WELCOME

default

31 fakta menarik tentang emas !!!!

 - Comments Off

31 fakta menarik tentang emas

Emas adalah salah 1 unsur kimia dengan simbol Au (Aurum) yang bermaksud ‘shining dawn’ di dalam bahasa Latin.

Nombor atom untuk emas adalah 79.

Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan alluvial.

Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.

Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air.

Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161 juta kg) emas telah digali dari muka bumi.

Didalam industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.

Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.

Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia.

Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogaman, suhu lebur & perubahan warna sesuatu kualiti emas.

Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red. 

Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat.

Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-hasilnya adalah logam emas padu.

Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau. 

Emas sangat tumpat:-1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.

Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods. 

Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.

Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

Kandungan emas didalam aloi diukur menggunakan unit Karat (k).

Emas tulen diukur sebagai 24karat(k).

Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Kanada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

Jongkong Muzium Toi, emas terbesar di dunia (250kg) di Jepun

"The Hand of Faith" dijumpai oleh Kevin Hillier menggunakan metal detector di Kingower, Victoria, Australia pada 26 September 1980 seberat 27.21 kg

Canadian Gold Maple LeaF

Gold Nugget Terbesar di jumpai di California (4.85kg)

Asmadi Md Yusoff
Authorised Dealer of Public Gold A2900
ym>amyeddy06
fb>amygold yusoff
0199809816

default

HUKUM FIQH MUAMALAT !!!

 - Comments Off

Hukum fiqh muamalat

MENYENTUH mengenai perihal fiqh muamalat, sering kali ia akan dikaitkan dengan urusan berkaitan hukum kewangan. Namun sebenarnya, apabila kita menyentuh mengenai fiqh muamalat, ia tidak terhad kepada batasan kewangan, sebaliknya membabitkan cabang dalam urusan yang dilakukan manusia.
Justeru, bila menyentuh mengenai fiqh muamalat, ia akan berkait dalam urusan yang pelbagai, termasuk urusan dalam politik (siyasah), pentadbiran, nikah kahwin (munakahat), hukum jenayah, dakwah serta akhlak. 

Sheikh al-Islam Ibn Taymiah menyatakan, fiqh muamalat merujuk kepada urusan manusia berdasarkan dua perkara, iaitu amalan (ibadah) yang baik untuk agama dan hal adat yang diperlukan manusia dalam melakukan urusan dunia. 

Sebagaimana dipersetujui jumhur ulama silam dan kontemporari, urusan hukum dalam hal berkaitan ‘fiqh ibadah’ adalah terhad dan terikat dengan dalil yang khusus dan sebahagian dalil umum.

Namun, ia mesti berdasarkan dalil jelas sebagaimana kaedah dipersetujui ulama yang menyatakan ia mestilah bagi urusan yang ‘tawaqquf’. Tawaqquf pula bermaksud urusan berdasarkan dalil (al-Quran dan hadis) dan bukan urusan yang dicipta sendiri.

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi pula mengulas lanjut berkenaan disiplin hukum dalam bab ibadah dengan menjelaskan, ciri sesebuah ibadah khusus itu mestilah dengan niat kerana Allah SWT dan mengikut urusan yang disyariatkan. 

Kerana itu, bagi membenarkan perbuatan dalam konteks fiqh muamalat, seseorang individu tidak dibenarkan membentuk ibadah baru yang tidak berasaskan dalil. 

Ibn Abidin menjelaskan, beberapa aspek muamalat boleh dibahagi kepada lima perkara iaitu pertukaran pemilikan dalam jual-beli (mu’wadah maliah), nikah kahwin, perbicaraan di mahkamah (mukhosamah), kontrak amanah (termasuk politik dan kepemimpinan) dan pembahagian pusaka. (Hashiah Ibn ‘Abidin, 1/79) 

Bagi semua hukum serta bentuk dalam fiqh muamalat pula, Allah SWT meletakkannya sebagai asas utama yang tidak berubah (thawabit). Namun, kebanyakan cara dan bentuk pelaksanaannya boleh berubah selari dengan peredaran zaman serta tempat. 

Sebarang perubahan hukum ini pula mestilah diawasi oleh ulama berkelayakan melalui kaedah tertentu. 

Hasil daripada prinsip muamalat yang tetap dan pelaksanaan yang boleh diubah suai, Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah kemanusiaan yang sentiasa berkembang dan berubah, seterusnya memastikan ia tidak disalah guna oleh individu berkepentingan. 

Al-Muwafaqat Al-Shatibi menjelaskan, hukum ghalib (keuntungan) bagi hal ehwal muamalat mesti kembali kepada objektifnya yang membabitkan urusan kepada Allah SWT. 

Keadaan ini juga menyebabkan sebahagian besar pelaksanaan hukum dalam fiqh muamalat akan sentiasa berubah disebabkan oleh suasana serta keadaan setempat dinamakan ‘uruf’ (kebiasaan yang dilakukan masyarakat setempat). 

Bagaimanapun, ‘uruf’ terbabit mestilah tidak bercanggah dengan nas dan dalil jelas. Jika itu berlaku, ia dinamakan ‘uruf fasid’ atau kebiasaan yang rosak serta tidak boleh digunakan. Secara jelas, hukumnya haram . 

Jadi, perlu kita fahami bahawa urusan kewangan adalah ehwal fiqh al-muamalat antara manusia dengan manusia. 

Justeru, mewujudkan satu kontrak jual-beli yang tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah SAW adalah harus selagi prinsip keadilan dalam jual-beli dipelihara, iaitu tiada riba, tiada ‘gharar’ (ketidakpastian), tiada judi selain wujud persetujuan antara dua pihak. 

Mungkin ramai akan menyoal, mengapa pula ia ‘harus’, sedangkan urusan sedemikian tidak ada pada zaman Rasulullah SAW? 

Jawapannya, kerana ia satu daripada isu hukum muamalat yang anjal (fleksibel). 
Kerana ini juga sistem bank hari ini diiktiraf ulama walaupun tidak wujud pada zaman Rasulullah SAW. 

Ibadah ini memerlukan pengubahsuaian dari semasa ke semasa supaya mencapai sasaran kebaikan kepada masyarakat. 

Selain itu, medium pembelian membabitkan urusan ini mesti menggunakan mata wang atau unsur dari bab muamalat. Walaupun mata wang yang ada pada masa kini tidak ada pada zaman Rasulullah SAW, ia tetap harus selagi memenuhi keperluan serta adil. 

Dalam urusan pentadbiran dan politik pula, selagi perbuatan itu tidak membawa mudarat besar, ia juga masih dikategorikan dalam kategori harus. 

Antara contoh ini adalah ketika zaman Umar al-Khattab RA sewaktu pembahagian tanah di Iraq yang dibuka oleh tentera Islam waktu itu selaras dengan surah al-Anfaal, ayat 41, yang bermaksud: “Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnusabil (orang-orang yang memerlukan bantuan).” 

Difahami daripada ayat itu, empat perlima bakinya dibahagikan kepada tentera yang berjuang, namun Umar al-Khattab dan sebahagian ulama di kalangan sahabat seperti Sayyidina Ali, Muadz Ibn Jabal dan beberapa yang lain berpendapat tidak perlu dibahagikan dan membiarkannya kekal di tangan pemiliknya yang asal. 

Dengan syarat pemiliknya yang asal membayar kharaj (cukai tanah) yang boleh dimanfaatkan semua umat Islam. 

default

EKONOMI MELAYU PERLU BANGKIT DARI TIDUR

 - Comments Off

PUTRAJAYA 12 Mac - Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mahu orang Melayu di negara ini bangkit memperjuangkan ekonomi mereka supaya tidak terus ketinggalan berbanding kaum lain.

Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, ketidakseimbangan pencapaian ekonomi antara kaum yang berlaku ketika ini perlu diubah bagi memastikan nasib kaum Melayu pada masa hadapan lebih terjamin dan terus maju.

Menurutnya, bagi mencapai tujuan itu, generasi muda terutama mahasiswa perlu berusaha mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mendalam serta asas kukuh yang berkait rapat dengan ekonomi.

"Generasi masa depan perlu mempertingkatkan ilmu mengenai bidang ekonomi dan menyusun strategi penjanaan ekonomi dengan baik.

"Mereka perlu menjadi ejen perubahan yang boleh mengubah ekonomi bumiputera ke satu tahap lebih hebat dan mampu bersaing dengan kaum lain dalam bidang ekonomi," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Wakaf Korporat Memperkasa Ekonomi Melayu' di Persidangan Kebangsaan Agenda Transformasi Melayu Islam di sini hari ini.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail dan Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut Muhammad Ali, ketidakseimbangan dalam pencapaian ekonomi itu harus diubah segera bagi memastikan bumiputera terus berdaya saing dan maju.

Mengenai kertas kerja yang dibentangnya, Muhammad Ali berkata, Wakaf Korporat merupakan idea semasa beliau menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp).

Beliau berkata, wakaf korporat memberi implikasi besar kepada masa depan JCorp sebagai badan korporat dalam perjuangan menjayakan jihad bisnes untuk kepentingan bangsa, negara dan umat Islam.

"Pada masa tersebut juga, ia memberi pengiktirafan undang-undang kepada institusi Wakaf Korporat menerusi penubuhan Waqaf An Nur Corporation Berhad (WANCorp).

"Oleh itu, WANCorp berpotensi memainkan peranan strategik dalam konteks menjayakan agenda transformasi Melayu Islam dalam konteks Model Baru Ekonomi (MBE)," katanya.

Persidangan Kebangsaan Agenda Transformasi Melayu Islam yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara) dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dihadiri kira-kira 300 peserta yang mewakili kelompok cendekiawan Melayu Islam dalam pelbagai bidang.

default

Bagaimana merancang perbelanjaan dengan emas?

Posting kali ini saya akan berkongsi sedikit cetusan idea awal PenditaEmas999 mengenai merancang perbelanjaan dengan emas. Boleh atau tidak duit pajakan digunakan untuk merancang perbelanjaan? Boleh, cuma anda perlukan disiplin dalam melakukan teknik pajakan. Lihat ilustrasi ini :

Merancang perbelanjaan dengan 1 Dinar

Selepas minggu keempat, anda boleh menebus stok A dan B dengan membayar RM 900! Lebihan tunai ditangan anda sekarang adalah RM 180. Duit lebihan ini anda simpan, untuk proses menebus pada minggu berikutnya. Anda boleh ulangi proses ini mengikut kesesuaian anda. Mudah kan? Jom mulakan teknik ini sekarang!

Jadi, rancang perbelanjaan anda sekarang dengan emas sekarang!

" Tidak ada waktu yang lebih baik selain sekarang untuk memulakan hidup yang baik. Anda tidak perlu untuk menciptakan semula kehidupan anda di waktu yang sudah lepas. Mulailah meskipun hanya dengan satu langkah, yang penting anda mulakan, jangan ditunda untuk besok "

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda!

p/s : 27 Mac 2011 akan diadakan seminar " How To Be A Financial Freedom" oleh 2 orang sifu pelaburan emas&perak dengan bayaran RM 158 bagi setiap peserta. So, sekiranya anda berminat, kami di GS-Mind.Blogspot menawarkan tawaran masuk secara PERCUMA ke seminar ini dan tempat anda terhad! Klik sini SEMINAR PERCUMA untuk keterangan lanjut! Anda yang berminat untuk membeli emas & perak

default

Bagaimana memulakan perniagaan dengan emas?

Artikel kali ini lain sikit, saya bukan hanya fokus pada perniagaan emas dan perak, tapi saya nak berkongsi dengan anda "Bagaimana memulakan apa-apa jenis perniagaan dengan emas!" Menarik kan? Tapi apa persiapan yang paling penting untuk menggunakan teknik dan kaedah ini? MINDA & ILMU!

Saya tekankan kan dua elemen penting ini sebab bila kita bercakap soal emas, ramai yang akan jadi gelojoh sampai akhirnya anda mungkin pernah dengar " Ar-Rahnu nie tak menguntungkan ", " Dealer tipu kami sampai semua emas kami kena lelong". Jadi, ingat persiapan awal bukan hanyaWANG, tapi juga MINDA & ILMU.

Biasanya, bila nak mulakan perniagaan nie, kita pasti perlukan sedikit modal dan kita juga tentu akan risau sekiranya perniagaan kita tidak berjaya. Betul tak? Jadi, macamana nak cari modal dan minimum kan risiko hilang modal niaga? Emas! Ehhh macamana emas berfungsi?

Berikut adalah contoh perniagaan nasi lemak :

Katakan saya ingin mulakan perniagaan nasi lemak, dan saya ada modal di tangan RM 5000. Masalah utama saya kalau saya gunakan semua modal RM 5000 dan business nasi lemak saya tak menjadi, saya akan rugi modal RM 5000. Betul tak?

Macamana saya nak minimumkan risiko rugi? Dengan sedikit info Ar-Rahnu tadi, saya guna RM 5000 dan beli emas Public Gold 20 gram dengan ketulenan 999.9 dan 2 keping dinar ketulenan 916 dengan kos RM 4541.

Tindakan selanjutnya, saya pajak semua emas tadi di Ar-Rahnu, dan saya dapat pinjaman 70% dari nilai emas saya. Jadi saya layak mendapat pinjaman sebanyak RM 3100 dari Ar-Rahnu dan lebihan modal di tangan RM 459. Dengan modal tunai di tangan RM 3559 saya mulakan perniagaan nasi lemak! Secara bulanan sebahagian keuntungan perniagaan nasi lemak, saya gunakan untuk bayar pinjaman Ar-Rahnu dan menebus kembali emas yang terpajak. Saya ada pilihan untuk membayar secara ansurans bulanan atau sekaligus selepas tempoh matang pajakan.

Katakan, selepas 3 bulan, perniagaan nasi lemak saya tak menarik pelanggan dan rugi, modal RM 5000 saya hangus tak? Tidak! Saya masih ada "backup" emas di Ar-Rahnu, tindakan saya sekarang tebus kesemua emas di Ar-Rahnu! Saya boleh mulakan perniagaan baru yang lain sekarang!

So, mudahkan konsep ini? Yang penting adalah " Minda & Ilmu ".

"Saya pasti lepas ini semakin ramai yang nak mulakan business. Jadi mulakan langkah pertama business idaman anda sekarang!"

Permintaan pelaburan perak di China meningkat secara mendadak

 - Comments Off

Persoalan yang perlu dijawab sekarang, kenapa pelaburan dalam "precious metals" ini meningkat secara mendadak? Dan kalau kita lihat pergerakan harga emas dan perak menunjukkan kedua-dua aset logam ini mendapat permintaan yang tinggi. Cuba bayangkan emas sebagai contoh keuntungan tahun 2010 sahaja bersamaan 34.13%! WOWWW! Tahun 2011, kita perlu faktor-faktor yang secara tidak langsung meransang kenaikan harga komoditi antaranya :-

Kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi mendorong para pelabur atau individu mula menjadikan emas dan perak sebagai salah satu alternatif simpanan dan pelaburan mereka.

Ketidakstabilan geopolitik ketika ini yang berlaku turut meransang lonjakan terhadap permintaan emas dan perak. Keadaan ini yang mendorong kenaikan pasaran harga minyak meningkat secara mendadak sekaligus menyokong kenaikan harga komoditi emas dan perak.

Kebimbangan seterusnya adalah "supply" bagi kedua-dua komoditi ini semakin berkurang, tapi "demand" meningkat. Secara asasnya, akan mendorong kenaikan harga komoditi yang lebih mendadak. 

Situasi ini turut meransang perningkatan pelaburan "precious metals" bukan sahaja emas malah perak di negara China! Peningkatan mendadak berlaku, kerana permintaan yang mendadak dalam industri barang kemas, industri logam, komponen penting dalam industri elektronik dan automotif. 

2010, China mengimport 14% daripada perak global memandangkan kerana permintaan yang tinggi dalam negaranya. China mempunyai simpanan $2.5 trillion US dollar, dan negara tembok besar ini berusaha menukarkan mata wang USD kepada pelaburan emas dan perak bagi mengatasi masalah kejatuhan nilai mata wang USD.

Lebih menarik, perkembangan industri teknologi hijau, iaitu teknologi solar, akan meningkatkan lagi permintaan bagi perak memandangkan perak adalah komponen utama dalam panel fotovoltik. Faktor utama lain adalah pembangunan mendadak infrastruktur di Asia dan barangan kosumer. 

Jadi asasnya adalah perak berfungsi sebagai mata wang dan komponen utama dalam industri. Permintaan yang mendadak ini disokong oleh kajian yang dilakukan China Research Intelligence menunjukkan harga pasaran domestik perak bagi negara China lebih tinggi berbanding harga pasaran perak di pasaran global.

Cuba anda renungkan kata nie " Silver is poor man's gold". Betul ke tidak? 

Lebih bijak, kalau anda ambil langkah simpanan emas dan perak secara bersama. Ermmm, berapa ratio die? Bergantung pada tahap risk anda. Kalau anda jenis berani untuk high risk, jadi lebihkan ratio bagi perak berbanding emas. Jom miliki emas dan perak sekarang!

KOMITMEN GS-MIND.BLOGSPOT ADALAH MEMASTIKAN SETIAP AGEN DAN PELANGGAN KAMI DIBERI PENGETAHUAN BERKENAAN PELABURAN SERTA PERNIAGAAN EMAS DAN PERAK. BESERTA JAMINAN KUALITI & BELIAN BALIK BAGI SETIAP PRODUK EMAS&PERAK JUALAN KAMI.

p/s : GS-Mind ada mengadakan tawaran masuk PERCUMA kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti seminar POKLI & PELABURJUATAWAN bertajuk "How To Be A Financial Freedom" pada 27 Mac 2011. Untuk dapatkan tiket masuk PERCUMA, sila klik SEMINAR POKLI&PELABURJUTAWAN sekarang! Untuk pertanyaan lebih lanjut berkaitan kelebihan menjadi agen PublicGold @ ingin memiliki emas dan perak

default

CARTA JUTAWAN EMAS

 - Comments Off

Motivasi : Carta top 10 faktor seorang Jutawan !

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…
10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.
9. Cekap dalam pengurusan
Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain.Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar.
8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi
Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.
7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi
Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.
6. mencintai karier dan perniagaan
Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.
5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain
Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.
4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong
Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.
3.Mudah mesra dengan orang lain
84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.
2. Berdisiplin
Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah “boss”. Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.
1. Jujur dengan semua orang
Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.
DATA FRM AZAHARMOKHTAR
ASMADI MD YUSOFF
AUTHORISED DEALER OF PUBLIC GOLD A2900
0199809816

default

Kenapa Emas? Kenapa?

 - Comments Off

Kenapa Emas? Kenapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Untuk perkongsian serta membuka minda semua orang cek mulakan dengan persoalan "Kenapa Emas" siap buat page khas lagi untuk menjelaskan keajaiban logam emas, dan tidak dilupakan logam perak. Logam emas dan perak memang dah lama jadi matawang orang dulu-dulu. Kalau kita rajin tengok cerita kung fu, mesti pernah tengok "tahil" ketulan emas yang dalam kotak besar. Sewaktu agama Islam, Nabi Muhammad pun menggunakan matawang Rom & Parsi yang dibuat dari perak dan emas. Namun Emas & Perak iaitu yang kita kenal sebagai Dinar & Dirham telah ditetapkan piawaiannya dari segi berat oleh Khalifah Umar al-Khatab r.a.

5 Dinar bersamaan 21.25gram emas berketulenan 916

   Masa berlalu pemimpin silih berganti begitu juga dengan Khalifah memerintah Islam. Penggunaan Dinar & Dirham dihapuskan ketika pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang berpusat di Islambol. Matawang kertas Kaima diperkenalkan bagi menggantikan Dinar & Dirham. Sehinggalah kini, wang kertas yang kita pegang hanyalah sekeping kertas, tak percaya cuba bakar duit tu, kalau jadi debu terbukti ianya hanya sekeping kertas yang tidak mempunyai nilai nyata, maksudnya nilai duit kertas tidak disandarkan pada emas ataupun perak. Pendek kata Wang = Kertas, Dinar = Emas.

   Ada jugak yang cakap kat saya, "kalau dah hang kata duit tu tak dak nilai, awat hang guna duit beli emas, awat hang duk guna lagi duit kertas tu, bagi ja kat aku..." Ok, fine... Sebenarnya memang tak ada nilai, nilai apa? Nilai sebenar duit kertas yang kita pegang, simpan, cium tu hanya disandarkan kepada kepercayaan. Kalau nak faham lagi boleh baca di Majalah Solusi isu 4 di bahagian muamalat, artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin ( Blog UZAR).

   Kenapa emas sesuai sebagai penyelamat aset dan digunakan sebagai matawang? Soalan selalu orang tanya kat cek, "Kalau dah beli emas, nak buat apa?" ada jugak yang cakap macam ni "Berapa seketui?" saya jawab "RM600++ la...." orang reply "tu diaaaa..... mahainya!!!" Sudah tentu cek abang, emas memang mahai, kalau nak murah pi balik 10 tahun lepas. Saya bagi satu contoh cukup la untuk tengok kenaikan harga emas dalam masa setahun lebih

   Cukuplah dengan angka, tak yah saya cerita panjang lebar. Dari 5/02/2010 hingga 7/12/2010 anda dah untung 35.2%. Ok jom tengok graf pulak harga emas 5 tahun lepas

Graf naik ke Turun?

    Ok, sekarang paling kurang kita dah ada ilmu mengenai emas. Sekarang cek nak bandingkan dengan wang kertas. Kalau kita simpan wang kertas macam mana pulak? Ingat tak, mak ayah kita mesti cerita " dulu pak hang bawak sekupang (10sen) ja pi sekolah..." ada kan? Dulu 10sen sangat mewah boleh beli nasi lemak, air. Tapi sekarang? Boleh lagi dapat nasi lemak + air? Sekarang nasi lemak pun dah RM1.00 dan duit 10sen dulu pun dah tak ada nilai, cuba try duit 10sen tahun 1960an di kedai. Kalau emas lain, yang 3000 tahun dulu pun orang mau, nilai emas & perak (jangan pinggirkan perak) tidak luput. Kalaulah sistem keewangan sekarang runtuh, nilai matawang kita kira berat emas dan berat perak, BUKANnya nilai yang dicetak pada sekeping kertas. Ok setakat tu saja, nanti saya cerita lain. Jom Simpan Emas!

default

AMALAN BAGI BISNES EMAS

 - Comments Off

AMALAN BAGI BISNES EMAS

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati. 

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah

default

ZAKAT EMAS DAN PERAK TERKINI DAN SENSASI

 - Comments Off

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya :)
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak :)
.
DATA >>JUTAWANEMAS

31 fakta menarik tentang emas !!!!
3/20/2011 03:01:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
HUKUM FIQH MUAMALAT !!!
3/16/2011 01:42:00 PM | Author: asmadi yusoff

3/13/2011 01:38:00 PM | Author: asmadi yusoff

PUTRAJAYA 12 Mac - Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mahu orang Melayu di negara ini bangkit memperjuangkan ekonomi mereka supaya tidak terus ketinggalan berbanding kaum lain.

Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, ketidakseimbangan pencapaian ekonomi antara kaum yang berlaku ketika ini perlu diubah bagi memastikan nasib kaum Melayu pada masa hadapan lebih terjamin dan terus maju.

Menurutnya, bagi mencapai tujuan itu, generasi muda terutama mahasiswa perlu berusaha mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mendalam serta asas kukuh yang berkait rapat dengan ekonomi.

"Generasi masa depan perlu mempertingkatkan ilmu mengenai bidang ekonomi dan menyusun strategi penjanaan ekonomi dengan baik.

"Mereka perlu menjadi ejen perubahan yang boleh mengubah ekonomi bumiputera ke satu tahap lebih hebat dan mampu bersaing dengan kaum lain dalam bidang ekonomi," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Wakaf Korporat Memperkasa Ekonomi Melayu' di Persidangan Kebangsaan Agenda Transformasi Melayu Islam di sini hari ini.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail dan Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut Muhammad Ali, ketidakseimbangan dalam pencapaian ekonomi itu harus diubah segera bagi memastikan bumiputera terus berdaya saing dan maju.

Mengenai kertas kerja yang dibentangnya, Muhammad Ali berkata, Wakaf Korporat merupakan idea semasa beliau menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp).

Beliau berkata, wakaf korporat memberi implikasi besar kepada masa depan JCorp sebagai badan korporat dalam perjuangan menjayakan jihad bisnes untuk kepentingan bangsa, negara dan umat Islam.

"Pada masa tersebut juga, ia memberi pengiktirafan undang-undang kepada institusi Wakaf Korporat menerusi penubuhan Waqaf An Nur Corporation Berhad (WANCorp).

"Oleh itu, WANCorp berpotensi memainkan peranan strategik dalam konteks menjayakan agenda transformasi Melayu Islam dalam konteks Model Baru Ekonomi (MBE)," katanya.

Persidangan Kebangsaan Agenda Transformasi Melayu Islam yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara) dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dihadiri kira-kira 300 peserta yang mewakili kelompok cendekiawan Melayu Islam dalam pelbagai bidang.
|
Bagaimana merancang perbelanjaan dengan emas?
3/11/2011 01:43:00 AM | Author: asmadi yusoff
Bagaimana merancang perbelanjaan dengan emas?

Posting kali ini saya akan berkongsi sedikit cetusan idea awal PenditaEmas999 mengenai merancang perbelanjaan dengan emas. Boleh atau tidak duit pajakan digunakan untuk merancang perbelanjaan? Boleh, cuma anda perlukan disiplin dalam melakukan teknik pajakan. Lihat ilustrasi ini :

Merancang perbelanjaan dengan 1 Dinar

Selepas minggu keempat, anda boleh menebus stok A dan B dengan membayar RM 900! Lebihan tunai ditangan anda sekarang adalah RM 180. Duit lebihan ini anda simpan, untuk proses menebus pada minggu berikutnya. Anda boleh ulangi proses ini mengikut kesesuaian anda. Mudah kan? Jom mulakan teknik ini sekarang!

Jadi, rancang perbelanjaan anda sekarang dengan emas sekarang!

" Tidak ada waktu yang lebih baik selain sekarang untuk memulakan hidup yang baik. Anda tidak perlu untuk menciptakan semula kehidupan anda di waktu yang sudah lepas. Mulailah meskipun hanya dengan satu langkah, yang penting anda mulakan, jangan ditunda untuk besok "

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda!

p/s : 27 Mac 2011 akan diadakan seminar " How To Be A Financial Freedom" oleh 2 orang sifu pelaburan emas&perak dengan bayaran RM 158 bagi setiap peserta. So, sekiranya anda berminat, kami di GS-Mind.Blogspot menawarkan tawaran masuk secara PERCUMA ke seminar ini dan tempat anda terhad! Klik sini SEMINAR PERCUMA untuk keterangan lanjut! Anda yang berminat untuk membeli emas & perak
|
Bagaimana memulakan perniagaan dengan emas?
3/11/2011 01:38:00 AM | Author: asmadi yusoff
Bagaimana memulakan perniagaan dengan emas?

Artikel kali ini lain sikit, saya bukan hanya fokus pada perniagaan emas dan perak, tapi saya nak berkongsi dengan anda "Bagaimana memulakan apa-apa jenis perniagaan dengan emas!" Menarik kan? Tapi apa persiapan yang paling penting untuk menggunakan teknik dan kaedah ini? MINDA & ILMU!

Saya tekankan kan dua elemen penting ini sebab bila kita bercakap soal emas, ramai yang akan jadi gelojoh sampai akhirnya anda mungkin pernah dengar " Ar-Rahnu nie tak menguntungkan ", " Dealer tipu kami sampai semua emas kami kena lelong". Jadi, ingat persiapan awal bukan hanyaWANG, tapi juga MINDA & ILMU.

Biasanya, bila nak mulakan perniagaan nie, kita pasti perlukan sedikit modal dan kita juga tentu akan risau sekiranya perniagaan kita tidak berjaya. Betul tak? Jadi, macamana nak cari modal dan minimum kan risiko hilang modal niaga? Emas! Ehhh macamana emas berfungsi?

Berikut adalah contoh perniagaan nasi lemak :

Katakan saya ingin mulakan perniagaan nasi lemak, dan saya ada modal di tangan RM 5000. Masalah utama saya kalau saya gunakan semua modal RM 5000 dan business nasi lemak saya tak menjadi, saya akan rugi modal RM 5000. Betul tak?

Macamana saya nak minimumkan risiko rugi? Dengan sedikit info Ar-Rahnu tadi, saya guna RM 5000 dan beli emas Public Gold 20 gram dengan ketulenan 999.9 dan 2 keping dinar ketulenan 916 dengan kos RM 4541.

Tindakan selanjutnya, saya pajak semua emas tadi di Ar-Rahnu, dan saya dapat pinjaman 70% dari nilai emas saya. Jadi saya layak mendapat pinjaman sebanyak RM 3100 dari Ar-Rahnu dan lebihan modal di tangan RM 459. Dengan modal tunai di tangan RM 3559 saya mulakan perniagaan nasi lemak! Secara bulanan sebahagian keuntungan perniagaan nasi lemak, saya gunakan untuk bayar pinjaman Ar-Rahnu dan menebus kembali emas yang terpajak. Saya ada pilihan untuk membayar secara ansurans bulanan atau sekaligus selepas tempoh matang pajakan.

Katakan, selepas 3 bulan, perniagaan nasi lemak saya tak menarik pelanggan dan rugi, modal RM 5000 saya hangus tak? Tidak! Saya masih ada "backup" emas di Ar-Rahnu, tindakan saya sekarang tebus kesemua emas di Ar-Rahnu! Saya boleh mulakan perniagaan baru yang lain sekarang!

So, mudahkan konsep ini? Yang penting adalah " Minda & Ilmu ".

"Saya pasti lepas ini semakin ramai yang nak mulakan business. Jadi mulakan langkah pertama business idaman anda sekarang!"
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda!

p/s : 27 Mac 2011 akan diadakan seminar " How To Be A Financial Freedom" oleh 2 orang sifu pelaburan emas&perak dengan bayaran RM 158 bagi setiap peserta. So, sekiranya anda berminat, kami di GS-Mind.Blogspot menawarkan tawaran masuk secara PERCUMA ke seminar ini dan tempat anda terhad! Klik sini SEMINAR PERCUMA untuk keterangan lanjut! Anda yang berminat untuk membeli emas & perak
|
Permintaan pelaburan perak di China meningkat secara mendadak
3/11/2011 01:28:00 AM | Author: asmadi yusoff

Persoalan yang perlu dijawab sekarang, kenapa pelaburan dalam "precious metals" ini meningkat secara mendadak? Dan kalau kita lihat pergerakan harga emas dan perak menunjukkan kedua-dua aset logam ini mendapat permintaan yang tinggi. Cuba bayangkan emas sebagai contoh keuntungan tahun 2010 sahaja bersamaan 34.13%! WOWWW! Tahun 2011, kita perlu faktor-faktor yang secara tidak langsung meransang kenaikan harga komoditi antaranya :-

Kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi mendorong para pelabur atau individu mula menjadikan emas dan perak sebagai salah satu alternatif simpanan dan pelaburan mereka.

Ketidakstabilan geopolitik ketika ini yang berlaku turut meransang lonjakan terhadap permintaan emas dan perak. Keadaan ini yang mendorong kenaikan pasaran harga minyak meningkat secara mendadak sekaligus menyokong kenaikan harga komoditi emas dan perak.

Kebimbangan seterusnya adalah "supply" bagi kedua-dua komoditi ini semakin berkurang, tapi "demand" meningkat. Secara asasnya, akan mendorong kenaikan harga komoditi yang lebih mendadak. 

Situasi ini turut meransang perningkatan pelaburan "precious metals" bukan sahaja emas malah perak di negara China! Peningkatan mendadak berlaku, kerana permintaan yang mendadak dalam industri barang kemas, industri logam, komponen penting dalam industri elektronik dan automotif. 

2010, China mengimport 14% daripada perak global memandangkan kerana permintaan yang tinggi dalam negaranya. China mempunyai simpanan $2.5 trillion US dollar, dan negara tembok besar ini berusaha menukarkan mata wang USD kepada pelaburan emas dan perak bagi mengatasi masalah kejatuhan nilai mata wang USD.

Lebih menarik, perkembangan industri teknologi hijau, iaitu teknologi solar, akan meningkatkan lagi permintaan bagi perak memandangkan perak adalah komponen utama dalam panel fotovoltik. Faktor utama lain adalah pembangunan mendadak infrastruktur di Asia dan barangan kosumer. 

Jadi asasnya adalah perak berfungsi sebagai mata wang dan komponen utama dalam industri. Permintaan yang mendadak ini disokong oleh kajian yang dilakukan China Research Intelligence menunjukkan harga pasaran domestik perak bagi negara China lebih tinggi berbanding harga pasaran perak di pasaran global.

Cuba anda renungkan kata nie " Silver is poor man's gold". Betul ke tidak? 

Lebih bijak, kalau anda ambil langkah simpanan emas dan perak secara bersama. Ermmm, berapa ratio die? Bergantung pada tahap risk anda. Kalau anda jenis berani untuk high risk, jadi lebihkan ratio bagi perak berbanding emas. Jom miliki emas dan perak sekarang!

KOMITMEN GS-MIND.BLOGSPOT ADALAH MEMASTIKAN SETIAP AGEN DAN PELANGGAN KAMI DIBERI PENGETAHUAN BERKENAAN PELABURAN SERTA PERNIAGAAN EMAS DAN PERAK. BESERTA JAMINAN KUALITI & BELIAN BALIK BAGI SETIAP PRODUK EMAS&PERAK JUALAN KAMI.

p/s : GS-Mind ada mengadakan tawaran masuk PERCUMA kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti seminar POKLI & PELABURJUATAWAN bertajuk "How To Be A Financial Freedom" pada 27 Mac 2011. Untuk dapatkan tiket masuk PERCUMA, sila klik SEMINAR POKLI&PELABURJUTAWAN sekarang! Untuk pertanyaan lebih lanjut berkaitan kelebihan menjadi agen PublicGold @ ingin memiliki emas dan perak
|
CARTA JUTAWAN EMAS
3/10/2011 10:38:00 PM | Author: asmadi yusoff

Motivasi : Carta top 10 faktor seorang Jutawan !

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…
10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.
9. Cekap dalam pengurusan
Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain.Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar.
8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi
Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.
7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi
Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.
6. mencintai karier dan perniagaan
Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.
5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain
Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.
4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong
Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.
3.Mudah mesra dengan orang lain
84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.
2. Berdisiplin
Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah “boss”. Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.
1. Jujur dengan semua orang
Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.
DATA FRM AZAHARMOKHTAR
ASMADI MD YUSOFF
AUTHORISED DEALER OF PUBLIC GOLD A2900
0199809816
|
Kenapa Emas? Kenapa?
3/06/2011 12:41:00 PM | Author: asmadi yusoff

Kenapa Emas? Kenapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Untuk perkongsian serta membuka minda semua orang cek mulakan dengan persoalan "Kenapa Emas" siap buat page khas lagi untuk menjelaskan keajaiban logam emas, dan tidak dilupakan logam perak. Logam emas dan perak memang dah lama jadi matawang orang dulu-dulu. Kalau kita rajin tengok cerita kung fu, mesti pernah tengok "tahil" ketulan emas yang dalam kotak besar. Sewaktu agama Islam, Nabi Muhammad pun menggunakan matawang Rom & Parsi yang dibuat dari perak dan emas. Namun Emas & Perak iaitu yang kita kenal sebagai Dinar & Dirham telah ditetapkan piawaiannya dari segi berat oleh Khalifah Umar al-Khatab r.a.

5 Dinar bersamaan 21.25gram emas berketulenan 916

   Masa berlalu pemimpin silih berganti begitu juga dengan Khalifah memerintah Islam. Penggunaan Dinar & Dirham dihapuskan ketika pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang berpusat di Islambol. Matawang kertas Kaima diperkenalkan bagi menggantikan Dinar & Dirham. Sehinggalah kini, wang kertas yang kita pegang hanyalah sekeping kertas, tak percaya cuba bakar duit tu, kalau jadi debu terbukti ianya hanya sekeping kertas yang tidak mempunyai nilai nyata, maksudnya nilai duit kertas tidak disandarkan pada emas ataupun perak. Pendek kata Wang = Kertas, Dinar = Emas.

   Ada jugak yang cakap kat saya, "kalau dah hang kata duit tu tak dak nilai, awat hang guna duit beli emas, awat hang duk guna lagi duit kertas tu, bagi ja kat aku..." Ok, fine... Sebenarnya memang tak ada nilai, nilai apa? Nilai sebenar duit kertas yang kita pegang, simpan, cium tu hanya disandarkan kepada kepercayaan. Kalau nak faham lagi boleh baca di Majalah Solusi isu 4 di bahagian muamalat, artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin ( Blog UZAR).

   Kenapa emas sesuai sebagai penyelamat aset dan digunakan sebagai matawang? Soalan selalu orang tanya kat cek, "Kalau dah beli emas, nak buat apa?" ada jugak yang cakap macam ni "Berapa seketui?" saya jawab "RM600++ la...." orang reply "tu diaaaa..... mahainya!!!" Sudah tentu cek abang, emas memang mahai, kalau nak murah pi balik 10 tahun lepas. Saya bagi satu contoh cukup la untuk tengok kenaikan harga emas dalam masa setahun lebih

   Cukuplah dengan angka, tak yah saya cerita panjang lebar. Dari 5/02/2010 hingga 7/12/2010 anda dah untung 35.2%. Ok jom tengok graf pulak harga emas 5 tahun lepas

Graf naik ke Turun?

    Ok, sekarang paling kurang kita dah ada ilmu mengenai emas. Sekarang cek nak bandingkan dengan wang kertas. Kalau kita simpan wang kertas macam mana pulak? Ingat tak, mak ayah kita mesti cerita " dulu pak hang bawak sekupang (10sen) ja pi sekolah..." ada kan? Dulu 10sen sangat mewah boleh beli nasi lemak, air. Tapi sekarang? Boleh lagi dapat nasi lemak + air? Sekarang nasi lemak pun dah RM1.00 dan duit 10sen dulu pun dah tak ada nilai, cuba try duit 10sen tahun 1960an di kedai. Kalau emas lain, yang 3000 tahun dulu pun orang mau, nilai emas & perak (jangan pinggirkan perak) tidak luput. Kalaulah sistem keewangan sekarang runtuh, nilai matawang kita kira berat emas dan berat perak, BUKANnya nilai yang dicetak pada sekeping kertas. Ok setakat tu saja, nanti saya cerita lain. Jom Simpan Emas!

|
AMALAN BAGI BISNES EMAS
3/06/2011 12:09:00 PM | Author: asmadi yusoff
AMALAN BAGI BISNES EMAS

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati. 

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah

|
ZAKAT EMAS DAN PERAK TERKINI DAN SENSASI
3/06/2011 11:46:00 AM | Author: asmadi yusoff

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya :)
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak :)
.
DATA >>JUTAWANEMAS
|

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us