Emas sebagai pelindung inflasi
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung yg sudi membaca blog saya yg tak seberape ni. Semoga segala info yg saya kongsikan ini membawa manfaat kepada pembaca sekalian
Hari ni nak masuk 10 bulan saya menjalankan perniagaan emas. Baru je lagi bagi statement testimoni untuk akhbar Metro dan Berita Harian, kalau dah keluar nanti saya akan kongsikan dengan saudara-saudari semua. Kalau nak di ukur tempoh 10 bulan tak lah lame tapi saya mengikuti perkembangan emas dah 5 tahun, walaupun begitu masih banyak lagi yang saya perlu belajar mengenai pelaburan emas.
Alhamdulillah sehingga kini kajian selama 5 tahun saya lakukan itu sangat berguna bagi saya untuk lebih berjaya, mungkin juga berguna untuk saudara-saudari sebagai pembaca, jadi ape yang saya tahu tentang emas ni, kalau nak diikutkan ramai lagi blogger lain yang mempunyai idea dan pandangan yang mungkin lebih bernas , pada saya ini cuma pandangan saya berdasarkan kajian 5 tahun lalu, apa yang saya lalui dan apa yang berkesan bagi saya , terpulang kepada pembaca sekalian untuk menilai.
Hampir semua orang tahu pelaburan emas ini adalah pelaburan yang terbaik sehinggakan dalam agama Islam sendiri menyarankan untuk kita menggunakan emas sebagai salah satu instrumen pelaburan tetapi berapa ramai antara kita yang telah mengambil langkah pertama untuk memulakan pelaburan hatta dengan membeli 1 dinar.
Sabda Rasullullah SAW
” Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar & dirham (untuk digunakan)”
Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal; dari Abu Bakar Ibn Abi Maryam.

Pengurus Kanan Operasi Runcit Habib Jewels, Mohd. Zaruddin Mahmud yang mengupas tajuk ‘Pengenalan Emas dan Perkembangannya di Malaysia’ dalam sebuah Bengkel setengah hari dan menyentuh topik ‘Perspektif Zakat Niaga & Emas’ . Antaranya adalah disebabkan nilai yang ada pada emas itulah maka ia amat berharga. Emas tidak terlalu terpengaruh dengan keadaan inflasi dan deflasi. Maka secara tidak langsung, orang gunakan emas sebagai alternatif menyimpan harta yang ada. “Selain itu, emas juga menjadi menjadi simbol kekayaan dan kuasa. Emas juga boleh disimpan dalam bentuk nilai walau dalam keadaan ekonomi tidak menentu,” katanya. Menyentuh perkembangan emas di Malaysia, sejak kebelakangan ini, ramai masyarakat tidak kira bangsa dan agama berlumba-lumba membeli emas sebagai satu alternatif untuk pelaburan. “Ketika ekonomi negara merudum iaitu pada tahun 1997 dan 1998 dan dua tahun lepas, harga emas tidak jatuh tapi terus naik. “Meskipun, emas dianggap sebagai penyelamat semasa keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, untuk tujuan pelaburan, seseorang itu kena bijak tentang selok-belok pelaburan emas,” jelasnya.
Untuk menjadi orang yang arif dalam pelaburan emas ini, banyak faktor yang perlu di ambil kira dan perlu dipelajari, bila kah waktu yang sesuai jual dan beli emas tersebut, dari mana sumber dan info yang berguna boleh diperolehi, dan siapakah yang perlu kita jadikan mentor. Ke tiga-tiga perkara ini amat penting bagi setiap pelabur baru yang ingin berjaya dalam perlaburan emas ini. Adakalanya sesetengah pihak mengambil ringan perkara ini, mungkin disebabkan ego yang terlalu tinggi dalam diri sendiri menyebabkan mereka merasakan bahawa mereka lebih pandai atau sudah mengetahui semua perkara. Natijahnya sifat sedemikian akan mejerumuskan diri sendiri kearah kerugian yang besar.
Disini saya ingin kongsikan beberapa tips bilakah waktu yang sesuai untuk kita membeli emas untuk memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas ini.
i) Gunakan graf Meta treader Forex untuk melihat graf yang lebih kerap iaitu 5scnd per frame dan kemudian bandingkan dgn graf kitko dan public gold , graf public gold akan berubah dalam masa 20 minit tetapi kita sudah melihat pada graf meta treader dalam mase 5 scnd jadi secara terus kita boleh meramal apa yang akan berlaku 20 minit kemudian, sama ada harga emas meningkat atau pun menurun.
ii) Gunakan fibo indicator dan Stochastic oscillator dalam meta treader
iii) Beli emas dari orang perseorangan mengikut harga pasaran semasa WE BUY dan jual semula dengan harga pasaran semasa WE SELL
Anda mestilah peka dengan harga semasa emas jika ingin memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas ini paling tidak pun anda perlu ada kawan atau mentor yang sentiasa update dengan perubahan harga emas semasa seperti saya.
Betul ke pelaburan Emas ni benar2 menguntungkan?
ok ingin sy tunjukkan sedikit pengiraan jika saya gunakan teknik pelaburan beli dan simpan contoh saya mempunyai modal RM20,000 nilai emas, purata keuntungan emas setahun 24% ade yg kata 35% setahun, lantak lah berape pon, yang penting tinggi jugak, andai kata sy ambil purata yang paling rendah iaitu 24% setahun, target sy nak simpan selama 18 tahun sbb waktu tu anak sy pon dah besar nak menyambung pengjiannya ke peringkat tinggi mesti banyak belanjanya.
20000(1+24%)^18=RM960,771.98 perh banyak gile…..
RM20,000 jadi RM960,771 untung saje =RM940,771 sape nak bagi , ni baru 20000 je modal bayangkan kalau anda ade modal sebayak 100000 perhhh… mesti cecah puluh juta punye