WELCOME

Showing posts with label EMAS NAIK. Show all posts

default
 - Comments Off

Kembalilah Kepada Emas Dan Perak

Utusan Malaysia melaporkan bahawa matawang tempatan secara umumnya menunjukkan prestasi memberangsangkan dari segi peningkatan nilai pada tahun ini, khususnya sejak dasar tambatan ringgit dimansuhkan oleh kerajaan pada 21 Julai 2005. Sejak awal tahun ini, nilai ringgit telah menunjukkan prestasi cemerlang berbanding matawang rizab antarabangsa iaitu dolar Amerika Syarikat (USD) selaras dengan asas ekonomi Malaysia yang terus kukuh, peningkatan tinggi pasaran ekuiti, kenaikan harga komoditi dan kejatuhan dolar AS itu sendiri.

Sejak diapungkan semula pada 21 Julai 2005, nilai ringgit terus melonjak sebanyak 13 peratus daripada paras RM3.80 berbanding dolar AS. Nilai matawang tempatan jika dibandingkan dengan USD pada masa ini telah meningkat sebanyak 4.6 peratus, berbanding nilainya pada awal Januari lalu. Nilai ringgit pada 3 Januari dibuka pada kadar 3.5125 sedolar AS, melonjak dan melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun pada RM3.3122 sedolar pada 13 Disember lalu, sebelum kembali stabil pada paras 3.352 sedolar semalam.

Penganalisis berkata, aliran meningkat matawang tempatan itu pada tahun ini adalah sejajar dengan peningkatan matawang negara-negara serantau, ekoran polisi dolar lemah yang diambil oleh AS. Kerajaan AS terpaksa menurunkan kadar faedah sebanyak tiga kali secara berturut-turut kepada 4.25 peratus dalam usaha merangsang semula aktiviti ekonominya, yang terjejas teruk akibat krisis gadai janji subprima. Langkah AS itu juga telah menyebabkan harga komoditi utama global yang diurusniagakan bersandarkan dolar, termasuk minyak mentah, bijirin dan minyak sawit melambung naik [UM 26/12/2007].

Dalam perkembangan yang berkaitan, lebih kurang sebulan lepas, Presiden Iran, Ahmadinejad menggesa untuk memulau Dollar Amerika (USD) sebagai alat pertukaran untuk urus niaga komoditi petroleum memandangkan USD telah jatuh secara kronik sejak 12 bulan yang lalu. Beliau berkata “They [the US] get our oil and give us a worthless piece of paper,” (Amerika mengambil minyak kita dan membayar kita dengan sekeping kertas yang tidak berguna) Mengikut Ahmadinejad lagi, perolehan semakin berkurangan kerana penurunan nilai USD sebagai alat tukaran di pasaran dunia, yakni apabila petroleum dijual dengan USD. Dia juga menggesa supaya urusan jual-beli petroleum menggunakan matawang lain, bahkan dia mengatakan bahawa negara-negara OPEC bersetuju untuk mencairkan simpanan USD mereka kepada matawang lain. Jepun misalnya, telah mengorak langkah membeli petroleum dari Iran dengan matawang Yen. Dalam pada itu, Rejim Arab Saudi – sekutu rapat Rejim AS – sibuk membela penggunaan matawang USD dan menyerang pendapat Ahmadinejad. Kenyataan rasmi dari Rejim Saudi menggesa agar tidak dibangkitkan isu ini, bahkan mereka memberi amaran bahawa perkara sebegini akan menurunkan lagi nilai USD.

Penulisan Sautun Nahdhah (SN) kali ini menyentuh secara ringkas bagaimana untuk kita menukar standard matawang yang benar (hak) dan mengelak dari menggunakan matawang asing sebagai sandaran/standard nilai. Sandaran kepada matawang asing, selain bertentangan dengan hukum syarak, secara realitinya ia akan mendedahkan kita kepada ketidakstabilan matawang/ekonomi kerana selama mana ‘sekeping kertas’ digunakan sebagai sandaran nilai, maka selama itulah matawang/ekonomi akan terdedah kepada persepsi dan spekulasi. Bukti sudah sekian lama terpampang jelas di depan mata bahawa nilai matawang/kertas tersebut sentiasa terumbang-ambing jika berlaku ketidakstabilan baik dalam ekonomi mahupun politik, malah dengan ‘kata-kata/perbuatan’ seorang manusia sahaja, nilai matawang boleh merudum. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang benar (menurut Islam) perlulah diambil untuk mengelak krisis kewangan seperti tahun 1997 dari berulang dan menjatuhkan ekonomi umat Islam.

Sandaran Matawang Wajib Emas Dan Perak

Bila kita melihat kepada dua laporan di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa, greenback atau USD sebenarnya digunakan sebagai standard nilai untuk perdagangan antarabangsa, terutamanya untuk urus niaga minyak mentah, bijirin dan kelapa sawit. Senario kejatuhan USD di pasaran kewangan antarabangsa yang berterusan secara relatifnya telah menaikkan nilai ringgit. Jadi, kenaikan nilai ringgit sebenarnya bukanlah kerana kekukuhan nilai ringgit itu sendiri, tetapi kerana penurunan nilai USD. Kejatuhan nilai USD inilah yang telah menyebabkan Ahmadinejad menyarankan agar ditukar penggunaan matawang USD ke matawang lain. Pandangan ini, walaupun nampak bernas, namun teramat serong dan keliru. Ini kerana kejatuhan USD akan sebenarnya mengurangkan lagi kekayaan di dalam sesebuah negara yang memegang kuantiti besar USD, terutama di dalam rizab mereka. Lagi pula, menukar matawang USD kepada matawang lain belum tentu dapat menstabilkan pasaran matawang dan ekonomi itu sendiri. Ini kerana, jika USD yang sudah berpuluh tahun dianggap kukuh, malah menjadi sandaran matawang dunia, itu pun boleh jatuh, apatah lagi matawang lain, yang belum pernah terbukti ‘kekuatannya’ di peringkat antarabangsa dan yang mana ‘nilai kertasnya’ tidak jauh berbeza dengan ‘nilai kertas’ USD. Apakah gerenti yang ada bahawa matawang baru ini akan terus kukuh? Apa pun, aspek yang paling penting bagi kaum Muslimin dalam hal ini ialah aspek hukum syarak, maksudnya kewajipan menggunakan sandaran emas dan perak bagi penggunaan matawang. Hal inilah yang tidak pernah dipandang atau diperhitungkan oleh pemimpin umat Islam.

Semua sedia maklum bahawa wang kertas yang ada pada kita sekarang hakikatnya adalah sekeping kertas yang ‘tidak bernilai’. Ia boleh diconteng sesuka hati; mudah dikoyakkan dan apabila terkoyak, ia langsung sudah tidak bernilai; ia mudah terbakar dan akan hangus apabila dibakar. Wang kertas yang ada sekarang hanya ‘bernilai’ kerana pemerintah (melalui undang-undang) menyatakannya bernilai (legal tender) dan mereka ‘memaksa’ kita agar menerima nilai yang tertera di atas kertas tersebut. Sebab itulah, walaupun jenis kertas yang sama, saiz yang sama dan tebal nipisnya pun sama, kemudian diletakkan angka 10 di situ, maka ia akan bernilai RM10, manakala jika ditulis angka 50, maka ia akan bernilai RM50. Dan apabila kerajaan ingin mengeluarkan wang kertas yang baru dan melupuskan wang kertas yang lama, kerajaan hanya perlu ‘menyatakan’ dan memaksa kita (melalui undang-undang) bahawa wang yang lama sudah tidak boleh dipakai. Maka pada tarikh itu juga, wang kertas yang tertulis RM50 di atasnya tadi, akan terus menjadi ‘sekeping kertas’ yang langsung sudah tidak bernilai, kecuali sebagai ‘sekeping kertas’ semata-mata.

Islam dalam bentuk penyelesaian yang jelas telah menggariskan kepada kita bahawa matawang dalam Islam bukannya ‘wang fiat’ yang disandarkan kekuatannya kepada undang-undang (legal tender), tetapi Islam telah meletakkan satu ‘benda’ yang benar-benar bernilai untuk digunakan oleh manusia – emas dan perak. Seiring dengan ini, Islam telah meletakkan hukum-hakam yang khusus untuk penggunaan wang ini (emas dan perak) dan menjadikannya wajib untuk dijadikan sandaran. Sebagai seorang Muslim, kita mestilah melihat penggunaan matawang ini dari perspektif syarak, bukannya dari perspektif ekonomi semata-mata yang seolah-olah langsung tidak ada hubungan dengan agama. Kita adalah umat Islam dan kita wajib mempelajari dan melaksanakan ekonomi yang digariskan oleh Islam, bukannya belajar dan melaksanakan ekonomi dalam acuan Kapitalis yang hanya berhukum dengan hukum akal. Justeru, pengembalian kepada standard matawang emas dan perak bukanlah semata-mata untuk menyelamatkan ekonomi negara, malah yang paling utama adalah untuk menyelamatkan diri kita dari azab Allah, jika tidak berhukum dengan hukum Allah. Sandaran matawang kepada emas dan perak merupakan hukum syarak yang jelas di dalam Islam, yang wajib dilaksanakan oleh Negara [sila lihat perbincangan lanjut dalam SN072 Emas Dan Perak – Antara Manfaat Dan Tuntutan Syarak].

Bagaimana Mengubah Matawang Kepada Dinar Dan Dirham

Kita perlu sedar bahawa kita sekarang hidup di dalam realiti ekonomi/dunia Kapitalis dan kita sedang menuju kepada sebuah Negara Khilafah yang akan menerapkan semula sistem matawang sebagaimana pada zaman pemerintahan Rasul dan para sahabat dahulu. Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (dari Bani Umawiyyah) telah dicetak dan diterbitkan matawang dinar dan dirham syarie. Keduanya berlaku sebagai matawang dan alat perantaraan pertukaran dalam semua bentuk transaksi barang mahupun perkhidmatan. Baik dinar mahupun dirham, dicetak pada standard tertentu merupakan timbangan berat (wazan) tertentu yang bersifat tetap. 1 dinar syarie setara dengan 4.25 gram emas, sedangkan 1 dirham syarie setara dengan 2.975 gram perak. Pada masa itu mata wang yang beredar hanyalah dalam bentuk logam emas (dinar) mahupun perak (dirham). Dalam keadaan di mana transaksi-transaksi yang bernilai besar terlibat dan matawang yang berbentuk logam emas atau perak tidak praktikal untuk dibawa atau dipindah-pindahkan, Negara sememangnya boleh menggantikannya dengan wang kertas, wang plastik, wang polimer atau bahan-bahan lainnya yang bersifat praktikal. Syaratnya, wang kertas atau wang polimer tersebut mestilah tergolong dalam kategori paper money (paper money adalah matawang yang dikeluarkan oleh kerajaan atau bank pusat dan merupakan kertas yang dicetak yang boleh berputar sebagai pengganti) di mana nilai nominalnya mesti dijamin oleh Negara, setara dengan nilai nominal emas atau perak yang ada di dalam simpanan negara. Dengan kata lain, emas atau perak wajib dijadikan sandaran di mana paper money yang berlegar di pasaran mestilah menyamai nilai emas atau perak yang ada dalam simpanan.

Sebagai seorang Muslim, kita mengharapkan pemerintah Muslim yang ada agar menerapkan segera sistem matawang Islam sebagaimana yang telah diterapkan oleh Rasulullah, namun harapan kita telah lama berkecai dek mereka lebih kasihkan Sistem Kapitalis yang buruk dan busuk ini. Jadi, kita hendaklah bersedia untuk menerapkan hukum Allah dari sekarang dan apabila Negara Khilafah berdiri nanti (Insya Allah dalam waktu terdekat), langkah-langkah praktikal untuk menggantikan matawang yang ada di tengah-tengah kaum Muslimin saat ini terus dapat dilaksanakan. Buat masa sekarang, beberapa perkara perlu diperhatikan. Di antaranya adalah jumlah matawang yang beredar, harga emas atau perak di dalam mahupun di pasaran luar negeri, jumlah emas dan perak yang sedia ada dan jumlah simpanan Bank Pusat (yang umumnya berbentuk dolar AS atau matawang asing yang kukuh – hard currencies – lainnya). Kesemua ini perlu diperhalusi agar kita dapat memback-up penggantian matawang kepada dinar dan dirham. Pada prinsipnya, simpanan (baik emas atau perak ataupun matawang asing) yang dimiliki Negara Khilafah pada masa berdirinya nanti harus mampu memback-up penggantian matawang yang ada di dalam masyarakat. Jika simpanan yang sedia ada ini tidak mencukupi, secara praktikalnya penggantian matawang akan sukar dilaksanakan (untuk maklumat mengenai simpanan rizab dalam Bank Negara, sila layari http://www.bnm.gov.my)

Komponen jumlah wang yang beredar di dalam masyarakat pada umumnya dinyatakan sebagai agregat kewangan yang dikenali dengan M1, M2, dan M3. M1 disebut juga dengan wang transaksi, iaitu wang yang benar-benar digunakan dalam berurus niaga, meliputi wang syiling, wang kertas dan deposit permintaan (akaun cek/akaun semasa). Jumlah syiling dan wang kertas dinamakan dengan wang dalam edaran (currency), yang biasanya meliputi seperempat atau seperlima dari jumlah M1. Mengikut laporan Bank Negara Malaysia, jumlah matawang dalam edaran adalah RM34,888 juta sedangkan jumlah M1 adalah RM159,020.80 juta. Deposit permintaan adalah wang yang disimpan di bank atau lembaga kewangan, untuk akaun cek (akaun semasa). Dengan jenis akaun ini, kita dapat membayar suatu transaksi dengan cara menulis atau menandatangani buku cek, jumlahnya adalah RM124,132.80 juta. Agregat lain yang sering mendapat perhatian adalah M2, yakni yang disebut dengan wang dalam pengertian luas (broad money). M2 ini merupakan M1 + Separuh Wang Kecil (Narrow Quasi Money – NQM), yang mana NQM ini meliputi deposit tabungan, deposit tetap, NID (Negotiable Instrument Deposit), repos (perjanjian jualan semula bond), deposit matawang asing dan lain-lain deposit. Secara umumnya NQM tidak termasuk wang transaksi, karena tidak dapat digunakan sebagai alat tukar untuk seluruh pembelian. Meskipun demikian ia boleh ditukar kepada bentuk wang tunai dengan cepat tanpa kehilangan nilainya. Oleh itu, M2 disebut juga dengan near money, karena dapat ditukarkan menjadi wang tunai dengan mudah. Mengikut laporan BNM jumlah M2 adalah RM768,323.70

Pada umumnya, M1 dan M2 inilah yang dijadikan acuan utama untuk mengetahui dan mengawal wang edaran yang berlegar di dalam masyarakat. Masalahnya sekarang, apakah Negara Khilafah akan mengganti M1 saja atau akan mengganti M1 dan M2 sekali gus (meski inilah pilihan yang paling tepat dan lebih selamat)? Kemudian, apakah rizab simpanan yang dimiliki negara saat ini mencukupi untuk menjamin jumlah nilai nominal M1 dan M2 yang ada? Apakah emas atau perak yang dimiliki negara (dalam simpanan rizab atau yang akan dibelinya di pasar emas internasional) telah cukup tersedia? Jika jawapannya ya, Negara Khilafah saat berdirinya nanti terus dapat menggantikan matawang yang ada menjadi dinar dan dirham yang syarie dengan lebih mudah Ini tentu dengan beberapa anggapan, misalnya tidak ada hutang yang harus dibayar pada waktu itu, atau tidak ada pelarian emas dan perak ke luar negeri.

Di Malaysia, jika ingin menukarkan sistem matawang kepada dinar dan dirham dan diketahui jumlah wang yang beredar (misalnya) M1 = RM159,020.80 juta, M2 (katakan 5 kali ganda) = RM768,323.70 juta, sedangkan harga emas di dalam negeri 1 gram = RM94.00, jadi Negara Khilafah paling tidak harus memiliki rizab sekurang-kurangnya menyamai dengan jumlah M1 = RM159,020.80 juta untuk menukarkan wang dalam edaran dan juga deposit permintaan. Secara umumnya, angka-angka yang disebut di atas dapat diringkaskan seperti di bawah. Nilai satu dinar syarie ialah 4.25g X RM94 = RM399.50

Agregat Kewangan Jumlah dalam juta Unit Dinar Syarie (DS)
Rizab BNM RM345,229.20 DS864.20 juta
M1 RM159,020.80 DS398.00 juta
M2 (M1 + NQM) RM768,323.70 DS1,923.20 juta

Jadual menunjukkan bahawa jika rizab Bank Negara dalam bentuk jongkong emas dan matawang asing digunakan untuk menukar matawang, ia adalah mencukupi. Jadi, secara umumnya rakyat akan dapat menukarkan semua matawang dalam edaran kepada sistem matawang Islam. Masalah cuma akan timbul sekiranya semua pendeposit NQM mengeluarkan simpanan mereka dalam jumlah yang besar untuk dicairkan kepada matawang DS, tetapi kes semacam ini sukar untuk berlaku. Namun jika ia tetap berlaku, maka Negara Khilafah boleh mengeluarkan surat jaminan untuk membayar balik dalam bentuk DS (bila Baitul Mal nanti sudah memperolehi hasil pendapatan negara) sebagaimana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah memberi jaminan untuk menggantikan hamba Bani Hawazin yang dipulangkan balik kepada kaumnya, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Sesungguhnya saudara kamu ini (Bani Hawazin) datang kepada kita setelah mereka bertaubat, aku sendiri akan memulangkan kepada mereka tawanan perang dari bangsa mereka, sesiapa daripada kamu yang suka untuk berbuat kebajikan, pulangkan tawanan masing-masing kepada mereka, barang siapa yang suka untuk mendapatkan bahagian yang pertama dari ghanimah kelak, yang bakal diberikan oleh Allah nanti kepada kita, maka hendaklah dia memulangkan tawanan” [HR Bukhari, Tabari, Baihaqi dengan jalan Ibn Ishaq]. Riwayat ini menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah memberi jaminan untuk menggantikan hamba yang dipulangkan balik kepada Bani Hawazin, dengan hamba yang akan ditawan pada masa akan datang, ini menjadikan dalil bahawa Pemimpin Negara boleh membuat jaminan pembayaran.

Apabila semuanya sudah cukup dan tersedia, Negara Khilafah nanti hanya perlu mencetak dinar atau dirham syarie, kemudian rakyat diberi tempoh masa untuk menukar matawang mereka kepada dinar dan dirham, dengan kadar RM399.50 untuk DS1.00. Contohnya Negara Khilafah memberikan masa 3 bulan untuk semua RM ditukar kepada DS, sebagaimana BNM dahulu pernah memberi masa untuk melupuskan syiling RM1. Proses ini mirip dengan apa yang terjadi di negara Kesatuan Eropah tatkala negara-negara anggotanya secara hampir bersamaan mengubah matawang mereka kepada matawang Eurodollar. Perbezaannya adalah, dalam Negara Khilafah nanti, nilai nominal wang yang beredar (baik pada M1 mahupun M2) dijamin dan disokong (disandarkan) oleh emas atau perak yang nilainya setara dengan jumlah wang yang beredar dan jumlah ini disimpan di dalam Baitul Mal negara sebagai jaminan (guaranteed); sedangkan Eurodollar, sama dengan USD, berbentuk fiat money, iaitu sekumpulan kertas yang oleh pemerintah dianggap sebagai legal tender dan masyarakat ‘diwajibkan’ menerimanya sebagai alat pembayaran/transaksi yang memiliki nilai tertentu. Inilah yang berlaku sekarang di mana negara-negara yang ada waktu ini (termasuk Malaysia) yang menganut fiat money boleh mencetak sebanyak mana pun matawang kertasnya dan dengan nilai nominal berapa pun, tanpa diback-up oleh jaminan emas atau perak. Praktis ekonomi Kapitalis inilah, pada satu titik dan keadaan tertentu, legal tender ini pasti akan runtuh dan selonggok ringgit atau dolar sekalipun akan sama nilainya dengan setompok sampah sarap (kertas) biasa di waktu keruntuhannya.

Dengan demikian, usaha kita untuk memiliki dana yang tersedia dan mencukupi (simpanan rizab) harus dimulai dari sekarang (meski Negara Khilafah itu belum lagi berdiri), iaitu dengan mencegah pelarian emas atau perak ke luar negeri. Langkah-langkah praktikal yang mampu menjaga dan menambah emas atau perak sedia ada antara lain:-

(i) Negeri-negeri kaum Muslimin pada masa kini mestilah mengurangkan atau bahkan menghentikan import barang-barang ke luar negeri. Sebab, hal ini hanya akan mengakibatkan pelarian modal ke luar negeri;
(ii) Meningkatkan eksport ke luar negeri, dengan mengambil pembayaran dalam bentuk emas/perak atau jika kita (perlu) mengimport, kita membuat pembayaran dengan matawang asing yang ada dalam negara, khususnya USD;
(iii) Menghentikan dan mengambil alih perusahaan-perusahaan perlombongan (termasuk lombong emas dan perak) yang dikonsesikan kepada pihak asing. Dengan begitu, negaralah yang akan mengeluarkan, mengawal dan menjadikannya sebagai rizab untuk sandaran nilai penerbitan dinar dan dirham yang syarie;
(iv) Negara boleh mendesak untuk setiap urus niaga perdagangan dengan luar negeri untuk menggunakan standard dinar dan dirham (atau matawang yang berasas pada logam emas dan perak). Dalam hal ini, Negara Khilafah nanti dapat memperoleh keuntungan kapital berupa emas dan perak dari pembayaran komoditi strategik yang diperlukan oleh dunia internasional, seperti minyak.

Berdasarkan penjelasan ini, tidak mungkin suatu negara dapat menerapkan dan mengubah matawangnya menjadi dinar dan dirham yang syarie, kecuali negara tersebut mampu melawan hegemoni politik, ekonomi, dan militer negara-negara besar saat ini, terutama AS. Sebab, AS tidak akan tinggal diam terhadap keberadaan negara lain yang akan menghancurkan sistem ekonomi kapitalis yang dibangun untuk melayani kepentingan-kepentingannya di seluruh dunia. AS menghendaki seluruh negara yang ada di dunia merujuk pada greenback atau USD, karena hal ini dapat dijadikan senjata dan alat imperialisme baru AS untuk menghancurkan atau mengeksploitasi kekayaan negara-negara lain di dunia. Ini bererti, keinginan untuk mengubah matawang negeri-negeri umat Islam yang ada pada hari ini menjadi dinar dan dirham syarie yang bersandarkan emas dan perak (yang nilai nominal dan intrinsiknya sama) harus disertai dengan keinginan yang kuat umat Islam untuk memiliki Negara Khilafah yang besar dan bersatu dan akan menjadi negara super power di dunia.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sistem matawang yang syarie tidak akan berhasil diwujudkan di dalam sebuah negara yang terkongkong oleh dominasi ekonomi Kapitalis dan sangat bergantung pada kekuatan ekonomi global (terutama ekonomi negara-negara kafir Barat). Untuk itu, umat Islam mahupun para penguasa kaum Muslimin saat ini harus mula menyediakan simpanan rizab (dalam bentuk emas dan perak) agar bila berdirinya Negara Khilafah (dalam waktu yang terdekat, Insya Allah) kaum Muslimin dapat menerapkan secara kaffah seluruh hukum-hukum Islam, termasuklah hukum-hukum tentang matawang. Kalian wahai saudaraku, sekarang hanya ada dua pilihan sahaja, apakah kalian ingin terus kekal berada di bawah telapak kaki Kapitalisme yang penuh dengan kotoran dan najis ini, atau kalian bersungguh-sungguh berjuang, berkorban, dan bekerja keras untuk menerapkan hukum-hukum Allah melalui tegaknya negara Khilafah ar-Rasyidah yang mengikuti manhaj Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Buatlah pilihan yang boleh menyelamatkan kalian dari azab Allah kelak.

default
 - Comments Off

HARGA EMAS DUNIA DIJANGKA MENINGKAT

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari iniHarga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.

Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.

Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.

Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.

Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.

Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.

Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

data>>>http://galaxyemas.blogspot.com

default
 - Comments Off

Emas Makin mendaki selepas Tahun Baru Cina

Seperti jangkaan ramai pihak, harga emas mula mendaki selepas berakhirnya tahun baru cina Isnin lalu, index MKS yang bermula sekitar 6270 pada pagi rabu naik kepada 6415 pagi ini, mewujudkan pelbagai andaian samada kitaran tahunan yang selalu disebut apabila hari raya cina, atau kerana spekulasi harga minyak besar kemungkinan naik 30% ekoran sekatan baru yang dikenakan Amerika dan sekutu kepada Iran.

Konflik sekatan baru Amerika keatas Iran.
Kerajaan Presiden Hitam Amerika pertama yang diwakili Barrack Obama  tunduk kepada desakan Israel untuk membekukan aset Bank Ketiga Terbesar Iran (Bank Tejarat Iranian) serta menghalang mana-mana syarikat luar yang bekerjasama dengan Bank Tejarat untuk memasuki pasaran Amerika, Barrack Obama besar kemungkinan kecut perut apabila mendapat ancaman bunuh dari Pengarang Akhbar Israel, Andrew Adler yang mencadangkan Mossad menamatkan nyawa Obama kerana bersikap anti-israel.

Sekatan terbaru yang dikenakan Amerika dan EU ini meningkatkan suasana tegang manakala Iran pula mengancam untuk menutup Selat Hormuz (Laluan 1/5 minyak dunia) disempadannya. Wakil Amerika di Nato melaungkan untuk melakukan apa saja menggunakan kekuatan tentera bagi menyekat hasrat iran,  besar kemungkinan perang bakal meletus lagi di Asia Barat.

minyak iran emas

Bagaimana kesan konflik ini menaikkan Harga emas

Sekatan berterusan keatas pegangan Iran diluar negara memaksa Iran untuk menukarkan aset mereka kepada emas dan membawa masuk emas tersebut kedalam negara sebagai reserve. Menyebabkan permintaan emas fizikal meningkat, Walaupun Republik Iran mengakui simpanan emas mereka mampu bertahan selama 10 tahun mereka bercadang untuk menerima emas sebagai tukaran dengan minyak.

India dan China berkemungkinan besar bersetuju untuk membayar Iran menggunakan emas untuk minyak. Langkah yang bakal diikut negara-negara lain yang tidak menerima  sekatan Amerika, jika langkah ini berjaya, permintaan emas fizikal akan meningkat tinggi dan menguntungkan pelabur.

Rujukan:

default
 - Comments Off

7 SEBAB HARGA EMAS AKAN TERUS MENINGKAT.

Harga emas telah meningkat sebanyak EMPAT KALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini hanyalah permulaan kepada peningkatan MELAMPAU emas.
7 KUASA BESAR akan menolak emas sehingga mencapai harga $1,900

1.Pengeluaran Emas Tahunan Berkurang
Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumber semakin kurang dan kualiti semakin menurun.
Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali - menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.
China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku... harga emas akan panik dan naik mendadak!

2.Emas Makin Susah Dicari!
Semakin sedikit penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik. Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar, syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang merbahaya dari segi geografi dan politik.
Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243 setiap oz... ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka mendapat apa-apa!
Apabila emas makin susah dicari... emas yang ada sekarang semakin bernilai... dan sesiapa yang memegangnya sekarang... boleh mendapat untung yang amat besar selepas ini...

3.Permintaan Pelaburan Untuk Emas
Institusi pelaburan besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat peruntukan yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi 1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang ramai.
Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.
Dalam ayat World Gold Council sendiri...
Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.
Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka mahukan emas --- dan mahukannya cepat!
Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya... semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!

4.Bank Pusat Sibuk Membeli Emas!
Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah - termasuk IMF - sebanyak 400 tan sahaja.
Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran.
Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.
Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!).
Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.
Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga..

5.Gesaan Untuk Mata Wang Berasaskan Emas
Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas - macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970.
Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka --- meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.
Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.
Dengan kata lain - emas bakal menjadi "wang baru" untuk kebanyakan negara --- terutama sekali negara-negara Islam.

6.Permintaan Emas Hangat Di Asia
Dengan 2.5 bilion orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia. Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.
Tapi sekarang... China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak...secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.
Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?
Harga emas akan meningkat lagi.

7.Emas Di Dalam Secular Bull Market
Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita melihat harga mendadak naik dalam harga emas.
Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas, membuatkan teknologi "bubble" (pada tahun 1998-2000) dan housing "bubble" (2007-2010) nampak kecil berbanding "bubble" emas yang akan berlaku.
Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.
2011 ialah masa terbaik untuk membeli emas. Percaya atau tidak, lebih banyak orang melepaskan emas sekarang, lebih baik anda beli sekarang kerana mereka ingat masa menyimpan emas sudah berakhir.

Beli Emas Sekarang, Sebelum Harga
Terlalu Mahal Untuk Anda Dapatkannya...
Apabila saya melihat ramai orang mula menjual emas yang telah mereka beli, saya berasa gembira. Ini menunjukkan ramai orang ingat harga emas akan turun dan menjual emas yang mereka ada. Mereka tidak mengetahui 7 perkara yang telah saya sebutkan sebelum ini kepada anda.

Lebih ramai orang menjual, lebih rendahlah harganya... walaupun keperluan emas semakin meningkat setiap hari. Mereka tidak tahu apa yang anda tahu mengenai emas.
Jika anda membeli sekarang, anda akan melihat harga akan naik dan turun. Anda tidak perlu takut dengan peningkatan dan penurunan tersebut. Anda hanya perlu beli emas sedikit demi sedikit, semampu yang anda boleh. Jika anda perlukan wang kertas, anda boleh sahaja mengadai emas tersebut ketika harga rendah atau menjual emas tersebut ketika harga tinggi, semua bank dan kedai emas akan menerima emas anda tanpa banyak soal !! memang hebat produk bernama EMAS ni !! Simpan dapat untung, jual pun dapat untung !!
Dengan ini, anda boleh melindungi aset anda daripada semua benda yang menyebabkan wang ringgit jatuh. Seperti yang saya katakan, emas ialah anti-inflasi jadi nilai emas tidak akan turun.

PERCAYALAH, HARGA EMAS HARI INI LEBIH MURAH DARI HARGA EMAS TAHUN DEPAN..

Sumber : Jom-emas

default
 - Comments Off

Jangan Takut Rugi Untuk Melabur Emas

"Takut la melabur emas, takut hari ni beli esok rugi". Itu lah biasa bermain di fikiran orang di Malaysia ni. Masih ramai yang ragu-ragu tentang kekuatan pelaburan emas. Sedangkan rata-rata seluruh dunia bercakap tentang emas ...emas..n emas...

cuba tengok gambarajah diatas kadar kenaikan emas dari 5 tahun yang lalu...hu banyak kan.

KENAIKAN EMAS DLM 2 BULAN

TAK percaya! ini bukti graf terus menaik cam tangga gitu...boleh check di www.kitco.com

KENAIKAN EMAS DLM 6 BULAN, 2011 INI SHJ KENAIKAN MENCECAH 40% MELEBIHI DARI SAHAMX ,PELABURAN BANK DLL LAGI.

Pelaburan emas perlukan masa untuk mendapat untung lebih, makin lama simpan makin banyak lah keuntungan..tapi ramai juga yang tak sabar hari ini beli esok jual...tentulah tak ader untung sebab antara jual & beli ada susut nilai sedikit..

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yang faham tentang konsep pelaburan di dalam emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.

KENAIKAN EMAS dlm 5 tahun.

Tetapi bagi sesetegah individu yg masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dgn Sentimen Pasaran, dan berasa takut untuk membeli emas kerana harganya melambung semakin tinggi.Masa tidak akan menunggu kita.

fikir-fikirkan lah...anda lebih bijak berfikir dari saya.

emas dulu, kini dan selamanya.......

default
 - Comments Off

Harga Emas Melonjak Naik & Lapan Sebab Kenapa Kita Perlu Memilih Emas?

Harga Emas Melonjak Naik
LONDON - Harga emas melonjak naik ke tahap tertinggi melebihi USD1,470 (RM4,445) bagi setiap auns (31.10gram) manakala harga perak pula mencecah USD40 (RM120.96) ketika para pelabur mula mencari jalan selamat berikutan kebimbangan faktor dolar yang lemah, inflasi tinggi, kekacauan di Asia Barat dan hutang di negara zon Eropah.

Harga komoditi berharga itu mencecah USD1,473.07 (RM4,454.56) bagi setiap auns di pasaran London Bullion, meneruskan lagi peningkatan harga pada minggu ini.

Pada masa yang sama, harga perak mencatat rekod tertinggi dalam tempoh 31 tahun dengan harga USD40.27 (RM121.77) setiap auns.

"Kenaikan harga material berharga itu didorong oleh dolar AS yang lemah dan risiko inflasi. Sebahagiannya disebabkan oleh harga minyak yang tinggi", jelas penganalisis Commerzbank dalam satu nota penyelidikan kepada para pelanggannya.

Emas yang menjadi penarik utama kepada pelabur dan pembeli barang kemas disifatkan sebagai pelaburan terbaik ketika ketidaktentuan ekonomi serta politik sekarang.

Ia juga memperoleh sokongan padu pada minggu ini apabila Portugal yang dibelenggu hutang, menghantar satu permohonan rasmi pinjaman berjumlah berbillion dolar kepada Kesatuan Eroph (EU). - AFP

Petikan KOSMO 9 April 2011

LAPAN SEBAB MENGAPA KITA PERLU MENUKARKAN WANG FIAT ANDA KEPADA EMAS

EMAS
Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah 1 dinar. Pada zaman sekarang pun masih 1 dinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM660.00. (1 Dinar = 4.25gm).
WANG KERTAS
Setiap hari susutnilai. Satu ketika dahulu contohnya, matawang Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi.

EMAS
Bernilai kerana ia mempunyai nilai tersendiri.
WANG KERTAS
Dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja.

EMAS
Laku di seluruh dunia pada setiap masa. Kebanyakan orang yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana membawa dan menggadaikan emas untuk dijadikan modal perniagaan. Bayangkan jika mereka hanya bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, pasti tidak laku. Seperti duit jepun semasa di Malaya dulu.
WANG KERTAS
Laku pada waktu aman sahaja. Contoh mata wang Iraq, selepas kejatuhan Saddam, wang kertas negara tersebut terus tiada nilai.

EMAS
Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2002 ialah 68 dinar tapi pada tahun 2010 hanya perlu 19 dinar sahaja. Jadi tidak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih kerap.
WANG KERTAS
Kalau kita menabung di Tabung Haji dalam bentuk duit, sudah tentu kita perlu tambah lagi wang kita, walaupun itu kali pertama untuk menunaikan haji.

EMAS
Kebanyakan ilmuan ekonomi adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.
WANG KERTAS
Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100.00 - RM200.00. Jangan malukan diri kita lagi.

EMAS
Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas.
WANG KERTAS
Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas. Dijangkakan matawangnya akan terus terjejas.

EMAS
Peningkatan purata 30-45% setahun tanpa susutnilai. Rujuk www.kitco.com

WANG KERTAS
Susutnilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun, rugi 30%. Tapi ramai tidak tahu, yang kita nampak kertas kita makin banyak.

EMAS
Sukar untuk memanupulasikan harga kerana ia memang berharga.

WANG KERTAS
Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah kita jika RM100,000.00 kita di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit kita menjadi RM100.00 saja! Tidak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.
Kenapa melabur dalam emas fizikal?

10 Alasan Melabur dalam Emas Fizikal

1) Tiada pelaburan lain mempunyai kuasa memelihara kekayaan emas!
2) Emas harus menjadi sebahagian daripada portfolio setiap optimum pelbagai.
3) Fizikal (diperuntukkan) emas adalah cara yang paling selamat untuk melabur dalam emas.
4) Hutang semasa AS dan krisis perdagangan akan terus menaikkan harga emas naik.
5) Aset ketara dan cecair, emas adalah mata wang hanya benar-benar antarabangsa.
6) Emas mengekalkan nilainya melalui pergolakan politik dan sosial, peperangan, dan bencana alam.
7) Tidak seperti mata wang kertas, saham dan bon, emas akan pernah kehilangan nilai intrinsik.
8) Emas adalah pelaburan kalis inflasi.
9) Emas akan sentiasa dalam permintaan, dan permintaan yang semakin meningkat.
10) Emas sentiasa, dan akan sentiasa, logam yang paling berharga legenda di dunia.

2/12/2012 01:17:00 AM | Author: asmadi yusoff

2/05/2012 11:41:00 PM | Author: asmadi yusoff

1/27/2012 11:11:00 PM | Author: asmadi yusoff

12/04/2011 02:29:00 PM | Author: asmadi yusoff

9/20/2011 03:46:00 PM | Author: asmadi yusoff

Jangan Takut Rugi Untuk Melabur Emas

"Takut la melabur emas, takut hari ni beli esok rugi". Itu lah biasa bermain di fikiran orang di Malaysia ni. Masih ramai yang ragu-ragu tentang kekuatan pelaburan emas. Sedangkan rata-rata seluruh dunia bercakap tentang emas ...emas..n emas...

cuba tengok gambarajah diatas kadar kenaikan emas dari 5 tahun yang lalu...hu banyak kan.

KENAIKAN EMAS DLM 2 BULAN

TAK percaya! ini bukti graf terus menaik cam tangga gitu...boleh check di www.kitco.com

KENAIKAN EMAS DLM 6 BULAN, 2011 INI SHJ KENAIKAN MENCECAH 40% MELEBIHI DARI SAHAMX ,PELABURAN BANK DLL LAGI.

Pelaburan emas perlukan masa untuk mendapat untung lebih, makin lama simpan makin banyak lah keuntungan..tapi ramai juga yang tak sabar hari ini beli esok jual...tentulah tak ader untung sebab antara jual & beli ada susut nilai sedikit..

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yang faham tentang konsep pelaburan di dalam emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.

KENAIKAN EMAS dlm 5 tahun.

Tetapi bagi sesetegah individu yg masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dgn Sentimen Pasaran, dan berasa takut untuk membeli emas kerana harganya melambung semakin tinggi.Masa tidak akan menunggu kita.

fikir-fikirkan lah...anda lebih bijak berfikir dari saya.

emas dulu, kini dan selamanya.......

9/11/2011 07:05:00 PM | Author: asmadi yusoff
Harga Emas Melonjak Naik & Lapan Sebab Kenapa Kita Perlu Memilih Emas?

Harga Emas Melonjak Naik
LONDON - Harga emas melonjak naik ke tahap tertinggi melebihi USD1,470 (RM4,445) bagi setiap auns (31.10gram) manakala harga perak pula mencecah USD40 (RM120.96) ketika para pelabur mula mencari jalan selamat berikutan kebimbangan faktor dolar yang lemah, inflasi tinggi, kekacauan di Asia Barat dan hutang di negara zon Eropah.

Harga komoditi berharga itu mencecah USD1,473.07 (RM4,454.56) bagi setiap auns di pasaran London Bullion, meneruskan lagi peningkatan harga pada minggu ini.

Pada masa yang sama, harga perak mencatat rekod tertinggi dalam tempoh 31 tahun dengan harga USD40.27 (RM121.77) setiap auns.

"Kenaikan harga material berharga itu didorong oleh dolar AS yang lemah dan risiko inflasi. Sebahagiannya disebabkan oleh harga minyak yang tinggi", jelas penganalisis Commerzbank dalam satu nota penyelidikan kepada para pelanggannya.

Emas yang menjadi penarik utama kepada pelabur dan pembeli barang kemas disifatkan sebagai pelaburan terbaik ketika ketidaktentuan ekonomi serta politik sekarang.

Ia juga memperoleh sokongan padu pada minggu ini apabila Portugal yang dibelenggu hutang, menghantar satu permohonan rasmi pinjaman berjumlah berbillion dolar kepada Kesatuan Eroph (EU). - AFP

Petikan KOSMO 9 April 2011

LAPAN SEBAB MENGAPA KITA PERLU MENUKARKAN WANG FIAT ANDA KEPADA EMAS

EMAS
Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah 1 dinar. Pada zaman sekarang pun masih 1 dinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM660.00. (1 Dinar = 4.25gm).
WANG KERTAS
Setiap hari susutnilai. Satu ketika dahulu contohnya, matawang Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi.

EMAS
Bernilai kerana ia mempunyai nilai tersendiri.
WANG KERTAS
Dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja.

EMAS
Laku di seluruh dunia pada setiap masa. Kebanyakan orang yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana membawa dan menggadaikan emas untuk dijadikan modal perniagaan. Bayangkan jika mereka hanya bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, pasti tidak laku. Seperti duit jepun semasa di Malaya dulu.
WANG KERTAS
Laku pada waktu aman sahaja. Contoh mata wang Iraq, selepas kejatuhan Saddam, wang kertas negara tersebut terus tiada nilai.

EMAS
Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2002 ialah 68 dinar tapi pada tahun 2010 hanya perlu 19 dinar sahaja. Jadi tidak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih kerap.
WANG KERTAS
Kalau kita menabung di Tabung Haji dalam bentuk duit, sudah tentu kita perlu tambah lagi wang kita, walaupun itu kali pertama untuk menunaikan haji.

EMAS
Kebanyakan ilmuan ekonomi adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.
WANG KERTAS
Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100.00 - RM200.00. Jangan malukan diri kita lagi.

EMAS
Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas.
WANG KERTAS
Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas. Dijangkakan matawangnya akan terus terjejas.

EMAS
Peningkatan purata 30-45% setahun tanpa susutnilai. Rujuk www.kitco.com

WANG KERTAS
Susutnilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun, rugi 30%. Tapi ramai tidak tahu, yang kita nampak kertas kita makin banyak.

EMAS
Sukar untuk memanupulasikan harga kerana ia memang berharga.

WANG KERTAS
Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah kita jika RM100,000.00 kita di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit kita menjadi RM100.00 saja! Tidak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.
Kenapa melabur dalam emas fizikal?

10 Alasan Melabur dalam Emas Fizikal

1) Tiada pelaburan lain mempunyai kuasa memelihara kekayaan emas!
2) Emas harus menjadi sebahagian daripada portfolio setiap optimum pelbagai.
3) Fizikal (diperuntukkan) emas adalah cara yang paling selamat untuk melabur dalam emas.
4) Hutang semasa AS dan krisis perdagangan akan terus menaikkan harga emas naik.
5) Aset ketara dan cecair, emas adalah mata wang hanya benar-benar antarabangsa.
6) Emas mengekalkan nilainya melalui pergolakan politik dan sosial, peperangan, dan bencana alam.
7) Tidak seperti mata wang kertas, saham dan bon, emas akan pernah kehilangan nilai intrinsik.
8) Emas adalah pelaburan kalis inflasi.
9) Emas akan sentiasa dalam permintaan, dan permintaan yang semakin meningkat.
10) Emas sentiasa, dan akan sentiasa, logam yang paling berharga legenda di dunia.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us