WELCOME

Showing posts with label PATUH SYARIAH. Show all posts

default

Perniagaan pertukaran wang asing(FOREX)haram: Majlis Fatwa Kebangsaan

 - Comments Off

Perniagaan pertukaran wang asing(FOREX)haram:

Majlis Fatwa Kebangsaan

KOTA BAHARU,15 Feb 2012 – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.
Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”
“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.
Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.
“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.” – BERNAMA

default
 - Comments Off

EMAS SEBAGAI MATA WANG SEBENAR ISLAM

Emas merupakan pelaburan sebenar dalam islam. Emas dan perak telah digunakan
sebagai matawang sejak 6000 tahun dulu lagi ketika zaman Mesir purba.

Ramai yang tahu akan nilai emas dan perak namun mereka hanya gunakan emas dan
perak sebagai barang perhiasan semata-mata. Sedangkan rahsia kekayaan ada pada
emas dan perak dan mampu membawa mereka kepada kebebasan kewangan.

Emas dan perak amat bernilai selama-lamanya. Ini adalah berdasarkan hadis 
Nabi Muhammad SAW. Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal;

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW telah 
bersabda " Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan 
oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar & dirham (untuk digunakan) 

Emas dan Perak digunakan untuk tujuan perdagangan. Maka tidak timbul kemerosotan
nilainya malah ianya semakin meningkat. 

Semasa di zaman Rasullullah SAW harga seekor kambing adalah 1 dinar namun kini 
harga seekor kambing masih lagi 1 dinar. Namun nilai 1 dinar dalam nilai matawang
kertas berubah-ubah malah semakin meningkat

Kalau Tahun 2002, nilai 1 dinar bersamaan RM140. Pada Tahun 2005, nilai 1 dinar 
bersamaan RM242. Pada Tahun 2008, 1 dinar bersamaan dengan RM418. Pada 
Tahun 2010, 1 dinar bersamaan dengan RM587. Pada Tahun ini 2011, 1 dinar 
sudah naik ke paras RM820.

Hakikatnya emas dan perak adalah aset yang terbaik untuk dimiliki. Dengan hanya
menyimpan pun dah beri pulangan yang amat lumayan. Tetapi jika simpan duit
nilainya semakin susut. 

Mari Renungkan Ayat ini. . .

"Orang yang bijaksana menyimpan duit kertas sekadar untuk kegunaan 
seharian sebaliknya mereka bertindak menukarkan sebahagian besarnya
kepada aset kerana aset mampu memberi mereka pulangan dan 
keuntungan yang berterusan seterusnya akan menambah kekayaan 

SEDANGKAN..Mereka yang suka menyimpan duit kertas akan menyebabkan mereka 
sentiasa terpaksa mencari duit kerana nilai duit semakin susut saban tahun.
DAN..
Emas Dan Perak adalah aset yang paling mudah dimiliki dan mampu
beri pulangan yang tinggi walau sekadar beli dan simpan sahaja. "

default

Cara Membeli Emas Perak Patuh Syariah

 - Comments Off

Cara Membeli Emas Perak Patuh Syariah

Syariat Islam secara prinsipnya adalah tetap dan tidak berubah sehingga hari kiamat. Apa yang dinamik adalah aplikasi sesuatu prinsip itu yang berubah mengikut peredaran zaman dan tempat. Misalnya pada zaman Nabi S.A.W, tidak ada urusniaga menerusi internet, tetapi itu tidak bermakna Islam tidak ada panduan untuk berurusniaga dalam talian.

Berdasarkan perbincangan dalam artikel Riba Disebalik Pembelian Emas yang lepas, mari kita lihat apakah aplikasi hukum yang diguna pakai pada hari ini berdasarkan prinsip-prinsip yang tetap itu tadi.
Memandangkan kebanyakan kita membeli emas dengan matawang kertas maka kita perlu memahami hukum penggunaan matawang kertas terlebih dahulu.
Hukum Matawang Kertas

Secara umumnya ulama berbeza pendapat dari sudut adakah matawang hanya terhad kepada emas dan perak sahaja. Sebahagian ulama berkata hanya emas dan perak sahaja yang menjadi matawang.

Manakala sebahagian ulama yang lain berkata apa-apa sahaja dapat menjadi matawang, selagi mana ia dapat berfungsi sebagai medium pertukaran yang diterima dalam masyarakat.

Selepas emas tidak lagi menjadi sandaran matawang bermula dari 1971. Maka ulama-ulama semasa telah berbincang untuk mendepani situasi ini kerana medium pertukaran (medium of exchange) yang standard, adalah sesuatu yang penting dalam hidup kita semua.

Maka pada 1986 Akademi Fiqh Sedunia yang berpusat di Jeddah telah mengeluarkan fatwa. Sesungguhnya matawang kertas mempunyai kesan, dan sifat yang sama seperti matawang emas dan perak atau matawang bersandarkan emas dan perak.
Halal Digunakan Untuk Tujuan Tertentu

Justeru matawang kertas adalah halal digunakan untuk tujuan zakat, perniagaan dan lain-lain termasuklah hukum riba juga terguna pakai dalam penggunaan matawang kertas.

Akademi Fiqh Sedunia atau Majma Fiqh al-Islami merupakan badan fatwa antarabangsa yang membincangkan pelbagai isu berkaitan umat Islam. Manakala AAOIFI (Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions) adalah badan fatwa antarabangsa yang fokus, terhadap isu-isu berkaitan kewangan dan ekonomi Islam.

Maka berdasarkan konsep Qiyas yang diterima pakai dalam situasi ini, maka matawang kertas merupakan barang ribawi yang mempunyai sama ‘illahnya dengan emas dan perak tetapi berbeza jenis.

Kerajaan-kerajaan negara umat Islam juga menerima pakai pandangan fatwa ini. Justeru adalah wajib untuk kita mengikut fatwa yang telah menjadi undang-undang negara.
Fatwa yang Disahkan Oleh Akademi Fiqh Sedunia

Keputusan Akademi Fiqh Sedunia ini diterima pakai oleh Majlis Syariah Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), yang berpusat di Bahrain pada tahun 2000.

Malah dokumentasi fatwa AAOIFI berkaitan urusniaga matawang ini, adalah dokumentasi fatwa yang pertama kerana medium pertukaran merupakan rukun penting dalam perniagaan.

Justeru pembelian atau pertukaran matawang kertas dengan emas dan perak wajib berlaku secara serah tunai, dan bayar tunai dalam satu sesi urusniaga tanpa ada sebarang penangguhan. Contohnya seperti berikut:
RM 100 untuk membeli 1 gram emas mesti berlaku secara tunai.
RM 1000 untuk membeli 250 gram perak mesti berlaku secara tunai.

Maka, kita mesti mengelakkan daripada membuat urusniaga emas secara tempah, sama ada bayar dulu hari ini dan dapat emas 7 hari kemudian, atau pun bayar dulu hari ini dan pos kemudian tanpa ada mekanisma urusniaga yang betul.

Kita juga jangan membeli secara hutang ataupun installment. Tunggu cukup duit dahulu baru beli.

Sekiranya kita mahu ‘menempah barang kemas’ pula, jual beli emas mesti berlaku secara tunai. Kemudian barulah urusan upah membuat barang kemas dibuat.
Bagaimana Urusniaga Emas Perak yang Patuh Syariah?

#1 – Emas dan Perak Mesti Ada

Sekiranya stok emas cuma ada 1025 gram, maka penjual emas hanya dapat menjual 1025 gram sahaja, walaupun permintaan melebihi dari jumlah yang ada. Penjual tidak boleh menjual emas yang dia tidak ada atas dasar tempahan.

Penjual juga tidak boleh menjual emas yang mempunyai sekatan tertentu seperti emas yang masih dalam pajakan atau gadaian (ar-rahnu). Selepas emas itu tiada sekatan lagi barulah ia boleh dijual seperti biasa.

Apa yang dibenarkan cuma janji sebelah pihak (wa’ad / promise) untuk membeli atau menjual emas dan bukan transaksi jual beli. Aplikasi wa’ad ini perlu diteroka dengan lebih terperinci, untuk mewujudkan mekanisma ‘lock’ harga yang patuh Syariah.

Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #1 AAOIFI, mengenai pertukaran matawang.

#2 – Bayar Secara Tunai

Pembayaran tunai tidak bermaksud mesti duit fizikal berubah tangan. Atas sebab-sebab tertentu duit fizikal tidak dapat dibawa, maka apa yang penting duit mesti cukup dalam akaun bank.

Kemudian kita dapat mengeluarkan cek, telegraph transfer, ATM transfer, debit card transfer mahupun internet banking transfer. ‘Kad kredit’ dari perbankan Islam yang berdasarkan kontrak Bai’ Inah mahupun Tawarruq, dapat digunakan untuk membeli emas dan perak.

Kerana ‘kad kredit’ perbankan Islam adalah berbeza prosesnya dengan kad kredit perbankan riba. Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #1 AAOIFI mengenai pertukaran matawang.

#3 – Serah Emas Perak Secara Tunai

Penyerahan emas secara tunai juga tidak bermaksud emas dan perak fizikal berubah tangan. Penjual dapat memberikan resit atau sijil yang membuktikan kewujudan emas dan perak sama, dan status resit atau sijil ini perlu sama seperti geran hartanah.

Apa yang penting, sijil itu dikeluarkan berdasarkan emas dan perak yang memang ada dalam simpanan penjual, dan bukannya resit atau sijil emas yang belum ada lagi.

Selepas resit atau sijil ini dikeluarkan, maka barulah kita uruskan proses penghantaran emas perak fizikal kepada pembeli dengan cara yang dipersetujui.

Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #18 AAOIFI mengenai qabadh (posession).

Mekanisma urusiniaga ini dapat berlaku dalam urusniaga secara online mahupun offline. Cara yang paling baik adalah syarikat-syarikat pengeluar emas yang sudah kaya raya ini menubuhkan Majlis Syariah, yang terdiri daripada sekumpulan ulama’ yang pakar dalam bidang kewangan Islam.

Ini bagi membolehkan operasi jual beli syarikat disemak dan diaudit secara Syariah. Kepakaran mereka ini dapat mewujudkan mekanisma jual beli emas patuh Syariah, yang seragam untuk industri emas dan perak.

Ini adalah amat penting bagi memastikan umat Islam terselamat daripada aktiviti riba.

Perniagaan pertukaran wang asing(FOREX)haram: Majlis Fatwa Kebangsaan
2/16/2012 12:26:00 PM | Author: asmadi yusoff

2/12/2012 01:20:00 AM | Author: asmadi yusoff

10/22/2011 01:55:00 AM | Author: asmadi yusoff
 
EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us