Informasi: Mengapa Perlu Tukar Wang Kepada Emas?
oleh Razif Yusof
Salam hormat buat semua rakan Facebook.
Ini informasi perkongsian berkaitan emas yang semakin
rancak di ambang 2011 ini. Emas bakal kuasai dunia.
Faktanya adalah...
Emas merupakan salah satu cara terbaik untuk kita
melindungi nilai kekayaan. Ianya adalah aset. Melaburlah
dalam emas pada bila-bila masa dari sekarang. Lebih awal
adalah lebih baik untuk kita. Segeralah memilikinya...
Emas Dapat Melindungi Harta Kekayaan Kita!
Dari pemerhatian saya sejak beberapa bulan yang lepas,
ramai di kalangan kita yang arif dan boleh saya anggap
pakar dalam pelaburan emas fizikal. Memang hebat mereka ini.
Saya ucapkan syabas buat mereka. Moga maju jaya.
Namun suka juga disini saya kongsikan sebenarnya ramai yang
terlepas pandang untuk melabur dalam akaun pelaburan emas
di bank-bank tempatan. Kalau tak banyak pun, cukuplah sekadar ada.
Dan sedikit pandangan dari saya, pilihlah akaun simpanan emas yang
berlandaskan patuh syariah. Saya tak nafikan mungkin ada yang suka
dengan emas fizikal tetapi pasti juga ada yang suka dengan akaun emas.
Bank-bank di Malaysia ini tahu memang ada permintaan yang tinggi
terhadap akaun emas ini. Dan diatas sebab itulah pihak mereka
menyediakannya untuk kita. Jadi, mengapa tidak kita gunakannya?
KFH: Salah Satu Akaun Emas Patuh Syariah Di Malaysia
Dengan akaun pelaburan emas ini kita boleh membeli dan menjual emas
melalui akaun yang menggunakan buku simpanan dan mengeluarkannya
pada bila-bila masa. Lagipun ianya adalah produk dari bank tempatan, jadi
disini tiada lagi unsur keraguan kerana mungkin takut ditipu apabila rakan
bercerita tentang emas fizikal. Jadi dengan akaun emas ini boleh terus
'deal' dengan pihak bank. Tiada lagi orang tengah. :)
Saranan saya, melaburlah segera dalam 99.9% emas tulen pada hari ini
untuk potensi pulangan yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang.
Tidak kira dalam bentuk emas fizikal atau akaun simpanan. Tepuk dada,
tanya selera. Wang anda adalah hak anda. Keputusannya di tangan anda.
Mungkin ada yang bertanya, apa yang menarik sangat dengan emas?
Disini suka saya kongsikan serba sedikit informasi asas berkaitan
mengapa pada hari ini ramai yang mula 'sayang' kepada emas:
1) EMAS: Aset Kewangan Sangat Kukuh!
Harga emas meningkat lebih 3 kali ganda sejak 2000
Peningkatan pada nilai purata sebanyak 20% setahun
Tiada penyusutan nilai dari tahun ke tahun sejak 10 tahun yang lepas!
2) EMAS: Ianya Sangat Terjamin!
Nilai biasanya kekal walaupun ketika waktu kurang stabil dan krisis ekonomi.
3) EMAS: Ianya Mengurangkan Risiko Kewangan!
Mempelbagaikan portfolio pelaburan
Pelindung inflasi yang baik
Mengurangkan risiko terdedah kepada kelas aset yang tertentu
Nilai Emas Sentiasa Meningkat Dalam Jangka Panjang
4) EMAS: Pelindung Sebenar Kepada Inflasi!
Kuasa beli emas kekal dalam jangka masa panjang
Tidak dipengaruhi oleh kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan
5) EMAS: Pelindung Dolar Amerika Syarikat Paling Efektif!
Melindungi daripada ketidakstabilan dan kelemahan mata wang dagangan utama dunia
6) EMAS: Permintaan Dan Pembekalan Berterusan!
Permintaan emas terus meningkat, mengatasi pembekalan dan mempengaruhi harga emas
Dengan beberapa penjelasan mudah diatas diharap ianya
memberikan pendedahan yang meluas mengapa perlunya
kita terlibat secara langsung dengan emas. Sudah tiba
masanya kita tukarkan wang kita kepada emas.
Ini kerana emas adalah wang sebenar...
Pada hari ini kita boleh dapatkan emas fizikal dari ramai
pengedar-pengedar emas yang berdaftar. Selain itu kita
juga boleh terus ke bank-bank tempatan jika berminat
untuk membuka akaun simpanan emas.
Namun, mungkin ada di kalangan kita yang perlukan lebih
informasi berkaitan akaun simpanan emas yang terdapat
di bank-bank tempatan pada hari ini. Mungkin juga perlukan
maklumat lanjut.
Jika begitu, Kajian Kes : Akaun Pelaburan Emas seperti
di laman web ini pasti boleh membantu:
http://akaun.bisnesemas.com/
Setiap orang kaya berkata: "Invest In Yourself First".
Apa yang perlu kita fahami disini, dalam apa jua yang kita
lakukan, apa jua yang kita laburkan, apa yang paling penting
adalah ilmunya. Jika kita mempunyai wang yang banyak,
tanpa sebarang ilmu dan kita mula melabur pasti kita akan
mengalami kerugian yang sangat teruk.
Apa yang penting adalah dapatkan ilmu dahulu bagaimana
untuk anda memulakan pelaburan emas, tidak kira emas fizikal
atau melalui buku simpanan emas.
Dengan berilmu, pulangan dan keuntungan kita bukan hanya
sekadar wang ringgit tetapi diri kita sendiri pasti akan menjadi
lebih bernilai dan berkualiti! Mungkin selepas itu, kita pula yang
membimbing orang lain dengan ilmu yang kita miliki. :)
Tanpa ilmu, rintangan adalah sukar untuk ditempuhi. Kita mahu
menukar wang kertas kita hari ini kepada emas. Tanpa ilmu pasti
kita terjatuh ke dalam gaung yang dalam dan dibaham buaya ganas,
atau mudah kata pelaburan kita pasti gagal sepenuhnya!
Awas: Tanpa Ilmu Pelaburan Emas Anda Pasti Akan Gagal
Pstt.. Orang berilmu adalah orang yang dihormati.
Lihat Tuan Syukor Hashim, Jutawan Emas kita, beliau dihormati
bukan kerana kekayaannya tetapi adalah kerana perkongsian ilmu
emas beliau kepada masyarakat kita pada hari ini. Begitu juga Pokli
dan rakan yang lain. Semuanya dengan niat untuk menyampaikan
ilmu dan meningkatkan tahap ekonomi kepada sesiapa memerlukannya.
Saya doakan semua berjaya.
Sekali lagi, moga perkongsian nota ringkas saya ini dapat
dimanfaatkan sepenuhnya. Jika ianya berguna, anda boleh
klik LIKE & klik SHARE untuk memaparkan terus nota ini
di wall facebook anda. Moga ianya membantu membuka minda
masyarakat di luar sana.
Salam hormat dan salam kejayaan dari saya,
Razif Yusof
www.PelaburanDinar.com
Ps: Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan Malaysia) telah menerbitkan buku
terkini penulisan beliau bertajuk "Masa Untuk Emas"
Buku ini sangat bagus. Saya cadangkan anda milikinya!
"Invest In Yourself First"
Buku Terbaru Tuan Azizi Ali