WELCOME

default
 - Comments Off

SATU BULAN SATU DINAR

Memandangkan kite hampir berada di penghujung bulan April, saya ingin berkongsi tips untuk menyimpan Wang. Ini merupakan antara azam saya bagi tahun 2011 iaitu saya nak simpan satu bulan satu dinar!!!

Mungkin ade yang Akan bertanya mengapa simpan dinar (emas), mengapa tak simpan duit je dalam bank? Ini adalah alasan saya.....

1) Katakan kita secara bulanan mendapat gaji....Dan duit gaji tu digunakan untuk bayar sewa rumah, kereta, makan-minum perbelanjaan sampingan.....

2) Setelah semua perbelanjaan diatas dibuat, kemungkinan akan ada baki yang biasanya duit lebihan....selalunya kita Akan biarkan duit itu berada dalam bank...

3) katakan purata duit lebihan dari gaji adalah RM 700.00 sebulan, genap setahun duit dalam Bank itu akan menjadi RM 8400.00 (RM 700x12)

4) Harus diingat , sistem kewangan di serata dunia dibelunggu oleh inflasi....termasuk ringgit. katakan purata di Malaysia secara tahunan dianggarkan 5% setahun ( saya percaya inflasi di Malaysia lebih tinggi!!!)

5) Maka wang kertas yang disimpan di Bank itu akan mengalami susut nilai disebabkan oleh inflasi sebanyak RM 420 (RM 8400 x 5%) Tidakkah ini merugikan kita? Jika inflasi yang berlaku lebih tinggi dari 5%, anda bole bayangkan berapa banyak kite sudah rugi??? Jadi fikir-fikirkan....

6) Maka itu, adalah digalakkan jika anda tukarkan Wang simpanan (lebihan dr gaji) sebanyak RM 700 itu kepada dinar. Cukuplah kita menyimpan 1 dinar satu bulan....tapi kalau ada lebihan yang banyak tak salah untuk menyimpan lebih dare satu dinar!!

7) Bagaimana dengan menyimpan dinar ini menguntungkan? Dinar merupakan emas (916). Purata kenaikan emas sebulan dianggarkan 2% sebulan ataupon setahun sekitar 24-28% setahun! Jadi, sekiranya setiap bulan anda menyimpan sebanyak satu dinar, anggaran keuntungan di akhir tahun mampu menjangkau lebih dari RM 1800!! Tidakkah ini meguntungkan?? 

8) Mungkin juga ada yg bertanya tak salah kalau lebihan duit itu tadi disimpan di ASB? Jawapan saya betul, anda boleh! Tapi berapa yang akan dapat? (rm8400x8.5%) Sekitar rm700...tetapi saya percaya jumlah itu Akan jadi lebih sedikit kerana anda meyimpan secara bulanan, justeru ia dikira secara purata. Cuba lihat contoh kenaikan di bawah. Hanya sebulan sahaja kenaikan telah berlipat ganda.

Public Dinar Daily Price

DinarPG SellPG Buy
1 dinarRM 708.00RM 666.00
5 dinarRM 3526.00RM 3332.00
10 dinarRM 7022.00RM 6671.00
Last updated 30/07/11 10:30 PM

PUBLIC SILVER LIVE PRICE

(Last updated 30/07/11 10:30 PM)
 PG SellPG Buy
250 gramRM 1,229.00RM 1,045.00
500 gramRM 2,457.00RM 2,088.00
1 kilogramRM 4,915.00RM 4,178.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
9) kesimpulannya, jika and a diberi peluang untuk mendapat RM 1800 vs RM 700, mana satu yang Akan anda pilih?? Tepuk dada tanyalah selera.

10) sekiranya anda ingin mendapat maklumat lanjut, sila hubungi saya di 0199809816.....saya sedia berkongsi pengalaman. 

Kenapa Public Gold Pilihan Saya

Post kali ni saya nak berkongsi mengapa emas Public Gold menjadi pilihan saya. Post ini saya tulis berdasarkan pengalaman membeli emas dan perak dengan Public Gold, dan bole dijadikan panduan kepada anda diluar sana untuk memulakan pelaburan bersama Public Gold.

Antara sebab kenapa emas Public Gold menjadi pilihan saya ;

1) Pertama adalah emas Public Gold sudah mendapat kebenarandari BANK NEGARA MALAYSA (BNM) untuk mengilang, mencetak dan menjual kepada pelanggan2. Justeru tiada sebarang keraguan untuk melakukan pelaburan bersama Public Gold.. Tidak seperti sebelum ini, terdapat banyak kes2 yang berlaku melibatkan skim cepat kaya serta menjual emas palsu.AWAS..... 

2) selepas meneliti latar belakang syarikat (clearance dari BNM) saya mula melihat dari segi keuntungan pelaburan. Sebagai seorang pelabur, memandangkan Public Gold menjual emas berdasarkan perubahan harga jual dan beli (we sell dan we buy) petunjuk ini adalah sangat penting untuk menjana keuntungan. Perbezaan harga we sell dan we buy atau di panggil "spread" bagi emas adalah sekitar 5-6% manakala bagi perak adalah sekitar 15%. 

3) Harga emas Public Gold sentiasa berubah2 setiap 20 minit. Ini memudahkan kita untuk lock harga berbanding jika anda membeli emas di kedai emas ataupun dengan mana2 pengedar emas yang meletakkan harga static (harga berubah sebulan sekali).Order boleh dibuat secara Telefon atau SMS. Anda bole menghubungi saya untuk membuat order.

4) Sekiranya anda membuat belian RM 20,000 keatas, anda layak bergelar dealer! Dengan belian RM 20000 ini anda akan diberi komisyen sebanyak 1% daripada belian anda (sekitar RM 200.00) dan akan dibayar pada bulan berikutnya pada 20hb.

5) Stock emas PG sentiasa ada. Anda tidak perlu untuk menunggu lama selepas membuat order dan bayaran. Pihak Public Gold akan mengeluarkan notis pengambilan stock setiap awal bulan dan pengambilan stock bole diambil hampir di SETIAP negeri di Malaysia. 

6) Emas Public Gold diterima untuk tujuan pajakan di Agro Bank dan Bank Rakyat serta di koperasi2 tertentu.

7) Public Gold menyediakan seminar percuma kepada mereka2 yang baru dalam dunia pelaburan emas ini...sila semak di website Public Gold (www.Publicgold.com.my) untuk melihat list seminar bulanan.

default
 - Comments Off

Riba Is A Crime

RIBA IS A CRIME NO MORE IGNORANCE [2:275]
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”
Kitab : Al-Quran Juzuk : 1Surah : AL-BAQARAH  No. Surah : 2 
Ayat : 275

default
 - Comments Off

RAHSIA EMAS

Emas digunakan bukan sahaja sebagai pelaburan tetapi untuk kegunaan penting lain!
Tahukah anda bahawa emas merupakan konduktor elektrik yang amat baik? Amat baik sehinggakan ianya menjadi pilihan pertama untuk syarikat untuk membawa tenaga elektrik kecil dan tidak berkarat (tembaga, walaupun baik, akan berkarat).
Sejumlah emas yang kecil digunakan dalam setiap alat elektronik yang sofistikated. Termasuklah telefon bimbit anda, kalkulator, Personal Digital Assistant (PDA), Global Positioning System (GPS), dan pelbagai alat elektrik yang kecil lain.
Dengan kata lain…
Lebih banyak teknologi ditemui, lebihbanyak kegunaan emas!
Cuba lihat di sebelah kanan sekali. Perubahan permintaan berlaku antara tahun 2009 dan 2010 adalah sebanyak 43%.
Lebih banyak kegunaan emas, lagi banyak orang beli emas. Dan apa akan jadi? Harga emas akan naik gila-gila lagi. Dan ini HANYALAH salah satu sebab pertama mengapa anda perlu beli emas hari ini juga (sebelum harga secara tiba-tiba naik). Di bawah, anda akan melihat 7 lagi sebab mengapa anda perlu beli emas sekarang juga.
Emas akan mencapai tahap baru dalam harganya, mencecah sehingga $1,600 setiap ounce. Perak akan melonjak daripada harganya sekarang iaitu bawah $30 setiap ounce kepada $35. Dan minyak akan melepasi tahap kekangan, mencapai $100 setiap tong sekali lagi.- Richard Band
Editor, Profitable Investing
Harga emas telah meningkat sebanyak EMPATKALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini hanyalah permulaan kepada peningkatan MELAMPAU emas.7 KUASA BESAR akan menolak emas
sehingga mencapai harga $1,900
Kita biasa mendengar inflasi meningkatkan harga emas. Apabila inflasi meningkat, pelabur akan terburu-buru membeli emas. Tapi di negara kita inflasi berada pada kadar 2.0% sejak Oktober 2010. Tetapi emas tetap meningkat. Kenapa?
Sejak berada pada tahap terendah pada 2001, harga emas telah meningkat hampir 300% dan dua kali mendekati harga $1000. Apabila kerajaan mengumumkan mini bajet pada tahun 2009, ramai berpusu-pusu membeli emas. Mereka percaya emas boleh membantu mereka apabila harga-harga barang melambung naik kerana emas secara umumnya stabil harga dan hampir pasti meningkat.
Tapi itu hanyalah salah satu sebab kenapa harga emas meningkat. Harga emas meningkat mendadak adalah atas sebab-sebab lain.
Dengan China mengawal 97% daripada pasaran besi bumi (rare earth metals), permintaan akan melepasi penawaran tidak lama lagi. Syarikat perlombongan berlumba-lumba membuka lombong besi bumi.
- Early to Rise Investor’s Edition
Sebab Emas #1: Pengeluaran Emas
Tahunan Berkurang
Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumber semakin kurang dan kualiti semakin menurun.
Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali  – menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.
Seperti yang anda lihat di atas, kemuncak pengeluaran emas berlaku pada tahun 2001, dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit…
China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku… harga emas akan panik dan naik mendadak!
Sebab Emas #2: Emas Makin Susah Dicari!
Semakin sedikit penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik. Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar, syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang merbahaya dari segi geografi dan politik.
Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243 setiap oz… ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka mendapat apa-apa!
Apabila emas makin susah dicari… emas yang ada sekarang semakin bernilai… dan sesiapa yang memegangnya sekarang… boleh mendapat untung yang amat besar selepas ini…
Sebab Emas #3: Permintaan
Pelaburan Untuk Emas
Institusi pelaburan besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat peruntukan  yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi 1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang ramai.
Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.
Dalam ayat World Gold Council sendiri…
Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.
Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka mahukan emas — dan mahukannya cepat!
Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya… semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!
Sebab Emas #4: Bank Pusat
Sibuk Membeli Emas!
Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah – termasuk IMF – sebanyak 400 tan sahaja.
Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran.
Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.
Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!).
Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.
Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga…
Sebab Emas #5: Gesaan Untuk Mata
Wang Berasaskan Emas
Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas – macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970.
Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka — meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.
Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.
Dengan kata lain – emas bakal menjadi “wang baru” untuk kebanyakan negara — terutama sekali negara-negara Islam.
Sebab Emas #6:Permintaan Emas Hangat Di
Asia
Dengan 2.5 bilion orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia. Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.
Tapi sekarang… China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak…secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.
Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?
Harga emas akan meningkat lagi.
Sebab Emas #7: Emas Di Dalam Secular Bull Market
Hargaa emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita melihat harga mendadak naik dalam harga emas.
Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas, membuatkan teknologi “bubble” (pada tahun 1998-2000) dan housing “bubble” (2007-2010) nampak kecil berbanding “bubble” emas yang akan berlaku.
Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.
Bilakah Keadaan Ekonomi Akan Kembali Buruk? Satu Jawapan: Tiada Siapa Tahu.
Apabila anda bertanya kepada 10 pakar ekonomi. Anda mendapat 10 jawapan berbeza. Mereka akan berbalah, mengeluarkan teori pelbagai tentang keadaan ekonomi. Tapi ada satu perkara yang pasti: tiada siapa tahu bila keadaan ekonomi akan buruk.
Duit Malaysia yang dikatakan kukuh mungkin diserang penyangak mata wang dan menyebabkannya jatuh kembali… walaupun ianya menggunakan “managed float” (dikenali sebagai dirty float sebagai pelabur). Ianya mungkin menyebabkan ramai orang berhenti melabur di Malaysia dan ekonomi semakin buruk.
Apabila ekonomi menjadi buruk, nilai wang makin rendah dan harga barang makin tinggi, anda boleh menjual emas yang telah anda pegang sebagai sumber kewangan apabila sumber kewangan anda sekarang tidak memberi kuasa membeli sebanyak yang anda perlukan.
Harga makanan di Kelantan sebagai contoh, ada yang sudah naik. Ada yang menyatakan ketiadaan barang sebagai alasan menaikkan harga. Dan ianya mungkin akan menjadi lebih buruk.
Sejarah Membuktikan Berkali-kali Bahawa Emas Pelaburan Terbaik…
Contohnya pada awal tahun 1988, harga emas pada 1 Januari adalah lebih kurang 480 dollar US. Tapi pada 1999, harga emas pada akhir tahun hanyalah lebih kurang 288 dollar US. Tapi kalau kita pergi kepada awal 2011, harga emas sudah mencecah 1375.90 untuk satu oz.
Harga emas pada 1 Januari hanyalah 480 dollar/oz. Jatuh kepada 425 dollar/oz pada 1 Disember.
Harga emas sehingga 1414.60 dollar/oz. Peningkatan 3 kali ganda berbanding harga 1988.
Emas akan turun dan naik tetapi ianya akan sentiasa bernilai untuk kegunaan manusia…
Ya… tiada pasaran yang bergerak dengan garis lurus. Tapi siapa yang fikir harga emas takkan melonjak lagi perlu minum kopi dahulu. Walaupun emas meningkat sebanyak 20.9% tahun lepas – itu hanyalah kecil berbanding peningkatan yang akan berlaku selepas ini. Dan ianya mungkin berlalu cepat sehingga semua yang ingat emas akan jatuh merudum – tertinggal di belakang (dan anda tersenyum hingga ke bank!).
2011 ialah masa terbaik untuk membeli emas. Percaya atau tidak, lebih banyak orang melepaskan emas sekarang, lebih baik anda beli sekarang kerana mereka ingat masa pegang emas sudah berakhir.
Tapi, seperti yang anda tahu… itu bukan kesnya!
Beli Emas Sekarang, Sebelum Harga Terlalu Mahal Untuk Anda Dapatkannya…
Apabila saya melihat ramai orang mula menjual emas yang telah mereka beli, saya berasa gembira. Ini menunjukkan ramai orang ingat harga emas akan turun dan menjual emas yang mereka ada. Mereka tidak mengetahui 7 perkara yang telah saya sebutkan sebelum ini kepada anda.
Lebih ramai orang menjual, lebih rendahlah harganya… walaupun keperluan emas semakin meningkat setiap hari. Mereka tidak tahu apa yang anda tahu mengenai emas.
Jika anda membeli sekarang, anda akan melihat harga akan naik dan turun. Anda tidak perlu takut dengan peningkatan dan penurunan tersebut. Anda hanya perlu beli emas sedikit demi sedikit, semampu yang anda boleh. Jika anda perlukan wang kertas, anda boleh sahaja mengadai emas tersebut ketika harga rendah atau menjual emas tersebut ketika harga tinggi, semua bank dan kedai emas akan menerima emas anda tanpa banyak soal !! memang hebat produk bernama EMAS ni !! Simpan dapat untung, jual pun dapat untung !!
Dengan ini, anda boleh melindungi aset anda daripada semua benda yang menyebabkan wang ringgit jatuh. Seperti yang saya katakan, emas ialah anti-inflasi jadi nilai emas tidak akan turun.
 
Perhatikan CARTA HARGA EMAS DUNIA di atas,harganya sentiasa naik dan terus naik, Beli sekarang sebelum harganya terus mahal..dan semakin mahal..sehingga pada suatu hari anda akan berkata “kalaulah aku beli emas tahun lepas..”
Manfaat Anda Dapat Jika Beli Emas Fizikal Daripada Saya
Jika anda membeli emas fizikal daripada saya,saya akan membongkarkan kepada anda teknik-teknik memanipulasi emas yang digunakan oleh pelabur-pelabur emas di malaysia sehingga mendapat keuntungan yang maksimum. Anda juga akan diletakkan dalam senarai pendek klien saya di mana hanya mereka sahaja akan mengetahui maklumat-maklumat terkini mengenai pasaran emas yang saya kumpulkan untuk mereka.
Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada mereka. Maklumat ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan pelaburan anda bersama saya dan anda tidak perlu terburu-buru mencari maklumat yang tidak berkualiti daripada luar. Banyak maklumat di luar sana adalah misleading dan boleh menyebabkan anda rugi besar.
Disebabkan komitmen tersebut,Saya hanya menawarkan perkhidmatan ini kepadasejumlah klien yang kecil sahaja. Ini bertujuan memberi saya peluang sepenuhnya untuk memberi servis yang terbaik kepada klien saya,Jika kuota saya sudah penuh, saya terpaksa menolak klien baru yang datang kepada saya.
Jika anda berminat untuk membeli emas sekarang, anda boleh klik link  tempahan di bawah. Anda juga akan mempelajari teknik-teknik perlaburan emas dan jika anda amalkan,ia akan mendapat keuntungan 30%,40% bahkan 60% pelaburan emas anda.
Ingat: selamatkan harta anda daripada krisis-krisis ekonomi yang akan berlaku… kerana tidak ada sesiapa tahu bila ianya akan datang…
Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) [untuk digunakan]
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

default
 - Comments Off

Pelaburan yang bijak?

Another Sharing is caring edition…. Happy reading!!! :)
Cuba perhatikan brochure yang saya ambil dari sebuah bank tempatan yang menawarkan skim pinjaman untuk membeli ASB.
Keuntungan dan bonus tahunan ASB semakin menurun saban tahun. Tahun 2010 ? Kadar keuntungan dan bonus tahun 8.55%  (Penglipuremas: update terkini, tadi baru diumumkan dividen + bonus ASB = 8.75% SETAHUN)  Ini belum dicampur kadar inflasi. Sila lihat graf di bawah berkenaan inflasi. Apa yang selalu kita dengar adalah sekitar 3.5-4% setahun di Malaysia. Tetapi graf dibawah menunjukkan kadar 7.7%

Berapa kadar zakat bagi orang-orang Islam ? 2.5% setahun betul tak ? Kepada golongan rakyat marhean yang mengambil fatwa mengatakan ASB harus, perlulah ingat untuk membayar zakat juga. Ok kita buat kesimpulan berdasarakan graf-graf dan kadar di atas.
Kenaikan ASB 8.55%
Inflasi 4% atau nak ambil 7.7% ? Pilih sendiri .... (Penglipuremas: Saya pilih 7.7%!! ntah2 tinggi lagi… BULAN NI (DISEMBER 2010) saja dh ada beberapa KENAIKAN TERBARU… petrol, gas, diesel, gula, susu, kicap kipas udang, kelapa parut>> ni yg saya dpt detect la…yg x dpt detect?? HUHHH!!!)
Zakat 2.5%.
Kadar faedah bank 4.65% setahun
Kira keuntungan anda
ASB (8.55%) - Inflasi(4%) - Zakat(2.5%) - Faedah bank (4.65%) = Jumlah keuntungan anda ( -2.6%)
Keuntungan anda adalah negatif 2.6 (-2.6%) setahun. Pelaburan bijak ke ni ? Kita ada akal yang cukup cerdas untuk memikirkan soal ini.
Banding dengan graf emas ini :

Kenaikan harga emas adalah sehingga 40% setahun sejak sepuluh tahun yang lalu.
10 gramRM 1,741.00RM 1,602.00
20 gramRM 3,450.00RM 3,243.00
50 gramRM 8,585.00RM 8,113.00
100 gramRM 17,089.00RM 16,235.00
250 gramRM 42,521.00RM 40,608.00

CURRENT PRICE PUBLIC DINAR

DinarPG SellPG Buy
1 dinarRM 708.00RM 666.00
5 dinarRM 3526.00RM 3332.00
10 dinarRM 7022.00RM 6671.00
Last updated 30/07/11 9:50 PM

CURRENT PRICE PUBLIC SILVER

(Last updated 30/07/11 9:50 PM)

Andaikan anda membeli 100 gram pada tahun 2001:

Tahun 2001 – RM3,600
Tahun 2002 – RM4,460
Tahun 2003 – RM5,395
Tahun 2004 – RM5,678
Tahun 2005 – RM6,614
Tahun 2006 – RM7,611
Tahun 2007 – RM9,492
Tahun 2008 – RM10,289
Tahun 2009 – RM12,547
Tahun 2010 – RM14,087
Tahun 2011 - RM 17,000.00

Anda buatlah pilihan bijak sendiri.

default
 - Comments Off

Emas pengganti duit raya?

Gary Joseph menunjukkan sebahagian koleksi perhiasan emas termasuk kepingan emas yang boleh dijadikan pengganti duit raya di Kuala Lumpur, baru-baru ini .

PUTRAJAYA 29 Ogos - Tradisi pemberian duit raya sempena Hari Raya Aidilfitri mungkin patut diubah kepada pemberian kepingan emas (gold bar) yang mampu memberi keuntungan pada masa akan datang.

Pengurus Besar Habib Jewels Sdn. Bhd. (Bahagian Jualan Persendirian), Gary Joseph berkata, pelaburan logam berkenaan amat menguntungkan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini harganya tidak pernah merosot.

"Lebih baik berikan kepingan emas berbanding wang tunai kerana ia boleh disimpan dan dijual pada bila-bila masa dengan harga yang lebih tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, amalan ini telah diamalkan di kalangan kaum Cina yang memberikan angpow dalam bentuk kepingan emas.

Menurut Gary, Habib Jewels kini menawarkan pembelian kepingan emas yang berbeza dengan apa ditawarkan oleh bank di negara ini.

Syarikat itu membenarkan pembeli membawa pulang kepingan emas terbabit dan mereka boleh menggadainya semula di mana-mana kedai emas ataupun Ar-Rahnu bagi mendapatkan wang tunai.

"Kebanyakan bank tidak benarkan pelanggan bawa pulang emas terbabit, pelanggan beli dan hanya simpan resit pembelian atau buku bank, dan penjualan emas berkenaan hanya terhad kepada itu sahaja," katanya.

Tambah Gary, Habib Jewels menawarkan kepingan emas dengan berat minimum lima gram sehingga sekilogram.

Ia ditawar mengikut harga pasaran emas semasa dan ketika ini Habib Jewels menjual kepingan emas jenama Pamp Suisse pada harga sekitar RM145 segram.

Menurut Gary, emas adalah sumber pelaburan yang tidak pernah menghampakan pelaburnya untuk meraih keuntungan.

Katanya, walaupun harga emas ketika ini mengalami pembetulan namun ia masih stabil dan dijangka terus meningkat kira-kira lima peratus menjelang November ini.

"Ketika krisis ekonomi yang lalu, harga emas melonjak sehingga 30 peratus tetapi sekarang ia kian stabil dan mampu memberi pulangan pelaburan sekitar lima peratus hingga lapan peratus.

"Ini adalah masa terbaik untuk membeli emas sama ada emas fizikal ataupun barang kemas kerana harganya kompetitif namun mampu memberi pulangan pelaburan pada masa akan datang," ujarnya.

Apa yang menarik mengenai pelaburan emas, harganya akan naik mendadak didorong oleh beberapa faktor luaran yang negatif seperti ketidaktentuan ekonomi, kelembapan pasaran kewangan dan peningkatan harga minyak, jelasnya.

Tambah beliau, sekiranya, faktor-faktor ini menunjukkan trend positif, harga emas akan terus stabil tetapi ia belum pernah jatuh menjunam dan merugikan pelabur-pelaburnya.

"Apabila berlaku ketidaktentuan ekonomi terutama pasaran global, orang ramai akan mula membeli emas kerana mereka yakin harga emas tidak akan jatuh dan mereka tidak akan mengalami kerugian," katanya.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Habib Jewels mempromosikan kempen 'Rantaian Kasih' yang mana pelanggan boleh mendapat diskaun terbaik bagi barang-barang kemas yang dijualnya.

Pada tahun ini, Habib Jewels membuka ruang pameran di hadapan kedainya di pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya selama sebulan bagi tujuan promosi 'Rantaian Kasih'.

Dijangkakan seramai 24,000 pelanggan akan mengunjungi ruang pameran berkenaan.

default
 - Comments Off

Membudayakan jihad bisnes

‘‘JIHAD bisnes akan menyedarkan kita bahawa kita berjuang bukan untuk peribadi. Kita mempunyai ramai ahli korporat yang berjuang, menerajui syarikat besar untuk kerajaan dan masyarakat. ‘‘Sebenarnya orang Melayu tidak lemah dalam ekonomi tetapi individu Melayu.’’

Penegasan itu dilontarkan tokoh korporat, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang berlangsung kira-kira dua jam.

Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp itu yakin, konsep jihad melalui bisnes amat penting untuk memastikan taraf ekonomi Melayu dan Islam berkembang.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia NORAINI ABD. RAZAK dan AINUL ASNIERA AHSAN, Muhammad Ali berkali-kali menekankan peri pentingnya jihad bisnes menjadi landasan pembangunan ekonomi ummah.

Ini kerana menurut Pengerusi KFC Holdings (Malaysia) Berhad, menerusi konsep jihad bisnes umat Islam akan ‘bermati-matian’ membangunkan perniagaan dan mengetepikan elemen ‘hak milik peribadi’.

Katanya, apabila sesuatu harta itu menjadi milik orang ramai, maka usaha memajukannya akan dilaksanakan beramai-ramai dan keuntungannya akan dipulangkan kepada masyarakat dan akhirnya membawa kesejahteraan kepada umat Islam itu sendiri.

MINGGUAN: Selepas berjaya menakluki pasaran India, apakah fokus KFC Holdings Malaysia Bhd. pada masa depan?

TAN SRI ALI HASHIM: Kita masih mahu memberi fokus untuk mengambil alih KFC Amerika Syarikat. Halalkan semua KFC di seluruh dunia, itu baru jihad bisnes. Keuntungan kita gunakan untuk kebaikan, kemakmuran rakyat.

Ramai yang skeptikal mampukah, KFC Malaysia berbuat demikian?

ALI HASHIM: Hasrat dan cita-cita memang hendak menguasai semua yang ada. Tetapi soalnya sama ada kita berjaya atau tidak. Di situ timbul kemahiran, pengurusan, kebolehan dan keupayaan. Bisnes bermakna membawa manfaat. Pelanggan kalau tidak mendapat manfaat, dia tidak akan datang. Pelanggan, pengguna dan pembeli mengibaratkan penggunaan duit mereka seperti mengundi. Kalau kita tidak memberi mereka manfaat daripada produk kita seperti kualiti tidak bagus, mereka akan akan pergi ke tempat lain. Mereka akan meninggalkan KFC, pergi ke gerai nasi lemak, makanan mamak, ke tempat lain. Kita bertuah kerana ada jenama dan didukung oleh pengurusan Yum! di Amerika Syarikat (AS) yang sudah mempunyai sistem dan operasi yang teguh, digabung pula dengan jihad bisnes, ia sudah menjadi formula kejayaan KFC. Sejak Kulim Bhd. (Kulim) mengambil alih KFC Malaysia, dua tahun berturut-turut kita menjadi syarikat ‘top’ di Asia dan ia diiktiraf oleh AS mengalahkan Jepun, Thailand, Indonesia, Hong Kong dan Singapura.

default
 - Comments Off

JIHAD BISNES EMAS !

Adakah masih belum terdetik dihati anda untuk membeli emas, menyimpan emas ataupun menyertai perniagaan emas ?. Adakah anda masih tunggu dan lihat walaupun sudah yakin emas penyimpan kekayaan yang sebenar ?.

Saudara, hari ini bermula era baru dunia berikut serangan tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat menyerang sebuah negara Islam Libya yang kaya dengan MINYAK..Adakah kita masih selesa menenonton berita - berita ini ?. Saya merasakan cukup sedih, bagaimana dengan mudah sesebuah negara Islam yang maju dilanyak begitu mudah !.

Kemungkinan  negara Libya akan menjadi seperti negara Iraq dan juga Afghanistan hancur. Oleh itu buatlah persiapan menggukuhkan kedudukan ekonomi dan menyimpan kekayaan yang sebenar dengan menyimpan emas atau sertai segera bersama saya dalam menjalankan perniagaan emas, Jihad Bisnes Emas !.

Jihad Bisnes merupakan saranan yang dibuat oleh Tokoh Koporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim bagi meningkatkan ekonomi umat islam sebagaimana dalam siarkan dalam utusan online.

Klik untuk ke sumber

Lihat video ini.dan fikirkan lah..Hidup ini bukan sia - sia..

default
 - Comments Off

Emas Itulah Hartamu Yang Sebenarnya!

Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). 
[Ali Imran: ayat 14]
Maka, tersebutlah alkisahnya Seminar Dinar Emas yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya.
Langkah persatuan itu kena pada tempatnya. Saya tak sempat menghadiri seminar itu atas sebab-sebab tertentu. Moga acara seumpama ini akan dapat dijalankan daripada semasa ke semasa.
(Kepada mereka yang masih belum sedar, kita perlu beritahu bahawa dunia kita sedang berada di ambang krisis yang parah akibat sistem kapitalis. Dan, emas itu adalah antara dana penyelamat, aset bernilai masa depan!)
Saya fikir, adalah satu keperluan yang amat mendesak ke atas persatuan pelajar tersebut untuk mengadakan ‘follow-up’ ke atas para peserta bagi mendapatkan maklumbalas berhubung seminar tersebut. Ini syor pertama.
Dengan ini, persatuan itu dapat mengkaji di manakah kelemahan yang boleh mereka perbaiki dari semasa ke semasa.
Syor kedua, salinan kertas kerja itu perlulah dikaji atau kalau boleh dibukukan, dijilidkan untuk sebaran umum. Kita boleh cari mana-mana penerbit yang mungkin berminat menerbitkan hasil kajian, pemikiran dan cadangan yang dikemukakan oleh para pembentang kertas kerja di dalam seminar tempoh hari.
Setidak-tidaknya, seminar itu akan menyebabkan makin ramai pesertanya membeli emas, khasnya kalangan pelajar. Apabila wujud kesedaran membeli emas sebagai pelaburan dalam kalangan siswa, mungkin beban hutang PTPTN yang asalnya menjadi ‘liabiliti’ itu boleh diangkat sebagai aset.
Kalaulah seminar itu tidak menyebabkan keghairahan kepada pesertanya untuk membeli emas, barangkali ini petaka buruk yang bakal menimpa anak bangsa Melayu Islam dalam jangka masa panjang.
Kalau mahu diulas bab ini, panjang riwayatnya nanti. Tapi, memadailah kita katakan bahawa emas itulah harta kita yang sebenarnya jika mahu dibuat simpanan.
Petaka ke atas bangsa ini terjadi akibat kemiskinan. Kemiskinan itu adalah petaka besar dalam bangsa kita. Ini kerana kekuatan sesuatu bangsa itu diukur melalui sejauhmanakah aset yang mereka ada. Berdasarkan nas, dalil daripada Surah Ali Imran: ayat 14, harta-harta itu adalah..
Keluarga (anak-anak dan isteri), emas, perak, kuda peliharaan (kenderaan seperti kereta pada zaman ini); haiwan ternak termasuk kebun-kebun tanaman atau tanah ladang untuk bercucuk tanam.
Kedudukan emas di dalam al-Quran
Sekarang, marilah kita teliti tentang bagaimanakah kedudukan emas di dalam al-Quran itu? Berapa kalikah Allah s.w.t menyebutkan perihal emas itu di dalam al-Quran?
Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: “Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.”
Sesungguhnya orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. [Ali Imran: 91]
Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman.” [al-A'raaf: 148]
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad):” Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? [Surah Al-Isra': ayat 93]
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. [Surah Al-Kahfi: ayat 31]
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]
(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]
“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?” [Surah az-Zukhruf: ayat 53]
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”. [Surah: ayat 71]
Emas kekal sehingga ke akhirat!
Nampaknya emas dan perak ini berperanan juga di negeri akhirat kelak, sama ada dalam syurga atau neraka. Tuhan menyebut di dalam al-Quran betapa orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.
Dan hal ini mungkin juga hukuman bagi orang yang tidak membayar zakat atau mereka yang menggunakan emas, perak itu untuk menindas orang miskin, membeli hamba abdi dan menjatuhkan maruah wanita ke lembah pelacuran dan lainnya.
Manakala, bagi mereka yang beriman, dipakaikan gelang emas pada tangan mereka. Ia sesuatu yang diharamkan bagi lelaki di dunia ini, tetapi dihalalkan bagi mereka di akhirat kelak.
Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat dan ini menyebabkan harta itu berkitar semula kepada Muslimin dan dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.
Tidak disebutkan tentang duit ringgit, dollar Amerika, Rupee, Rupiah Indonesia, pesos Filipina atau New Shekels (ILS) di Israel.
Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak!
Bezanya, jika pemilik emas itu jahat, maka emas itu dibakar di neraka dan mereka disiksa dengan kepanasan emas yang telah dilebur oleh api neraka Jahanam itu.
Sebaliknya, mereka yang beramal soleh, pandai menggunakan harta itu dengan jalan yang betul dan diredhai Allah, maka emas itu akan dikembalikan kepada mereka di syurga kelak sebagai yang telah disebutkan Tuhan di dalam al-Quran tadi. Wallahu’alam..

7/30/2011 10:37:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
7/30/2011 10:31:00 PM | Author: asmadi yusoff

Riba Is A Crime

RIBA IS A CRIME NO MORE IGNORANCE [2:275]
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”
Kitab : Al-Quran Juzuk : 1Surah : AL-BAQARAH  No. Surah : 2 
Ayat : 275
|
7/30/2011 10:29:00 PM | Author: asmadi yusoff

7/30/2011 10:17:00 PM | Author: asmadi yusoff

Pelaburan yang bijak?

Another Sharing is caring edition…. Happy reading!!! :)
Cuba perhatikan brochure yang saya ambil dari sebuah bank tempatan yang menawarkan skim pinjaman untuk membeli ASB.
Keuntungan dan bonus tahunan ASB semakin menurun saban tahun. Tahun 2010 ? Kadar keuntungan dan bonus tahun 8.55%  (Penglipuremas: update terkini, tadi baru diumumkan dividen + bonus ASB = 8.75% SETAHUN)  Ini belum dicampur kadar inflasi. Sila lihat graf di bawah berkenaan inflasi. Apa yang selalu kita dengar adalah sekitar 3.5-4% setahun di Malaysia. Tetapi graf dibawah menunjukkan kadar 7.7%

Berapa kadar zakat bagi orang-orang Islam ? 2.5% setahun betul tak ? Kepada golongan rakyat marhean yang mengambil fatwa mengatakan ASB harus, perlulah ingat untuk membayar zakat juga. Ok kita buat kesimpulan berdasarakan graf-graf dan kadar di atas.
Kenaikan ASB 8.55%
Inflasi 4% atau nak ambil 7.7% ? Pilih sendiri .... (Penglipuremas: Saya pilih 7.7%!! ntah2 tinggi lagi… BULAN NI (DISEMBER 2010) saja dh ada beberapa KENAIKAN TERBARU… petrol, gas, diesel, gula, susu, kicap kipas udang, kelapa parut>> ni yg saya dpt detect la…yg x dpt detect?? HUHHH!!!)
Zakat 2.5%.
Kadar faedah bank 4.65% setahun
Kira keuntungan anda
ASB (8.55%) - Inflasi(4%) - Zakat(2.5%) - Faedah bank (4.65%) = Jumlah keuntungan anda ( -2.6%)
Keuntungan anda adalah negatif 2.6 (-2.6%) setahun. Pelaburan bijak ke ni ? Kita ada akal yang cukup cerdas untuk memikirkan soal ini.
Banding dengan graf emas ini :

Kenaikan harga emas adalah sehingga 40% setahun sejak sepuluh tahun yang lalu.
10 gramRM 1,741.00RM 1,602.00
20 gramRM 3,450.00RM 3,243.00
50 gramRM 8,585.00RM 8,113.00
100 gramRM 17,089.00RM 16,235.00
250 gramRM 42,521.00RM 40,608.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

CURRENT PRICE PUBLIC DINAR

DinarPG SellPG Buy
1 dinarRM 708.00RM 666.00
5 dinarRM 3526.00RM 3332.00
10 dinarRM 7022.00RM 6671.00
Last updated 30/07/11 9:50 PM

CURRENT PRICE PUBLIC SILVER

(Last updated 30/07/11 9:50 PM)
 PG SellPG Buy
250 gramRM 1,229.00RM 1,045.00
500 gramRM 2,457.00RM 2,088.00
1 kilogramRM 4,915.00RM 4,178.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Andaikan anda membeli 100 gram pada tahun 2001:

Tahun 2001 – RM3,600
Tahun 2002 – RM4,460
Tahun 2003 – RM5,395
Tahun 2004 – RM5,678
Tahun 2005 – RM6,614
Tahun 2006 – RM7,611
Tahun 2007 – RM9,492
Tahun 2008 – RM10,289
Tahun 2009 – RM12,547
Tahun 2010 – RM14,087
Tahun 2011 - RM 17,000.00

Anda buatlah pilihan bijak sendiri.
|
7/30/2011 10:11:00 PM | Author: asmadi yusoff
Emas pengganti duit raya?

Gary Joseph menunjukkan sebahagian koleksi perhiasan emas termasuk kepingan emas yang boleh dijadikan pengganti duit raya di Kuala Lumpur, baru-baru ini .

PUTRAJAYA 29 Ogos - Tradisi pemberian duit raya sempena Hari Raya Aidilfitri mungkin patut diubah kepada pemberian kepingan emas (gold bar) yang mampu memberi keuntungan pada masa akan datang.

Pengurus Besar Habib Jewels Sdn. Bhd. (Bahagian Jualan Persendirian), Gary Joseph berkata, pelaburan logam berkenaan amat menguntungkan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini harganya tidak pernah merosot.

"Lebih baik berikan kepingan emas berbanding wang tunai kerana ia boleh disimpan dan dijual pada bila-bila masa dengan harga yang lebih tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, amalan ini telah diamalkan di kalangan kaum Cina yang memberikan angpow dalam bentuk kepingan emas.

Menurut Gary, Habib Jewels kini menawarkan pembelian kepingan emas yang berbeza dengan apa ditawarkan oleh bank di negara ini.

Syarikat itu membenarkan pembeli membawa pulang kepingan emas terbabit dan mereka boleh menggadainya semula di mana-mana kedai emas ataupun Ar-Rahnu bagi mendapatkan wang tunai.

"Kebanyakan bank tidak benarkan pelanggan bawa pulang emas terbabit, pelanggan beli dan hanya simpan resit pembelian atau buku bank, dan penjualan emas berkenaan hanya terhad kepada itu sahaja," katanya.

Tambah Gary, Habib Jewels menawarkan kepingan emas dengan berat minimum lima gram sehingga sekilogram.

Ia ditawar mengikut harga pasaran emas semasa dan ketika ini Habib Jewels menjual kepingan emas jenama Pamp Suisse pada harga sekitar RM145 segram.

Menurut Gary, emas adalah sumber pelaburan yang tidak pernah menghampakan pelaburnya untuk meraih keuntungan.

Katanya, walaupun harga emas ketika ini mengalami pembetulan namun ia masih stabil dan dijangka terus meningkat kira-kira lima peratus menjelang November ini.

"Ketika krisis ekonomi yang lalu, harga emas melonjak sehingga 30 peratus tetapi sekarang ia kian stabil dan mampu memberi pulangan pelaburan sekitar lima peratus hingga lapan peratus.

"Ini adalah masa terbaik untuk membeli emas sama ada emas fizikal ataupun barang kemas kerana harganya kompetitif namun mampu memberi pulangan pelaburan pada masa akan datang," ujarnya.

Apa yang menarik mengenai pelaburan emas, harganya akan naik mendadak didorong oleh beberapa faktor luaran yang negatif seperti ketidaktentuan ekonomi, kelembapan pasaran kewangan dan peningkatan harga minyak, jelasnya.

Tambah beliau, sekiranya, faktor-faktor ini menunjukkan trend positif, harga emas akan terus stabil tetapi ia belum pernah jatuh menjunam dan merugikan pelabur-pelaburnya.

"Apabila berlaku ketidaktentuan ekonomi terutama pasaran global, orang ramai akan mula membeli emas kerana mereka yakin harga emas tidak akan jatuh dan mereka tidak akan mengalami kerugian," katanya.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Habib Jewels mempromosikan kempen 'Rantaian Kasih' yang mana pelanggan boleh mendapat diskaun terbaik bagi barang-barang kemas yang dijualnya.

Pada tahun ini, Habib Jewels membuka ruang pameran di hadapan kedainya di pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya selama sebulan bagi tujuan promosi 'Rantaian Kasih'.

Dijangkakan seramai 24,000 pelanggan akan mengunjungi ruang pameran berkenaan.
|
7/30/2011 10:06:00 PM | Author: asmadi yusoff
Membudayakan jihad bisnes

‘‘JIHAD bisnes akan menyedarkan kita bahawa kita berjuang bukan untuk peribadi. Kita mempunyai ramai ahli korporat yang berjuang, menerajui syarikat besar untuk kerajaan dan masyarakat. ‘‘Sebenarnya orang Melayu tidak lemah dalam ekonomi tetapi individu Melayu.’’

Penegasan itu dilontarkan tokoh korporat, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang berlangsung kira-kira dua jam.

Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp itu yakin, konsep jihad melalui bisnes amat penting untuk memastikan taraf ekonomi Melayu dan Islam berkembang.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia NORAINI ABD. RAZAK dan AINUL ASNIERA AHSAN, Muhammad Ali berkali-kali menekankan peri pentingnya jihad bisnes menjadi landasan pembangunan ekonomi ummah.

Ini kerana menurut Pengerusi KFC Holdings (Malaysia) Berhad, menerusi konsep jihad bisnes umat Islam akan ‘bermati-matian’ membangunkan perniagaan dan mengetepikan elemen ‘hak milik peribadi’.

Katanya, apabila sesuatu harta itu menjadi milik orang ramai, maka usaha memajukannya akan dilaksanakan beramai-ramai dan keuntungannya akan dipulangkan kepada masyarakat dan akhirnya membawa kesejahteraan kepada umat Islam itu sendiri.

MINGGUAN: Selepas berjaya menakluki pasaran India, apakah fokus KFC Holdings Malaysia Bhd. pada masa depan?

TAN SRI ALI HASHIM: Kita masih mahu memberi fokus untuk mengambil alih KFC Amerika Syarikat. Halalkan semua KFC di seluruh dunia, itu baru jihad bisnes. Keuntungan kita gunakan untuk kebaikan, kemakmuran rakyat.

Ramai yang skeptikal mampukah, KFC Malaysia berbuat demikian?

ALI HASHIM: Hasrat dan cita-cita memang hendak menguasai semua yang ada. Tetapi soalnya sama ada kita berjaya atau tidak. Di situ timbul kemahiran, pengurusan, kebolehan dan keupayaan. Bisnes bermakna membawa manfaat. Pelanggan kalau tidak mendapat manfaat, dia tidak akan datang. Pelanggan, pengguna dan pembeli mengibaratkan penggunaan duit mereka seperti mengundi. Kalau kita tidak memberi mereka manfaat daripada produk kita seperti kualiti tidak bagus, mereka akan akan pergi ke tempat lain. Mereka akan meninggalkan KFC, pergi ke gerai nasi lemak, makanan mamak, ke tempat lain. Kita bertuah kerana ada jenama dan didukung oleh pengurusan Yum! di Amerika Syarikat (AS) yang sudah mempunyai sistem dan operasi yang teguh, digabung pula dengan jihad bisnes, ia sudah menjadi formula kejayaan KFC. Sejak Kulim Bhd. (Kulim) mengambil alih KFC Malaysia, dua tahun berturut-turut kita menjadi syarikat ‘top’ di Asia dan ia diiktiraf oleh AS mengalahkan Jepun, Thailand, Indonesia, Hong Kong dan Singapura.
|
7/30/2011 09:58:00 PM | Author: asmadi yusoff

JIHAD BISNES EMAS !

Adakah masih belum terdetik dihati anda untuk membeli emas, menyimpan emas ataupun menyertai perniagaan emas ?. Adakah anda masih tunggu dan lihat walaupun sudah yakin emas penyimpan kekayaan yang sebenar ?.

Saudara, hari ini bermula era baru dunia berikut serangan tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat menyerang sebuah negara Islam Libya yang kaya dengan MINYAK..Adakah kita masih selesa menenonton berita - berita ini ?. Saya merasakan cukup sedih, bagaimana dengan mudah sesebuah negara Islam yang maju dilanyak begitu mudah !.

Kemungkinan  negara Libya akan menjadi seperti negara Iraq dan juga Afghanistan hancur. Oleh itu buatlah persiapan menggukuhkan kedudukan ekonomi dan menyimpan kekayaan yang sebenar dengan menyimpan emas atau sertai segera bersama saya dalam menjalankan perniagaan emas, Jihad Bisnes Emas !.

Jihad Bisnes merupakan saranan yang dibuat oleh Tokoh Koporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim bagi meningkatkan ekonomi umat islam sebagaimana dalam siarkan dalam utusan online.

Klik untuk ke sumber

‘‘JIHAD bisnes akan menyedarkan kita bahawa kita berjuang bukan untuk peribadi. Kita mempunyai ramai ahli korporat yang berjuang, menerajui syarikat besar untuk kerajaan dan masyarakat. ‘‘Sebenarnya orang Melayu tidak lemah dalam ekonomi tetapi individu Melayu.’’

Penegasan itu dilontarkan tokoh korporat, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang berlangsung kira-kira dua jam.

Lihat video ini.dan fikirkan lah..Hidup ini bukan sia - sia..
|
7/30/2011 09:38:00 PM | Author: asmadi yusoff

Emas Itulah Hartamu Yang Sebenarnya!

Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). 
[Ali Imran: ayat 14]
Maka, tersebutlah alkisahnya Seminar Dinar Emas yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya.
Langkah persatuan itu kena pada tempatnya. Saya tak sempat menghadiri seminar itu atas sebab-sebab tertentu. Moga acara seumpama ini akan dapat dijalankan daripada semasa ke semasa.
(Kepada mereka yang masih belum sedar, kita perlu beritahu bahawa dunia kita sedang berada di ambang krisis yang parah akibat sistem kapitalis. Dan, emas itu adalah antara dana penyelamat, aset bernilai masa depan!)
Saya fikir, adalah satu keperluan yang amat mendesak ke atas persatuan pelajar tersebut untuk mengadakan ‘follow-up’ ke atas para peserta bagi mendapatkan maklumbalas berhubung seminar tersebut. Ini syor pertama.
Dengan ini, persatuan itu dapat mengkaji di manakah kelemahan yang boleh mereka perbaiki dari semasa ke semasa.
Syor kedua, salinan kertas kerja itu perlulah dikaji atau kalau boleh dibukukan, dijilidkan untuk sebaran umum. Kita boleh cari mana-mana penerbit yang mungkin berminat menerbitkan hasil kajian, pemikiran dan cadangan yang dikemukakan oleh para pembentang kertas kerja di dalam seminar tempoh hari.
Setidak-tidaknya, seminar itu akan menyebabkan makin ramai pesertanya membeli emas, khasnya kalangan pelajar. Apabila wujud kesedaran membeli emas sebagai pelaburan dalam kalangan siswa, mungkin beban hutang PTPTN yang asalnya menjadi ‘liabiliti’ itu boleh diangkat sebagai aset.
Kalaulah seminar itu tidak menyebabkan keghairahan kepada pesertanya untuk membeli emas, barangkali ini petaka buruk yang bakal menimpa anak bangsa Melayu Islam dalam jangka masa panjang.
Kalau mahu diulas bab ini, panjang riwayatnya nanti. Tapi, memadailah kita katakan bahawa emas itulah harta kita yang sebenarnya jika mahu dibuat simpanan.
Petaka ke atas bangsa ini terjadi akibat kemiskinan. Kemiskinan itu adalah petaka besar dalam bangsa kita. Ini kerana kekuatan sesuatu bangsa itu diukur melalui sejauhmanakah aset yang mereka ada. Berdasarkan nas, dalil daripada Surah Ali Imran: ayat 14, harta-harta itu adalah..
Keluarga (anak-anak dan isteri), emas, perak, kuda peliharaan (kenderaan seperti kereta pada zaman ini); haiwan ternak termasuk kebun-kebun tanaman atau tanah ladang untuk bercucuk tanam.
Kedudukan emas di dalam al-Quran
Sekarang, marilah kita teliti tentang bagaimanakah kedudukan emas di dalam al-Quran itu? Berapa kalikah Allah s.w.t menyebutkan perihal emas itu di dalam al-Quran?
Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: “Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.”
Sesungguhnya orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. [Ali Imran: 91]
Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman.” [al-A'raaf: 148]
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad):” Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? [Surah Al-Isra': ayat 93]
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. [Surah Al-Kahfi: ayat 31]
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]
(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]
“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?” [Surah az-Zukhruf: ayat 53]
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”. [Surah: ayat 71]
Emas kekal sehingga ke akhirat!
Nampaknya emas dan perak ini berperanan juga di negeri akhirat kelak, sama ada dalam syurga atau neraka. Tuhan menyebut di dalam al-Quran betapa orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.
Dan hal ini mungkin juga hukuman bagi orang yang tidak membayar zakat atau mereka yang menggunakan emas, perak itu untuk menindas orang miskin, membeli hamba abdi dan menjatuhkan maruah wanita ke lembah pelacuran dan lainnya.
Manakala, bagi mereka yang beriman, dipakaikan gelang emas pada tangan mereka. Ia sesuatu yang diharamkan bagi lelaki di dunia ini, tetapi dihalalkan bagi mereka di akhirat kelak.
Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat dan ini menyebabkan harta itu berkitar semula kepada Muslimin dan dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.
Tidak disebutkan tentang duit ringgit, dollar Amerika, Rupee, Rupiah Indonesia, pesos Filipina atau New Shekels (ILS) di Israel.
Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak!
Bezanya, jika pemilik emas itu jahat, maka emas itu dibakar di neraka dan mereka disiksa dengan kepanasan emas yang telah dilebur oleh api neraka Jahanam itu.
Sebaliknya, mereka yang beramal soleh, pandai menggunakan harta itu dengan jalan yang betul dan diredhai Allah, maka emas itu akan dikembalikan kepada mereka di syurga kelak sebagai yang telah disebutkan Tuhan di dalam al-Quran tadi. Wallahu’alam..
|

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us