WELCOME

 - Comments Off

Kesan Berpegang dengan Hukum Duit Kertas Haram

1. Allah swt mengharamkan riba dan arak dengan cara yang serupa iaitu ada 4 peringkat pengharaman riba dan juga arak. Setelah pengharaman arak sempurna, maka masyarakat Islam terus membuang arak-arak yang ada di rumah mereka. Tidak perlu tunggu apa-apa arahan tambahan lagi. Begitulah sikap orang beriman.

2. Pada akhir zaman ini kita cuma ada al-Quran dan as-Sunnah. Pentafsiran para ulama terhadap isu-isu tertentu adalah pelbagai. Apa yang pasti mereka sepakat dalam perkara yang jelas halal dan haramnya. Cuma dalam perkara yang tidak disebut dalam kedua sumber dengan jelas ini para ulama ada pelbagai pendapat.

3. Ini disebut perbezaan pendapat (khilaf) , dan Nabi saw menerusi hadisnya yang shahih yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim menyebut:

Apabila seorang hakim hendak menjatuhkan hukuman lalu berijtihad dan betul ijtihadnya nescaya mendapat dua pahala, apabila salah ijtihadnya mendapat satu pahala.

4. Dalam mendepani situasi banyak pendapat dalam perkara ijtihad ini, Imam Suyuti dalam bukunya al-Ashbah wa an-Nazair menyebut:

Jangan dibantah hukum yang berlaku khilaf di kalangan ulama’. Sesungguhnya perkara yang perlu dibantah adalah perkara yang sepakat di kalangan para ulama tentang pengharamannya.

5. Dalam artikel bertajuk, Islam Membenarkan Matawang Selain Emas dan Perak, jelas kepada kita ulama’ memang ada perbezaan pendapat mengenai keharusan matawang selain emas dan perak. Ini menunjukkan isu matawang adalah isu ijtihad, dan ulama dapat berbeza pendapat antara satu dengan yang lain.

6. Dalam artikel tersebut juga, ulama’ semasa menerima pakai pendapat ulama’ yang menerima matawang selain emas dan perak. Tuan puan sila baca keputusan-keputusan fatwa Majma’ Fiqh Sedunia dan Majlis Shariah Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) untuk mengetahui dengan terperinci hujah mereka.

7. Ya, ada pihak yang tidak mahu menerima keputusan fatwa ini dan menyatakan matawang selain emas dan perak tetap haram. Maka, memandangkan isu matawang ini adalah isu ijtihad maka tiadalah saya mahu menghalang mereka yang berpegang dengan pendapat ini.

8. Cuma sekiranya memang mahu berpegang dengan pendapat matawang mesti emas dan perak sahaja dan duit kertas pada hari ini haram, maka ketahuilah haramlah penggunaan wang kertas ke atas mereka yang berpegang dengan pendapat tersebut.

9. Maka haramlah mereka semua untuk berjual beli gula, garam, susu, petrol, nasi dan keperluan lainnya. Haram juga berjual beli emas, perak, memberi zakat dan sedekah, memberi duit bulanan kepada ibu bapa di kampung dengan duit kertas. Haram juga mereka menerima laba dan keuntungan seperti upah, gaji, komisyen, bonus, dividen, untung bisnes dengan dengan duit kertas.

10. Kita telah mempermainkan Islam kalau kita kata duit kertas itu haram tapi masih bermuamalat dengan duit kertas dalam urusan seharian. Umpamanya macam kita menerima arak dalam hamper dari klien misalnya, kita tahu arak itu haram dan kita tukar arak itu untuk mendapatkan beras (barter trading).

11. Sama juga dengan isu perbankan Islam. Kalau berpegang dengan pendapat yang menyatakan model semasa perbankan Islam ini haram, maka haram lah mereka yang berpegang dengan pendapat tersebut. Haram bagi mereka ini menyimpan duit dan mendapatkan pembiayaan dengan bank-bank Islam. Pada masa yang sama pendapat tersebut tidak sama sekali menjadikan bank konvensional itu halal.

12. Pilihan di tangan kita semua. Saya memilih wang kertas dan perbankan Islam hari ini adalah halal berdasarkan pendapat-pendapat ulama yang ada. Tuan puan dapat memilih sebaliknya kerana saya tidak dapat memaksa mana-mana pihak menerima pendapat yang mana.

10/21/2011 11:36:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 10/21/2011 11:36:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us