual, harga belian semula sudah lebih tinggi |