WELCOME

 - Comments Off

Soalan Lazim Pasal Emas

Antara soalan-soalan yang biasa ditanya dan jawapannya
Soalan 1
Saya baru tahu tentang emas..apakah yang harus saya lakukan sekarang?
Jawapan :
Sebaik sedar tentang emas,carilah ilmu tentang emas dan rujuk dengan orang yang sudah berpengalaman tentang emas seperti saya dan dan ramai lagi yang mahir.Anda boleh tanyakan pelbagai soalan kepada mereka dan orang yang banyak ilmu tentang emas dapat memberi jawapan kepada soalan-soalan anda.
Anda juga boleh mencari bahan-bahan bacaan tentang emas di kedai-kedai buku seperti di MPH dan sumber bacaan di internet.Anda boleh baca artikel di bahagian menu Artikel dan klik.Ia akan link kepada Artikel Terdahulu oleh En.Syukor Hashim  yang merupakan sifu saya secara tak langsung tentang  emas ini sejak 2008 lagi.
Jika anda kekurangan masa untuk membaca dan mengkaji tentang emas,anda boleh sms saya di 019-9809816 dan saya akan menghubungi anda kembali untuk berkongsi ilmu emas secara direct.Jangan lupa mesej “Ingin tahu Tentang Simpanan Emas”.Anda juga boleh menghubungi dealer-dealer di bawah rangkaian saya yang berhampiran dengan anda.Sila rujuk Senarai Dealer Di Bawah Rangkaian Emas Global
Soalan 2
Saya sudah memahami tentang sebab apa perlu simpan emas..saya ingin membeli,yang manakah paling sesuai?
Jawapan:
Asalkan emas..semuanya bagus,asalkan emas itu benar ketulenannya dan tepat beratnya.
Terdapat banyak produk emas di Malaysia seperti
1.Kijang Emas
2.Pamp Suisse
3. Produk keluaran GCP iaitu dinar 999 dan barang kemas-juga boleh dapatkan produk Pamp di sini
4.Public Gold yang turut mengeluarkan dinar Public Dinar,Silver dan barang kemas 916
5.Jongkong dari kedai-kedai emas seperti Poh Kong dan Habib Jewels
6.Gold coins dari UOB Bank
7.Bunga Raya dari Nubex,Dinar Kelantan,Dinar Restu,Dinar Muslim,Dinar Darul Ehsan dan banyak lagi
Apa tujuan anda membeli?
Jika untuk tujuan simpanan,mana-mana emas sesuai untuk anda.
Untuk tujuan simpanan + pelaburan pilihlah emas yang mudah dicairkan (dijual semula),dan syarikat yang menawarkan harga belian semula (buyback) yang tinggi.Contohnya seperti Public Gold
Jika anda ingin emas sebagai simpanan + pelaburan + meniaga,pilihlah yang paling mudah untuk mendapat stok.Setakat ini dari pemerhatian saya Public Gold paling mudah sekali untuk tujuan ini kerana ia telah dikenali ramai,stok sentiasa ada kerana ada kilang sendiri.GCP juga mempunyai kelebihan kerana mengeluarkan produk 999.Begitu juga Bunga Raya dari Nubex sesuai tapi anda perlu ambil stok banyak kerana stok bunga raya selalu habis.
Soalan 3
Macam mana nak dapat untung dengan emas ?
Jawapan:
Emas sebagai simpanan kalis inflasi dan melindungi kewangan kita.Lebih lama anda simpan lebih menguntungkan.Jika anda menyimpan wang kertas,ia akan mengalami susut nilai disebabkan inflasi dan sebagainya.Tahun lepas iaitu 2010,inflasi negara kita ialah 5%.Ada info mengatakan susut nilai wang kertas tahun lepas ialah 15% !!!
Kalau nak untung lebih,anda perlu simpan emas + meniaga emas.Di sini anda boleh menjana kenuntungan dengan berniaga.Bukankah sumber rezeki adalah 9/10 dari perniagaan?Rasulullah saw sendiri meniaga.
Bezanya,meniaga emas bukan macam meniaga barang-barang lain.Niat kena betul dan hati kena bersih.Niatkan di dalam hati untuk memberi kesedaran kepada ramai orang tentang sebab perlu simpan emas dan kepentingannya.Educate first.profit will come later.Selebihnya anda boleh belajar dengan saya.
Lagi satu anda boleh menjana keuntungan dan menggandakan emas anda menggunakan teknik ar rahnu.Sila baca di ‘Teknik Ar rahnu Manipulasi Emas”
Soalan 4
Apa kelebihan  emas Public Gold dan keburukannya?
Jawapan :
1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.
2. Harga yang dijual adalah kompetitif
3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)
4. Spread yang kecil (antara 5% – 6%)
5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold.
6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.
Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.
7. Emas Public Gold boleh digadaikan.
8. Boleh beli menggunakan kaedah EPP (Easy Payment Plan),satu kemudahan yang disediakan oleh PG.Kelebihannya kita dapat lock price harga emas yang kita hendak dan bayar ansur-ansur selama 4 bulan.Habis bayar kita boleh ambil gold kita
9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh menjadi agen Public Gold.
Keburukan -
Setakat ini saya tak nampak lagi keburukannya kecuali  satu sahaja.Emas Public Gold tidak sesuai untuk tujuan melebur dan menjadikannya barang kemas,kerana kita boleh mendapatkan produk lain untuk tujuan ini kerana lebih murah.Ini jika anda memang beli untuk membuat barang kemas..jadi saya tak sarankan.Kalau untuk tujuan simpanan dan pelaburan memang sesuai.

Soalan 5
Apakah  EPP untuk membeli emas dengan PG ini ?
Jawapan:
EPP ialah Easy Payment Plan.Satu kemudahan oleh PG supaya kita dapat membeli emas  dengan harga yang kita mahu.Ansuran selama 4 bulan dan caj admin hanya sebanyak 0.5% sahaja.EPP boleh digunakan untuk membeli apa sahaja produk walaupun 1 dinar dan untuk menjadi dealer dengan belian minimum rm20k
Contoh adalah seperti di bawah
Lock price dan register dealer rm20k pada 10hb Jan 2011.
Anda akan mendapat sales order (SO) dari pihak syarikat PG dengan kiraan berikut:
Bulan pertama 11hb Jan   rm5000k + caj admin 0.5% rm100   = rm5100     (0.5% daripada rm20k = rm100)
Bulan ke  2 hingga bulan ke 4 =rm5000 setiap bulan
Total =rm20100 (untuk gold bar ada caj transport fee 20g =rm10 , 50g =rm20  100g =rm30)
Soalan 6
Apakah ar rahnu?
Jawapan :
Definisi dari sudut syarak:
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya………….”
(Surah al-Muddaththir 74:38)
  • PENGERTIAN
Ahmad Azhar Basyir – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara” sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima”
H.M Arsjad Thalib Lubis – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar”
Abdul Rahman Al-Jaziri – menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti ” menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
Kesimpulannya – Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman
  • HUKUM
Firman Allah SWT - “Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang
(Al-Baqarah : ayat 283)
Dalam sebuah Hadis - “Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah Hadis - “Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w  pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang.  Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”
(Riwayat Al-Bukhari)
Dalam sebuah Hadis - “Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya”
(Riwayat Tirmidzi)
  • RUKUN
Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
  1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
  2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
  3. barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
  4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
  5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian
boleh rujuk di http://www.arrahnu.org/rahnudef.htm
Soalan 7
Apa maksud lock price?
Jawapan :
Lock price bermaksud kunci harga atau menempah harga emas yang kita mahukan.Harga di web Public Gold,Public Dinar dan Public Jewellery berubah 20 minit sekali.Jadi jika ingin membeli emas,anda rujuk harga di web (di www.jutawangold.com juga ada harga ),dan bila anda ingin membeli dengan harga tersebut,anda boleh sms begini :
Lock price 20g 1 unit rm3200 update 8.00pm,nama penuh,ic dan alamat dan hantar
ke  no hp saya atau dealer di bawah rangkaian kami
Jika anda ingin mendaftar sebagai pelanggan PG dan mengambil sendiri emas di cawangan terdekat,sertakan alamat email.Dealer akan membantu anda dalam urusan lock harga dan boleh runding jika ingin meminta dealer ambilkan stok.Anda hanya perlu tandatangan satu surat mengesahkan anda mewakilkan kepada dealer untuk mengambil stok anda beserta satu salinan ic.Anda juga boleh wakilkan kepada sesiapa sahaja untuk mengambil emas tersebut.Sebaiknya orang yang anda percayai.

Soalan 8:
Pelaburan Emas: Harga emas secara keseluruhannya sentiasa meningkat dari tahun ke tahun…dan oleh sebab itu, tidak dinafikan pelaburan emas adalah pelaburan bijak dan menguntungkan…bagaimanapun keuntungan hanya dpt dinilai setelah emas fizikal yg dibeli ditukar dgn barang yg lain ataupun tunai mengikut harga emas semasa…adakah menjual kembali emas semudah kite membeli?
beberapa jawapan yg menjadi pilihan saya utk merungkai persoalan di atas
EMAS KALIS INFLASI.
First, mari kita faham dulu makna INFLASI dan HyperInflasi.
INFLASI => Dalam ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga boleh merujuk kepada peni…ngkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi.
Oleh kerana terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam satu masa, tingkat harga umum ini diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Dengan kata lain, kadar inflasi diukur dengan perubahan dalam indeks harga pengguna.”
HYPERINFLASI => (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang (cetak wang). Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang (cetak wang kertas) lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.
Ok, now, let say saudara telah faham makna inflasi. Jadi bolehlah saya terangkan makna EMAS KALIS INFLASI. First, apa yang saya tulis bukan menerangkan segalanya. Tapi mengajak saudara berfikir..
1) Katakan Sekarang harga milo ais RM1.80 (dulu rm 0.80, rm1, rm1.30, rm1.80 jer). adakah Harga Milo ais 5 tahun depan atau 10 tahun depan akan kekal RM1.80..?
2) Tahun 90an Nilai RM10 adalah satu nilai yang besar, macam rm50 sekarang nie. Sekarang adakah Nilai RM10 adalah nilai yang besar? nk cover breakfast dan lunch kat tempat kerja pun x lepas.
3) andai anda simpan KERTAS rm100 hari ini. Selepas 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun apakah yang anda boleh buat dengan KERTAS RM100 tuh?
4) OK, sekarang tengok pada emas pula. andai anda simpan emas 1g yang bernilai rm166/g (tahun 80an rm30/g jer) hari ini. Adakah 10, 20, 30 tahun depan 1g tu tetap bernilai RM166?
5) let say, saudara ada RM10k dalam bentuk wang KERTAS dalam bank, bila berlaku inflasi di mana RM10k tu hanya dapat beli nasi lemak. Adakah RM10k wang kertas anda tersebut automatik bertukar jadi 1juta? tentulah tidak kan? Angka tetap rm10k dan wang rm10k yang anda kumpul susah payah itu sekelip mata sahaja cuma dapat membeli sebungkus nasi lemak. Indonesia adalah contoh terbaik Inflasi dan kejatuhan rupiah semasa krisis 1997/1998.
6) berlainan pula situasi jika rm10k itu anda simpan dalam bentuk asset seperti EMAS. bila berlaku inflasi, emas yang bernilai RM10k masa anda beli TIDAK akan bernilai RM10k (harga sebungkus nasi lemak) semasa inflasi. malah lebih dari itu iaitu sama nilainya semasa anda beli.
7) Ambik contoh Zimbabwe, sebelum tahun 2000 1ZWD = USD1.42 . bila berlaku Hyperinflasi, Bank Zimbabwe telah mengeluarkan Wang KERTAS nilai 100 Trillion (100,000,000,000) yang bernilai kira2 RM20 shaja. bila berlaku keadaan ini, rakyat Zimbabwe dah tidak percayakan KERTAS lagi. mereka hanya menggunakan emas dalam urusniaga dimana harga sebuku roti bernilai 0.1g emas.
Soalan 9:
Saya ingin mengetahui tentang kecairan (liquidity) emas .(Soalan ini beserta jawapannya saya ambil di sebuah laman sosial)
Jawapan :
liquidity? selama nih xpernah pulak x dapat nak liquid EMAS. Nugget Emas (emas bijih) sekalipun tiada masalah nak liquid.
Ini bukan cakap kosong, pelombong haram (xde permit untuk lombong emas di atas tanah sendiri) di Raub sendiri tiada mas…alah menjual emas yang dilombong ke kedai emas berdekatan dengan tolak 40% dari harga emas semasa (atas alasan xde sijil dan xde permit melombong). Malah tokey emas itu sendiri yg selalu datang tanya samada ada emas baru atau x..
perbandingan lain untuk Liquidity, andai ada 20g jongkong emas 999 yang berharga RM3k dan wang KERTAS rm3k juga.
Then emas 20g dan Wang KERTAS rm3k tu simpan dalam kotak besi dan tanam dalam tanah. biarkan selama 15 tahun.
Selepas 15 tahun ke…luarkan kotak besi itu.
1) Antara Emas dan kertas rm3k tersebut mana satu lebih tinggi nilainya?
2) antara Emas dan kertas rm3k tersebut, mana satu yang boleh digunakan (liquid).? jangan lupa, wang kertas ditukar design setiap 10 tahun sekali dgn design lama perlahan2 dilupuskan dari pasaran sebelum TIDAK diperakui sah lagi.
ok..mungkin ini terlalu rumit untuk berfikir. saya bg contoh lain untuk LIQUID.
selepas 5 tahun, tetiba terjadi perang antara malaysia dengan singapura. Singapura yang dibantu ISrael dan US telah menang dan berjaya menawan malaysia. matawang KERTAS baru dikeluarkan dengan matawang RM sebelum ini tidak lagi diperakui sah.
Then keluarkan kotak besi tersebut. Pada masa itu mana lebih mudah liquid? Emas ataupun RM3k (wang kertas sebelum perang).
Selain dari situasi di atas,emas Public Gold antara emas yang paling mudah dicairkan kerana ramai dealer yang sedia membeli semula dan pihak syarikat juga memberi jaminan membeli semula emas mereka.
So, jangan la melihat EMAS sebagai bentuk pelaburan semata2, tapi juga sebagai JAMINAN terhadap simpanan dan kalis INFLASI. Sebab, Basically, emas x naik nilai pun. dari 1400 tahun dulu sampai sekarang harga seekor kambing tetap 1 dinar. Ya…ng buat Emas nampak mahal ialah sebab INFLASI dan Wang KErtas susut nilai.
Jadi, apa yang anda fikir lagi? Mulalah menyimpan EMAS walaupun hanya sekadar 1 Dinar.
Sekarang cerita tentang simpan dalam wang kertas. betul, kalau beli property pun bagus juga. Emas dan tanah (rumah) memang aset yang terbaik. Tapi emas ni value dia lebih kecil …dan mudah dibeli berbanding beli tanah.
Contoh macam ni, emas 1gram boleh beli di mana-mana dan boleh kumpul sampai berkilo-kilo, tapi tanah boleh beli sekaki per segi? Tanah kena beli RM20k ke atas dan untuk area KL mcm saya dalam area RM150k.
Jika anda lihat blog-blog dealer-dealer emas, sesetengah mereka tauke rumah lelong. Terbaru saya jumpa customer beli emas dan dia adalah agen hartanah dan mempunyai 5 biji rumah. Sebelum dia beli dia tanya saya, “memang confirm ke harga emas akan naik?”
Dan ini jawapan saya, “Saya bukan ahli nujum, kami hanya jual beli emas dan sejarah dulu belum tentu melakar masa hadapan. Apa yang saya tunjuk kenaikan emas ini hanyalah sejarah dan saya tidak dapat menjamin kenaikan emas sentiasa. Tapi saya membeli emas hasil analisis saya selama beberapa tahun. Bagi saya emas adalah satu medium kalis inflasi.”
Soalan 10 :
Manakah lebih berbaloi,emas 916 seperti dinar dan barang kemas atau emas 999 dalam bentuk jongkong?
Jawapan :
Jika untuk simpanan/pelaburan barang kemas tidak sesuai kerana susut nilainya lebih tinggi.Jika anda ingin memakai untuk perhiasan,maka biarlah dipakai lama dan elakkan ‘trade in’ kecuali anda terdesak.
Dinar pula lebih sesuai disimpan untuk tujuan muamalat dan tidak digalakkan memajak.Namun ia memberi pilihan kepada mereka yang baru hendak bermula dan bajet kecil.
Harga kos pergram emas 999 lebih tinggi,maka kenaikannya lebih tinggi.
Pilihan untuk yang hendak beli barang kemas perhiasan sambil menyimpan/melabur-emas 999.Antara syarikat yang mengeluarkan produk barang kemas 999 ialah GCP
Soalan 11 :
Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai dealer Public Gold ?
Jawapan :
1- SMS nama penuh, no IC, alamat Email & Item yang mahu dibeli ke 019-9708897
2- Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold dan staff syarikat akan email kan Sales Order kepada anda.
3- Saya akan  daftarkan dealer dan lock order
4- PG akan call anda untuk pengesahan dan Sales Order ( SO)akan di Email kepada anda.
5- Setelah bayaran dibuat, Email kan resit pembayaran kepayment@publicgold.com.my fax ke 04-6464916. Nyatakan no Sales Order anda di dalam slip bayaran tersebut.
6- Hubungi PG Penang 04-6441835, minta sambung ke Payment Dept. dan semak jika mereka telah menerima resit bayaran anda.
7- Minta mereka berikan approval dan nyatakan cawangan mana anda mahu collect stock.
8- Hubungi cawangan tersebut dan nyatakan bahawa anda mahu collect stock untuk Sales Order No PGx-xxxxxx. Minta mereka sediakan Invoice dan Delivery Order (DO)
9- Ambil stok emas anda dan boleh mula berbisnes

Soalan 12 :
Saya berminat untuk menjadi dealer GCP,apakah yang harus saya lakukan?
Jawapan :
1. Layari web ini www.gcp.com
2.Klik pada butang Register
3. Masukkan ID introducer anda
dengan memasukkan ID saya…
Nama : Nor Fazilah bt Abd Mohd
ID : ad1325
4. Sahkan sekiranya betul.
5. Isikan butir-butir diri anda dan hantar.
6. Buat pembayaran pada syarikat GCP.
Akaun :
Maybank
GOLDCREST PAVILION SDN BHD
505103003954
7. Selepas itu emailkan slip pembayaran anda pada :
sales@gcp.com.my
Rm1000 untuk menjadi ahli, dapat service seumur hidup dan dapat peralatan jual emas.
Rm600 untuk menjadi ahli dan dapat service seumur hidup.

Koleksi ‘FAQ Sifu saya.. (Saya kekalkan soalan dan cara beliau menjawab :)   )
FAQ tentang Emas

Salam Ceria semua..

Alhamdulillah, sejak saya officially announce (cehhh macam press conference pulak) yang saya dah jadi MD Public Gold, banyak saya dpt response positive tentang emas. Dan ramai jugak yang semakin galak bertanyakan tentang itu ini berkaitan pelaburan emas. Bagus, memang patut pun kita selidik habis-habisan untuk melabur.
Jadi, saya akan buat satu entry berkenaan FAQ tentang emas dan saya akan ‘link kan di side bar blog (bawah LABELS) ni utk reference semua.

Kenapa saya pilih emas Public Gold?

 Pengeluar gold bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan assayer (mencipta rekod “The Malaysia Book of Record”).
 Cantik (boleh dijadikan hadiah).
 Kos pelaburan jongkong emas yg paling murah di M’sia
 Perbezaan harga jualan & belian (spread) yg rendah.
 Anda akan memiliki emas fizikal.
 Terdapat sistem penempahan secara online selama 24 jam. (syarikat pertama di m’sia)
 Anda boleh menempah harga emas tertentu.
 Memberi jaminan membeli balik emas (Public Gold) mengikut harga belian walaupun calar,dibuka sarungnya atau bengkok.
 Stok sentiasa ada.
 Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.

Harga Emas Public Gold

Harga boleh dilihat di website Public Gold iaitu www.publicgold.com.my & di update dari semasa ke semasa.
Harga emas dunia boleh dilihat kat website KITCO . Ini adalah harga reference utk emas, dan harga emas bukanlah harga kawalan. Sebab tu kita lihat harga dari satu syarikat/kedai emas berlainan dengan yang lain.
Bagaimana kita nak tahu gold bar Public Gold tulen atau tidak?
Setiap keping gold bar atau gold coin disertakan dengan sekeping certificate yang disahkan oleh Assayer. Assayer adalah pihak yang akan mengiktirafkan ketulenan emas. Jika anda nak jual balik gold bar, sijil mesti disertakan sekali untuk tujuan memudahkan saya menjual balik jongkong tersebut.

Bila masa yang paling sesuai nak beli emas?

SEKARANG atau dgn lebih tepat bila ada duit lah..Emas for sure akan naik, tak kira masa anda beli tu harga berapa pun, dia tetap akan naik. Contoh, masa saya beli 6/1/10 harga emas rm135/gram. Hari ni 7/1/10 pagi rm137/gram, sekrg pada ketika artikel ini ditulis harga turun balik rm136/gram.. Harga akan fluctuate tapi untuk long term, tetap naik & menguntungkan.

Apa nak buat kalau lepas beli, harga turun?

Simpan saja. dan tunggu bila harga naik balik,then jual kalau nak buat untung.Kalau tak,simpan lagi utk keuntungan pelaburan jangka panjang. Walaupun harga emas turun lepas kita beli,ingat,emas tu still ada dgn kita. in other words,we
never lose it. Compare dgn unit trust/stock market, bila harga turun merudum, wang pun lesap lah.

Emas Public Gold ni diterima tak oleh company lain atau mana2 goldsmith?(in case Public Gold tutup)

Emas adalah emas. Bawak pegi ceruk mana pun,ia tetap emas. Cuba beli cincin emas kat Dubai ke,Mekah ke,try offer kat kedai emas kat sini,bila diorg test (ada satu mesin) ketulenan nya sah, sure dia mabik punya.Emas bukan seperti cash/currency. That’s why masa zaman perang vietnam,semua org vietnam keluar negara bawak emas,diorg tak bawak duit langsung. Masuk lah negara mana, depa boleh hidup dgn emas.

Berapa banyak patut dibeli?Ada minimum tak?

Minimum 20 grams sbb itu adalah saiz/berat jongkong yg paling kecil. Berapa banyak,ikut budget.Tak de restriction.

Berapa berat jongkong yang ada?

Jongkong emas 999- 20gram, 50gram, 100gram,1kg
Syiling emas 916 – 1 dinar (4.25gram), 5 dinar (21.25gram), 10 dinar (42.5gram)

Kalau dah beli,simpan kat mana?

Kalau berani,simpanlah kat rumah. Kalau sikit amount nya, simpan saje macam anda simpan brg kemas. tapi kalau byk & nak safety, boleh simpan kat deposit box kat mana2 bank atau sewa Royal Safe Deposit Box public gold di Sunway Mentari.
Royal 1 – 5x5x23 inch – RM270.00 /year
Royal 2 – 3x10x23 inch – RM330.00 /year
Royal 3 – 5x10x23 inch – RM410 /year
Royal 4 – 10x10x23 inch – RM480 /year
(akan saya beri detail tentang safe deposit box ni later)

Kalau stay oversea,mcm mana nak beli?

Cara yang paling logik & practical,minta saudara terdekat di Malaysia,ibu/ayah/adik beradik/husband/wife belikan. Bagi mereka simpan sendiri kat rumah atau sewa safe deposit box. Kalau insist jugak nak gold bar tu,saya akan usahakan kirim dekat member yg kebetulan fly ke lokasi anda (but not advisable,unless saya betul2 percaya kawan saya tu..hehe). Tapi anda kena pegi ambik kat airport flight MAS turun ataupun kat hotel crew MAS stay.

Boleh tak saya invest dengan barang kemas?Emas jugak kan??

Boleh,tapi kalau mmg niat nak melabur,saya nasihatkan go for jongkong/coin rather than jewelry. Pertama,harga anda beli pun tinggi sebab tokey kedai tu for sure include workmanship cost. Dan bila anda nak jual balik,brg2 kemas tersebut akan dikira sbg ‘emas terpakai’ yang mempunyai susut nilai yg agak tinggi, dlm 20-40% lower than the market rate time anda nak jual. So,walaupun time tu dikira emas dah naik harga berbanding masa anda beli,still anda rugi sebabkan susut nilai tu.
Poh Kong,Tomei semua pun ada buat gold bar depa sendiri.So,bolehlah beli yang tu untuk investment?
Nak beli boleh,tapi kena jaga baik2 bagai menatang minyak yang penuh.hehehe.Harga memang tinggi sbb walaupun jongkong,tetap berpandukan harga FGJAM (federation of goldsmiths and jewellers association of m’sia) yang lebih tinggi daripada public gold. Dan,kalau calar atau tergores, atau terserpih atau bengkok,atau dibukak dari sarungnya, jongkong anda dah dikira sbg ‘emas terpakai’ which then apply to harga
susut nilai yang 20-40% itu. Sedangkan Public Gold tetap ambik jongkong dia balik bila anda nak jual walaupun calar atau bengkok.Bagus kan..

Saya takde cash,tapi ada brg kemas. Boleh ke tukarkan kpd jongkong Public Gold?

Boleh. public Gold ambik pada harga 10-15% rendah daripada harga belian. Ini lebih tinggi daripada ditolak ke kedai emas yang biasanya ambik pada 20-40% rendah daraipada harga belian. Brg2 kemas ini kemudiannya ditimbang,disahkan ketulenan sebelum anda diberi jongkong/coins yang setara nilainya.

Kalau saya nak jadi dealer jugak macam mana?

Bagitau saya,saya akan share cara & ilmu menjual emas sebanyak mana yang saya tahu. kemudian, daftar dgn Public gold dengan membeli package stok yg telah ditetapkan oleh public Gold  mengikut harga emas ketika itu. Anda boleh mendaftar sebagai dealer di bawah rangkaian saya, bermakna saya sbg introducer.

Kenapa dalam blog chedet (tun dr.mahathir) ada iklan Public Gold ni?ada kaitan ke?

Saya bertanya pada Public Gold,depa kata che det mmg suka sgt pada gold investment ni.Tapi,saya rasa,my personal opinion, sure Che Det ada share dalam tu..heheeh..kalau tak,takkan saja2 suka letak iklan dlm blog dia.Ingat senang nak advertise dlm blog ex-prime minister yg paling berpengaruh tu??

Gold ni sesuai untuk investment apa ye?Apa gunanya?

Contoh saya bagi, katakan 5 tahun lagi anda nak ke Mekah buat haji.Anda beli emas sekrg 10gram berharga rm13500.00 (contoh).Apa yg perlu anda buat ialah simpan shj.At the end of 5 years tu,anda tetap ada emas seberat 10gram,tetapi value nya mungkin dah naik jadi rm33,592.00 (saya ambik hanya
20% appreciation a year-compounding effect).So,walaupun kos buat haji masa tu dah naik,emas yg anda simpan tanpa tokok tambah tu mampu menampung kenaikan kos tersebut. (anda hanya keluar duit sekali shj pada mula2 dulu sebyk rm13500!!).Berbanding kalau anda simpan wang, tahun ni simpan rm13500, sepanjang tahun selama 5 tahun anda terpaksa tambah lagi sebanyak rm20,092.00 untuk jadi setara dgn kenaikan nilai emas.
Gold ni juga sesuai untuk education fund anak-anak, masa umur anak 2 tahun,beli jongkong 100gram,simpan. Tak payah tambah2, tunggu bila time dia nak masuk U,cuba pegi jual emas tu,sure nilainya berlipat kali ganda. Simply put,kalau kita simpan emas,cost of living kita takkan meningkat sbb kenaikan emas tu mampu menanggung kenaikan harga barang.Kan ke best kalau kita dibayar gaji dgn emas..kaya sentiasa lah kita…hehehe

8/12/2011 12:20:00 AM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 8/12/2011 12:20:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us