WELCOME

default

KENAPA EMAS PUBLIC GOLD KESUKAAN RAMAI

 - Comments Off

Pada masa kini, pelaburan emas fizikal begitu popular. Di sana-sini, orang ramai berbicara tentang emas, bukan sekadar sebagai perhiasan wanita semata-mata tetapi juga sebagai satu bentuk pelaburan. Bagi kami, sesiapa yang memilih emas sebagai pelaburan atau sebagai penyimpan kekayaan mereka adalah golongan yang bijak. Ini kerana emas mengalami peningkatan harga yang tinggi berbanding pelaburan – pelaburan lain.

Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas?

Banyak faktor  atau sebab kenapa anda perlu menyimpan emas. Antara faktor-faktornya adalah sebagaimana berikut:

1) Emas merupakan sumber kekayaan yang sebenar. ini kerana warnanya yang kuning keemasan, sangat menarik dan tidak akan pudar. Emas juga tidak dapat dibinasakan, mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilai dan ia sememangnya sukar untuk diperolehi.Emas merupakan aset yang amat bernilai selama-lamanya. jika emas menjadi debu sekalipun ia tetap akan bernilai

2) Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Tahukah anda, Harga emas telah meningkat sebanyak 457% sepanjang 10 tahun lalu?  kadar peningkatan setahun adalah sekitar 20% hingga 30%  setahun justeru mengatasi pelaburan lain. Dan pada tahun lepas sahaja (2010), ia telah meningkat sebanyak 29%. Sebagai bukti, dibawah kami sertakan graf kenaikan emas sepanjang lima tahun yang lepas.

Jika dibandingkan dengan pelaburan-pelaburan lain, emas jauh lebih menguntungkan. Dibawah kami sertakan contoh pelaburan-pelaburan lain di malaysia untuk anda pandingkan sendiri.

3) Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangkamasa panjang. Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang. Contohya, pada zaman Rasulullah, seekor kambing boleh dibeli dengan  harga 1 dinar emas yang mempunyai berat 4.25 gram dengan ketulenan 22 karat. Pada waktu sekarangpun, anda boleh membeli kambing dengan harga 1 dinar. Dengan kata lain, emas mempunyai reputasi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat. rumusannya, boleh dikatakan inflasi untuk syiling emas adalah 0%.

4) Nilai wang kertas akan jatuh di dalam jangka masa panjang. Semakin lama disimpan, nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang. kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi. Sebagai contoh, pada tahu 1970-an kebanyakan pelajar sekolah membawa wang belanja antara 20 sen hingga 30 sen sahaja. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. sekarang, rata-rata ibubapa memberitahu bahawa mereka memberi wang poket antara RM2 hingga RM5 sehari kepada anak-anak mereka.

5) Emas adalah aset terunggul. Emas merupakan aset yang paling  mudah ditukar kepada wang tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair. selain itu, dengan emas juga, ia boleh digadai untuk mendapatkan pinjaman. Nilai pinjaman pula dikira  berdasarkan harga semasa. Apabila emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat.

Pelaburan Emas Dan Perak

kami merupakan salah seorang  pengedar Emas dan perak keluaran Public Gold di Kelantan. Kami bersedia menjual dan membeli dinar emas, jongkong emas dan perak mengikut harga pasaran emas semasa. Emas dan perak keluaran Public Gold  terbahagi kepada beberapa jenis sebagaimana jadual berikut:

Kelebihan Membeli Emas Public Gold.

Berikut adalah beberapa kelebihan yang anda dapat jika membeli emas daripada pihak kami.

1) Stok sentiasa ada. Anda boleh membeli emas bila-bila masa sahaja walaupun pada masa harga emas jatuh.

2) Kualiti emas yang dijual adalah 24k bagi jongkong emas dan 22k bagi emas dinar.

3)Spresd yang kecil sekitar 6%

4) Public golg memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, gores, bengkok, dan kemek asalkan berat tetap sama semasa timbangan.

5) Emas Public Gold boleh digadaikan di Ar-Rahnu untuk tunai segera.

6) Public Gold menawarkan anda peluang menjadi agen kepada produk mereka.

Agen Public Gold.

Untuk tahun ini (2011), promosi untuk menjadi agen public gold adalah sebanyak RM20,000. Kesemua modal digunakan untuk membeli stok emas. Anda bebas untuk memilih samaada untuk membeli dinar, jongkong emas, perak mahupun barang kemas keluaran Public Gold cukup dengan kadar RM20,000.

Apabila anda menjadi agen Public Gold, anda akan menjual dan membeli emas public gold mengikut harga semasa. Harga semasa ini akan dipaparkan di laman web Public Gold dan akan berubah setiap 20 minit kecuali hari sabtu dan ahad.

Faedah-faedah Menjadi Agen Public Gold.

1) Komisyen jualan 1 %. Anda akan mendapat komisyen jualan samada apabila anda membeli stok untuk simpanan sendiri ataupun mengantikan stok yang dijual kepada pelanggan.

2)Keuntungan belian balik antara 5-6%. Jika pelanggan ingin menjual balik Emas Public Gold kepada anda, maka anda akan membelinya dengan harga  “We Buy” (lihat contoh harga di bawah). Harga ini adalah 5-6% lebih rendah daripada harga emas semasa. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli emas tersebut, anda boleh jual dengan harga semasa (We Sell). Anda mendapat untuk atas angin sebanyak 5-6%.

3) Beli stok ketika harga emas jatuh dan mendapat untuk ketika harga emas naik. Anda boleh membuat belian stok sebanyak mungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabila menjual emas tersebut ketika harganya naik.

Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal:

Abu Bakar Ibn Maryam Melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ”Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)”

Tun Dr. Mahathir Mohamad:

“Mata wang hanya sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga seluruh dunia”.

Dato’ Salleh Majid (Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, kini Bursa Malaysia)

“Sejak 5 tahun kebelakangan ini, harga emas meningkat sebanyak 250% namun kesedaran rakyat Malaysia terhadap pelaburan emas masih rendah. Pulangan FD cuma 2-4% setahun. ASB pula sekitar 8%. Pulangan emas jauh lebih tinggi”.

default
 - Comments Off

Korea Beli Emas 25 TAN & Seminar Bulan Ogos 2011

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? harap-harap semua ceria di bulan yang mulia ini Bulan Ramadhan. Pokli mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Semoga bulan ini sama-sama kita dapat mengerjakan ibadah puasa & ibadat2 sunat...

Pokli nak kongsi Jadual Seminar Pokli pada bulan Ogos 2011 ini ....

Tarikh/Masa
Tempat Seminar
Tajuk
6 Ogos 2011
11.00 pagi – 1.00 petang
Public Gold Seminar Hall
(atas kedai tayar)
16-1A, Jalan PJS 8/6
Sunway Mentari Plaza
46150 Petaling Jaya.Selangor
Financial Freedom bersama Public Gold
13 Ogos 2011
11.00 pagi – 1.00 petang
Public Gold Melaka,
No. 9A Jalan Melaka Baru 22, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, Melaka.(Hadapan Public Bank)
Financial Freedom bersama Public Gold
20hb Ogos 2011
11.00 pagi – 1.00 petang
Public Gold Negeri Sembilan
N9. Alamat: 152-1 & 152-2, Block M, Taipan Senawang, 
Jalan Taman Komersil Senawang 1, Taman Komersil Senawang,Seremban Negeri Sembilan
Financial Freedom bersama Public Gold

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?
First sekali, seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 019-66 450 66 butiran-butiran berikut
1. Taipkan SEMINAR: Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:
SEMINAR: Ahmad bin Abu, 27/5/2011, Kota Bharu.
Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:
SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Faizan Dasuki 2. Azman Baruti, 3. Afzanizan Abdullah faizan@yahoo.com , 4. Faeez Mazlan, 27/5/2011. Kota Bharu
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.
Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini......dan asas2 skill manipulasi stok emas yang anda dah miliki....

Sebelum tu jangan Lupa KLIK 'LIKE' di Fan Page Pokli ni yer 

Fan Page http://www.pokli.com/

ALhamdulillah, Public Jewellery telah melancarkan produk baru yang dinamakan i-Jewellery yang ketulenannya dijamin pada kadar 22k (916.0) pada harga semasa yang lebih rendah dan mengikut harga pasaran antarabangsa.

Produk ini boleh didapati dengan berat 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Produk ini mengutamakan pengekalan ketulenan kandungan emas 22k nya, Justeru reka bentuknya tidak serumit seperti Public Jewellery yang biasa dan ianya lebih sesuai untuk pajakan di Ar-Rahnu.

Selain itu, spread atau beza harga Jual dan Beli nya juga diturunkan kepada hanya 10% sahaja dan untuk maklumat harga semasa boleh dilihat seperti yang dipaparkan di www.publicdinar.com

Sesiapa yang nak menyandarkan wang nya kepada emas dan mahu membuat pajakan Ar-Rahnu (diterima di Argo Bank & Bank Rakyat), jom beli sekarang sebelum harga emas naik lebih tinggi!
untuk melihat harga bagi produk ini boleh lunsuri laman web www.publicdinar.com

Tahu tak kenapa harga Emas Naik Minggu ini???

The Bank of Korea said Tuesday it bought 25 tons of gold in the June-July period ― its first purchase since the 1997-98 financial crisis.
The purchase touched off speculations about its motives at a time when gold prices are hitting record highs.

Patut la harga emas naik tinggi minggu ni....di sebabkan oleh Bank of Korea tambah stok Emas mereka 25 tan....agak2 berapa banyakkkkk 25 tan ni???
Agak2 simpanan emas kita ada berapa KILO sekarang????
harga emas akan naik kepada USD2100/oz....masih belum terlambat untuk anda tambah stok pelaburan emas fizikal ANDA!!! FAST ACTION FAST RESULT!!!!!
 Ingat Emas Ingat Pokli

default
 - Comments Off

Kenali insurans haram

SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat.
Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830. 

Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah). 

Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.

Kontrak insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut:

1. Reda antara kedua-dua pihak (iaitu syarikat insurans dan pencarum). Ia ibarat kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ‘ijab dan kabul’. 
2. Pihak yang memberi insurans, iaitu pihak syarikat insurans. 
3. Pencarum, iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans. 
4. Pihak yang menerima manfaat, iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain. 
5. Kebahayaan atau musibah. Merangkumi jenis musibah atau kemalangan yang diandai serta ditentukan di dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan kematian. 

Bentuk insurans adalah seperti insurans terhadap musibah menimpa tubuh, insurans nyawa, insurans harta dan pecahannya (kereta, motosikal, rumah dan lain-lain), insurans kemalangan jalan raya, insurans kerja dan sebagainya. 

Bagaimanapun, ada beberapa sebab yang menjadikan insurans konvensional haram kerana ia turut ‘diselubungi’ riba. 

Ia adalah perbincangan ‘ilmiah’ dan memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang kukuh untuk memahaminya dengan sempurna. 

Bagaimanapun, penulis akan cuba memudahkan dalil ini demi memberi kefahaman sebaik mungkin di kalangan pembaca. 

Selebihnya pembaca perlu melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan 
Takhassus Fiqh di universiti bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci. 

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mesti mempunyai ilmu asas berikut: 
1. Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma atau Sumbangan). 
2. Riba dan pembahagiannya. 
3. Syarat jual beli dalam Islam. 

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, insurans konvensional adalah haram kerana wujud unsur riba yang jelas di dalamnya. 

Ini kerana, riba jelas wujud apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah. 

Ia dianggap riba kerana wang (daripada pencarum) berbalas wang (daripada syarikat) dengan jumlah berbeza, padahal wang adalah unsur ‘ribawi’ (usurious items) sebagaimana enam unsur disebutkan Rasulullah SAW di dalam hadisnya. 

Rasulullah SAW mensyaratkan dengan jelas, apabila ‘bermu’amalah’ di antara dua unsur ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang daripada pencarum dengan wang daripada syarikat insurans), ia mestilah terikat dengan syarat: 
1. Sama Nilai (mathalan bi mathalin). 
2. Diserahkan ketika mu’a- malah dilakukan. (Yadan diyadin) 

Syarat ini bersumber hadis Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan satu daripadanya di atas yang lain. 

“Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas atau perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan dan nilaian sama.” 

Maka, setiap perbezaan nilai (dalam unsur ribawi) dianggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail). 

Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza, maka berlakulah Riba al-Fadl. Ini kerana tidak wujud kesamaan nilai dalam urusniaga dua unsur ribawi itu. 

Pembayaran yang bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran. 

Dalam hal insurans, sudah tentu berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah, baru akan dibayar jumlah tertentu. 

Prof Dr Muhd Baltaji (ulama besar di Universiti Al- Qaherah - sudah meninggal dunia) menjelaskan, kontrak insurans sama sekali tidak boleh lari daripada Riba An-Nasi’ah. 

Beliau juga menegaskan, mana-mana hujah untuk lari daripada anggapan riba ini adalah helah yang tidak sah menurut pandangan syarak. 

Justeru, insurans berkenaan mempunyai unsur kedua-dua jenis riba seperti dinyatakan. 

Walaupun ada kalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan daripada carumannya, bahkan hanya untuk berasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap riba. 

Zahir urus niaga insurans tadi cukup untuk dikategorikan sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung). 

Dalam berapa banyak kes, pasti kita mendengar ada individu sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi atau pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insurans bernilai jutaan ringgit. 

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman itu diperniagakan oleh syarikat insurans konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah) atau mana-mana syarikat yang bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang berkenaan. 

Malah, keadaan lebih teruk jika syarikat insurans meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak atau perjudian. 

Kesimpulannya, insurans konvensional itu menjadi haram kerana ‘akad’ yang diubah itu tadi. 

Insurans konvensional menggunakan akad pertukaran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang dikira sebagai akad jual beli. 

Sebagaimana perlu kita fahami, akad jual beli memerlukan penjelasan dalam urusan membabitkan penjual, pembeli, benda yang dijual dan nilainya. 

Dalam konteks insurans konvensional, ia boleh diibaratkan seperti berikut, iaitu syarikat insurans mempunyai masalah dalam urusan benda yang dijual. 

Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang dengan matawang sama (RM kepada RM). 

Ketika itu, ia sepatutnya menuruti syarat ditetapkan Rasulullah SAW iaitu serah terima dan jumlah sama. 

Bagaimanapun, hal ini tentu tidak berlaku kerana: 
a) Si pembeli (pencarum) meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah tertentu dan jaminan itu pula hanya akan diberi kemudian. Ini menyebabkan ulama menganggapnya Riba Nasi’ah. 

b) Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehnya. Walaupun nilainya dinyatakan dalam skim insurans ini, syarat akad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapa nilai yang akan diperolehnya. 

Sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar’. Malah gharar juga di sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperoleh benda yang dibelinya. 

c) Ia dianggap judi pula kerana mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperoleh sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan. 

Pengharaman insurans konvensional disepakati ulama, antaranya As-Syeikh Al- Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836), As-Syeikh Al- Imam Muhd Abu Zuhrah (meninggal dunia pada 1972, Prof Syari’ah di Universiti Kaherah, dianggap ulama terulung dalam Ilmu Fiqh), termasuk As-Syeikh Prof Dr Yusoff al-Qaradhawi. 

Perlu diingatkan bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan ulama terulung seluruh dunia sudah beberapa kali diadakan. Di mana, mereka juga membincangkan mengenai kontrak insurans yang banyak diguna pakai pada masa kini. 

Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali pertama pada 1976 di Makkah, di mana hasil keputusan mereka ialah insurans jenis perniagaan atau konvensional adalah haram. Sebab utamanya adalah ia mempunyai unsur riba dan Gharar. 

Selain itu, Majlis Kesatuan Ulama Besar bermesyuarat pada 1977 di Arab Saudi turut menyatakan insurans jenis perniagaan adalah haram. 

Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami) yang bersidang lagi pada 28 Disember 1985 di Jeddah juga, memutuskan sekali lagi pengharaman insurans jenis perniagaan. 

Majma’ Fiqh juga secara nyata mengharuskan insurans jenis kerjasama (ta’awuni) atau TAKAFUL dan mencadangkannya sebagai alternatif insurans perniagaan dan lebih digalakkan.

default
 - Comments Off

Riba jahiliah masih ada

DI ZAMAN Islam datang menyinari dunia kegelapan masyarakat jahiliah di tanah Arab, banyak amalan yang dilaksanakan mereka dihapuskan oleh Rasulullah SAW bermula daripada kehidupan seharian hinggalah membabitkan hubungan komunikasi dalam masyarakat.
Bagaimanapun, tidak semua amalan jahiliah itu dibuang terus, sebaliknya sebahagiannya diterima Islam namun dengan beberapa pengubahsuaian., sebagai contoh sistem perhambaan, peperangan, penggunaan wang emas dan perak sebagai mata wang, ‘Aqilah' dalam kes bunuh, qur'ah (cabut undi), jualan muzayadah (lelong) dan banyak lagi.

Semua yang disebut di atas diterima pakai oleh Islam tetapi beberapa sekatan dan pindaan dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW agar ia selari dengan kehendak Islam, supaya tidak terlalu asing dan paling utama selesa dilaksanakan oleh manusia seluruhnya.

Bagaimanapun,Pada masa sama banyak juga amalan jahiliah yang dibuang terus dan digantikan dengan satu sistem baru yang murni lagi adil dan ada antaranya pula diubah suai dengan beberapa langkah alternatif. Daripada senarai panjang itu, amalan jahiliah yang diharamkan terus dan disediakan alternatif salah satunya adalah 'riba jahiliah'.

Menurut definisi, riba jahiliah adalah sebarang manfaat atau kadar tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok dikenakan ke atas peminjam akibat kegagalan membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan di dalam tempoh dipersetujui.

Hasil daripada kelewatan itu pemberi pinjaman memberikan kata dua iaitu melangsaikan hutang serta merta atau satu kadar bunga akan dikenakan bagi memanjangkan tempoh pembayaran semula. Kadar bunga itu boleh dianggap sebagai denda.

Riba jenis ini amat popular di zaman jahiliah dan berterusan di zaman Rasulullah SAW sehinggalah diharamkan oleh baginda. yang bersabda: “Ketahuilah, semua jenis riba telah dihancurkan, dan riba yang pertama aku hancurkan adalah riba yang bapa saudaraku, Abbas bin Abd Muttalib, semuanya kini telah dihancurkan.” (Riwayat Ibn Hibban, At-Tirmizi) Contoh semasa riba jahiliah yang boleh dilihat adalah: 1. Apabila pelanggan gagal membayar hutangnya kepada bank atau pemberi pinjam pada bulan tertentu seperti tiga bulan berturut-turut, pelanggan dikenakan denda atau penalti sebanyak tiga peratus dari jumlah hutang yang berbaki.

2. Apabila peminjam buku di perpustakaan gagal memulangkan buku pada waktunya, pihak perpustakaan mengenakan denda RM5 setiap hari yang lewat, ini juga satu bentuk riba. Justeru, jangan sesekali lewat memulangkan buku sehingga dikenakan denda riba. Undang-undang ini turut digunakan oleh hampir seluruh perpustakaan di seluruh dunia termasuk di pusat pengajian tinggi Islam yang nyata menunjukkan kurang peka di dalam hukum.

3. Bagi mereka yang dikenakan saman atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang salah, atau lain-lain kesalahan memandu, pihak pemandu diberikan nilai saman mengikut minggu. Contohnya, jika dibayar dalam tempoh 14 hari, nilai saman adalah RM15, jika melebihi 30 hari, nilai saman naik kepada RM40 dan seterusnya. Semua cara kiraan ini tergolong di dalam riba Al-Jahiliyyah.

Disebabkan ini, mungkin akan ada pihak yang keliru dan mempersoalkan cara sesuai untuk mengelakkan peminjam melewatkan pembayaran dan pemulangan buku.

Bagaimanapun, topik ini sudah dibincangkan panjang lebar oleh para ulama sedunia, dan pandangan yang sepakat oleh majoriti ulama sedunia adalah hukuman yang dikenakan bagi pesalah yang sengaja melewatkan pemulangan dan segala jenis hukuman tidak ditentukan dalam bentuk mata wang tetapi lain-lain bentuk. seperti didenda tidak boleh memasuki perpustakaan selama dua bulan, dirampas pasport, disenarai hitam dan sebagainya.

Jika ia membabitkan denda dalam bentuk wang, terdapat beberapa ijtihad di kalangan ulama semasa yang akan disebutkan di bawah.

Jadi, bagaimana pula konsep dalam perbankan Islam? Dalam konsep perbankan Islam, mereka turut mengenakan sejumlah wang sebagai ganti rugi atau denda. Jumlah ini sebenarnya dianggap sebagai bayaran kos rugi (ta'widh atau compensation) yang dihadapi oleh bank akibat pelanggan tidak membayar hutangnya kepada bank dalam waktu yang dijanjikan. Oleh itu, pembaca perlu membezakan bayaran ganti rugi yang dikenakan oleh bank Islam dengan penalti oleh bank konvensional.

Ganti rugi yang dikenakan oleh bank Islam adalah terhasil daripada proses jual beli dengan bayaran ansuran yang dijanjikan pada waktunya. Manakala penalti bank konvensional adalah hasil daripada kontrak pinjaman semata-mata.

Menurut sebahagian ulama seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa, Syeikh Muhammad Sadiq Ad-Dharir, Sheikh Abdullah Mani', Majlis Penasihat Syariah Bank Islam Jordan dan Fatwa Persidangan dallah Al-Barakah, keharusan itu berdasarkan ‘Maslahat Mursalat'.

Jadi, tindakan mengenakan ganti rugi itu adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun ketika mempunyai wang. Ia dinamakan 'mumatil' yang disebut oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Penangguhan sengaja (daripada membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan adalah satu kezaliman.” (Riwayat Al- Bukhari) Manakala, hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban pula menyatakan: “Bagi orang berkemampuan dan melewatkan hutang adalah zalim, halal ke atas mereka dihukum.

Kedua-dua hadis itu menunjukkan haram hukumnya melewatkan pembayaran hutang bagi mereka yang ada kemampuan. Malah terdapat riwayat silam yang menunjukkan pemerintah Islam pernah mengurung individu sebegini sehinggalah ia membayar hutangnya. Ringkasnya, hukuman seperti disenarai hitamkan nama, dirampas pasportnya, dirampas hartanya dan dijual untuk menyelesaikan hutang adalah dibenarkan oleh Islam.

Namun, untuk bertindak sedemikian dalam konteks semasa, sudah tentu ada di antaranya yang sesuai, manakala tidak sebahagian lainnya.

Justeru itu, memandangkan lemahnya sifat amanah manusia untuk membayar hutang mereka dan bagi menyekat mudarat besar daripada berlaku kepada bank-bank Islam dan juga pemiutang, apabila bayaran ansuran yang dijanjikan tidak dilangsaikan pada waktunya, maka ta'widh (ganti rugi) akan dikenakan.

Sebahagian ulama mengharuskan jumlah ganti rugi itu dibayar dalam bentuk wang, digunakan oleh bank dengan syarat ia adalah jumlah sebenar kerugian. Jadi, sebarang wang lebih daripada kerugian sebenar tidak boleh digunakan oleh bank-bank Islam. Manakala, sebahagian besar ulama lain berpendapat bahawa ta'widh yang dikenakan oleh bank-bank Islam ini (menurut majoriti ulama sedunia) adalah tidak boleh dimasukkan di dalam pendapatan bank Islam, malah mestilah diagihkan untuk tujuan kebajikan kepada orang miskin dan fakir saja. Bagi beberapa buah bank Islam, mereka lebih cenderung untuk menuruti keputusan majoriti ahli Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia. Konsep yang digunakan adalah konsep sedekah duit (ta'widh) kepada fakir miskin adalah dibuat atas konsep 'Iltizam at-tabarru' yang disebut di dalam kitab fiqh mazhab Maliki. Sebagaimana, kata Imam Malik: “Dan perkara yang baik (ma'ruf) sesiapa yang mewajibkan (berjanji) untuk ditunaikan olehnya, wajib (lazim) untuknya menunaikannya.

Ia bermakna semua pelanggan perlu memberikan komitmen jika mereka gagal memenuhi janji untuk membuat pembayaran hutangnya kepada bank dalam waktu yang dipersetujui, maka ia berjanji akan bersedekah dan melantik pihak bank untuk mengagihkannya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa institusi perbankan Islam di Malaysia mengambil pandangan ulama yang lebih ringan, iaitu mereka tidak hadkan penggunaan wang ta'widh kepada fakir miskin saja. Justeru, sebahagian bank Islam mengambilnya dan digunakan untuk kegunaan mereka. Perkara ini mungkin disahkan harus oleh majlis penasihat Syariah masing-masing. Justeru, ia selesai dengan ijtihad Majlis Penasihat Syariah masing-masing.

Di kebanyakan bank Islam, Jabatan Syariah dan Majlis Penasihat Syariah yang akan memantau. Malah keputusan majlis berkenaan juga mewajibkan akaun yang diasingkan bagi tujuan itu. Hasilnya, setiap jumlah yang terkumpul daripada ta'widh akan terus masuk ke akaun khas seperti bagi tujuan sumbangan sebagai contohnya. Ia pula tidak boleh disalurkan kepada sumbangan kecuali selepas disahkan layak oleh majlis penasihat Syariah. Ini bagi mengelakkan berlakunya pilih kasih dan kronisme dalam pembahagian.

Kesimpulannya, isu ini dibawa ke persidangan ilmuan Syariah di peringkat Malaysia khususnya Bank Negara Malaysia. Hasilnya keputusannya menyebut, bagi menyekat kecuaian sengaja itu, maka diharuskan mengenakan denda ta'widh dengan syarat ia adalah kerugian sebenar yang ditanggung oleh pembiaya. Penentuan kadar rugi ini akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Selain itu kadarnya adalah satu peratus saja dan ia tidak bersifat gabungan. Dan jauh lebih rendah berbanding kadar denda yang dikenakan oleh bank konvensional.

Pembaca perlu faham bahawa penalti yang dikenakan oleh bank konvensional adalah gabungan iaitu penalti itu akan dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman dan jika penalti dikenakan lagi, maka peratusan penalti akan disandarkan kepada jumlah pinjaman asal yang ditambahkan dengan penalti. Ia amat pedih dan perit serta zalim dan menindas.

KENAPA EMAS PUBLIC GOLD KESUKAAN RAMAI
8/05/2011 11:17:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
8/04/2011 10:41:00 PM | Author: asmadi yusoff

8/04/2011 10:08:00 PM | Author: asmadi yusoff

8/04/2011 10:06:00 PM | Author: asmadi yusoff

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us