May
22
20Salam sejahtera,Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi kerana telah dilimpah kurniakan dengan nikmat rezeki, nikmat kehidupan serta nikmat Ilmu. Anda sekalian apa khabar? Saya di sini alhamdulillah sihat, isteri saya juga sihat, bayi di dalam kandungan pun nampak cergas =)
Kali ini saya nak bagi tuan-tuan ilmu yang baru iaitu Ilmu kelebihan Emas!~
Pada hari sabtu yang lepas (21 May 2011) bertempat di Public Gold Branch Kuching di Jalan Satok saya telah memberikan seminar bertajuk ‘Emas dan Perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan’. Di antara slide yang menjadi perhatian hadirin adalah slide mengenai ‘Gaji Pendapatan – Dinar vs RM’. Jom saya bagi pencerahan (explaination).
Gaji Pendapatan - Dinar vs RM
Tahun/ Year | Dinar | Wang Kertas (RM) | Harga 1 Dinar Pada Tahun Ini |
---|---|---|---|
Tahun 2000 | 15.50 | 1,800 | RM116 |
Tahun 2002 | 15.50 | 2,170 | RM140 |
Tahun 2003 | 15.50 | 2,604 | RM168 |
Tahun 2004 | 15.50 | 3,131 | RM202 |
Tahun 2005 | 15.50 | 3,751 | RM242 |
Tahun 2006 | 15.50 | 4,495 | RM290 |
Tahun 2007 | 15.50 | 5,394 | RM348 |
Tahun 2008 | 15.50 | 6,479 | RM418 |
Tahun 2009 | 15.50 | 7,781 | RM502 |
Tahun 2011 | 15.50 | 10,648.5 | RM687 |
Jika anda berkelulusan ijazah Sarjana Muda (degree holder) dan dilantik bekerja dengan kerajaan/swasta gaji basic anda adalah sekitar RM1,800 pada tahun 2000. Bersamaan dengan 15.50 Dinar pada ketika itu kerana 1 Dinar pada tahun 2000 sekitar RM116 sekeping.
Anda lihat berapa drastik nilainya berubah sehinggalah ke hari ini, walaupun dalam dinar jumlah nya tidak berubah still 15.50 Dinar tetapi jika convert dalam ringgit bersamaan dengan RM10,648.50 (boleh keep the change RM0.50).. Lebih daripada gaji jawatan Jursa =)
Jadi, saranan saya adalah begini. Walaupun kita tiada option dibayar gaji menggunakan dinar, menerusi kepintaran serta ilmu pengetahuan yang baru ini anda dapat mengubah simpanan/saving anda ke arah positif bukan negatif.
Ambil Contoh:
- Encik Ronaldo dan isterinya Puan Ronaldos bersepakat membeli 1 Dinar setiap bulan secara kongsi. (50% – 50% = seorang bayar lebih kurang RM350 sebulan, dapatla beli 1 dinar.. lebihan bring forward ke bulan seterusnya).
- Encik Ronaldi dan isterinya Puan Ronaldos baru bekerja. Cuma mampu simpan RM200 sebulan setiap seorang.. Solution: Setiap 2 bulan beli 1 dinar..
- Jika pendapatan anda lebih mungkin dapat beli 10 gram setiap bulan =)
- Jika gaji anda seorang diri belum berkahwin – pandai-pandai la kira untuk saving masa depan.. IlmuAsset vs Liabiliti perlu di dalami agar mudah saving..
Satu lagi slide yang menarik perhatian mereka adalah mengenai kos menunaikan haji.
- Jika saving dalam tabung haji, setiap tahun saving dipotong zakat 2.5% tak kisah berapa nilai simpanan anda. Contoh: Simpan RM10,000 x 2.5% .. Zakat RM250
- Tapi jika anda saving dalam emas fizikal.. Tinggalkan duit syarat pergi haji RM1,300 di dalam akaun tabung haji dan selebihnya beli emas fizikal. Dengan bajet RM9,000 anda dapat membeli emas 50 gram + 1 keping Dinar..
Persoalannya, adakah anda dikenakan zakat? Jawapannya sudah tentu tidak. Kerana syarat zakat emas tidak dipakai adalah jika melebihi 85 gram barulah anda dikenakan zakat emas. Suatu pengetahuan yang orang Islam sendiri tidak sedar dan tidak faham.
Adakah saya mengelakkan diri daripada membayar zakat? Jawapannya tidak!~ Kerana hukum zakat matawang Islam adalah pada dinar (emas) dan dirham (perak).
Kerana ini melibatkan rukun islam yakni zakat tidak lagi diamalkan menurut kaedah sebenar. (zakat wang dinar dan dirham ialah sekiranya cukup haul dan nisab: 20 dinar maka dikeluarkan 1/2 dinar. jika 200 dirham keluarkan 5 dirham.). Pengiraan zakat sekarang berdasarkan hanya wang ringgit padahal dalam islam wang ada dua jenis -dinar dan dirham dan ada dua standard yang berbeza walaupun kadarnya sama yakni 2.5 % atau 1/40. Kalau RM diukur menurut dinar emas sekalipun – adakah menurut harga awal tahun, akhir tahun atau purata. Bagaimana pula dengan kadar zakat RM menurut harga dirham yang lebih murah itu? Bukankah harga emas perak sentiasa berubah-ubah dalam trend menaik?-Associate Prof Dr Mahamad Hakimi Ibrahim-
Dan paling menarik apabila saya menunjukkan harga emas pada 2 tahun yang lepas. Tiba-tiba hampir semua peserta seminar saya membuat bunyi seperti cicak gecko (chtt,chtt,chtt).. Hahah..
Apabila saya ‘tawarkan’ kepada mereka, kalau saya jual 100 gram pada harga ini siapa nak.. Majoriti angkat tangan kata nak beli ikut harga ini! Semua kata murah!
Tuan-tuan, beginilah mentaliti bagi mereka yang sudah faham akan harga emas. Harga 2 tahun lepas tak akan di jumpa lagi pada tahun seterusnya. Insya allah 1 tahun lagi harga emas dijangka menjangkau RM200/gram dan harga 100 gram ini menjadi RM20,000. Pada masa itu, jika saya tunjukkan harga hari ini May 2011 sekitar RM16,400++ mereka kata Murah!~ Rugi tak beli awal-awal.. Hehe
Kesimpulan:
- Saving semakin kukuh jika simpan value dalam bentuk emas/perak..
- Anda dapat pergi menunaikan haji dengan lebih cepat kerana emas/perak kalis inflasi.
- Tabung Haji memberi subsidi kira-kira RM5,000 untuk seorang jemaah haji yang baru. Adakah anda pasti untuk 2-3 tahun akan datang Tabung Haji still memberikan subsidi kepada jemaah haji? Tepuk dada tanya selera.
- Jika duit cukup, beli je terus.. Compare dengan harga di www.fgajm.org.my . Harga di pasar lebih mahal dari harga di PG.
Sekian, wassalam.
.
.