Pada masa kini, pelaburan emas fizikal begitu popular. Di sana-sini, orang ramai berbicara tentang emas, bukan sekadar sebagai perhiasan wanita semata-mata tetapi juga sebagai satu bentuk pelaburan. Bagi kami, sesiapa yang memilih emas sebagai pelaburan atau sebagai penyimpan kekayaan mereka adalah golongan yang bijak. Ini kerana emas mengalami peningkatan harga yang tinggi berbanding pelaburan – pelaburan lain.
Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas?

Banyak faktor atau sebab kenapa anda perlu menyimpan emas. Antara faktor-faktornya adalah sebagaimana berikut:
1) Emas merupakan sumber kekayaan yang sebenar. ini kerana warnanya yang kuning keemasan, sangat menarik dan tidak akan pudar. Emas juga tidak dapat dibinasakan, mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilai dan ia sememangnya sukar untuk diperolehi.Emas merupakan aset yang amat bernilai selama-lamanya. jika emas menjadi debu sekalipun ia tetap akan bernilai
2) Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Tahukah anda, Harga emas telah meningkat sebanyak 457% sepanjang 10 tahun lalu? kadar peningkatan setahun adalah sekitar 20% hingga 30% setahun justeru mengatasi pelaburan lain. Dan pada tahun lepas sahaja (2010), ia telah meningkat sebanyak 29%. Sebagai bukti, dibawah kami sertakan graf kenaikan emas sepanjang lima tahun yang lepas.
Jika dibandingkan dengan pelaburan-pelaburan lain, emas jauh lebih menguntungkan. Dibawah kami sertakan contoh pelaburan-pelaburan lain di malaysia untuk anda pandingkan sendiri.
3) Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangkamasa panjang. Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang. Contohya, pada zaman Rasulullah, seekor kambing boleh dibeli dengan harga 1 dinar emas yang mempunyai berat 4.25 gram dengan ketulenan 22 karat. Pada waktu sekarangpun, anda boleh membeli kambing dengan harga 1 dinar. Dengan kata lain, emas mempunyai reputasi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat. rumusannya, boleh dikatakan inflasi untuk syiling emas adalah 0%.
4) Nilai wang kertas akan jatuh di dalam jangka masa panjang. Semakin lama disimpan, nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang. kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi. Sebagai contoh, pada tahu 1970-an kebanyakan pelajar sekolah membawa wang belanja antara 20 sen hingga 30 sen sahaja. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. sekarang, rata-rata ibubapa memberitahu bahawa mereka memberi wang poket antara RM2 hingga RM5 sehari kepada anak-anak mereka.
5) Emas adalah aset terunggul. Emas merupakan aset yang paling mudah ditukar kepada wang tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair. selain itu, dengan emas juga, ia boleh digadai untuk mendapatkan pinjaman. Nilai pinjaman pula dikira berdasarkan harga semasa. Apabila emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat.

Pelaburan Emas Dan Perak
kami merupakan salah seorang pengedar Emas dan perak keluaran Public Gold di Kelantan. Kami bersedia menjual dan membeli dinar emas, jongkong emas dan perak mengikut harga pasaran emas semasa. Emas dan perak keluaran Public Gold terbahagi kepada beberapa jenis sebagaimana jadual berikut:
Kelebihan Membeli Emas Public Gold.

Berikut adalah beberapa kelebihan yang anda dapat jika membeli emas daripada pihak kami.
1) Stok sentiasa ada. Anda boleh membeli emas bila-bila masa sahaja walaupun pada masa harga emas jatuh.
2) Kualiti emas yang dijual adalah 24k bagi jongkong emas dan 22k bagi emas dinar.
3)Spresd yang kecil sekitar 6%
4) Public golg memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, gores, bengkok, dan kemek asalkan berat tetap sama semasa timbangan.
5) Emas Public Gold boleh digadaikan di Ar-Rahnu untuk tunai segera.
6) Public Gold menawarkan anda peluang menjadi agen kepada produk mereka.
Agen Public Gold.

Untuk tahun ini (2011), promosi untuk menjadi agen public gold adalah sebanyak RM20,000. Kesemua modal digunakan untuk membeli stok emas. Anda bebas untuk memilih samaada untuk membeli dinar, jongkong emas, perak mahupun barang kemas keluaran Public Gold cukup dengan kadar RM20,000.
Apabila anda menjadi agen Public Gold, anda akan menjual dan membeli emas public gold mengikut harga semasa. Harga semasa ini akan dipaparkan di laman web Public Gold dan akan berubah setiap 20 minit kecuali hari sabtu dan ahad.
Faedah-faedah Menjadi Agen Public Gold.
