
Pada artikel saya mengenai
Operation Twist, saya telahpun menjalankan analisa terhadap harga emas. Analisa saya telah jelas menyatakan hala tuju harga emas. Saya juga dengan jelas telah menjangkakan harga EMAS akan terus jatuh walaupun ramai yang pada ketika itu bertegas mengatakan pada saya bahawa ianya hanya melalui fasa
Corection dan tidak mungkin jatuh seperti yang saya jangkakan. Pada pandangan saya, apabila kita melabur, emosi sentiasa melebihi dari rasional kita. EMAS boleh dikatakan
Bull Run sejak Jun atau Julai tahun ini. Mengapakah ianya berlaku?


Kepada pembaca atau
follower setia saya, pasti anda akan pernah membaca artikel saya mengenai
kejatuhan empayar Amerika disebabkankrisis hutang mereka. Tindakan Amerika menambahkan kemudahan kredit mereka telah terus melemahkan matawang mereka. Kesanya, harga EMAS telah menunjukkan kenaikan dan itulah yang saya jangkakan. Ini bukan kerja spekulator tetapi adalah suatu yang semulajadi untuk kita kembali kepada komoditi dunia berbanding sesuatu yang tidak mempunyai nilai intrinsik. Alhamdullilah dengan izin Allah kajian saya terhadap sentimen pasaran dunia telah dapat memberi manfaat kepada pembeli EMAS melalui saya. Sepanjang minggu ini market trend untuk EMAS adalah merudum atau dalam bahasa orang yang melabur ni
Bearish. Berdasarkan sentiment market, saya menjangkakan bermula pada ISNIN ini, market EMAS adalah sideway atau mendatar.

Apa yang penting untuk kita mengetahui apabila kita memasuki pasaran adalah mengenalpasti trend. Apakah market trend ketika anda masuk? Dari situ kita boleh mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk masuk dan untuk keluar dari market.
P.S
Kini saya sedang mengumpulkan beberapa fakta untuk manfaat kita bersama. Semoga saya terus mendapat sokongan dari pembaca semua. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang EMAS anda dialu-alukan untuk menghubungi saya. Saya juga turut menjual EMAS Fizikal