WELCOME

Archive for December 2010

default

HUTANG RIBA DAN HUKUM HAKAM PEMODAL

 - Comments Off

HUTANG RIBA DAN HUKUM HAKAM PEMODAL

(Artikel ini diambil daripada blog Cikgu Asar untuk pengkongsian bersama - Terima Kasih Cikgu Asar)

Salam sejahtera dan semoga semua pembaca berada didalam keadaan sihat walafiat. hari ini saya ingin berkogsi artikel yang menarik utk di baca bersama.. Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil daripada Letupan Besar. Seperti besi berani yang akan terus menghala medannya ke utara, begitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini. Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai. Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia. Madame Marie Curie menemui radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah. Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini. Hukum ilmu bintang ini berkecuali – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum ini untuk kebejatan dengan meletakkan senjata di atas langit. Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih. Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis tetap sama. Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank.

Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum. Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum pedagang - emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.

Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.

Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan.

Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.

Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas.

Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.

Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.

Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.

Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai - inilah asal-usul duit kertas atau bank note.

Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal.

Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rahsia - konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai.

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.

Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank!!.

Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu. Contoh: Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit.

Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan - ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.

detail di http://money.howstuffworks.com/personal-finance/banking/bank4.htm

Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini. Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.

Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap!

Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka - permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

detail di http://en.wikipedia.org/wiki/Northern_Rock

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka. Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat

melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap - inilah yang sedang berlaku sekarang. Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan. Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus. Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka. Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung. Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup. asal oleh Hishamuddin Rais Apr 9, 09 4:16pm edit by Azrul Syahrizan Ab Rahman

Adakah anda masih tertanya-tanya simpanan sebenar?? Emas or wang kertas?

default

50 Fakta Menarik Tentang Emas

 - Comments Off

50 Fakta Menarik Tentang Emas

Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari
Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia
dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,
barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu
kala lagi apabila tamadun manusia mula
pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam
bentuk butiran, urat batuan dan
mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida
walaupun didalam air

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.
Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan
kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas
telah digali dari muka bumi.

13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai
konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit
dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik
terbaik.

15. Emas adalah logam peralihan.

16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak
balas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak
balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk
menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai
pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak
Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat
mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan
halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi
hampir transparent.

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.
(perak,kuprum)

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
  • Kekerasan
  • Kekuatan
  • Sifat kelogaman(metallugical)
  • Suhu lebur
  • Perubahan warna sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor
haba dan elektrik.

26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan
agen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
  • Hasilnya adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat:-
  • 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.

32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang
tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada
kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital
atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan
campuran beberapa komposisi copper (tembaga)
dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk
semulajadinya.

36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai
tambatan matawang. Jumlah emas yang disimpan bank
negara = wang yang dicetak

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya
tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran
urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang
terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk
membiayai kempen peperangan masing-masing.

41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan
tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang
telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang
mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai
Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan
biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan
ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930
adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti
keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada
emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti
American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South
Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam
bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan
99.999% emas.

default

Kenapa Anda Perlu Melabur Emas dan Perak

Assalamualaikum,

Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda

" Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]”

Musnad Imam Ahmad

Berdasarkan Sunnah sesuatu itu hanya boleh dipanggil duit atau wang hanya apa bila ia mempunyi nilai berikut

1. Logam berharga atau komoditi yang bernilai (gandum, barli, kurma, garam, beras dll)
2. Mempunyai nilai dalaman (intrinsic)
3. Didalam Quran bila disebut wang, ia adalah dinar atau dirham

Didalam Surah Ali Imran Ayat 75, Allah berfirman :

"Diantara para ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ada orang yang bilamana diberi amanah sebongkah emas (harta yang banyak), ia akan segera membayarkan kembali kepadamu; dan ada pula diantara mereka orang yang bila diamanatkan kepadanya sekeping wang emas (satu dinar), tidaklah mereka mengembalikannya kepadamu kecuali bila kamu menagihnya secara terus-menerus, karena mereka ini berkata, “Tidak ada dosa bagi kami mengkhianati dan mengambil harta orang-orang bodoh.” Dan mereka itu berdusta terhadap Allah padahal mereka mengetah"

Didalam surah yang lain, Surah Yusof Ayat 20, Allah berfirman :

"Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya."

Kalau dilihat dari segi kewangan pulak, pelaburan di dalam bentuk emas dan perak mempunyai kelebihan berikut :-

1. Harga yang sentiasa meningkat untuk jangka masa panjang

2. Mudah untuk diperniagakan serta diterimas serata dunia

3. Nilai yang dalaman dan tahan lasak

4. Terhindar daripada manipulasi kewangan menjadinya lebih stabil

5. Dengan niat yang betul, beroleh pahala disamping meningkatkan status kewangan kita

default

Asas Sistem Matawang Kertas adalah Riba?

Bermula pada tahun 1971, matawang US Dollar sudah tidak disandarkan kepada emas. Maka matawang dunia (termasuk Ringgit Malaysia) yang lain yang bersandarkan kepada US Dollar secara automatik tidak bersandarkan kepada emas. Jadi nilai matawang sekarang bersandarkan kepada APA? Jawapannya adalah HUTANG negara. Jadi apabila berdasarkan kepada HUTANG, negara perlu membayar interest/riba atas hutang ini. Apa kesannya? Ia akan menghasilkan INFLASI atau susut nilai matawang. Nilai RM10 sekarang adalah lebih rendah nilai daripada pada 1 atau 2 atau 3 tahun dahulu.

Harga barangan semakin meningkat? Adakah ini sebab sebenarnya atau nilai duit yang semakin susut?

Kalau difikirkan bukan sekadar sistem perbankan itu adanya riba, malahan sistem matawang itu sendiri asasnya adalah riba.

Inilah tanda-tanda akhir zaman yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW di hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya". Riwayat Ibnu Majah

Apakah tindakan kita dalam hal ini? Adakah sekarang menerima sahaja tanpa melakukan apa-apa usaha?

Allah berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 275

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya."

Perjalanan masih jauh untuk mengembalikan keseluruhan sistem kewangan yang tidak berasaskan riba. Walau bagaimana jalankan tangungjawab kita dalam mengembalikan kefahaman sahabat handai kita, kaum keluarga kita kepada sistem matawang alternatif yakni emas dan perak / dinar & dirham. Matawang yang tidak ada istilah INFLASI. Satu dirham di zaman Rasulullah SAW dapat membeli seekor ayam, samalah sekarang satu dirham (RM18) masih dapat membeli seekor ayam. Di zaman itu, satu dinar dapat membeli seekor kamping dewasa, di zaman sekarang pun satu dinar (RM630) masih dapat membeli seekor kamping dewasa.

Kepada yang berminat untuk memahami secara lebih lanjut tentang sistem matawang kertas ini, silalah lihat dokumentari dibawah ini :-

Untuk perbincangan dan bertukar-tukar pandangan sila hubungi saya seperti email dibawah.

ASMADI MD YUSOFF
0199809816
AUTHORISED DEALER OF PGOLD

default

Perbandingan Antara Pelaburan Emas dan Perak

Melihat kepada kenaikan harga komoditi ini, saya hanya ingin mengulas mengenai perbandingan antara peningkatan nilai untuk emas dan perak. Walau bagaimana pun, sesuatu yang patut kita perhatikan adalah, semua barang komoditi naik, inilah kesan daripada sistem ekonomi yang kita ada sekarang (wang kertas / fiat money), selagi mana kita tidak berbalik kepada sistem yang berasaskan kepada emas & perak, harga barangan akan terus naik. Perlu diingat, kenaikan harga komoditi mempunyai kesan yang amat rapat dengan kehidupan seharian kita.

Berbalik kepada emas dan perak, peningkatan nilai untuk emas (bandingan antara Januari 2009 sehingga sekarang) adalah 47%. Perak pula pada masa yang sama, naik sebanyak 93%. Hal ini sangat konsisten dengan hasil kajian & penulisan pakar-pakar yang mengatakan bahawa, harga perak sekarang adalah dibawah nilainya yang sebenar. Sekiranya anda ingin membaca lebih

Melihat kepada situasi ini, apa tindakan anda sekarang ? Melihat sahaja atau mula untuk melabur di dalam logam perak ? Pilihan berada ditangan anda :)

default

MY BUSINESS CARD AUTHORISED DEALER

 - Comments Off

default

info ZAKAT

 - Comments Off

Info Zakat
Zakat

DARI SEGI BAHASA

Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH¨, "SUCI¨, "SUBUR¨, "BERKATI¨ dan "BERKEMBANG¨

Pengertian "BERSIH¨ dan "SUCI¨ dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
2. Membersihkan diri pembayar zakat.
3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
5. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
7. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
9. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
SIAPA YANG WAJIB ?

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:

1. Islam Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
2. Merdeka Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
3. Sempurna Milik Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
4. Hasil Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat Para Fuqaha¡¦ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai ¡§Mal Mustafad¡¨ iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
5. Cukup Nisab Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
6. Cukup Haul Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
APAKAH HARTA YANG WAJIB DIZAKATKAN ?
Ada 2 jenis zakat iaitu:

„h Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
„h Zakat Harta Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut: 1. Zakat Pendapatan 2. Zakat Perniagaan 3. Zakat Binatang Ternakan 4. Zakat Pertanian 5. Zakat Wang Simpanan 6. Zakat Emas dan Perak 7. Zakat Saham 8. Zakat Ma¡¦adin, Kunuz dan Rikaz *
***
Ma¡¦adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

SAMA SAMALAH KITA MEMBAYAR ZAKAT APA SEKALIPUN DEMI UNTUK PERPADUAN UMMAH

ASMADI MD YUSOFF

default

Peluang Keemasan Memiliki Jongkong DAN Dinar Emas

 - Comments Off

Peluang Keemasan Memiliki Jongkong & Dinar Emas

MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa yang panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh dalam jangkamasa yang panjang.
4. Aset yang terunggul.
5. Tidak boleh dimanipulasikan.
6. Emas boleh digadai di Ar-Rahnu jika memerlukan wang segera.
7. Sebagai pelaburan kerana keuntungan dari kenaikan emas dalam jangkamasa panjang iaitu 20-30% setahun.
8. Lebih menguntungkan dari pelaburan lain seperti amanah saham, Unit Trust & sebagainya.

PERBANDINGAN HARGA DINAR EMAS (916)

KENAIKAN HARGA EMAS 12.5% DALAM MASA 2 BULAN !!!!
Menarik kan !!!! Hanya beli, simpan & jual semula ketika harga emas naik...

GRAF KENAIKAN HARGA EMAS SETAHUN

GRAF KENAIKAN HARGA EMAS 5 TAHUN

HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN EMAS ANDA?? LOCK HARGA DAN DEPOSIT DIPERLUKAN JIKA BERMINAT

ASMADI MD YUSOFF
AUTHORISED DEALER
0199809816
YM>>AMYEDDY06
FB>>AMYGOLD YUSOFF

HUTANG RIBA DAN HUKUM HAKAM PEMODAL
12/31/2010 09:49:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
50 Fakta Menarik Tentang Emas
12/31/2010 06:57:00 PM | Author: asmadi yusoff

12/31/2010 03:43:00 PM | Author: asmadi yusoff

Kenapa Anda Perlu Melabur Emas dan Perak

Assalamualaikum,

Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda

" Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]”

Musnad Imam Ahmad

Berdasarkan Sunnah sesuatu itu hanya boleh dipanggil duit atau wang hanya apa bila ia mempunyi nilai berikut

1. Logam berharga atau komoditi yang bernilai (gandum, barli, kurma, garam, beras dll)
2. Mempunyai nilai dalaman (intrinsic)
3. Didalam Quran bila disebut wang, ia adalah dinar atau dirham

Didalam Surah Ali Imran Ayat 75, Allah berfirman :

"Diantara para ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ada orang yang bilamana diberi amanah sebongkah emas (harta yang banyak), ia akan segera membayarkan kembali kepadamu; dan ada pula diantara mereka orang yang bila diamanatkan kepadanya sekeping wang emas (satu dinar), tidaklah mereka mengembalikannya kepadamu kecuali bila kamu menagihnya secara terus-menerus, karena mereka ini berkata, “Tidak ada dosa bagi kami mengkhianati dan mengambil harta orang-orang bodoh.” Dan mereka itu berdusta terhadap Allah padahal mereka mengetah"

Didalam surah yang lain, Surah Yusof Ayat 20, Allah berfirman :

"Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya."

Kalau dilihat dari segi kewangan pulak, pelaburan di dalam bentuk emas dan perak mempunyai kelebihan berikut :-

1. Harga yang sentiasa meningkat untuk jangka masa panjang

2. Mudah untuk diperniagakan serta diterimas serata dunia

3. Nilai yang dalaman dan tahan lasak

4. Terhindar daripada manipulasi kewangan menjadinya lebih stabil

5. Dengan niat yang betul, beroleh pahala disamping meningkatkan status kewangan kita
|
Asas Sistem Matawang Kertas adalah Riba?
12/31/2010 03:41:00 PM | Author: asmadi yusoff

Asas Sistem Matawang Kertas adalah Riba?

Bermula pada tahun 1971, matawang US Dollar sudah tidak disandarkan kepada emas. Maka matawang dunia (termasuk Ringgit Malaysia) yang lain yang bersandarkan kepada US Dollar secara automatik tidak bersandarkan kepada emas. Jadi nilai matawang sekarang bersandarkan kepada APA? Jawapannya adalah HUTANG negara. Jadi apabila berdasarkan kepada HUTANG, negara perlu membayar interest/riba atas hutang ini. Apa kesannya? Ia akan menghasilkan INFLASI atau susut nilai matawang. Nilai RM10 sekarang adalah lebih rendah nilai daripada pada 1 atau 2 atau 3 tahun dahulu.

Harga barangan semakin meningkat? Adakah ini sebab sebenarnya atau nilai duit yang semakin susut?

Kalau difikirkan bukan sekadar sistem perbankan itu adanya riba, malahan sistem matawang itu sendiri asasnya adalah riba.

Inilah tanda-tanda akhir zaman yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW di hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya". Riwayat Ibnu Majah

Apakah tindakan kita dalam hal ini? Adakah sekarang menerima sahaja tanpa melakukan apa-apa usaha?

Allah berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 275

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya."

Perjalanan masih jauh untuk mengembalikan keseluruhan sistem kewangan yang tidak berasaskan riba. Walau bagaimana jalankan tangungjawab kita dalam mengembalikan kefahaman sahabat handai kita, kaum keluarga kita kepada sistem matawang alternatif yakni emas dan perak / dinar & dirham. Matawang yang tidak ada istilah INFLASI. Satu dirham di zaman Rasulullah SAW dapat membeli seekor ayam, samalah sekarang satu dirham (RM18) masih dapat membeli seekor ayam. Di zaman itu, satu dinar dapat membeli seekor kamping dewasa, di zaman sekarang pun satu dinar (RM630) masih dapat membeli seekor kamping dewasa.

Kepada yang berminat untuk memahami secara lebih lanjut tentang sistem matawang kertas ini, silalah lihat dokumentari dibawah ini :-

Untuk perbincangan dan bertukar-tukar pandangan sila hubungi saya seperti email dibawah.

ASMADI MD YUSOFF
0199809816
AUTHORISED DEALER OF PGOLD

|
Perbandingan Antara Pelaburan Emas dan Perak
12/31/2010 03:35:00 PM | Author: asmadi yusoff

Perbandingan Antara Pelaburan Emas dan Perak

Melihat kepada kenaikan harga komoditi ini, saya hanya ingin mengulas mengenai perbandingan antara peningkatan nilai untuk emas dan perak. Walau bagaimana pun, sesuatu yang patut kita perhatikan adalah, semua barang komoditi naik, inilah kesan daripada sistem ekonomi yang kita ada sekarang (wang kertas / fiat money), selagi mana kita tidak berbalik kepada sistem yang berasaskan kepada emas & perak, harga barangan akan terus naik. Perlu diingat, kenaikan harga komoditi mempunyai kesan yang amat rapat dengan kehidupan seharian kita.

Berbalik kepada emas dan perak, peningkatan nilai untuk emas (bandingan antara Januari 2009 sehingga sekarang) adalah 47%. Perak pula pada masa yang sama, naik sebanyak 93%. Hal ini sangat konsisten dengan hasil kajian & penulisan pakar-pakar yang mengatakan bahawa, harga perak sekarang adalah dibawah nilainya yang sebenar. Sekiranya anda ingin membaca lebih

Melihat kepada situasi ini, apa tindakan anda sekarang ? Melihat sahaja atau mula untuk melabur di dalam logam perak ? Pilihan berada ditangan anda :)
|
MY BUSINESS CARD AUTHORISED DEALER
12/31/2010 03:25:00 PM | Author: asmadi yusoff
info ZAKAT
12/31/2010 02:09:00 PM | Author: asmadi yusoff

Info Zakat
Zakat

DARI SEGI BAHASA

Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH¨, "SUCI¨, "SUBUR¨, "BERKATI¨ dan "BERKEMBANG¨

Pengertian "BERSIH¨ dan "SUCI¨ dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
2. Membersihkan diri pembayar zakat.
3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
5. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
7. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
9. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
SIAPA YANG WAJIB ?

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:

1. Islam Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
2. Merdeka Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
3. Sempurna Milik Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
4. Hasil Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat Para Fuqaha¡¦ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai ¡§Mal Mustafad¡¨ iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
5. Cukup Nisab Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
6. Cukup Haul Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
APAKAH HARTA YANG WAJIB DIZAKATKAN ?
Ada 2 jenis zakat iaitu:

„h Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
„h Zakat Harta Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut: 1. Zakat Pendapatan 2. Zakat Perniagaan 3. Zakat Binatang Ternakan 4. Zakat Pertanian 5. Zakat Wang Simpanan 6. Zakat Emas dan Perak 7. Zakat Saham 8. Zakat Ma¡¦adin, Kunuz dan Rikaz *
***
Ma¡¦adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

SAMA SAMALAH KITA MEMBAYAR ZAKAT APA SEKALIPUN DEMI UNTUK PERPADUAN UMMAH

ASMADI MD YUSOFF

|
Peluang Keemasan Memiliki Jongkong DAN Dinar Emas
12/31/2010 11:54:00 AM | Author: asmadi yusoff

Peluang Keemasan Memiliki Jongkong & Dinar Emas

MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa yang panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh dalam jangkamasa yang panjang.
4. Aset yang terunggul.
5. Tidak boleh dimanipulasikan.
6. Emas boleh digadai di Ar-Rahnu jika memerlukan wang segera.
7. Sebagai pelaburan kerana keuntungan dari kenaikan emas dalam jangkamasa panjang iaitu 20-30% setahun.
8. Lebih menguntungkan dari pelaburan lain seperti amanah saham, Unit Trust & sebagainya.

PERBANDINGAN HARGA DINAR EMAS (916)

KENAIKAN HARGA EMAS 12.5% DALAM MASA 2 BULAN !!!!
Menarik kan !!!! Hanya beli, simpan & jual semula ketika harga emas naik...

GRAF KENAIKAN HARGA EMAS SETAHUN

GRAF KENAIKAN HARGA EMAS 5 TAHUN

HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN EMAS ANDA?? LOCK HARGA DAN DEPOSIT DIPERLUKAN JIKA BERMINAT

ASMADI MD YUSOFF
AUTHORISED DEALER
0199809816
YM>>AMYEDDY06
FB>>AMYGOLD YUSOFF

|

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us