WELCOME

Berkenaan Dinar Emas dan Dirham Perak serta Sah Diperlakukan di Malaysia

 - Comments Off

Berkenaan Dinar Emas dan Dirham Perak serta Sah Diperlakukan di Malaysia

Dinar Emas dan Dirham Perak yang dikenali sebagai mata wang Syariah atau syiling Syariah menurut fekah bukanlah jenis mata wang yang memerlukan ia sah diperlakukan. Mata wang Syariah tidak ada kaitan dengan mata wang hampa dalam banyak segi dan tidak sepatutnya perbandingan dibuat di antara kedua-duanya samada dari segi undang-undang mahupun dalam menyifatkan kedua-duanya sama.
Dinar Emas dan Dirham Perak menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, yang paling genting, pembayaran zakat dan bukannya dengan perkara-perkara berkaitan perlembagaan. Pengenalannya hanya boleh dizahirkan atas dasar kesukarelaan apatah lagi kebebasan ialah satu perintah daripada Allah dalam semua urus niaga komersil termasuk dalam penerimaan wang. Penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak sepanjang sejarah menunjukkan bahawa ia terbuka kepada orang Islam dan juga yang bukan Islam.
Mengenai keprihatinan orang ramai berkenaan pelancaran mata wang Syariah di negeri Kelantan pada 2 Ramadan 1431, saya sebagai saksi kepada sejarah yang gemilang itu di Bandaraya Kota Bharu dan juga sebagai Penasihat Syariah World Islamic Mint (WIM), saya ingin menyatakan dalam bentuk penjelasan dan sokongan kepada usaha ini atas sebab-sebab berikut :

1.- Dinar Emas dan Dirham Perak bukanlah mata wang yang sah diperlakukan (legal tender). Mata wang yang sah diperlakukan atau paksa laku seperti wang kertas, ialah sejenis pembayaran yang ditawarkan oleh undang-undang di mana penggunaannya tidak boleh ditolak untuk membayar atau melangsaikan hutang.
Cek peribadi, kad kredit dan lain-lain kaedah pembayaran yang tidak dilakukan secara tunai, juga bukan mata wang yang sah diperlakukan, hanya nota dan syiling Ringgit Malaysia adalah mata wang yang sah diperlakukan. Pengeluaran mata wang yang sah diperlakukan merupakan kuasa eksklusif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah berniat ataupun berhasrat untuk mengeluarkan mata wang yang sah diperlakukankerana ia satu usaha yang hampir mustahil dilakukan dari segi undang-undang.

2. Dinar dan Dirham dikenali dalam fekah sebagai mata wang Syariah ataupun syiling Syariah (sila lihat[a) Muqadimmah, Ibn Khaldun). Istilah syiling Shariah adalah khusus kepada Dinar dan Dirham sahaja dan tidak digunakan untuk lain-lain syiling samada yang diperbuat daripada emas, perak atau lain-lain bahan. Syiling-syiling lain semuanya dikenali sebagai syiling bukan Syar'ie(ibn Khaldun).

3.-Istilah mata wang alternatif atau mata wang pilihan tidak terpakai kepada mata wang Syariah atau syiling Shariah kerana istilah “syiling Shariah” itu khusus untuk Dinar and Dirham sahaja dan bukanlah alternatif bagi lain-lain mata wang bukan Syar'ie. Kedua-dua koin itu berdiri sendiri tanpa ada sebarang alternatif. Perkataan mata wang altenatif boleh digunakan sekiranya ada penerangan yang jelas terhadap perbezaan asas antara syiling Syariah dengan mata wang yang sah diperlakukan seperti Ringgit Malaysia.

Ringgit Malaysia mempunyai sebuah konsep perundangan dan fungsi yang berbeza. Ringgit Malaysia tidak berasas kepada kepada sebarang komoditi ,(‘ayn’ dalam Bahasa Arab – maksudnya barangan) seperti Dinar dan Dirham, sebaliknya, Ringgit Malaysia hanyalah nota janji (Bahasa Arab “dayn” bermaksud hutang atau tanggungan) tanpa apa-apa nilai intrinsik (nilainya sebagai ‘ayn/barangan yang mempunyai nilai ialah nilai kertas yang hampir kosong) tetapi mata wang hampa (fiat currency) itu diberi nilai oleh Kerajaan Psersekutuan melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada dan ia boleh berubah dari semasa ke semasa.

Sebaliknya, nilai Dinar dan Dirham bergantung sepenuhnya kepada nilai pasaran komoditi emas dan perak iaitu bahan syiling-syiling itu diperbuat, sama seperti sekilo beras bergantung kepada nilai beras. Perbezaan ini penting dari segi keagamaan, umpamanya, zakat yang merupakan sesuatu yang wajib di bawah hukum Syarak hendaklah dibayar dengan ‘ayn dan tidak boleh dengan dayn (sila lihat [b] Al-Kasani). Orang Islam hendaklah, sekiranya diberi pilihan (kalau pilihan tidak diberi atau tiada ‘ayn yang boleh diperolehi maka itu darurat, ia suatu keadaan yang luar biasa maka boleh digunakan buat sementara), untuk membayar zakat dengan ‘ayn.

4.- Dari segi bahasa, Dinar dan Dirham tidak mempunyai nilai muka tetapi masing-masing memberi makna kepada nilai mengikut berat tertentu. Dinar mempunyai berat khusus 4.25 gram yang juga dikenali sebagai mithqal dalam bahas Arab . Dirham pula mempunyai berat khusus 2.975 gram atau 7/10 mithqal. Bolehlah dikatakan, dari segi perundangan, kedua-duanya adalah seperti 1kg beras. Kedua-dua Dinar dan Dirham adalah komoditi (emas dan perak) yang mempunyai berat tersendiri, yang disebut di dalam al-Quran dan dalam banyak aspek Syariah berkenaan zakat dan lain-lain penghakiman, maka, beratnya tidak boleh diubah.
5.- Dalam sejarah, syiling-syiling Syariah tidak pernah menjadi mata wang yang sah diperlakukan. Dalam amalan masyarakat Islam awal, bukan mata wang Shariah sahaja digunakan sebagai bahan perantaraan pertukaran untuk pembayaran. Barli, buah kurma dan garam juga digunakan sebagai bahan perantaran pertukaran untuk pembayaran dan oleh itu tidak ada hak eksklusif diberi kepada syiling-syiling Syariah.
Amalan sebegini disebabkan adanya “pilihan untuk memilih bahan perantaraan” kerana wang turut dianggap sebagai sebahagian daripada urus niaga yang turut dikawal selia di bawah perintah Al-Quran yang sama yang mengawal selia perdagangan iaitu “tijaratun ‘aan tardim minkum” yang bermaksud berdaganglah dengan persetujuan bersama.
Persetujuan bersama mengenepikan idea paksaan ataupun monopoly berkaitan dengan urus niaga (sila lihat [c] Tafsir al-Jalalayn). Ini satu lagi sebab mengapa Dinar dan Dirham bukanlah mata wang yang sah diperlakukan dan tidak pernah menjadi wang sedemikian. Kebebasan memilih bahan perantaraan ialah satu hak asasi yang diberikan Allah kepada orang Islam dan bukan Islam. Penggunaan mata wang Syariah turut membawa maksud ia digunakan juga dengan meluas oleh orang bukan Islam.

6.-Istilah “mata wang” biasanya difahami sebagai wang kertas yang sah diperlakukan atau wang fiat yang mempunyai nilai muka. Oleh kerana mata wang Syariah bukanlah mata wang sah diperlakukan dan tidak mempunyai nilai muka , syiling Syariah itu lebih mudah difahami sebagai komoditi berbanding mata wang dalam penggunaan biasa istilah itu. Dalam amalan semasa, penggunaan syiling Syariah tergolong dalam kategori pertukaran suka sama suka iaitu persetujuan bersama untuk pertukaran produk dan perkhidmatan.
Sememangnya tidak boleh dipertikaikan bahawa pada masa dahulu sebelum wujudnya perundangan mengenai matawang yang sah diperlakukan, urus niaga yang menggunakan emas dan perak merupakan urus niaga yang biasa dan istilah “tukar barang” sesuai untuk semua urus niaga juga. Oleh itu penggunaan istilah ”mata wang Syariah” hendaklah difahami seperti apa yang telah diperjelaskan di atas dan juga mengira pertimbangan amalan mengikut sejarah orang Islam kerana ia amat berkait rapat dengan hal-hal perundangan Islam.

7.- Tidak lama dahulu dalam sejarah, mata wang kertas didefinasikan sebagai nota janji bersandarkan emas dan perak. Maka mereka sebenarnya memegang satu amanah (mempercayai seseorang itu untuk menjaga harta benda kita sehingga kita menuntutnya balik) dan bertanggungjawab untuk memulangkannya atau membayar balik sejumlah emas atau perak apabila dituntut. Kita tahu daripada sejarah bahawa tanggungjawab itu biasanya tidak ditunaikan dan akhirnya kerajaan dunia memutuskan secara berperingkat-peringkat untuk mengenepikan terus tanggungjawab tersebut.
Kes yang paling mudah dibuat contoh ialah dollar Amerika Syarikat apabila negara itu membuat keputusan bersendirian untuk membatalkan Perjanjian Bretton Woods. Konsep pecah amanah ini diketahui di dalam al-Qur’an dan membawa bersamanya kesan perundangan iaitu larangan menberi amanah kepada orang bukan Islam kecuali mereka berada di bawah pemerintahan orang Islam supaya mereka kelak akan menunaikan tanggungawjab kontrak mereka itu (sila lihat [d] Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi).
Perintah ini, dalam teori memberi maksud larangan untuk menerima pound British , dollar Amerika Syarikat dan lain-lain (atau apa sahaja mata wang yang menggunakan mata wang-mata wang ini sebagai sandaran), telah lama dihapuskan sejak zaman penjajahan oleh undang-undang baru yang menganggap larangan itu tidak lagi terpakai. Di bawah inspirasi sistem perundangan penjajah, undang-undang perlembagaan semua negara Islam termasuk Malaysia memberi hak untuk menerima nota janji negara asing, daripada negara bukan Islam( umpamanya, USD) kepada Bank Negara, masing-masing sebagai rezab nilai untuk mata wang mereka sendiri.
Disebabkan ini, ramai orang Islam ( termasuk bukan Islam) masih lagi beranggapan bahawa wang fiat mereka itu masih mempunyai sandaran emas atau perak sedangkan pada hakikatnya tiada mata wang di dunia ini yang bersandarkan emas mahupun perak.
Dinar emas dan Dirham perak ialah komoditi (‘ayn), maka kedua-dua syiling itu bukanlah amanah sesiapa. Apabila kita berurus niaga, kita menyerahkan sedikit emas atau perak dan tidak memerlukan sandaran apa-apa bahan lain mahupun memohon keizinan pihak berkuasa selain daripada dirinya sendiri. Ini satu lagi sebab mengapa mata wang Syariah tidak boleh dibandingkan atau dipertimbangkan sebagai alternatif kepada “mata wang kertas”.

8.- Ramai yang terkeliru dengan konsep sah diperlakukanKoin dan nota bank tidak memerlukan izin untuk menjadi “sah diperlakukan” sebagai wang untuk berjual beli atau melaksanakan lain-lain urusan di mana wang berperanan digunakan . Apa yang pasti ialah wang yang sah diperlakukan mestilah diterima untuk membayar hutang wang .
Sebagai contoh, Undang-Undang Persekutuan Amerika Syarikat tidak menghadkan perniagaan swasta, individu atau pertubuhan menerima atau menolak bentuk pembayaran kepada mereka. Sebab itulah, peniaga bebas untuk menentukan bentuk pembayaran, sebagai contoh, menggunakan kad kredit, atau untuk menolak menerima nota bank yang pecahannya besar .
Di Kanada sebagai contoh, hanya nota bank yanag dikeluarkan oleh Bank Canada sah diperlakukan, bagaimanapun, urus niaga komersil secara sah di sisi undang-undang boleh diselesaikan dalam apa cara sekalipun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Jumlah urus niaga Kanada yang agak besar dibayar dalam dollar Amerika Syarikat walaupun dollar Amerika Syarikat bukanlah mata wang yang sah diperlakukan di Kanada.
Status wang yang sah diperlakukan boleh diketepikan kecuali seseorang itu berada dalam keadaan berhutang maka sebab itu, mesin menukar wang ataupun pekerja pengangkutan tidak perlu menerima wang pecahan besar nota bank untuk tambang bas atau pun untuk sekeping coklat dan pekedai pun boleh menolak daripada menerima nota bank.
Walaubagaimanapun, restoran yang memungut wang hanya selepas hidangan makanan selesai (satu kedudukan di mana hutang telah tercipta) terpaksa menerima apa saja wang yang sah diperlakukan. Hak seorang peniaga untuk menolak menjalankan urus niaga dengan sesiapa sahaja membawa maksud bahawa seorang pembeli itu tidak boleh menuntut melakukan satu pembelian, maka mengisytiharkan sesuatu mata wang itu sah diperlakukan untuk tujuan selain daripada membayar hutang merupakan satu tindakan lewah.

9.- Penempaan Dinar dan Dirham merupakan satu amalan orang Islam sejak daripada awal Islam lagi. Syilingbertarikh pertama orang Islam ialah Dirham perak Sasanian Yezdigird III, yang ditempa semasa Khalifah Uthman radiallahu anhu. Syiling-syiling ini berbeza daripada yang asal kerana terdapat tulisan bahasa Arab pada bahagian muka syiling itu, biasanya “dengan nama Allah”. Sejak itu tulisan dalam bahasa Arab dengan nama Allah dan juga sebahagian daripada ayat Qur’an di atas syiling-syiling itu menjadi ikutan semua syiling yang ditempa oleh orang Islam.
Pada tahun 75H (695M) Khalifah Abdu Mmalik memerintahkan Al-Hadjaj untuk menempa dirham yang pertama dan secara rasminya mengikut Piawaian Umar Al-Khattab radialluhu anhu: 7/10 mithqal. Pada tahun berikutnya, beliau memerintahkan dirham ditempa di semua wilayah Dar al-Islam. Beliau memerintahkan syiling-syiling itu ditempa dengan ayat “Allahu Ahad Allahu Samad”. Penempaan koin Syariah dianggap satu tanggungjawab Sultan yang mesti diikuti (sila lihat [e] al-Qurtubi).

Dan kejayaan itu hak Allah. PadaNya kami berserah dan semua puji-pujian bagiNya, Tuhan sekelian alam dan salam dan selawat ke atas nabi junjungan, Muhammad s.a.w.
Hamba Allah, Haji Abdalhasib Castineira
Penasihat Shariah World Islamic Mint and Mantan Imam Masjid Jamek Granada

                                   Ayuh kumpul  1 Dinar Public  dan 1 Dirham muslim setiap  bulan..

2/20/2011 06:59:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
This entry was posted on 2/20/2011 06:59:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us