WELCOME

Archive for April 2012

default
 - Comments Off

Emas bakal cecah RM6140 seauns tahun depan-Berita Harian

Mulakan simpanan emas anda kerana harga emas semakin naik

Capai harga tertinggi tahun depan kesan kemerosotan tarikan pelabur
KENAIKAN harga emas ke paras tertinggi melebihi AS$2,000 (RM6,140) seauns yang dijangka dicapai tahun depan, akan memberi petanda bahawa logam berharga itu mencapai paras harga kemuncak dalam aliran meningkat sejak lebih sedekad lalu apabila dasar kewangan di negara ekonomi utama kembali normal, kata Pengerusi Perundingan Logam (GFMS), semalam.
Pasaran dijangka meningkat kepada paras tertinggi baru menjelang awal 2013 selepas bergelut tahun ini ekoran permintaan agak perlahan di pasaran fizikal utama dan kemerosotan tarikan pelaburan untuk jongkong emas, kata Philip Klapwijk.
Harga emas mungkin melepasi AS$2,000 berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang zon euro yang berterusan dan prospek berhubung lebih banyak pelonggaran dasar monetari AS, katanya.
“Kami menjangkakan dapat menyaksikan harga emas naik melepasi AS$2,000 pada 2013, namun begitu tahun depan mungkin menjadi sebagai petanda tertinggi untuk pasaran,” kata Klapwijk.
“Ia bergantung kepada sama ada kami melihat beberapa penyelesaian di Eropah yang mencukupi untuk mengambil beberapa langkah mengatasi isu berakhirnya langkah rangsangan di AS serta prospek normalisasi dasar monetari,” katanya.
Klapwijk berkata, emas dijangka diniagakan sekitar AS$1,530 hingga AS$1,920 seauns pada 2012, dengan harga purata AS$1,731 seauns.
Harga akhir tertinggi yang dipaparkan sedikit di bawah rekod tahun lalu iaitu AS$1,920.30 seauns yang dicatatkan pada September.
“Apa yang kita lihat adalah penangguhan berikutnya kepada kenaikan harga tertinggi,” kata Klapwijk sebelum melancarkan laporan GFMS Gold 2012.
“Paras harga melepasi AS$2,000 seauns mungkin akan melihat lebih banyak cerita untuk separuh pertama 2013 berbanding beberapa perkara yang kita akan lihat pada separuh kedua tahun ini,” katanya.
Melihat kepada unjuran untuk bekalan dan permintaan tahun ini, beliau menunjukkan kepada lebihan asas dalam pasaran yang mana dolar akan berjumlah AS$130 bilion.
Kaitan emas dengan aset lain seperti saham, dolar dan euro masih berubah secara berterusan.
Dalam tiga suku pertama 2011, kebanyakan emas didagangkan selaras dengan dolar berikutan pelabur membeli kedua-dua aset sebagai pelaburan selamat. Namun pada enam minggu terakhir, emas didagangkan berbanding dolar dan selaras dengan komoditi lain.
Walaupun kini emas kurang terdedah kepada turun naik dalam pasaran ekuiti, Klapwijk berkata, harga masih boleh jatuh secara ketara jika wujudnya satu pergerakan yang lebih rendah dalam bekalan. – REUTERS
Sumber :Berita Harian,13 April 2012

default
 - Comments Off

Darimana datangnya emas !!!
Pagi tadi, saya ajukan sebuah soalan berdasarkan gambar dibawah yang dipetik dari group Facebook GSR. Jadi saya akan jawab dalam 2 posting.
Ini adalah posting pertama. Dan agak panjang. Jadi harap bersabar.
Soalan : Bagaimana beberapa utas rantai emas ini boleh membeli sebuah rumah ? Kalau satu utas ni 999 beratnya 100g, kesemuanya bernilai RM170,000. Beberapa utas ini boleh muat dalam poket sebelah seluar jeans sahaja beb !
Pelik bukan ? Logam kuning ini, yang tidak berbuah, tidak berbunga, tidak bercambah, bau pun takde, rasa pun tawar, tapi harganya MasyaAllah .. mahal banget !
Saya boleh jawab soalan ini mengunakan alasan ia adalah matawang sejak beribu tahun dahulu, ianya dijadikan pemberian kepada dewa-dewa dan raja-raja, ianya sukar didapati, ianya rare etc.
Tapi saya malas. Saya dah bosan dengan penjelasan itu. Kerana ia masih tidak menjawab persoalan utama, iaitu :
“Kenapa emas dipilih menjadi asset berharga ? “
“Kenapa tidak pilih aluminum ke, batu kerikil ke, iPhone ke, getah sekerap ke ? “
“Kenapa ? Kenapa emas ? Kenapa ?”
Saya dah lama mencari jawapannya, dan percayalah, tanyalah kepada pakar-pakar ekonomi, pakar-pakar pelaburan, bankers, doctor, professor .. tiada siapa boleh menjawab persoalan :
“Kenapa emas DIPILIH menjadi asset berharga ? “
Kalau anda tahu sesiapa yang ada jawapan yang lebih baik dari jawapan saya, sila tinggalkan mesej. Saya nak mengaji juga dengan orang itu. Saya akan hadiahkan 1oz Harimau Malaya GSR kalau jawapannya tidak boleh disangkal.
Bagaimana kita hendak jelaskan kewujudan asset emas ini sebagai logam berharga ?
Adakah kerana dengan kepercayaan datuk moyang kita merupakan alasan yang kukuh ?
Adakah kerana ianya sukar didapati ? Tidak mungkin kerana ada banyak lagi logam dalam “periodic table” yang lebih rare seperti Iridium.
Dan jawapannya saya jumpa ditempat yang saya tidak sangka. Jawapanya selama ini ada didepan mata kita sendiri. Telah diletakkan hijab didepan kita. Kita hanya melihat dengan sebelah mata, mata fizikal tetapi tidak dengan mata hati.
Ianya ada dalam jiwa setiap manusia. Ianya telah diprogram dalam akal firkiran manusia sejak Nabi Adam lagi. Sepertimana seorang lelaki yang telah diprogram untuk tertarik pada kaum wanita.
Saya petik kata-kata arwah bekas timbalan governer bank pusat, National Bank of Hungary,
“Terdapat lebih kurang 300 pakar ekonomi dunia yang tidak menyebelahi emas, dan mereka fikir emas hanya satu simbol pemujaan primif. Tetapi malangnya, terdapat 3 billion penduduk dunia yang mempercayai dalam emas” – Janos Fekete (1918-2009)
Jadi jika ianya telah diprogram dalam diri kita, bermakna ianya datang secara semulajadi.
Ianya datang dari Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui, Allah s.w.t
Tak percaya ? Anda tanyalah Sheikh Google, tanye kepada Google, apa fungsi emas didalam dunia ini ?
Anda akan temui, hampir 90% emas-emas yang pernah dilombong masih lagi duduk didalam peti-peti besi bank, simpanan peribadi dan barang kemas.
Kalau anda seseorang yang curiga, sudah pasti akan bertanya,
“Kalau duduk simpan saja, buat apa penat-penat pergi melombong & mendulang ?”
Sudah nampak apa yang cuba saya sampai kan ? Apa fungsi Allah cipta emas didunia ini ? Dok sesajer dalam peti besi ?
Rujuklah didalam Al Quran. Apabila disebut emas, ianya sudah pasti bersangkut paut dengan ganjaran Allah. Atau hukuman kerana tidak beramal dengan harta. Atau sebagai perbandingan kejahilan manusia.
Didalam Injil dan Taurat juga ada disebut perihal yang sama.
Kita lihat didalam Al-Quran itu sendiri. Sebahagiannya :

Sural Al-Hajj ayat 23

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.
Surah Ali Imran ayat 91
Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.
Surah Ali Imran ayat 14

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Ini adalah firman Allah s.w.t. Kalimah Allah. Kata-kata Allah.
Bukankah Allah telah berfirman Al Quran akan menjelaskan tiap-tiap sesuatu ?
Surah Al Nahl ayat 89
Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.
Nampak penjelasanya sekarang ? Perlukan saya cakap lebih panjang ?
p/s : Kalau nak share di Facebook dipersilakan. Tetapi mohon kerjasama rujuk ke blog saya ok ?
Bahagian Kedua : Apa menyebabkan harga emas mahal giler sekarang ?? (akan disiar esok Insya Allah)

default
 - Comments Off

Tambat matawang ikut nilai emas- Utusan Malaysia

TUN Dr. Mahathir Mohamad bersalam dengan delegasi asing sebelum beliau menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencadangkan negara-negara menambat mata wang kepada emas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak dihimpit krisis kewangan.
Beliau berkata, pendekatan tersebut akan membolehkan mata wang ditambat kepada barangan berharga dan membantu mengelak daripada menjadi mangsa manipulasi pihak-pihak tertentu.
Katanya, emas menjadi pilihan kerana nilainya yang terus meningkat berbanding dolar AS yang naik dan turun ekoran campur tangan dan manipulasi.
Sehubungan itu, tambahnya, negara-negara perlu melihat kembali kepada perjanjian Bretton Woods yang diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua untuk pembangunan ekonomi yang menyaksikan mata wang dunia ditambat kepada dolar AS dan emas.
“Pendekatan tersebut akan menyaksikan perniagaan mata wang berasaskan nilai sebenar dan bukannya nilai spekulasi.
“Kita perlu kembali melihat pendekatan asal apabila menghadapi masalah seperti kata pepatah Melayu, pulang ke pangkal jalan,” katanya yang sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan penggunaan emas sebagai sandaran matawang utama.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Kewangan Global: Membina kerangka antarabangsa baru pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini malam ini.
Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga perlu diberi kuasa untuk memantau perdagangan pasaran kewangan untuk mengelak daripada manipulasi.
“Selain itu, peraturan baru juga perlu diperkenalkan untuk memantau dan mengawal tindakan manipulasi oleh pihak-pihak berkenaan,” ujarnya.
Sumber :Utusan Malaysia,18 Januari 2012
Pengumuman :
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang simpanan emas..
Kami menyediakan perkhidmatan memberi penerangan tentang emas kepada anda secara PERCUMA..
Penerangan kami adalah mengenai perkara berikut :
1.Pengenalan tentang emas
2.Wang fiat,sejarah wang kertas ,dan riba (juga rahsia mengenai bagaimana wang kertas dicipta melalui FRB)
3.Keistimewaan emas dan perak
4.Sebab -sebab perlu simpan emas dan perak dan memahami konsep simpanan emas
5.Mengapakah harga emas akan terus meningkat
6.Jenis-jenis emas,dan pilihan-pilihan yang ada di pasaran
7.Bagaimana bermula dan strategi serta kaedah yang harus diketahui
Kami  akan menerangkan kepada anda mengenai inflasi dan kaitannya dengan emas serta memberi ruang kepada anda untuk bertanyakan soalan-soalan berkaitan tentang emas kepada kami
Kami juga akan memberikan penerangan mengenai syarikat emas yang ada di Malaysia,terutamanya Public Gold dan GSR di atas permintaan ramai sebagaimana dalam kelas emas yang diadakan sebelum ini

default
 - Comments Off

Perlunya mendidik anak-anak Mengenai Wang

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini, pengurusan kewangan keluarga merupakan satu perkara yang sangat penting. Konsep pengurusan kewangan ini bukan sahaja terhad kepada golongan dewasa, malah ia perlu diterapkan pada peringkat kanak-kanak lagi.

Anda harus bermula dahulu

Anda perlulah mendedahkan kepada anak-anak tentang pengurusan kewangan bermula daripada sekarang. Ini dapat membantu mengurangkan jumlah perbelanjaan bulanan anda. Dengan harga barang runcit yang semakin meningkat, anda sememangnya memerlukan bantuan daripada semua ahli keluarga dan tidak terkecuali juga daripada anak-anak. Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang tertanya-tanya, “Perlukah anak-anak diberi pendidikan tentang wang?” Teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya.

Untuk menerapkan nilai dan asas yang kukuh pada anak-anak

Mahu atau tidak, anda perlu mengakui bahawa pengurusan kewangan adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini yang semuanya memerlukan duit. Malangnya, ramai ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak mereka mengenai asas-asas pengurusan kewangan. Ini perlu diubah kerana mendidik anak-anak mengenai wang adalah sama pentingnya dengan mengajar anak mengenai perkara-perkara asas lain seperti memberus gigi, mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya. Pengajaran yang paling penting untuk disampaikan kepada anak-anak ialah kepentingan menabung dan mengelakkan pembaziran. Ini perlu dilaksanakan demi kebaikan anda dan anak-anak anda.

Duit tidak turun dari langit

Mungkin ada anak-anak pada zaman sekarang tidak menganggap bahawa mendapatkan duit itu satu perkara yang sukar. Semuanya dianggap mudah belaka oleh mereka. Cubalah bayangkan senario yang benar-benar berlaku ini – seorang anak kecil meminta ibunya membelikannya mainan baru tetapi ibunya tidak mempunyai duit yang mencukupi dalam dompetnya untuk membelikan mainan tersebut, lalu dia berkata “Mak tidak cukup duit nak belikan adik mainan ni”.

Si anak pula dengan lurusnya menjawab “ATM kan ada. Mak keluarkan sahaja duit daripada mesin ATM tu”. Inilah fikiran kanak-kanak zaman sekarang! Menakutkan bukan?. Bagi mereka, wang yang dikeluarkan mesin ATM itu tidak ada kesudahannya, dan anda boleh ke mesin ATM pada bila-bila masa sahaja untuk mengeluarkan seberapa banyak wang yang anda mahu.

Kanak-kanak akan melalui satu peringkat dalam hidup mereka yang menyebabkan mereka ingin memiliki pelbagai jenis benda. Mereka mahukan itu, mahukan ini dan macam-macam lagi. Mereka tidak sedar bahawa untuk mendapatkan wang, anda sebagai ibu bapa perlu bekerja keras. Tidak semua yang dihajatkan boleh menjadi milik mereka. Apabila anak-anak sudah sampai ke peringkat ini, sudah tiba masanya untuk anda memberikan mereka pendedahan mengenai pengurusan kewangan.

Mendisiplinkan anak anda mengenai wang

Salah satu pengajaran yang paling penting dalam usaha anda mendidik anak-anak mengenai pengurusan kewangan ialah anak-anak perlu mengetahui bahawa mereka perlu mempunyai disiplin dalam berbelanja dan menguruskan wang. Ramai ibu bapa yang mungkin menggeleng kepala dan mengeluh sambil berkata “Kanak-kanak sekarang bukan macam dulu. Bukan mudah untuk mengajar mereka supaya berdisiplin”. Anda boleh berbahas mengenai isu disiplin ini, namun apa yang pasti ialah disiplin itu satu keperluan.

Anak-anak perlu mempunyai disiplin, sama ada dalam konteks menyimpan wang dalam akaun simpanan mahupun sekadar dalam tabung di rumah. Apabila anak-anak mengenali perbezaan antara keperluan dan kehendak serta perlunya menabung, mereka akan mempunyai disiplin untuk menabung dan mengawal diri daripada membazir. Mereka juga akan berusaha dengan lebih gigih untuk berbelanja mengikut kemampuan diri.

Didik anak menabung dari kecil lagi

Untuk mengelakkan anak anda daripada menjadi generasi hutang (generation debt)

Ramai anak-anak yang masih menuntut di universiti sudahpun mempunyai hutang yang perlu mula dibayar apabila setelah tamat pengajian. Contohnya pinjaman pelajaran atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Apa yang dikhuatiri ialah apabila memasuki alam pekerjaan, bukan saja pinjaman pelajaran yang perlu dibayar, tetapi ditambah pula dengan hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya. Jika hutang ini tidak dikawal, mereka mungkin akan dibelenggu hutang untuk tempoh yang lama. Keadaan ini mungkin akan melarat sehingga mereka sudah berkeluarga.

Oleh itu, bagi mengelakkan anak-anak daripada ditimpa masalah seperti ini, anda perlu membimbing mereka mengenai perancangan kewangan sejak dari awal lagi.

Untuk menanamkan sifat pemurah dan dermawan pada anak-anak

Jika anak-anak anda dapat menguruskan wang dengan lebih baik, mereka akan dapat menabung dan melabur wang yang disimpan itu. Di samping itu juga, wang lebihan itu boleh digunakan untuk menderma atau menolong kawan atau orang-orang susah. Inilah masanya untuk memberikan anak-anak pendedahan kepada golongan yang kurang bernasib baik agar mereka tahu menilai kepentingan jati diri yang baik dan sentiasa bersyukur dengan segala kemewahan dan kesenangan yang dimiliki. Dengan menggalakkan sikap dermawan dalam diri anak-anak pada usia yang muda, mereka akan membesar sebagai individu yang mempunyai sifat terpuji dan menghargai kesan positif yang dibawa mereka kepada persekitaran dan masyarakat sekeliling.

Sumber :min.com.my

Menabung emas sikit-sikit,lama-lama jadi bukit

P/S:Wang yang sebenar ialah emas (dinar dan dirham).Boleh mula mendidik anak mengenai emas sedari kecil.Artikel di atas adalah panduan yang bagus,cuma ia lebih merujuk kepada simpanan wang kertas.Simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan,tabungan keluarga dan selebihnya bolehla dalam bentuk simpanan emas ,pendek kata -Menabung emas

4/14/2012 02:06:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
4/14/2012 02:00:00 PM | Author: asmadi yusoff

4/14/2012 01:53:00 PM | Author: asmadi yusoff

4/14/2012 01:52:00 PM | Author: asmadi yusoff

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us