Tambah Pendapatan Tambah Rakan Tambah Ilmu Tambah Cawangan
Assalammualaikum dan salam sejahtera…Apa khabar anda semua? Bertemu kembali..Wah! Sekarang semakin rancak nampaknya perkembangan semasa emas sekarang ni ye. Kalau tahun lepas bulan OKT 2010 ketika saya baru mula-mula menceburkan diri dalam dunia emas ini tidak sebegitu ramai yang tahu tentang perkembangan emas ini, tetapi sebaliknya hari ini. Sana sini bercerita tentang emas. Bagus! tahap pengetahuan orang kita mengenai emas semakin meningkat.
Tuan-tuan dan puan-puan…
Saya di sini sekadar ingin berkongsi pengalaman sahaja..alhamdullillah semenjak bergelar pengedar (dealer) emas Public Gold ini memang terasa pendapatan saya makin bertambah malahan rakan-rakan juga semakin bertambah.Tidak kiralah dalam negeri mana sekalipun. Tidak kira kenal atau tidak, pelanggan atau tidak, semuanya kawan-kawan dan kenalan. Bagus juga sebenarnya kita berniaga ni, bukan sahaja dari segi pendapatan kita bertambah malahan kawan-kawan kita turut bertambah. Di sini terbentuknya ikatan tali persaudaraan antara kita sesama Muslim di dalam kumpulan kita berniaga dengan yang lain dan juga dealer-dealer dalam syarikat ini sendiri.
Pendek kata tambah wang, tambah kawan,tambah pergaulan dan juga tambah ilmu serta pengalaman. Seronok kan? Dari pengalaman yang dilalui ini apalah kiranya saya kongsikan bersama dengan anda yang luar sana yang tercari-cari untuk menambah pendapatan disamping menambah kawan-kawan. Orang kata “Duit Dapat, Kawan Pun Dapat”
Malahan di samping bertemu dengan kawan-kawan baru atau lama, banyak pengalaman dan cerita dapat dikongsikan bersama ketika bertemu. Memang tidak dinafikan bahawa setiap diantara kita menceburi bidang masing-masing dan mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Tetapi ilmu ini sentiasa akan bertambah jika kita berkongsi dan dapat diamalkan oleh orang lain. Kita tidak rugi sekelumit pun jika ilmu yang kita ada sama-sama disebarkan dan lebih baik dimanfaatkan oleh lain.
Akhir sekali, saya berasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk berniaga emas. Kalau dulu saya hanya seorang sahaja yang berniaga, tetapi sekarang saya tidak lagi berseorang dalam perniagaan emas. Saya dapat membimbing orang lain sama-sama berniaga emas dan melantik mereka sebagai dealer emas Public Gold. Di sini dalam erti kata yang lain saya dapat membuka dan menambah cawangan saya di serata Malaysia. Dan yang pentingnya mereka juga dapat merasa apa yang saya rasa.
Jadi saya di sini menyeru anda, jika ingin mencari perniagaan carilah perniagaan yang menguntungkan. Apa perniagaan yang menguntungkan? tidak lain dan tidak bukan ialah Berniaga Emas! Kenapa berniaga emas? Kerana berniaga emas semua diatas kita akan dapat. Jadi buatlah pilihan yang terbaik mulai hari ini. Dan jika sekiranya anda ingin berkongsi pengalaman dan ingin menyertai dealer-dealer EmasPOKLI adalah sangat-sangat dialukan-alukan. Sehingga bertemu lagi, sekian terima kasih.