KOLEKSI RANTAI i-series 916 atau 22K Public Gold: MEMENUHI KEPERLUAN PELABURAN MASA KINI
Assalamualaikum wbt. & Salam 1Malaysia ....
Agak lama juga tidak mengemaskinikan laman web ini. Kesibukan dengan tugasan seharian agak menghalang untuk saya melapangkan masa bagi tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, untuk kali ini saya merasakan perlu untuk saya memaklumkan kepada rakan-rakan sekalian tentang produk pelaburan EMAS terkini keluaran Public Gold dikenali sebagai Koleksi Rantai i-series.
Ianya merupakan Rantai yang didatangkan dengan berat yang berbeza 20g, 50g dan 100g serta bakal menyusul adalah 5g dan 10g. Ianya dikeluarkan sepertimana PUBLIC GOLD BAR cuma dalam bentuk rantai dan diperbuat dari EMAS 916. Koleksi Rantai i-series boleh dijadikan sebagai aset pelaburan alternatif kepada Public Gold BAR dan Public Dinar yang rancak diniagakan sebelum ini. Ianya turut diniagakan seperti BAR dan DINAR di mana harganya mengikut pasaran semasa yang berubah setiap 20 minit.
Koleksi Rantai i-Series boleh dilihat lebih kepada PELABURAN EMAS berbanding dengan Public Jewellery (barang kemas) yang lebih khusus kepada perhiasan diri. Ianya dapat dilihat dari 'spread margin' yang menunjukkan perbezaan harga jual dan harga beli yang lebih kecil (sekitar 10%) berbanding dengan Public Jewellery pada kadar sekitar 20%.
Untuk keterangan lanjut berkenaan Koleksi Rantai i-series ini, hubungi saya 019-9809816 dengan kadar segera!!!!
Bah...apa lagi... kepada para pengunjung Ar Rahnu tegar seperti saya hehehehhe, inilah masa yang "terbaiiik". Gunakanlah ilmu yang telah dipelajari...Teknik REMBAT + REMPIT + MULTIPLY .... vroooommm.... seterusnya OVERLAPS