WELCOME

default

EMAS PILIHAN BIJAK DEMI MASA DEPAN GEMILANG DAN TERBILANG

 - Comments Off

EMAS PilihAN Bijak

Salam pertemuan buat saudara pembaca sekalian.

Topik yang ingin saya kongsi adalah berkaitan pemilihan emas untuk melabur. Terdapat banyak jenis emas yang berada di pasaran, tidak kiralah emas itu jenis berapa karatpn. Apa yang ingin saya kongsikan bersama saudara saudari sekalian adalah berkenaan pelaburan.

Apabila disebut pelaburan, maksudnya seseorang itu inginkan pulangan yang menguntungkan. Pulangan itu mestilah mencapai tahap yang paling tinggi. Jika boleh mencecah 200%.. ada tak? kalau ada kongsikan dengan saya juga...
Berbalik kepada pelaburan emas, di pasaran terdapat banyak jenis pelaburan yang boleh kita pilih. Tapi tahukah kita kelebihan dan kelemahannya?
Di sini saya ingin kongsikan bersama, iaitu:-

A) Barang Kemas;
Barang kemas atau perhiasan wanita ini boleh kita milikinya di kedai-kedai emas. Tidak kiralah jenis gelang, rantai, dan sebagainya. Biasanya dipakai oleh kaum wanita. Pada hari perkahwinan atau pertunangan, maka perhiasan wanita akan dijadikan hantaran.

Kebaikan:
a)Pelaburan yang baik untuk masa hadapan berbanding menyimpan wang.
b) Boleh dipajak jika keadaan memerlukan bantuan kewangan
c)Nampak cantik bila dipakai oleh kaum hawa... tapi hati-hati, risau diragut.

Kelemahan
a)Pelaburan yang mengambil masa yang panjang.
b)Spread yang besar (15-30%) apabila ditolak kepada kedai emas. Ini kerana ia dianggap used gold.
c)Beli di kedai, akan dikenakan caj upah oleh pemilik kedai emas.
d)Perlu dicuci sentiasa di kedai untuk menaikkan kilauan emas tersebut.
B) Jongkong Emas / Gold Bar
Emas jenis ini bagus untuk dijadikan pelaburan. Terdapat pelbagai jenis jongkong yamg dipasarkan di Malaysia. Antara pengeluarnya ialah:

a) United Overseas Bank (UOB Bank)
Terdapat banyak jenis yang dikeluarkan iaitu untuk jongkong PAMP suisse dan Kinebar manakala dalam bentuk syilingpun ada. Ia mempunyai sijil
b) Poh kong Bunga Raya
Ada dijual di kedai emas Poh Kong. Jongkong nya diberi nama Jongkong emas bunga raya
c) Habib Jewel
Habib Jewel juga menjual jongkong emas iaitu PAMP Suisse.

Kebaikan:
a) Baik untuk pelaburan. Lebih baik daripada barang kemas.
b) Dapat di beli di kedai emas atau di bank.
c) Mempunyai spread rendah.(Emas UOB Bank)

Kelemahan:

a) Spread yang tinggi bagi poh kong jika hendak ditolak
b) Tidak boleh calar atau bengkok. Emas tidak akan diterima.
c) Boleh dibeli pada waktu bekerja sahaja.
d)Plastik liminate tidak boleh dibuka.

d) Jongkong Public Gold.
Jongkong ini semakin digemari oleh pelabur emas di malaysia 2 tahun kebelakangan ini. Ini kerana harga yang ditawarkan mengikut harga pasaran dunia dan telah banyak menerima anugerah daripada pelbagai pihak. Promosi yang ditawarkan untuk menjadi dealer telah menarik ramai pelabur menceburi bidang perniagaan emas.

Kebaikan;
a) Boleh dimiliki dengan mudah 24 jam, hanya tel. dealar sahaja.
b) Diterima dikebanyakkan ar-rahnu jika ingin pajak.
c) Emasnya diterima walaupun bengkok, kemek dan calar oleh syarikat dengan syarat beratnya tidak kurang.
d) Spread yang rendah (5-6%)
e) Jongkong 24k(999.9)
f) Menawarkan peluang perniagaan jika menjadi dealer.
g) Mempunyai sijil perakuan 

C) Syiling

Produk syiling yang terdapat di malaysia banyak jenis. Antaranya syiling keluaran UOB Bank, Kijang Emas, Syiling Kuwait Finance House, Dinar Kelantan, Dinar Public Gold, Dinar keluaran Nubex dan sebagainya.

Kebaikan:
a) harga yang rendah.
b) Terdapat pelbagai saiz dan berat.
c)Boleh dipajak di ar-rahnu
d) Menerima balik walaupun dibuka liminate (Public Dinar sahaja)
e) Diterima walaupun bengkok atau calar (public dinar sahaja)
f) Boleh dibeli secara online 24 jam (public dinar sahaja)
g) Spread yang rendah
h) Stok sentiasa ada kecuali kijang emas dan syiling UOB bank
i) Harga berubah setiap 20 minit (public dinar sahaja)
j)Mempunyai sijil perakuan
k) Boleh dibuat hantaran kahwin

Kelemahan

a) stok kena tempah dahulu (Kijang dan UOB bank)
b) Tidak diterima jika bengkok, buka plastik pembalut dan sebagainya (Kecuali Public Dinar)
c) Hanya waktu bekerja sahaja melainkan public dinar.
d) saiz ketulenan yang pelbagai (916 untuk public dinar)

D) Pelaburan Dengan Akaun.
Pelaburan dengan akaun juga baik untuk jangka masa panjang. Antara yang menawarkan pelaburan jenis ini di malaysia ialah Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance House.Pelaburan ini memerlukan pembukaan akaun terlebih dahulu dan mempunyai syarat pembelian serta nama setiap akuan tersebut.
Kebaikan
a) Baik untuk pelaburan masa depan.
b) Spread yang rendah dan mengikut harga emas dunia (1- 3 kali sehari berubah)
c) Harga boleh disemak laman web masing-masing.

Kelemahan.
a) Tidak boleh dipajak kerana berbentuk akaun dan jika memerlukan wang, terpaksa menjualnya. Ada yang berbentuk fizikal tetapi jika terbuka plastik, maka tidak diterima.
b) Ada yang tidak memenuhi syarak.

Kesimpulannya:

Untuk membuat pelaburan yang baik, kita perlulah memilih dengan teliti, pelaburan yang mana lebih baik terutama dari segi:-
a) Spread yang rendah
b) Boleh dipajak dan dimanipulasi emas tersebut terutama jika memerlukan wang.
c) Boleh diterima balik jika ingin menjualnya tanpa dikenakan apa-apa syarat.
d) Mudah untuk kita miliki dan beli. contohnya, jika harga jatuh tetapi stok tiada, bagaimana untuk kita milikinya.
e) Emas yang dibeli atau dijual mestilah tiada dikenakan caj upah, bengkok, terbuka plastik dan sebagainya.
f) Mesti mempunyai sijil perakuan oleh badan yang meniktifafnya.
g) Mestilah mengikut syarak jual beli.

sekian
Untuk keterangan lanjut dan ingin berkongsi maklumat.
hubungi 019-9809816

'Pelaburan Pintar adalah Pelaburan Emas'

Asmadi md Yusoff
Authorised Dealer A2900
Public Gold

default

INFO BERKAITAN EMAS

 - Comments Off

INFO EMAS

Soalan: 
Mengapalah melabur emas,.. macam tak untung je,.. sebab bila jual, lepas tu beli balik,.. harga dah semakin tinggi,...

WANG KERTAS FIAT DIBANDING DGN EMAS

Jawapannya,..
sebenarnya konsep ini masih lagi belum difahamkan dengan jelas,.. emas bila dibeli dan paling simple,.. simpan,.. lama-lama nilainya semakin meningkat.. walaupun berat dan saiznya tak meningkat...apabila dijual,.. harganya dah tentu tinggi,.. itu memang betul. ok,.. penjelasannya:

a) Bila beli dan jual...di sini kita akan dapat untung antara 
30%  - 45% dalam setahun

bandingkan jika wang kita, kita simpan dlm bank,.. kita hanya dapat 2-3% sahaja. Manakala jika melabur dalam ASB,.. purata keuntungan kita dapat 8%... Melabur dalam unit Trust purata 10-20% dlm masa 3-5 tahun,.. Disini dari segi peratus 
30%-8%=22% perbezaan... jika buat loan pn boleh untung lagi..

b) Apabila beli emas,.. buat apa nak jual,..
Jika kita membeli emas untuk isteri atau anak-anak kita, adakah kita menjualnya? kalau jual,.. rugilah.. xnak bagi rugi,.. kita pergilah pajak,.. dapatlah duit. Nak beli apa-apapn boleh, tapi bagi saya,.. baik beli emas lagi,... lagi banyak untung,.. nak tahu caranya,.. rujuk post berikutnya.

Rumusan,.
.Sebenarnya, emas ini adalah pelaburan masa hadapan,.. malah ia lebih daripada itu,.. emas mempunyai beberapa keistimewaan, antaranya:-
1. Emas merupakan simbol kekayaan yang sebenarnya kerana ia merupakan aset kita di masa hadapan.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Dalam masa setahun sahajapun kita sudah dapat melihatnya. Bayangkan jika kita menyimpannya selama 10 tahun nanti,.. berapa ek?
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang. Ini kerana nilainya tidak kukuh. semakin banyak wang dicetak,.. maka semakin jatuhlah nilai wang tersebut. Nilai wang semakin hari semakin jatuh. 
4. Aset yang terunggul. Emas boleh digunakan di seluruh dunia.bawalah ke negara mana sekalipun. Ia tetap berharga. Ini menunjukkan emas mempunyai kecairan yang tinggi.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja. Ia tidak boleh dicetak berulang kali seperti mana wang kertas.

ASMADI MD YUSOFF
AUTHORISED DEALER A2900
0199809816

default

DEMI MASA !!!!!!!

 - Comments Off

Salam semua 
 
"Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN". 
Al-Asr.

Apakah cabaran sepanjang zaman? Dari zaman Adam a.s sehinggalah hari ini? Ia adalah cabaran yang dihadapi oleh semua nabi dan rasul. Semua wali Allah swt. Semua yang ingin memilih untuk mencipta sesuatu yang baru samada untuk diri sendiri atau orang lain. Cabaran untuk mereka yang ingin HIDUP LUAR BIASA daripada orang lain yang biasa-biasa. Cabaran yang dihadapi oleh Samual Morse bila diberjaya mencipta telegraph, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Thomas A.Edison apabila beliau berjaya mencipta bulb lampu ketika zamannya, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Henry Ford ketika beliau menunjukkan kepada dunia kereta ciptaannya, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Wilbur dan Orville Wright setelah berjaya mencipta "mesin terbang" (untuk manusia terbang) yang pertama di dunia. Gallileo dengan teori "bumi ini bulat serta bumi ini sebenarnya mengelilingi matahari", P.Ramlee dengan filem-filemnya yang lain daripada yang lain dizamannya ketika itu menerima banyak cemuhan.

Semuanya mendapat tantangan, dikatakan gila, difitnah, dihina, ada yang dibunuh! Kenapa? Hanya kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu atau mencipta sesuatu yang out-of-norm dan lebih kehadapan daripada orang-orang dizaman mereka! 

Hari ini ianya masih berlaku. Ianya masih berlaku. Orang yang ingin berubah kehidupan untuk menjadi lebih berjaya di dalam hidup mereka hari ini, ada yang dikatakan gila! Ada yang dikatakan "hilang akal". 

Orang yang telah penat hidup umpama "kais awal bulan untuk hidup sampai hujung bulan" bertahun-tahun lamanya dan tiba-tiba ingin merubah hidup yang sebegini serta mendapatkan ilmu kejayaan daripada mereka yang telah berjaya, tiba-tiba menjadi "PELIK". 

Usaha untuk memajukan bangsa dan umat Islam dengan memberikan ilmu, mentor dan sistem dikutuk dan difitnah dengan pelbagai cara. Sedangkan mereka tidak perasan, betapa anak bangsa kita hidup "bangsat" ditanah air sendiri. (Maksud bangsat=merempat). 

Jangan salahkan politik, jangan salahkan pemimpin, jangan salahkan parti mana-mana pun. Jangan salahkan bangsa lain, jangan salahkan ekonomi dunia, jangan salahkan mak bapak, jangan salahkan guru, jangan salahkan sesiapa pun termasuk jiran kita kerana....

Kuasa tindakan sememangnya ditangan kita. Jika kita mahu berjaya, tiada alasan untuk tidak bertindak. Jika kita mahu hidup biasa-biasa, kita hanya perlu terus bertindak biasa-biasa sahaja. 

Cabaran paling besar untuk berjaya adalah diri sendiri. Orang lain boleh cemuh kita, boleh hina kita, boleh kutuk kita, tetapi kuasa tindakan tetap ditangan kita.

Esok....Adalah harinya! Esok adalah permulaan"Transformasi-Intensif Kekayaan & kejayaan".  kekayaan & kejayaan akan memberikan anda ilmu untuk bangkit daripada hidup biasa-biasa. Anda akan belajar langkah demi langkah untuk keluar daripada masalah "kebocoran wang" serta menarik kekayaan & kejayaan di dalam hidup. 

Tiada jaminan anda akan berjaya melainkan anda komited untuk bertindak secara luar biasa. 
  
Semoga perjalanan dirahmati dan diberkati Allah swt untuk mendapatkan ilmu, mentor dan sistem untuk memperbaiki kehidupan.

Setiap langkah anda merupakan amalan dan ilmu yang anda akan pelajari mudah-mudahan mendapat keberkatan serta menjadi amalan soleh yang berterusan setelah anda tiada.

FOKUS. FOKUS. FOKUS dengan lafaz Bismillah....

ASMADI MD YUSOFF
AUTHORISED DEALER A2900
0199809816

default

EMAS TAK BOLEH DIMANIPULASIKAN DAN SEJARAH KEGAGALAN WANG KERTAS

 - Comments Off

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ok hari ini saya akan berkongsi dengan ANDA semua tentang topik terakhir keistimewaan emas iaitu emas tidak boleh dimanipulasikan. Saya berharap topik ini akan membuka minda ANDA.
MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas.

Setelah membaca faktor-faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas ANDA sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan harta sebenar.

Jadi saya berharap agar ANDA memilih untuk menyimpan emas.

Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Kuantitinya juga tidak boleh ditambah dengan mudah. Emas perlu dicari, dilombong dan ditulenkan dan dibentuk. Ini adalah proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara.

Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot.

Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan symptom hyperinflasi dan akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak terus oleh rakyat.

Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang sah.

Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh memanipulasikan nilai emas.

        Gambar: Syiling RM1. Dulu bernilai sekarang tidak lagi.

Sejarah kegagalan wang kertas /fiat
Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:
1.  Kerajaan Perancis –tahun 1715
2.  Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3.  Hungary 1945-1946
4.  Chile 1971-1981
5.  Peru 1988-1991
6.  Angola 1991 – 1999
7.  Yugoslavia 1992-1995
8.  Belarus 1994-2002
9.  Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

ANDA  boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini:

http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/

Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe.

Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia berjiran dengan Amerika Selatan, Botswana, Mozambique dan Zambia. Ia merupakan negara abad ke 21 yang dirundung masalah hyperinflasi.

Gambar: Peta Zimbabwe dan Presiden Robert Mugabe

Ia disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yang bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.

Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!

Gambar: Zimbabwe Dollar tidak bernilai. Cuma nombor sahaja yang banyak.
Gambar: Inflasi sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!

Di Zimbabwe sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati nilai wang yang disimpan mereka akan lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas yang dicetak dengan berleluasa.

Kerajaan Zimbabwe boleh mencetak sekeping wang kertas dengan nilai menjangkau billion dan beratus trillion Zimbabwe Dollar. Mungkin ia nampak lucu bagi kita di Malaysia, tetapi itulah yang telah berlaku di sana. Wang kertas boleh dimanipulasikan sehingga menjadi tidak bernilai.

Gambar: Wang kertas Zimbabwe dengan nilai 100 trillion Zimbabwe Dollar!

Kajian kes: Hyperinflasi di Malaysia (1942-1945)
Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang. Soalannya adakah hyperinflasi pernah berlaku di Malaysia?

Jawapannya ialah ya. Malaysia sendiri pernah mengalami situasi hyperinflasi ketika zaman penjajahan Jepun.

Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah merekacipta nota bank yang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. Kesemua nota ini ditukar didalam nisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.

Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5 dollar dan 10 dollar. Kemudian penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan. Sesiapa yang tidak mematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.

Gambar: Mula-mula duit Jepun dicetak di dalam nilai yang kecil.
Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang dengan sewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka. Contoh yang paling popular ialah duit 10 dollar pokok pisang (gambar diatas). Duit ini dicetak terlalu banyak sehingga menyebabkan hyperinflasi.

Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.

Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula. Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Mereka cuma perlu mencetak wang.

Akibatnya wang Jepun tidak laku. Harga makanan dan lain-lain meningkat dengan banyak. Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan. Waktu itu ramai rakyat Tanah Melayu yang makan ubi kayu sahaja.

Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertas propaganda Jepun dengan kata-kata

“WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN”

   Gambar: Wang propaganda Jepun yang dicetak oleh pihak British.

Ini bagi memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabila
Jepun kalah di dalam peperangan.

Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu wang mereka menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas tanpa nilai.

Bagaimana dengan emas?

Lain pula ceritanya dengan emas. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang.

Malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia seperti Greek, Rom, Parsi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.

Jika ANDA berkesempatan, sila lawati http://www.moneymuseum.com/ . ANDA boleh melihat wang-wang emas dan perak yang digunakan oleh tamadun-tamadun terkemuka dunia ini.
Pesanan saya:
1.  Jika ANDA berminat mengetahui rahsia Pelaburan Emas Public Gold.  Dapatkan ebook saya yang bertajuk “Rahsia Pelaburan Emas” DLM BENTUK CD 700MB!. ANDA akan didedahkan dengan pelaburan emas yang betul, jenis-jenis  emas yang betul serta teknik-teknik membuat keuntungan dengan emas.

ASMADI MD YUSOFF
AUTHORISED DEALER
0199809816

default

Simpanan Awal Jadi Kunci Masa Depan

 - Comments Off

Oleh MUZIR KASSIM
Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna, OCBC Al-Amin Bank Berhad
Sekadar gambar hiasan

KES: Saya (Arianna Dya) berusia 24 tahun dan baru bekerja dengan pendapatan bersih sebanyak RM2,500 sebulan tanpa sebarang komitmen hutang. Dengan gaji sebanyak itu, saya membelanjakan sebahagian besar wang gaji untuk membeli pakaian, makan di luar dan berhibur. Bagaimanakah dengan pendapatan sebanyak itu saya masih boleh membuat simpanan untuk masa depan tetapi pada masa sama masih boleh meneruskan gaya hidup semasa?

Jawapan

Saya akui individu yang berusia 20an mempunyai bajet yang cukup ketat dan sukar untuk memiliki lebihan pendapatan. Katakanlah siapa dalam lingkungan usia ini tidak suka membelanjakan wang untuk fesyen, hiburan dan gajet terkini? Kebanyakan tidak mempunyai simpanan atau perancangan kewangan kerana ia dianggap ketinggalan dengan tanggapan amalan itu hanya untuk golongan dewasa. Bagi golongan yang berusia 20an, aset yang paling penting bukan wang sebaliknya adalah masa. Tetapi tahukah anda setiap ringgit yang disimpan dalam usia 20an bernilai 10 kali ganda berbanding jika disimpan pada umur 40 tahun. Lantaran itu, usia 20an dan 30an sebenarnya adalah masa terbaik untuk menyimpan bagi masa depan, sama ada bagi diri sendiri atau pendidikan anak-anak atau ketika persaraan. Hakikatnya, mereka yang mula membuat simpanan untuk persaraan ketika berumur 20an akan mendapat banyak kelebihan meskipun dalam jumlah yang sedikit, selagi mereka membuat pelaburan berkala.

Contohnya: Individu yang menyimpan sebanyak RM4,000 setahun untuk persaraan sejak berumur 22 tahun akan memiliki RM1 juta pada usia 62 tahun, dengan mengambil kira purata pulangan sebanyak lapan peratus setahun. Sekiranya anda tidak pernah membuat simpanan dalam masa 10 tahun, anda perlu menyimpan sekali ganda kira-kira RM8,800 setahun, untuk memastikan mendapat jumlah yang sama semasa bersara nanti.

Malangnya, tidak ramai pekerja muda melepaskan peluang untuk membuat simpanan bagi persediaan persaraan awal dengan harapan faedah mampu memberi magis dan memaksimumkan simpanan. Dalam perkara ini sukar untuk menyalahkan sesiapa. Umpamanya dalam kes Arianna, beliau mempunyai minat untuk mengetahui bagaimana yang perlu dilakukan untuk simpanan jangka panjang. Kebanyakan golongan muda seperti beliau yang mendapati sukar merancang kewangan tanpa panduan mengenai wang dan cara menguruskannya. Kecuali terdapat kelas mandatori di peringkat sekolah menengah dan universiti untuk menyediakan pelajar mengenai kewangan peribadi! Di bawah ini adalah disertakan beberapa panduan bagi Arianna dan golongan yang berusia 20an untuk merancang kewangan.

1. Menyimpan selalu, kerap menyimpan.

Tahukah anda ada satu konsep lama yang perlu diketahui mengenai simpanan iaitu membayar kepada diri sendiri terlebih dahulu. Kerajaan amat memahami mengenai konsep tersebut, sebab itu kerajaan akan memotong pelbagai cukai sebelum pendapatan diserahkan kepada anda. Konsep ini boleh digunakan dalam bentuk simpanan bagi untuk manfaat diri sendiri. Tidak dinafikan kebanyakan orang akan berbelanja dahulu pendapatan, kemudian lebihan digunakan untuk simpanan. Tetapi pada realitinya, selalunya kita akan berbelanja sebanyak mungkin berbanding menyimpannya. Seharusnya kita perlu 'membayar kepada diri sendiri' - menyimpan peratusan tertentu untuk simpanan sebelum menggunakan wang anda untuk tujuan lain. Percayalah sekiranya konsep 'membayar untuk diri sendiri' dijadikan amalan, anda tidak akan terlupa untuk menyimpan.

Selain itu, menyimpan wang dalam akaun berbeza juga merupakan idea yang baik kerana ia mengekang untuk kita berbelanja lebih. Sebenarnya tiada satu masa yang boleh dianggap terbaik untuk membuat simpanan, jadi belajar untuk 'membayar kepada diri sendiri'.

2. Berbelanja mengikut kemampuan.

Adakah anda akan menerima gaji untuk kali pertama? Terasa sudah berkemampuan untuk membeli? Kebanyakan golongan muda berbelanja lebih daripada pendapatan. Mereka mahu menggunakan wang untuk membeli kereta, pakaian, makan di luar dan terperangkap dalam kehendak kehidupan. Memenuhi kehendak dalam perbelanjaan akan memberi tekanan kepada kewangan anda. Anda perlu belajar untuk membezakan keperluan daripada kehendak anda. Contohnya pinjaman rumah, bil elektrik dan makanan. Adakah anda perlu menikmati kopi berharga RM15 secawan, telefon baru serta membuat rawatan kuku? Bukan anda mampu menjalani kehidupan tanpa semua itu? Sebenarnya, Sarah, tidak ada penyelesaian mudah bagi menyeimbangkan jaminan kewangan masa depan dan menikmati gaya hidup semasa.

Beberapa disiplin fiskal mungkin diperlukan dan anda akan mendapati ia berbaloi untuk masa depan. Sekiranya anda menyukai sesuatu, paksa diri anda untuk menangguh memilikinya dalam masa dua minggu sebelum terus membelinya. Ini kerana selepas tempoh itu anda akan mendapati anda sebenarnya tidak memerlukannya. Cara lain ialah membelinya secara tunai supaya dapat merasai berbelanja sebenar.

3. Elak daripada terjerumus dalam hutang.

Anda perlu mengelakkan diri daripada membuat hutang yang tinggi. Ia sama seperti meletakkan perbelanjaan sebagai keutamaan, kuasa berbelanja boleh meningkatkan hutang. Oleh itu, membayar kad kredit perlu diletakkan sebagai keutamaan. Syabas kepada Arianna kerana ia tidak memiliki kad kredit. Sekiranya anda mempunyai hutang kredit kad yang tertangguh, elak membuat bayaran minimum. Ia kerana jika anda terikat dengan amalan itu, anda sebenarnya akan menanggung hutang dalam jangka panjang. Mempunyai hutang yang banyak pada usia muda merupakan satu kesilapan besar bagi golongan berumur 20an. Jangan kerana anda layak untuk mendapat pinjaman yang besar, bermakna anda menggunakan seluruh kapasiti untuk membuat hutang. Perlu diingatkan sekiranya anda tersalah membuat keputusan - anda akan menghabiskan usia muda anda dengan membayar hutang. Dalam usia 20an anda perlu mempunyai sejarah kredit yang baik untuk digunakan pada masa depan.

Selain itu, saya turut menasihatkan golongan muda supaya menghindarkan diri daripada terjebak sebagai penjamin. Anda hanya boleh lakukan sekiranya cukup bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan buruk akan berlaku. Kalau tidak bersedia, jangan sesekali melakukannya!. Yang penting hindarkan diri daripada menjadi 'perangkap wang' yang kerapkali menjadikan golongan muda sebagai mangsa. Sebaliknya dalam usia 20an, anda memiliki banyak peluang untuk menyimpan kerana belum mempunyai tanggungjawab besar dalam kewangan, berbanding ketika usia 30an dan 40an. Ini kerana, pada usia itu anda perlu membayar rumah dan menyimpan untuk pendidikan anak-anak. Dengan memiliki asas simpanan kukuh yang dibuat pada usia 20an, anda akan melalui kehidupan dengan penuh keyakinan.

Sumber Info : Utusan Online

default

Nilai wang kertas jatuh didalam jangka masa panjang

 - Comments Off

Assalammualaikum dan salam sejahtera
hari ini saya akan menyambung satu lagi topik tentang emas dan wang kertas iaitu nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang.

Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang

Jika nilai emas naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas. Di dalam jangkamasa panjang wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana semakin lama disimpan maka nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.  Kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi.  Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang belanja antara 20 sen ke 30 sen sahaja. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman.  Bagaimana dengan sekarang? – tahun 2010?
 Berapa wang saku pelajar sekolah rendah sekarang?  Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberitahu bahawa mereka memberikan wang poket antara RM2 – RM5 sehari kepada anak-anak mereka.  Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda atau lebih untuk membeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalam jangka masa yang panjang.  Untuk melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun, kita boleh membandingkan diantara harga emas dengan matawang utama dunia iaitu US Dollar. Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas (dalam kes ini USD) maka kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% daripada tahun 1971 – 2006.

Gambar: Kuasa beli 1 USD menyusut lebih 80% dari tempoh 1971 – 2007 (sumber  www.dollardaze.org)

Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas maka kita akan mendapat graf seperti dibawah:

 Nilai emas VS US Dollar index

Di dalam jangkamasa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, ANDA perlu menyimpan emas.
Pesanan saya:
1.  Jika ANDA berminat mengetahui rahsia Pelaburan Emas Public Gold.  Dapatkan ebook saya yang bertajuk “Rahsia Pelaburan Emas” secara PERCUMA  !. ANDA akan didedahkan dengan pelaburan emas yang betul, jenis-jenis  emas yang betul serta teknik-teknik membuat keuntungan dengan emas.

default

MENGAPA EMAS !!!!

 - Comments Off

MENGAPA EMAS!!!!

Perbezaan antara asset:

Ada diantara pelabur yang mempunyai portfolio yang tinggi mempunyai asset kewangan yang tersendiri sejak turun temurun terutama pelaburan saham dan bon. Sebab utama pelaburan ini untuk mempertahankan dan mengawal sekiranya disalahgunakan pihak tertentu.
Dalam kontek portfolio pembangunan, pelaburan dilihat sebagai satu keperluan yang tidak mempunyai risiko yang tinggi berbanding asset dan ianya mempunyai pulangan dan tabungan pada setiap pelaburan yang dilakukan. Pada setiap definasinya, pelaburan mampu mengelak kerugian yang besar malah mampu mengubah keuntungan.

Definasi sebenar

Kunci definasi dalam bentuk pelaburan berkait rapat antara satu sama lain kerana setiap pelaburan yang dilakukan berhubung rapat berbeza dengan konteks pelaburan sahamdan bom dimana setiap pelabur perlu mencari pelabur untuk menjual pasaran barangan yang ada sama ada mampu mencatatkan keuntungan atau sebaliknya.

Definasi untuk mengurangkan risiko

Ramai pelabur beranggapan bahawa setiap pelaburan yang dilakukan tidak lari dari menghadapi satu-satu risiko termasuk pembelian saham atau bomn namun dengan pelaburan ini kesan risiko dalam pelaburan emas adalah kecil dan rendah. Setiap urusniaga yang dilakukan tercatat bagi mengelak sebarang kesan yang berlaku.

I. Emas – Harga Simpanan

Sebab utama pelabur melihat pelaburan emas yang mempuyai kelas yang tersendiri kerana ianya sentiasa bertahan pada harganya tidak mudah kerugian pada harganya biarpun menghadapi situasi pasaran. Melalui petikan pakar ekonomi, Stephen Harmston dari Penasihat Bannock dalam laporan Kewangan Emas Sedunia 1998 memetik.
“…Sekiranya terhadap kesan pada harga pasaran, harga pasaran emas tidak akan berubah dalam tempoh masa yang lama seperti mana yang berlaku terhadap pasaran komuniti yang sentiasa berubah-rubah dan pada dasarnya pasaran emas sudah membuktikan keberkesanan pada harga kawalan dan ianya adalah lebih selamat pada ekonomi dan mampu mengelak berlaku inflasi dan mengawal ekonomi semasa. Dalam tempoh masa yang panjang, ekuti saham mampu mengugat pertukaran pasaran saham asing sekaligus hubungan antara pasaran saham akan berubah tetapi tidak pada pelaburan emas kerana dalam tempoh bertahan itu mampu mencatatkan keuntungan yang berharga.”

II. Emas – Portfolio dalam Inflasi Sifar

Antara kesan utama adalah untuk mempertahankan pasaran dalam sektor kewangan terhadap asset yang didagangkan dan emas dilihat satu pasaran yang cukup ideal bagi mengelak berlaku inflasi.
Definasinya Kunci Pelaburan Emas
Aspek utama dalam perlaburan adalah ianya terkawal dari segi risiko dan mempunyai pulangan yang dijangkakan dan amat kuat setiap kali pelaburan dilakukan terhadap pasaran sedia ada.
Memperkenalkan kelas yang tersendiri dan setiap pelaburan yang dilakukan mempunyai asst dalam komoditi kerana pencaturannya amat berbeza dalam setiap pelaburan yang dilakukan kerana ianya berfungsi secara lebih radikal dan selamat.
Sebab pembelajaran yang tersendiri menunjukkan teknik definasi secara tradisional termasuk pembelian saham dan bon menunjukkan kerugianv dan ada sedikit keuntungan pada setiap kali ianya didagangkan dipasaran. Biarpun membuat pelaburan yang kecil dalam urusniaga emas namun keuntungan yang dicatakan agak memberangsangkan.
6 Sebab utama mengapa perlu melabur emas.
  1. Mampu mengawal inflasi.
  2. Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
  3. Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
  4. Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
  5. Penyimpan nilai.
  6. Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi.

III. Menutup berlakunya Inflasi

Pelaburan emas dirangka untuk menutup berlakunya inflasi kerana tahap konsistennya diperakui berkesan kerana harganya sentiasa naik kerana harga emas tidak memberi sebarang kesan sampingan sejak perang dunia musim kedua dan kesan inflasi di amerika Syarikat untuk tempoh lima tahun turut menunjukkan kenaikkan pada 1946, 1974, 1975, 1979, dan 1980. Dalam tempoh masa itu, stok pulangan antara 12.33%; pada pulangan asal emas adalah 130.4%.
Hari ini, bilangan factor untuk mewujudkan perbezaan amat banyak sekali termasuk polisi pelaburan, pemotongan cukai, tempoh masa yang panjang untuk mengesahkanya termasuk memotong harga pasaran minyak dunia.
Minyak, Inflasi dan Emas
Harga pasaran minyak dan emas tidak sama antara satu sama lain hinggakan boleh menimbulkan pertanyaan mengenai harga pasaran minyak mampu memberi kesan terhadap harga emas kerana harga minyak sentiasa ada yang naik dan turun.Disini ada dua perbezaan kenaikkan harga pasaran emas yang berlaku pada1968. Kenaikkan harga pada 1972 dan 1974 turut melonjakkan kenaikkan sehingga 325%, antara US$2.44 kepada US$10.36. Dalam tempoh masa itu juga, harga emas turut sehingga 268% (pada suku tahun)(on a quarterly antara US$47.45 kepada US$174.76. Kenaikkan kedua pada harga berlaku pada 1978 dan 1980, apabila harga minyak naik sehingga 105%, dari US$12.70 ke US$26.00. dan masa yang sama, harga emas turut naik 254% dari US$178.33 ke US$631.40.

IV. Emas – antara pertukaran dollar

Emas dibeli dan dijual pada harga pasaran US, jadi tiada sebarang pertikaian mengenai harga berlaku sama ada naik atau sebaliknya.Matawang US Dollar adalah matawang yang kekal dan kenaikkan tidak begitu ketara dan ianya baik untuk simpanan dan pertukarannya boleh membuat perkiraan urusniaga komoditi.

V. Emas adalah selamat

Berdasarkan fakta bahawa Amerika Syarikat menggunakannya sebagai krisis komoditi dalam menggunakan sebagai pengawalan kuasa namun ia tidak memberi kesan yang kuat pada pasaran dunia termasuk memberi kesan pada pelabur pada satu-satu peringkat. Antara sebab utama adalah pada pasara emas tidak memberi kesan yang kuat namun begitu jika dilihat pada sistem perbankan agak ketara kesannya jika berlaku kesan ekonomi. Dan diharapkan dan juga amat penting pada pasaran dunia apabila kegagalan ekonomi global akan menjejaskan ekonomi dunia namun pelaburan emas masih lagi selamat.

VI. EMAS – bekalan dan pemintaan

Pertama, pemintaan agak ketara dan produkti emas sentiasa berubah, perak juga berubah dan secara puratanya ianya sentiasa berubah-ubah biarpun agak teruk untuk membuka pengurusan baru berasaskan pertukaran namun ianya dapat diselesaikan dalam satu tempoh masa yang cukup singkat seperti pengeluaran emas di Afrika Selatan sebagai pengeluar emas terbesar di dunia mencatatkan kejatuhan pada peringkat paling rendah pada 1931 dan kemudian terus tutup sehingga melantik Harmony Gold Mining Co dan berlaku kenaikkan pada harga emas setiap tahun selama 16 tahun lamanya.
Pemintaan yang meningkat terutama di China, India dimana India mencatatkan pengunaan emas yang paling banyak di dunia dan China mencatatkan pertumbuhan ekonomi dalam sejarah ekonomi paling moden dan kedua-dua negara melakukan liberalisasikan pada undang-undang untuk mengimport dan menjual emas.
China mengajar sesuatu yang baru dalam industri termasuk kenaikan ekonomi sehingga 9 % setahun dan akan menjadi negara kedua terbesar di dunia pada 2020 dibelakang Amerika Syarikat. Tahun lalu, Amerika Syarikat membelanjakan $162 billion lebihan dari barangan China berbanding barangan yang dibelanjakan China terhadap produk Amerika Syarikat dan perbezaan antara 25 % setiap tahun

DATA FRM SERINAZGOLD

ASMADI MD YUSOFF
AUTHORISED DEALER A2900
0199809816

default

EMAS SEBAGAI ALTERNATIF PELABURAN

 - Comments Off

Emas sebagai Alternatif Pelaburan

EMAS FIZIKAL MENGIKUT MAJLIS FATWA
DINAR N GOLDBAR

Masih was-was atau tak yakin dgn emas..so cuba baca artikel kat utusan arini.. ditulis oleh Mantan Presiden BSKL.. MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. 

Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu. Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara. Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. 

Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia. Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun. Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATA FRM ANOTHER BLOG

AUTHORISED DEALER A2900
ASMADI MD YUSOFF
0199809816

default

Gold - Weight Conversion Chart

 - Comments Off

 GRAINGRAMDWT TROYOZ TROYOZ AV
GRAIN1.00000.06480.04170.00210.0023
GRAM15.43241.00000.64300.03210.0353
DWT TROY24.00001.55521.00000.05000.0549
OUNCE TROY480.000031.103520.00001.00001.0971
OUNCE AV.437.500028.349518.22920.91151.0000

To convert:
• Avordupois Ounces to Troy ounces multiply by .91
• Avordupois Ounces to pennyweight multiply by 18.2
• Avordupois ounces to grams multiply by 28.35
• Troy ounces to grams multiply by 31.1
• Troy ounces to pennyweight multiply by 20
• Troy ounces to pounds troy, divide by 12
• Pennyweight to grams multiply by 1.56
• Pennyweight to troy ounces multiply by .05 (or divide by 20)
• Grams to pennyweight multiply by .64
• Grams to troy ounces multiply by .032
• Grams to carats multiply by 5
• Carats to grams multiply by .2 (or divide by 5)
• Carats to "Points" multiply by 100.
• "Points" to carats multiply by .01 (or divide by 100)
Weight Conversion Chart for Silver, Gold and Gems
Troy Weight - gold and silver are measured in Troy weight, a system that includes pennyweights, ounces and pounds. The
ounces and pounds do not equal the Avordupois or customary U.S. system that other common goods are measured in. For example a troy ounce weighs about 10 percent more than a Avordupois ounce.

• 24 grains = 1 pennyweight = 1.5552 grams
• 1 gram = .64 pennyweight
• 1 pennyweight = 1.56 grams or .05 troy ounce
• 20 pennyweight = 1 troy ounce = 31.1035 grams
• 12 ounces = 1 pound troy = 373.24 grams.
 
default

Harga Emas di Malaysia dan Dunia

 - Comments Off

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat ceria semua.
Saya disini Alhamdulillah sihat sahaja.
Baiklah, untuk pengetahuan anda semua antara soalan favourite yang selalu ditanya oleh pembaca ialah mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.
Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?
Kenapa harga emas kat dalam TV3 dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Maybank, Public Bank, Public Gold atau kedai emas?
.
Jadi untuk posting kali ini saya akan berkongsi maklumat dengan anda mengenai harga emas pasaran
dunia dan harga emas di Malaysia. 
Saya copy paste tajuk ini daripada ebook saya:
“Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini)
.
Topik 4 ebook : Harga emas di Malaysia dan Dunia.

Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.
Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.
Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnyer :)

Gambar: Harga kat kedai emas lambat berubah.. kekadang ambil masa berminggu-minggu.

Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali.
Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.

Harga emas bukan harga kawalan.
Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.
Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.
Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).
http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Selain melihat terus harga spot gold daripada jadual diatas, adalah lebih baik sekiranya anda tahu cara-cara mendapatkan harga ini secara manual.
Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.
Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.
Mari kita lihat dengan terperinci:
Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.

USD makin lemah, RM semakin kuat.

Gambar: Di dalam USD, harga emas naik banyak :)
.

Gambar: Sebab RM kuat, maka harga emas dalam RM naik lebih perlahan.
Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)

Jika anda berminat mengetahui cara pengiraan di secara manual maka anda boleh menggunakan kaedah ini:
1. Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz di www.kitco.com
2. Dapatkan kadar pertukaran USD – RM di laman web Bank Negara Malaysia.
Caranya: Lihat laman web kitco http://www.kitco.com/charts/livegold.html

Anda dapati harga terkini spot gold pada 22 Ogos 1:42 waktu New York adalah USD1228. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).
Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.
Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629

Selepas itu kita boleh buat pengiraan:
Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:
(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram
= (1228 USD x RM3.1355) / 31.1 gram
= RM3850.39 / 31.1 gram
= RM123.80 / gram
Jadi, harga spot gold emas ialah RM123.80 segram.
(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold.Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)

Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya
1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
2. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
3. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Gold Products 
7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
9. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Investment Account-i

Harga barang kemas di Malaysia.

Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my  sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.
(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)

Kesimpulan:

Saya berharap artikel ini membantu anda mengetahui:
1.Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD
   harga emas naik banyak.
2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.
3. Bagaimana mengira harga emas di pasaran dunia (spot gold)
Sebarkan ilmu emas ini kepada rakan rakan anda sekarang. Mereka akan berterima kasih kepada anda :)
1. Untuk berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan Facebook anda.
Klik ikon facebook dibawah. Terima kasih.

2. Ingin mendapat update daripada blog ini dengan pantas? Sila subscribe newsletter blog Jutawanemas.com. FREE sahaja. Anda cuma masukkan emel di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
..

EMAS PILIHAN BIJAK DEMI MASA DEPAN GEMILANG DAN TERBILANG
4/03/2011 11:35:00 AM | Author: asmadi yusoff

|
INFO BERKAITAN EMAS
4/03/2011 11:08:00 AM | Author: asmadi yusoff
INFO EMAS

Soalan: 
Mengapalah melabur emas,.. macam tak untung je,.. sebab bila jual, lepas tu beli balik,.. harga dah semakin tinggi,...

WANG KERTAS FIAT DIBANDING DGN EMAS

Jawapannya,..
sebenarnya konsep ini masih lagi belum difahamkan dengan jelas,.. emas bila dibeli dan paling simple,.. simpan,.. lama-lama nilainya semakin meningkat.. walaupun berat dan saiznya tak meningkat...apabila dijual,.. harganya dah tentu tinggi,.. itu memang betul. ok,.. penjelasannya:

a) Bila beli dan jual...di sini kita akan dapat untung antara 
30%  - 45% dalam setahun

bandingkan jika wang kita, kita simpan dlm bank,.. kita hanya dapat 2-3% sahaja. Manakala jika melabur dalam ASB,.. purata keuntungan kita dapat 8%... Melabur dalam unit Trust purata 10-20% dlm masa 3-5 tahun,.. Disini dari segi peratus 
30%-8%=22% perbezaan... jika buat loan pn boleh untung lagi..

b) Apabila beli emas,.. buat apa nak jual,..
Jika kita membeli emas untuk isteri atau anak-anak kita, adakah kita menjualnya? kalau jual,.. rugilah.. xnak bagi rugi,.. kita pergilah pajak,.. dapatlah duit. Nak beli apa-apapn boleh, tapi bagi saya,.. baik beli emas lagi,... lagi banyak untung,.. nak tahu caranya,.. rujuk post berikutnya.

Rumusan,.
.Sebenarnya, emas ini adalah pelaburan masa hadapan,.. malah ia lebih daripada itu,.. emas mempunyai beberapa keistimewaan, antaranya:-
1. Emas merupakan simbol kekayaan yang sebenarnya kerana ia merupakan aset kita di masa hadapan.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Dalam masa setahun sahajapun kita sudah dapat melihatnya. Bayangkan jika kita menyimpannya selama 10 tahun nanti,.. berapa ek?
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang. Ini kerana nilainya tidak kukuh. semakin banyak wang dicetak,.. maka semakin jatuhlah nilai wang tersebut. Nilai wang semakin hari semakin jatuh. 
4. Aset yang terunggul. Emas boleh digunakan di seluruh dunia.bawalah ke negara mana sekalipun. Ia tetap berharga. Ini menunjukkan emas mempunyai kecairan yang tinggi.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja. Ia tidak boleh dicetak berulang kali seperti mana wang kertas.

ASMADI MD YUSOFF
AUTHORISED DEALER A2900
0199809816

|
DEMI MASA !!!!!!!
4/03/2011 12:50:00 AM | Author: asmadi yusoff
Salam semua 
 
"Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN". 
Al-Asr.

Apakah cabaran sepanjang zaman? Dari zaman Adam a.s sehinggalah hari ini? Ia adalah cabaran yang dihadapi oleh semua nabi dan rasul. Semua wali Allah swt. Semua yang ingin memilih untuk mencipta sesuatu yang baru samada untuk diri sendiri atau orang lain. Cabaran untuk mereka yang ingin HIDUP LUAR BIASA daripada orang lain yang biasa-biasa. Cabaran yang dihadapi oleh Samual Morse bila diberjaya mencipta telegraph, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Thomas A.Edison apabila beliau berjaya mencipta bulb lampu ketika zamannya, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Henry Ford ketika beliau menunjukkan kepada dunia kereta ciptaannya, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Wilbur dan Orville Wright setelah berjaya mencipta "mesin terbang" (untuk manusia terbang) yang pertama di dunia. Gallileo dengan teori "bumi ini bulat serta bumi ini sebenarnya mengelilingi matahari", P.Ramlee dengan filem-filemnya yang lain daripada yang lain dizamannya ketika itu menerima banyak cemuhan.

Semuanya mendapat tantangan, dikatakan gila, difitnah, dihina, ada yang dibunuh! Kenapa? Hanya kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu atau mencipta sesuatu yang out-of-norm dan lebih kehadapan daripada orang-orang dizaman mereka! 

Hari ini ianya masih berlaku. Ianya masih berlaku. Orang yang ingin berubah kehidupan untuk menjadi lebih berjaya di dalam hidup mereka hari ini, ada yang dikatakan gila! Ada yang dikatakan "hilang akal". 

Orang yang telah penat hidup umpama "kais awal bulan untuk hidup sampai hujung bulan" bertahun-tahun lamanya dan tiba-tiba ingin merubah hidup yang sebegini serta mendapatkan ilmu kejayaan daripada mereka yang telah berjaya, tiba-tiba menjadi "PELIK". 

Usaha untuk memajukan bangsa dan umat Islam dengan memberikan ilmu, mentor dan sistem dikutuk dan difitnah dengan pelbagai cara. Sedangkan mereka tidak perasan, betapa anak bangsa kita hidup "bangsat" ditanah air sendiri. (Maksud bangsat=merempat). 

Jangan salahkan politik, jangan salahkan pemimpin, jangan salahkan parti mana-mana pun. Jangan salahkan bangsa lain, jangan salahkan ekonomi dunia, jangan salahkan mak bapak, jangan salahkan guru, jangan salahkan sesiapa pun termasuk jiran kita kerana....

Kuasa tindakan sememangnya ditangan kita. Jika kita mahu berjaya, tiada alasan untuk tidak bertindak. Jika kita mahu hidup biasa-biasa, kita hanya perlu terus bertindak biasa-biasa sahaja. 

Cabaran paling besar untuk berjaya adalah diri sendiri. Orang lain boleh cemuh kita, boleh hina kita, boleh kutuk kita, tetapi kuasa tindakan tetap ditangan kita.

Esok....Adalah harinya! Esok adalah permulaan"Transformasi-Intensif Kekayaan & kejayaan".  kekayaan & kejayaan akan memberikan anda ilmu untuk bangkit daripada hidup biasa-biasa. Anda akan belajar langkah demi langkah untuk keluar daripada masalah "kebocoran wang" serta menarik kekayaan & kejayaan di dalam hidup. 

Tiada jaminan anda akan berjaya melainkan anda komited untuk bertindak secara luar biasa. 
  
Semoga perjalanan dirahmati dan diberkati Allah swt untuk mendapatkan ilmu, mentor dan sistem untuk memperbaiki kehidupan.

Setiap langkah anda merupakan amalan dan ilmu yang anda akan pelajari mudah-mudahan mendapat keberkatan serta menjadi amalan soleh yang berterusan setelah anda tiada.

FOKUS. FOKUS. FOKUS dengan lafaz Bismillah....

ASMADI MD YUSOFF
AUTHORISED DEALER A2900
0199809816
|
EMAS TAK BOLEH DIMANIPULASIKAN DAN SEJARAH KEGAGALAN WANG KERTAS
3/31/2011 02:40:00 PM | Author: asmadi yusoff
Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ok hari ini saya akan berkongsi dengan ANDA semua tentang topik terakhir keistimewaan emas iaitu emas tidak boleh dimanipulasikan. Saya berharap topik ini akan membuka minda ANDA.
MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas.

Setelah membaca faktor-faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas ANDA sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan harta sebenar.

Jadi saya berharap agar ANDA memilih untuk menyimpan emas.

Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Kuantitinya juga tidak boleh ditambah dengan mudah. Emas perlu dicari, dilombong dan ditulenkan dan dibentuk. Ini adalah proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara.

Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot.

Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan symptom hyperinflasi dan akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak terus oleh rakyat.

Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang sah.

Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh memanipulasikan nilai emas.

        Gambar: Syiling RM1. Dulu bernilai sekarang tidak lagi.

Sejarah kegagalan wang kertas /fiat
Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:
1.  Kerajaan Perancis –tahun 1715
2.  Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3.  Hungary 1945-1946
4.  Chile 1971-1981
5.  Peru 1988-1991
6.  Angola 1991 – 1999
7.  Yugoslavia 1992-1995
8.  Belarus 1994-2002
9.  Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

ANDA  boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini:

http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/

Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe.

Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia berjiran dengan Amerika Selatan, Botswana, Mozambique dan Zambia. Ia merupakan negara abad ke 21 yang dirundung masalah hyperinflasi.

Gambar: Peta Zimbabwe dan Presiden Robert Mugabe

Ia disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yang bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.

Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!

Gambar: Zimbabwe Dollar tidak bernilai. Cuma nombor sahaja yang banyak.
Gambar: Inflasi sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!

Di Zimbabwe sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati nilai wang yang disimpan mereka akan lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas yang dicetak dengan berleluasa.

Kerajaan Zimbabwe boleh mencetak sekeping wang kertas dengan nilai menjangkau billion dan beratus trillion Zimbabwe Dollar. Mungkin ia nampak lucu bagi kita di Malaysia, tetapi itulah yang telah berlaku di sana. Wang kertas boleh dimanipulasikan sehingga menjadi tidak bernilai.

Gambar: Wang kertas Zimbabwe dengan nilai 100 trillion Zimbabwe Dollar!

Kajian kes: Hyperinflasi di Malaysia (1942-1945)
Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang. Soalannya adakah hyperinflasi pernah berlaku di Malaysia?

Jawapannya ialah ya. Malaysia sendiri pernah mengalami situasi hyperinflasi ketika zaman penjajahan Jepun.

Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah merekacipta nota bank yang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. Kesemua nota ini ditukar didalam nisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.

Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5 dollar dan 10 dollar. Kemudian penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan. Sesiapa yang tidak mematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.

Gambar: Mula-mula duit Jepun dicetak di dalam nilai yang kecil.
Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang dengan sewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka. Contoh yang paling popular ialah duit 10 dollar pokok pisang (gambar diatas). Duit ini dicetak terlalu banyak sehingga menyebabkan hyperinflasi.

Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.

Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula. Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Mereka cuma perlu mencetak wang.

Akibatnya wang Jepun tidak laku. Harga makanan dan lain-lain meningkat dengan banyak. Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan. Waktu itu ramai rakyat Tanah Melayu yang makan ubi kayu sahaja.

Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertas propaganda Jepun dengan kata-kata

“WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN”

   Gambar: Wang propaganda Jepun yang dicetak oleh pihak British.

Ini bagi memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabila
Jepun kalah di dalam peperangan.

Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu wang mereka menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas tanpa nilai.

Bagaimana dengan emas?

Lain pula ceritanya dengan emas. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang.

Malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia seperti Greek, Rom, Parsi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.

Jika ANDA berkesempatan, sila lawati http://www.moneymuseum.com/ . ANDA boleh melihat wang-wang emas dan perak yang digunakan oleh tamadun-tamadun terkemuka dunia ini.
Pesanan saya:
1.  Jika ANDA berminat mengetahui rahsia Pelaburan Emas Public Gold.  Dapatkan ebook saya yang bertajuk “Rahsia Pelaburan Emas” DLM BENTUK CD 700MB!. ANDA akan didedahkan dengan pelaburan emas yang betul, jenis-jenis  emas yang betul serta teknik-teknik membuat keuntungan dengan emas.

ASMADI MD YUSOFF
AUTHORISED DEALER
0199809816
|
Simpanan Awal Jadi Kunci Masa Depan
3/29/2011 06:58:00 PM | Author: asmadi yusoff

Oleh MUZIR KASSIM
Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna, OCBC Al-Amin Bank Berhad
Sekadar gambar hiasan

KES: Saya (Arianna Dya) berusia 24 tahun dan baru bekerja dengan pendapatan bersih sebanyak RM2,500 sebulan tanpa sebarang komitmen hutang. Dengan gaji sebanyak itu, saya membelanjakan sebahagian besar wang gaji untuk membeli pakaian, makan di luar dan berhibur. Bagaimanakah dengan pendapatan sebanyak itu saya masih boleh membuat simpanan untuk masa depan tetapi pada masa sama masih boleh meneruskan gaya hidup semasa?

Jawapan

Saya akui individu yang berusia 20an mempunyai bajet yang cukup ketat dan sukar untuk memiliki lebihan pendapatan. Katakanlah siapa dalam lingkungan usia ini tidak suka membelanjakan wang untuk fesyen, hiburan dan gajet terkini? Kebanyakan tidak mempunyai simpanan atau perancangan kewangan kerana ia dianggap ketinggalan dengan tanggapan amalan itu hanya untuk golongan dewasa. Bagi golongan yang berusia 20an, aset yang paling penting bukan wang sebaliknya adalah masa. Tetapi tahukah anda setiap ringgit yang disimpan dalam usia 20an bernilai 10 kali ganda berbanding jika disimpan pada umur 40 tahun. Lantaran itu, usia 20an dan 30an sebenarnya adalah masa terbaik untuk menyimpan bagi masa depan, sama ada bagi diri sendiri atau pendidikan anak-anak atau ketika persaraan. Hakikatnya, mereka yang mula membuat simpanan untuk persaraan ketika berumur 20an akan mendapat banyak kelebihan meskipun dalam jumlah yang sedikit, selagi mereka membuat pelaburan berkala.

Contohnya: Individu yang menyimpan sebanyak RM4,000 setahun untuk persaraan sejak berumur 22 tahun akan memiliki RM1 juta pada usia 62 tahun, dengan mengambil kira purata pulangan sebanyak lapan peratus setahun. Sekiranya anda tidak pernah membuat simpanan dalam masa 10 tahun, anda perlu menyimpan sekali ganda kira-kira RM8,800 setahun, untuk memastikan mendapat jumlah yang sama semasa bersara nanti.

Malangnya, tidak ramai pekerja muda melepaskan peluang untuk membuat simpanan bagi persediaan persaraan awal dengan harapan faedah mampu memberi magis dan memaksimumkan simpanan. Dalam perkara ini sukar untuk menyalahkan sesiapa. Umpamanya dalam kes Arianna, beliau mempunyai minat untuk mengetahui bagaimana yang perlu dilakukan untuk simpanan jangka panjang. Kebanyakan golongan muda seperti beliau yang mendapati sukar merancang kewangan tanpa panduan mengenai wang dan cara menguruskannya. Kecuali terdapat kelas mandatori di peringkat sekolah menengah dan universiti untuk menyediakan pelajar mengenai kewangan peribadi! Di bawah ini adalah disertakan beberapa panduan bagi Arianna dan golongan yang berusia 20an untuk merancang kewangan.

1. Menyimpan selalu, kerap menyimpan.

Tahukah anda ada satu konsep lama yang perlu diketahui mengenai simpanan iaitu membayar kepada diri sendiri terlebih dahulu. Kerajaan amat memahami mengenai konsep tersebut, sebab itu kerajaan akan memotong pelbagai cukai sebelum pendapatan diserahkan kepada anda. Konsep ini boleh digunakan dalam bentuk simpanan bagi untuk manfaat diri sendiri. Tidak dinafikan kebanyakan orang akan berbelanja dahulu pendapatan, kemudian lebihan digunakan untuk simpanan. Tetapi pada realitinya, selalunya kita akan berbelanja sebanyak mungkin berbanding menyimpannya. Seharusnya kita perlu 'membayar kepada diri sendiri' - menyimpan peratusan tertentu untuk simpanan sebelum menggunakan wang anda untuk tujuan lain. Percayalah sekiranya konsep 'membayar untuk diri sendiri' dijadikan amalan, anda tidak akan terlupa untuk menyimpan.

Selain itu, menyimpan wang dalam akaun berbeza juga merupakan idea yang baik kerana ia mengekang untuk kita berbelanja lebih. Sebenarnya tiada satu masa yang boleh dianggap terbaik untuk membuat simpanan, jadi belajar untuk 'membayar kepada diri sendiri'.

2. Berbelanja mengikut kemampuan.

Adakah anda akan menerima gaji untuk kali pertama? Terasa sudah berkemampuan untuk membeli? Kebanyakan golongan muda berbelanja lebih daripada pendapatan. Mereka mahu menggunakan wang untuk membeli kereta, pakaian, makan di luar dan terperangkap dalam kehendak kehidupan. Memenuhi kehendak dalam perbelanjaan akan memberi tekanan kepada kewangan anda. Anda perlu belajar untuk membezakan keperluan daripada kehendak anda. Contohnya pinjaman rumah, bil elektrik dan makanan. Adakah anda perlu menikmati kopi berharga RM15 secawan, telefon baru serta membuat rawatan kuku? Bukan anda mampu menjalani kehidupan tanpa semua itu? Sebenarnya, Sarah, tidak ada penyelesaian mudah bagi menyeimbangkan jaminan kewangan masa depan dan menikmati gaya hidup semasa.

Beberapa disiplin fiskal mungkin diperlukan dan anda akan mendapati ia berbaloi untuk masa depan. Sekiranya anda menyukai sesuatu, paksa diri anda untuk menangguh memilikinya dalam masa dua minggu sebelum terus membelinya. Ini kerana selepas tempoh itu anda akan mendapati anda sebenarnya tidak memerlukannya. Cara lain ialah membelinya secara tunai supaya dapat merasai berbelanja sebenar.

3. Elak daripada terjerumus dalam hutang.

Anda perlu mengelakkan diri daripada membuat hutang yang tinggi. Ia sama seperti meletakkan perbelanjaan sebagai keutamaan, kuasa berbelanja boleh meningkatkan hutang. Oleh itu, membayar kad kredit perlu diletakkan sebagai keutamaan. Syabas kepada Arianna kerana ia tidak memiliki kad kredit. Sekiranya anda mempunyai hutang kredit kad yang tertangguh, elak membuat bayaran minimum. Ia kerana jika anda terikat dengan amalan itu, anda sebenarnya akan menanggung hutang dalam jangka panjang. Mempunyai hutang yang banyak pada usia muda merupakan satu kesilapan besar bagi golongan berumur 20an. Jangan kerana anda layak untuk mendapat pinjaman yang besar, bermakna anda menggunakan seluruh kapasiti untuk membuat hutang. Perlu diingatkan sekiranya anda tersalah membuat keputusan - anda akan menghabiskan usia muda anda dengan membayar hutang. Dalam usia 20an anda perlu mempunyai sejarah kredit yang baik untuk digunakan pada masa depan.

Selain itu, saya turut menasihatkan golongan muda supaya menghindarkan diri daripada terjebak sebagai penjamin. Anda hanya boleh lakukan sekiranya cukup bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan buruk akan berlaku. Kalau tidak bersedia, jangan sesekali melakukannya!. Yang penting hindarkan diri daripada menjadi 'perangkap wang' yang kerapkali menjadikan golongan muda sebagai mangsa. Sebaliknya dalam usia 20an, anda memiliki banyak peluang untuk menyimpan kerana belum mempunyai tanggungjawab besar dalam kewangan, berbanding ketika usia 30an dan 40an. Ini kerana, pada usia itu anda perlu membayar rumah dan menyimpan untuk pendidikan anak-anak. Dengan memiliki asas simpanan kukuh yang dibuat pada usia 20an, anda akan melalui kehidupan dengan penuh keyakinan.

Sumber Info : Utusan Online
|
Nilai wang kertas jatuh didalam jangka masa panjang
3/27/2011 07:36:00 PM | Author: asmadi yusoff
Assalammualaikum dan salam sejahtera
hari ini saya akan menyambung satu lagi topik tentang emas dan wang kertas iaitu nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang.

Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang

Jika nilai emas naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas. Di dalam jangkamasa panjang wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana semakin lama disimpan maka nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.  Kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi.  Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang belanja antara 20 sen ke 30 sen sahaja. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman.  Bagaimana dengan sekarang? – tahun 2010?
 Berapa wang saku pelajar sekolah rendah sekarang?  Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberitahu bahawa mereka memberikan wang poket antara RM2 – RM5 sehari kepada anak-anak mereka.  Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda atau lebih untuk membeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalam jangka masa yang panjang.  Untuk melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun, kita boleh membandingkan diantara harga emas dengan matawang utama dunia iaitu US Dollar. Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas (dalam kes ini USD) maka kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% daripada tahun 1971 – 2006.

Gambar: Kuasa beli 1 USD menyusut lebih 80% dari tempoh 1971 – 2007 (sumber  www.dollardaze.org)

Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas maka kita akan mendapat graf seperti dibawah:

 Nilai emas VS US Dollar index

Di dalam jangkamasa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, ANDA perlu menyimpan emas.
Pesanan saya:
1.  Jika ANDA berminat mengetahui rahsia Pelaburan Emas Public Gold.  Dapatkan ebook saya yang bertajuk “Rahsia Pelaburan Emas” secara PERCUMA  !. ANDA akan didedahkan dengan pelaburan emas yang betul, jenis-jenis  emas yang betul serta teknik-teknik membuat keuntungan dengan emas.

|
MENGAPA EMAS !!!!
3/26/2011 12:56:00 PM | Author: asmadi yusoff

MENGAPA EMAS!!!!

Perbezaan antara asset:

Ada diantara pelabur yang mempunyai portfolio yang tinggi mempunyai asset kewangan yang tersendiri sejak turun temurun terutama pelaburan saham dan bon. Sebab utama pelaburan ini untuk mempertahankan dan mengawal sekiranya disalahgunakan pihak tertentu.
Dalam kontek portfolio pembangunan, pelaburan dilihat sebagai satu keperluan yang tidak mempunyai risiko yang tinggi berbanding asset dan ianya mempunyai pulangan dan tabungan pada setiap pelaburan yang dilakukan. Pada setiap definasinya, pelaburan mampu mengelak kerugian yang besar malah mampu mengubah keuntungan.

Definasi sebenar

Kunci definasi dalam bentuk pelaburan berkait rapat antara satu sama lain kerana setiap pelaburan yang dilakukan berhubung rapat berbeza dengan konteks pelaburan sahamdan bom dimana setiap pelabur perlu mencari pelabur untuk menjual pasaran barangan yang ada sama ada mampu mencatatkan keuntungan atau sebaliknya.

Definasi untuk mengurangkan risiko

Ramai pelabur beranggapan bahawa setiap pelaburan yang dilakukan tidak lari dari menghadapi satu-satu risiko termasuk pembelian saham atau bomn namun dengan pelaburan ini kesan risiko dalam pelaburan emas adalah kecil dan rendah. Setiap urusniaga yang dilakukan tercatat bagi mengelak sebarang kesan yang berlaku.

I. Emas – Harga Simpanan

Sebab utama pelabur melihat pelaburan emas yang mempuyai kelas yang tersendiri kerana ianya sentiasa bertahan pada harganya tidak mudah kerugian pada harganya biarpun menghadapi situasi pasaran. Melalui petikan pakar ekonomi, Stephen Harmston dari Penasihat Bannock dalam laporan Kewangan Emas Sedunia 1998 memetik.
“…Sekiranya terhadap kesan pada harga pasaran, harga pasaran emas tidak akan berubah dalam tempoh masa yang lama seperti mana yang berlaku terhadap pasaran komuniti yang sentiasa berubah-rubah dan pada dasarnya pasaran emas sudah membuktikan keberkesanan pada harga kawalan dan ianya adalah lebih selamat pada ekonomi dan mampu mengelak berlaku inflasi dan mengawal ekonomi semasa. Dalam tempoh masa yang panjang, ekuti saham mampu mengugat pertukaran pasaran saham asing sekaligus hubungan antara pasaran saham akan berubah tetapi tidak pada pelaburan emas kerana dalam tempoh bertahan itu mampu mencatatkan keuntungan yang berharga.”

II. Emas – Portfolio dalam Inflasi Sifar

Antara kesan utama adalah untuk mempertahankan pasaran dalam sektor kewangan terhadap asset yang didagangkan dan emas dilihat satu pasaran yang cukup ideal bagi mengelak berlaku inflasi.
Definasinya Kunci Pelaburan Emas
Aspek utama dalam perlaburan adalah ianya terkawal dari segi risiko dan mempunyai pulangan yang dijangkakan dan amat kuat setiap kali pelaburan dilakukan terhadap pasaran sedia ada.
Memperkenalkan kelas yang tersendiri dan setiap pelaburan yang dilakukan mempunyai asst dalam komoditi kerana pencaturannya amat berbeza dalam setiap pelaburan yang dilakukan kerana ianya berfungsi secara lebih radikal dan selamat.
Sebab pembelajaran yang tersendiri menunjukkan teknik definasi secara tradisional termasuk pembelian saham dan bon menunjukkan kerugianv dan ada sedikit keuntungan pada setiap kali ianya didagangkan dipasaran. Biarpun membuat pelaburan yang kecil dalam urusniaga emas namun keuntungan yang dicatakan agak memberangsangkan.
6 Sebab utama mengapa perlu melabur emas.
  1. Mampu mengawal inflasi.
  2. Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
  3. Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
  4. Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
  5. Penyimpan nilai.
  6. Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi.

III. Menutup berlakunya Inflasi

Pelaburan emas dirangka untuk menutup berlakunya inflasi kerana tahap konsistennya diperakui berkesan kerana harganya sentiasa naik kerana harga emas tidak memberi sebarang kesan sampingan sejak perang dunia musim kedua dan kesan inflasi di amerika Syarikat untuk tempoh lima tahun turut menunjukkan kenaikkan pada 1946, 1974, 1975, 1979, dan 1980. Dalam tempoh masa itu, stok pulangan antara 12.33%; pada pulangan asal emas adalah 130.4%.
Hari ini, bilangan factor untuk mewujudkan perbezaan amat banyak sekali termasuk polisi pelaburan, pemotongan cukai, tempoh masa yang panjang untuk mengesahkanya termasuk memotong harga pasaran minyak dunia.
Minyak, Inflasi dan Emas
Harga pasaran minyak dan emas tidak sama antara satu sama lain hinggakan boleh menimbulkan pertanyaan mengenai harga pasaran minyak mampu memberi kesan terhadap harga emas kerana harga minyak sentiasa ada yang naik dan turun.Disini ada dua perbezaan kenaikkan harga pasaran emas yang berlaku pada1968. Kenaikkan harga pada 1972 dan 1974 turut melonjakkan kenaikkan sehingga 325%, antara US$2.44 kepada US$10.36. Dalam tempoh masa itu juga, harga emas turut sehingga 268% (pada suku tahun)(on a quarterly antara US$47.45 kepada US$174.76. Kenaikkan kedua pada harga berlaku pada 1978 dan 1980, apabila harga minyak naik sehingga 105%, dari US$12.70 ke US$26.00. dan masa yang sama, harga emas turut naik 254% dari US$178.33 ke US$631.40.

IV. Emas – antara pertukaran dollar

Emas dibeli dan dijual pada harga pasaran US, jadi tiada sebarang pertikaian mengenai harga berlaku sama ada naik atau sebaliknya.Matawang US Dollar adalah matawang yang kekal dan kenaikkan tidak begitu ketara dan ianya baik untuk simpanan dan pertukarannya boleh membuat perkiraan urusniaga komoditi.

V. Emas adalah selamat

Berdasarkan fakta bahawa Amerika Syarikat menggunakannya sebagai krisis komoditi dalam menggunakan sebagai pengawalan kuasa namun ia tidak memberi kesan yang kuat pada pasaran dunia termasuk memberi kesan pada pelabur pada satu-satu peringkat. Antara sebab utama adalah pada pasara emas tidak memberi kesan yang kuat namun begitu jika dilihat pada sistem perbankan agak ketara kesannya jika berlaku kesan ekonomi. Dan diharapkan dan juga amat penting pada pasaran dunia apabila kegagalan ekonomi global akan menjejaskan ekonomi dunia namun pelaburan emas masih lagi selamat.

VI. EMAS – bekalan dan pemintaan

Pertama, pemintaan agak ketara dan produkti emas sentiasa berubah, perak juga berubah dan secara puratanya ianya sentiasa berubah-ubah biarpun agak teruk untuk membuka pengurusan baru berasaskan pertukaran namun ianya dapat diselesaikan dalam satu tempoh masa yang cukup singkat seperti pengeluaran emas di Afrika Selatan sebagai pengeluar emas terbesar di dunia mencatatkan kejatuhan pada peringkat paling rendah pada 1931 dan kemudian terus tutup sehingga melantik Harmony Gold Mining Co dan berlaku kenaikkan pada harga emas setiap tahun selama 16 tahun lamanya.
Pemintaan yang meningkat terutama di China, India dimana India mencatatkan pengunaan emas yang paling banyak di dunia dan China mencatatkan pertumbuhan ekonomi dalam sejarah ekonomi paling moden dan kedua-dua negara melakukan liberalisasikan pada undang-undang untuk mengimport dan menjual emas.
China mengajar sesuatu yang baru dalam industri termasuk kenaikan ekonomi sehingga 9 % setahun dan akan menjadi negara kedua terbesar di dunia pada 2020 dibelakang Amerika Syarikat. Tahun lalu, Amerika Syarikat membelanjakan $162 billion lebihan dari barangan China berbanding barangan yang dibelanjakan China terhadap produk Amerika Syarikat dan perbezaan antara 25 % setiap tahun

DATA FRM SERINAZGOLD

ASMADI MD YUSOFF
AUTHORISED DEALER A2900
0199809816

|
EMAS SEBAGAI ALTERNATIF PELABURAN
3/25/2011 11:11:00 PM | Author: asmadi yusoff
Emas sebagai Alternatif Pelaburan

EMAS FIZIKAL MENGIKUT MAJLIS FATWA
DINAR N GOLDBAR

Masih was-was atau tak yakin dgn emas..so cuba baca artikel kat utusan arini.. ditulis oleh Mantan Presiden BSKL.. MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. 

Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu. Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara. Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. 

Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia. Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun. Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATA FRM ANOTHER BLOG

AUTHORISED DEALER A2900
ASMADI MD YUSOFF
0199809816

|
Gold - Weight Conversion Chart
3/22/2011 01:54:00 AM | Author: asmadi yusoff
 GRAINGRAMDWT TROYOZ TROYOZ AV
GRAIN1.00000.06480.04170.00210.0023
GRAM15.43241.00000.64300.03210.0353
DWT TROY24.00001.55521.00000.05000.0549
OUNCE TROY480.000031.103520.00001.00001.0971
OUNCE AV.437.500028.349518.22920.91151.0000

To convert:
• Avordupois Ounces to Troy ounces multiply by .91
• Avordupois Ounces to pennyweight multiply by 18.2
• Avordupois ounces to grams multiply by 28.35
• Troy ounces to grams multiply by 31.1
• Troy ounces to pennyweight multiply by 20
• Troy ounces to pounds troy, divide by 12
• Pennyweight to grams multiply by 1.56
• Pennyweight to troy ounces multiply by .05 (or divide by 20)
• Grams to pennyweight multiply by .64
• Grams to troy ounces multiply by .032
• Grams to carats multiply by 5
• Carats to grams multiply by .2 (or divide by 5)
• Carats to "Points" multiply by 100.
• "Points" to carats multiply by .01 (or divide by 100)
Weight Conversion Chart for Silver, Gold and Gems
Troy Weight - gold and silver are measured in Troy weight, a system that includes pennyweights, ounces and pounds. The
ounces and pounds do not equal the Avordupois or customary U.S. system that other common goods are measured in. For example a troy ounce weighs about 10 percent more than a Avordupois ounce.

• 24 grains = 1 pennyweight = 1.5552 grams
• 1 gram = .64 pennyweight
• 1 pennyweight = 1.56 grams or .05 troy ounce
• 20 pennyweight = 1 troy ounce = 31.1035 grams
• 12 ounces = 1 pound troy = 373.24 grams.
 
|
Harga Emas di Malaysia dan Dunia
3/21/2011 06:17:00 PM | Author: asmadi yusoff

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat ceria semua.
Saya disini Alhamdulillah sihat sahaja.
Baiklah, untuk pengetahuan anda semua antara soalan favourite yang selalu ditanya oleh pembaca ialah mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.
Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?
Kenapa harga emas kat dalam TV3 dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Maybank, Public Bank, Public Gold atau kedai emas?
.
Jadi untuk posting kali ini saya akan berkongsi maklumat dengan anda mengenai harga emas pasaran
dunia dan harga emas di Malaysia. 
Saya copy paste tajuk ini daripada ebook saya:
“Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini)
.
Topik 4 ebook : Harga emas di Malaysia dan Dunia.

Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.
Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.
Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnyer :)

Gambar: Harga kat kedai emas lambat berubah.. kekadang ambil masa berminggu-minggu.

Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali.
Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.

Harga emas bukan harga kawalan.
Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.
Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.
Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).
http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Selain melihat terus harga spot gold daripada jadual diatas, adalah lebih baik sekiranya anda tahu cara-cara mendapatkan harga ini secara manual.
Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.
Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.
Mari kita lihat dengan terperinci:
Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.

USD makin lemah, RM semakin kuat.

Gambar: Di dalam USD, harga emas naik banyak :)
.

Gambar: Sebab RM kuat, maka harga emas dalam RM naik lebih perlahan.
Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)

Jika anda berminat mengetahui cara pengiraan di secara manual maka anda boleh menggunakan kaedah ini:
1. Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz di www.kitco.com
2. Dapatkan kadar pertukaran USD – RM di laman web Bank Negara Malaysia.
Caranya: Lihat laman web kitco http://www.kitco.com/charts/livegold.html

Anda dapati harga terkini spot gold pada 22 Ogos 1:42 waktu New York adalah USD1228. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).
Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.
Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629

Selepas itu kita boleh buat pengiraan:
Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:
(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram
= (1228 USD x RM3.1355) / 31.1 gram
= RM3850.39 / 31.1 gram
= RM123.80 / gram
Jadi, harga spot gold emas ialah RM123.80 segram.
(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold.Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)

Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya
1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
2. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
3. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Gold Products 
7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
9. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Investment Account-i

Harga barang kemas di Malaysia.

Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my  sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.
(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)

Kesimpulan:

Saya berharap artikel ini membantu anda mengetahui:
1.Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD
   harga emas naik banyak.
2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.
3. Bagaimana mengira harga emas di pasaran dunia (spot gold)
Sebarkan ilmu emas ini kepada rakan rakan anda sekarang. Mereka akan berterima kasih kepada anda :)
1. Untuk berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan Facebook anda.
Klik ikon facebook dibawah. Terima kasih.

2. Ingin mendapat update daripada blog ini dengan pantas? Sila subscribe newsletter blog Jutawanemas.com. FREE sahaja. Anda cuma masukkan emel di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
..
|

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us