JENIS JENIS EMAS KARAT
“Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah ia berilmu, dan barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang menghendaki kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
Hadith riwayat Tirmidzi
Salam,dulu kita semua tahu emas adalah barang kemas jer dan jenis 916.Rupa-rupanya emas ini ada pelbagai gred atau jenis seperti
EMAS 24 karat,Emas 22 karat,Emas 20 karat, Emas 18 karat, Emas 16 karat, Emas 14 Karat, Emas 12 Karat, dan Emas 10 Karat.
Emas tulin adalah Emas 24 Karat atau ketulinan 99.99% dan lebih dikenali Emas 999 manakala Emas yang digunakan untuk barang kemas adalah Emas 22 Karat atau juga lebih dikenali sebagai Emas 916.
Oleh itu bila karat emas atau jenis emas itu berbeza maka harga yang ditawarkan dalam jual beli emas ini sudah tentu berbeza…Disebabkan pelbagai jenis emas inilah kita perlu berhati – hati dalam membeli emas.
Untuk memaksimakan keuntungan pelaburan jangkamasa panjang jenis emas yang terbaik adalah jongkong emas 999 atau emas 24k.
“BELI JIKA BELUM ADA…TAMBAH JIKA SUDAH ADA”