WELCOME

Archive for January 2012

default
 - Comments Off

Peluang Pelaburan Emas Public Gold

1. Apa itu Public Gold?
 Public Gold menawarkan mana-mana pelanggan dan individu yang berminat melabur secara mudah dan selesa serta selamat. Setiap pelanggan boleh membeli emas 999.9 di semua cawangan Public Gold dengan harga pasaran harian samada pada nilaian matawang Ringgi Malaysia (RM) untuk emas 20g, 50g, 100g and 500g.

2. Kenapa perlu melabur dengan Public Gold?
 Public Gold adalah salah satu langkah untuk pelanggan membina portfolio tersendiri dalam pembelian emas dalam jumlah yang rendah pada satu-satu masa.

3. Apakah kelebihan yang diperolehi di Public Gold?
 Disini terdapat kelebihan pada pelanggan termasuk :Urusniaga yang selesa dalam membuat pelaburan emas di semua cawangan Public Gold di seluruh negara.Selamat dan paling murah berbanding harga emas semasa tempatan dengan harga emas antarabangsa.Ia selamat, kerana dalam bentuk fizikal.Pelanggan boleh melabur dalam jumlah yang kecil (minima 20 gram).Inilah peluang untuk menambah pendapatan sekaligus menutup berlaku inflasi.Emas boleh menjadi penentang terhadap inflasi.

4. Bagaimana memperolehi keuntungan apabila melabur dalam Public Gold?
 Pada dasarnya, harga pasaran emas dikira menggunakan matawanhg US Dollar setiap gram dan di Public Gold ianya ditukarkan kepada tukaran pada matawang Ringgit dan ianya adalah berbeza sama sekali. Anda akan memperolehi keuntungan jika harga emas naik.

5. Bila masa yang sesuai membeli emas?
 Semasa harga pasaran rendah.

6. Adakah harga emas yang dicatatkan jauh lebih baik dari harga dikedai-kedai emas?
 Harga pasaran yang dinyatakan adalah harga pasaran antarabangsa dan semestinya jauh lebih baik dari kedai emas.

7. Apa itu Bullion?
 Pusat pelaburan emas atau bahan besi untuk dilaburkan untuk mengaut keuntungan.

8. Mengapa melabur dalam pelaburan emas?
 Sebagai salah langkah perancangan kewangan dalam urusan pelaburan dalam merangka satu strategi pelaburan yang bijak dan segala idea ditentukan ditangan sendiri atau lebih memberi perhatian atau kepercayaan kepada broker atau pihak bank.Pasaran adalah berbeza dan tiada sebarang paksaan dilakukan hinggakan perjalanan kewangan adalah salah satu asset dalam segi pelaburan emas.

9. Mengapa perlu membeli syiling atau jongkong?
 Jongkong
 Dari segi skala pelabur, jongkong emas adalah mudah dan lebih efisyen dalam jalinan pelaburan emas. Dengan lebih banyak jongkong emas mampu mencatatkan jualan premium. Inilah pasaran sebenar jika anda mempunyai jongkong emas dalam sekilo dan ingin menjualnya dalam tiga gram dan ianya tidak mudah dilakukan namun dengan adanya pembeli dalam jumlah yang besar .

Syiling
 Adalah wajar untuk mengambil kira salah satu auns moden syiling emas emassebagai satu auns emas bar bulat. Sebagai syiling secara individu di kalangan rakyatmereka sendiri memberi kesahihan mereka sendiri dan boleh didapati pada harga yang amat kompetitif berbanding dengan saiz bar yang sama. Kerana syiling emasemas hampir universal diiktiraf dan ianya juga mudah untuk dijual semula.

10. Apakah harga spot?
 Harga spot dikira dalam harga pasaran antarabangsa bergantung kepada pemintaan pasaran dan ianya merubah setiap minit.

11. Apa itu gram troy?
 Troy adalah gram yang dikira secara tradisional.
Satu troy = 31.104 grams
32.151 oz = 1 Kilogram

12. Kenapa perlu saya membayar premium untuk mendapatkan harga spot?
Ketika anda membeli produk bullion anda membeli bahan besi yang diperbuatkan untuk dilaburkan dan harga premium diberikan mengikut harga pasaran semasa dan harga perbuatan.

13. Apa itu maksud pengembangkan keuntungan?
 Apabila anda membeli bahan besi pada harga premium dan dibayar mengikut harga pasaran semasa (sebagai contoh 6 %) dan apabila anda ingin menjualnya dan harganya menunjukkan dibawah 1 % pada harga semasa dan purata keuntungan akan meningkat drhingga 7 % .

14. Dimana untuk saya menjualnya?
 Emas adalah standard antarabangsa dan boleh dijual di semua negara di dalam dunia.Public Gold menawarkan harga membeli semula paling kompetitif di Malaysia.

15. Bagaimana untuk membeli emas?
 Anda boleh membeli di Public Gold di +604-6449999 (Ibu Pejabat), atau +604-2619999 (Cawangan Bishop), atau 013-8161980(priority dealer)

16. Bila perlu membayar tempahan yang dibuat?
 Public Gold menawarkan akaun dalam Ringgit Malaysia yang dilengkapi kontrak yang dihantar menerusi email atau faksimili kepada anda.Anda perlu menguruskan kredit di dalam akaun dan pengesahan pembayaran (tunai, Internet Perbankan, Pemindahan bank ke bank) dalam tempoh masa satu atau setengah jam.Sebarang pertanyaan mengenai pengesahan dan kemasukan deposit tidak dilakukan pada waktu malam. Sekiranya tidak mempunyai pengesahan dari Public Gold mereka berhak untuk membatalkan tempahan yang dibuat.

17. Adakah saya perlu membayar sebarang komision setiap pembelian?
 Tidak perlu.

18. Apakah langkah pembayaran yang diterima Public Gold?
 Sebagai urusan secara antarabangsa,Public gold hanya menerima beberapa langkah pembayaran termasuk pemindahan telegraf, kad keredit dan internet perbankan.

19. Bila saya boleh mengambil setiap pembelian yang dibuat?
 Boleh, dalam setiap lima hari waktu bekerja.

20. Bagaimana Syiling Public Gold dibungkus?
 Setiap syiling dibungkus dalam plastic secara individu bagi menjaga dari bercalar atau mempunyai kesan cap jari dan setiap syiling mempunyai sijil pengesahan dari Public Gold.

Jadi, sekiranya anda berminat untuk membeli dan memiliki emas dan perak sila berhubung dengan saya
0199809816 <A2900>

default
 - Comments Off

Pelaburan Emas merugikan JIKA spread tinggi dari 

kedai emas?

TSURI
Kajang, Selangor
SAYA ialah antara mereka yang memilih untuk melabur dalam jongkong emas melalui pembelian emas tulen 999.99.
Atas nasihat seorang kawan, saya bersetuju dengan harapan membuat pelaburan dalam emas tulen sebegini menjamin keuntungan lumayan dan lebih selamat kerana harga emas dikatakan terus stabil dan dijangka meningkat walaupun berdepan dengan suasana ekonomi yang suram.
Selain daripada tidak banyak maklumat yang diketahui dalam perkara jual beli jongkong emas, saya juga termakan dengan pemikiran bahawa tidak ramai orang Melayu melabur dalam jongkong emas kerana orang Melayu lebih berminat membeli barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti emas 916 misalnya.
Isunya di sini yang menimbulkan persoalan dan kejutan kepada saya ialah ketika saya ke tempat ‘A’ untuk menjual balik ketulan emas di sana iaitu sebuah kedai emas terkemuka yang tidak perlu disebutkan nama demi menjaga reputasinya.
Saya terkedu apabila pekerja yang berurusan dengan saya menyatakan harga bagi jual balik adalah RM15,400 untuk 100 gram emas.
Sementara itu, harga untuk membeli pula adalah RM18,000 untuk 100 gram sedangkan pada masa itu harga emas di pasaran semasa adalah RM19,800.
Ekoran peristiwa ini saya rasa seperti ditipu dan sangat terkilan kerana untung lumayan dibayangkan tersasar jauh. Sebaliknya, kerugian yang bakal ditanggung jika saya meneruskan niat untuk menjual emas pada hari itu.
Melalui ruangan ini, saya berharap pihak berwajib seperti Kementerian Kewangan dan Bank Negara serta pihak berkuasa lain dapat memberi penjelasan dan garis panduan pelaburan emas bagi menjaga kepentingan awam dan peniaga tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan.
Link Asal : Utusan Malaysia
Komen admin : Inilah gunanya ilmu pelaburan emas. Jangan sombong untuk bertanya dengan sesiapa yang mahir hatta sekarang pun ramai pelajar-pelajar universiti lebih mahir dan tidak akan membeli jongkong emas di kedai-kedai emas yang popular dan gah promosinya.
Oleh itu, kalau nak beli emas jongkong untuk pelaburan belilah emas Public Gold kerana mempunyai kelebihan seperti berikut :
1) Harga Jual dan Beli sentiasa mengikut harga pasaran antarabangsa
2) Harga Jual & Beli sentiasa dipaparkan kepada pelanggan di website syarikat , tidak seperti sesetengah kedai emas yang hanya mempamerkan harga jual sahaja tetapi harga belian balik disembunyikan.
3) Spread (perbezaan % harga jual & beli) yang rendah berbanding emas di pasaran.
4) Harga murah jika dibanding dengan harga pasaran kedai emas (FGAM)
5) Dijamin belian balik walaupun calar, bengkok, patah, tanpa tambahan susut nilai asalkan beratnya tetap sama.

Harap anda semua tidak tergolong dalam kumpulan pembeli ini ye. :) MALU BERTANYA SESAT JALAN ....YG PENTING COMFIRMKAN SPREADNYA DULU JIKA HENDAK MEMBELI EMAS DAN PERAK INI SEMOGA DAPAT PENGAJARAN DARI CERITA INI..

default

SARANAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN MENYIMPAN EMAS

 - Comments Off

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.

Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus.

Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas.Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama.

Pertama penyusutan nilai dolar Amerika.

Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi.

Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

Arwah DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

default
 - Comments Off

Emas Makin mendaki selepas Tahun Baru Cina

Seperti jangkaan ramai pihak, harga emas mula mendaki selepas berakhirnya tahun baru cina Isnin lalu, index MKS yang bermula sekitar 6270 pada pagi rabu naik kepada 6415 pagi ini, mewujudkan pelbagai andaian samada kitaran tahunan yang selalu disebut apabila hari raya cina, atau kerana spekulasi harga minyak besar kemungkinan naik 30% ekoran sekatan baru yang dikenakan Amerika dan sekutu kepada Iran.

Konflik sekatan baru Amerika keatas Iran.
Kerajaan Presiden Hitam Amerika pertama yang diwakili Barrack Obama  tunduk kepada desakan Israel untuk membekukan aset Bank Ketiga Terbesar Iran (Bank Tejarat Iranian) serta menghalang mana-mana syarikat luar yang bekerjasama dengan Bank Tejarat untuk memasuki pasaran Amerika, Barrack Obama besar kemungkinan kecut perut apabila mendapat ancaman bunuh dari Pengarang Akhbar Israel, Andrew Adler yang mencadangkan Mossad menamatkan nyawa Obama kerana bersikap anti-israel.

Sekatan terbaru yang dikenakan Amerika dan EU ini meningkatkan suasana tegang manakala Iran pula mengancam untuk menutup Selat Hormuz (Laluan 1/5 minyak dunia) disempadannya. Wakil Amerika di Nato melaungkan untuk melakukan apa saja menggunakan kekuatan tentera bagi menyekat hasrat iran,  besar kemungkinan perang bakal meletus lagi di Asia Barat.

minyak iran emas

Bagaimana kesan konflik ini menaikkan Harga emas

Sekatan berterusan keatas pegangan Iran diluar negara memaksa Iran untuk menukarkan aset mereka kepada emas dan membawa masuk emas tersebut kedalam negara sebagai reserve. Menyebabkan permintaan emas fizikal meningkat, Walaupun Republik Iran mengakui simpanan emas mereka mampu bertahan selama 10 tahun mereka bercadang untuk menerima emas sebagai tukaran dengan minyak.

India dan China berkemungkinan besar bersetuju untuk membayar Iran menggunakan emas untuk minyak. Langkah yang bakal diikut negara-negara lain yang tidak menerima  sekatan Amerika, jika langkah ini berjaya, permintaan emas fizikal akan meningkat tinggi dan menguntungkan pelabur.

Rujukan:

default

4 Sebab mengapa anda perlu membeli Silver

 - Comments Off

Apa khabar kepada para pelabur2 Emas dan Perak semua? saya doakan agar anda sentiasa berbahagia, kaya dan berjaya. Dalam keghairahan membeli Emas sebagai medium simpanan dan pelaburan, jangan sampai terlupa membeli Silver ya!

Ini kerana kenaikan pelaburan Silver adalah 2 kali ganda berbanding kenaikan pelaburan Emas, dan ketika ini Silver sedang berada di dalam posisi pendakian semula selepas mengalami penurunan yang agak besar.

4 Sebab mengapa anda perlu membeli Silver :

1. Corak dan pola pergerakan harga Silver pada ketika ini, menyamai dengan pola pergerakannya pada tahun 2008, dimana jika dibuat perbandingan teknikal, ketika ini Silver sedang mengorak pola pendakian awal.

2. Pengurangan kadar pengangguran di Amerika menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif sekaligus bakal merancakkan industri pembuatan dan teknologi.
Memandangkan Silver adalah komponen penting dalam pembuatan teknologi, permintaan ke atas komoditi ini akan melonjak sedangkan penawarannya terus berkurang.

3. Kepesatan pembangunan teknologi dijangka berkembang baik pada tahun 2012, sekaligus bakal memberi impak peningkatan ke atas permintaan Silver.

4. Jika harga Emas dijangka meningkat sehingga ke paras $2,500/oz, iaitu kenaikan sekitar 45% berbanding harga semasa ketika ini ($1700/oz), Silver pula bakal meningkat sehingga $60/oz, ianya adalah kenaikan sebanyak 100% berbanding harga semasa ketika ini ($30/oz).

Yayan tengah kira stok Silver
Kesimpulannya, tahun 2012 adalah tahun paling baik untuk anda memulakan / menambah pelaburan Silver, ini tahun untuk Silver!!!

Jika anda mahu belajar ilmu pelaburan Emas dan Perak dengan lebih mendalam lagi, anda boleh hadir ke seminar percuma saya di seluruh Malaysia pada bulan Februari ini.

Jika anda mahukan lebih banyak keuntungan, pelajarilah lebih banyak ilmu pelaburan. Anda nak tahu rahsia bagaimana supaya anda boleh menikmati keuntungan dengan lebih cepat, banyak serta rendah risikonya? Saya mengalu2kan anda untuk hadir ke Seminar yg diadakan seluruh malaysia.

Alhamdulillah, setelah berbelanja sehingga puluhan ribu ringgit untuk pelaburan ilmu, kini saya adalah seorang pelabur sepenuh masa yang berjaya, dan menyara kehidupan dengan hasil pendapatan dari pelaburan sepenuhnya.

pelaburjutawan

default
 - Comments Off

Tambat matawang ikut nilai emas- Utusan Malaysia

TUN Dr. Mahathir Mohamad bersalam dengan delegasi asing sebelum beliau menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencadangkan negara-negara menambat mata wang kepada emas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak dihimpit krisis kewangan.
Beliau berkata, pendekatan tersebut akan membolehkan mata wang ditambat kepada barangan berharga dan membantu mengelak daripada menjadi mangsa manipulasipihak-pihak tertentu.
Katanya, emas menjadi pilihan kerana nilainya yang terus meningkat berbanding dolar AS yang naik dan turun ekoran campur tangan dan manipulasi.
Sehubungan itu, tambahnya, negara-negara perlu melihat kembali kepada perjanjian Bretton Woods yang diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua untuk pembangunan ekonomi yang menyaksikan mata wang dunia ditambat kepada dolar AS dan emas.
“Pendekatan tersebut akan menyaksikan perniagaan mata wang berasaskan nilai sebenar dan bukannya nilai spekulasi.
“Kita perlu kembali melihat pendekatan asal apabila menghadapi masalah seperti kata pepatah Melayu, pulang ke pangkal jalan,” katanya yang sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan penggunaan emas sebagai sandaran matawang utama.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Kewangan Global: Membina kerangka antarabangsa baru pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini malam ini.
Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga perlu diberi kuasa untuk memantau perdagangan pasaran kewangan untuk mengelak daripada manipulasi.
“Selain itu, peraturan baru juga perlu diperkenalkan untuk memantau dan mengawal tindakan manipulasi oleh pihak-pihak berkenaan,” ujarnya.
Sumber :Utusan Malaysia,18 Januari 2012

default
 - Comments Off

PRODUK PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD menawarkan menawarkan mana-mana pelanggan dan individu yang berminat melabur secara mudah dan selesa serta selamat. Setiap pelanggan boleh membeli emas 999.9 di semua cawangan Public Gold dengan harga pasaran harian samada pada nilaian matawang Ringgit Malaysia (RM) untuk emas 20g, 50g, 100g and 250g.Dimana harga berubah setiap 20 minit sekali dan spread jualan balik serendah 5-8 % sahaja berbanding dengan kedai emas biasa dimana spread jualan balik 15-40% dan product PG juga termurah 15% daripada harga pasaran malaysia.

@ PELABURAN DAN SIMPANAN HANYA DENGAN EMAS DAN PERAK MMG MENGUNTUNGKAN BERBANDING DGN WANG KERTAS FIAT DIMANA TAK STABIL.KENAIKAN EMAS TAHUNAN 30-50% DAN PERAK 80-100% AMAT SESUAI UTK MASA DEPAN GEMILANG CEMERLANG DAN TERBILANG.

default
 - Comments Off

Pengiktirafan

default
 - Comments Off

HARGA EMAS DIJANGKA NAIK RM5,662 SEAUNS

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles

default

PG MENAWARKAN HARGA 15% MURAH DARIPADA HARGA PASARAN

 - Comments Off

Assalamualaikum..

kenapa saya
 pilih public gold? public gold menawarkan harga emas 15% lbh murah drpd harga pasaran serta spread jualan balik yg menguntungkan ....  juga spread jualan balik yg rendah hanya 5-8% berbanding kedai emas 15-40%.

# Terpulanglah kepada anda samada untuk simpanan dan pelaburan dengan emas dimana pulangan 30-50% kenaikan setiap tahun dan perak pula 80-100% setiap tahun.

default
 - Comments Off

Konsep Pelaburan PUBLIC GOLD 2012

PENGENALAN SYARIKAT

Public Fine Gold International Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 23 Mei 2008 adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual & membeli Emas dan Perak bagi tujuan pelaburan disamping mereka juga ada menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas & Perak bagi tujuan Pelaburan. Kini, hanya dalam masa kira-kira 3 tahun sahaja, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah berjaya dirangkul oleh Public Gold, diantaranya Malaysia Bussines Award, APEA Award, KWYP Award dan ARIFF Award.

Justeru, peranan Public Gold pada hari ini mempunyai fungsi yang sama sebagaimana kedai2 menjual emas yang lain seperti Poh Kong, Habib Jewels, Tomei dll, cuma perbezaannya adalah Public Gold memfokuskan jualan Emas untuk tujuan pelaburan dan kedai2 emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan. 

PERBEZAAN EMAS PELABURAN DAN HIASAN

Produk Emas yang dijual adalah berbentuk Bar dan ianya bermula dengan berat 10g, 20g, 50g, 100g & 250g. Manakala Dinar pula dijual dalam variasi 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar dan Perak pula dijual bermula dengan berat 250g, 500g dan 1000g (1kg). Senarai produk Bar, Dinar dan Silver boleh dilihat Disini, dan senarai produk barangan kemas boleh dilihat Disini.

Emas untuk tujuan pelaburan mempunyai kadar Spread (susut nilai) yang jauh lebih rendah berbanding Emas Perhiasan. Sebagai contoh Emas yang dijual oleh Public Gold hanya dikenakan Spread sekitar 4%-8% bergantung kepada beratnya, semakin berat Emas nya maka semakin rendah Spread yang dikenakan dan sebaliknya. Manakala kadar Spread Emas perhiasan pula amat tinggi iaitu sekitar 25%-30%. Kadar Spread yang tinggi akan menyebabkan pulangan yang bakal diraih dari kenaikan semasa harga emas menjadi rendah.

Sebagai contoh pada tahun lalu kenaikan harga Emas adalah sebanyak 28%. Jika saya membeli Emas 100g (Spread 4.5%) yang dijual Oleh Public Gold dan menjualnya semula pada awal tahun ini, keuntungan saya ialah 28% (Kenaikan Emas) - 4.5% (Spread) = 23.5%.

Berbanding jika saya membeli 100g Emas yang dijual oleh kedai emas dengan Spread 25%, pulangannya hanya sekitar 28% (Kenaikan Emas) - 25% (Spread) = 3%.

Selain itu, Emas bagi tujuan Pelaburan juga lebih menitikberatkan aspek kandungan ketulenan Emas dan Beratnya, berbanding Emas perhiasan lebih menitikberatkan aspek Rekabentuk dan Kehalusan Senireka dan seringkali berlaku situasi dimana Emas perhiasan yang dijual dengan harga Emas berketulenan 916, sebaliknya ketulenan sebenar hanya sekitar 835 dan 750 sahaja.

PERBEZAAN HARGA PUBLIC GOLD & KEDAI EMAS

Harga Jualan dan Belian Emas 999.9 Public Gold

Harga Jualan dan Belian semua jenis produk Public Gold samaada Emas berbentuk Bar, Dinar, Silver dan Jewellery adalah berpandukan kepada harga semasa Emas di pasaran antarabangsa yang berubah setiap saat, 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Justeru, harga Jualan dan Belian Public Gold juga sentiasa berubah setiap 20 minit sekali.

Harga semasa Jualan dan Belian boleh dilihat pada bahagian kiri dan kanan blog ini atau Disini. PG SELL bermakna harga semasa Jualan dan PG BUY bermakna harga semasa belian semula. Tiada sebarang kos Upah yang dikenakan, cuma sekiranya produk yang dibeli diambil di cawangan selain di Ibu Pejabat di Pulau Pinang, maka Kos Penghantaran akan dikenakan untuk Emas Bar 999.9, Silver dan Jewellery sekitar RM10 hingga RM50 bergantung kepada berat emas tersebut.. Manakala tiada sebarang kos penghantaran yang dikenakan untuk Emas berbentuk Dinar.

Berbanding harga Emas yang dijual di kedai Emas, mereka akan menjual berpandukan harga semasa yang ditetapkan oleh Federation Of Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM), dimana harganya akan ditetapkan pada satu kadar yang lebih tinggi berbanding harga semasa dan diguna pakai pada satu tempoh yang tertentu. Sebagai contoh, walaupun harga semasa Emas di pasaran Antarabangsa pada hari itu mengalami penurunan, namun harga yang dijual oleh mereka tetap sama dan tidak diturunkan. Selain itu, pelanggan juga dikenakan kos tambahan iaitu kos Upah untuk setiap gram Emas yang dibeli, dan ini membuatkan pelanggan terpaksa membayar harga Emas tersebut dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga sebenar.

STRATEGI PEMASARAN

Disebabkan harga jualannya yang kompetitif, maka Public Gold merangka strategi pemasarannya dengan bijak bagi meminimakan kos operasi dan memaksimakan keuntungan. Bagi meminimakan kos operasi, Public Gold tidak menjual produknya dengan cara membuka Kedai-Kedai Jualan (Retail Outlet) sebagaimana Kedai Emas yang lain, sebaliknya mereka menawarkan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Dealer / Ejen dengan hanya membeli produk mereka melebihi RM20,000.00 dalam satu belian.

Sebagai Dealer / Ejen, mereka akan dibayar komisyen bukan sahaja setiap kali mereka membeli produk Public Gold, bahkan apabila mereka menjualnya semula juga akan dibayar komisyen. Jumlah komisyen yang di bayar kepada Dealer / Ejen adalah jauh lebih rendah berbanding kos operasi yang terpaksa dibelanjakan sekiranya syarikat menyewa kedai-kedai untuk jualan produk.

Untuk mendaftar sebagai Dealer / Ejen, sila ikuti langkah-langkah sebagaimana yang dipaparkan di bahagian kanan blog ini dalam kolum "Langkah Mendaftar Sebagai Dealer" atau hubungi saya di talian 016-2324 916.

PULANGAN PELABURAN

Pulangan dari pelaburan Emas dan Perak adalah berdasarkan dari Kenaikan Nilainya (Capital Gain), dan kenaikan dalam tempoh tahunan diambil kira bagi memudahkan penilaian prestasi pulangannya. Purata kenaikan harga Emas adalah sekitar 25% - 35% setiap tahun, dan dalam tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2001 sehingga kini kenaikannya telah mencecah hampir 500%. Bermakna, jika anda membeli Emas sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM500,000.00. Rujuk carta kenaikan seperti di bawah.

Manakala pulangan dari kenaikan harga semasa Silver pula, ianya adalah 2 - 3 kali ganda lebih tinggi berbanding kenaikan semasa harga Emas disebabkan permintaan ke atas Silver adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding permintaan ke atas Emas. Hampir kesemua permintaan ke atas Silver adalah bertujuan untuk menampung permintaan daripada Industri Global yang mana ianya merupakan bahan utama bagi pembuatan peralatan Elektronik, tambahan pula tiada lagi lombong Silver yang ditemui ketika ini, lalu menjadikan sumber penawaran yang sedia ada hanyalah dari sumber yang di kitar semula.

Fenomena ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan diantara Penawaran dan Permintaan dan menyokong kepada ledakan harga semasa dalam pasaran. Berbanding Emas, 90% permintaan ke atasnya adalah untuk pembuatan Barang Kemas (Jewellery) dan ini menyokong kepada kestabilan harganya, manakala hanya 10% sahaja yang digunakan untuk tujuan pelaburan yang terlibat dengan spekulasi turun naik harga di pasaran semasa Antarabangsa.

Dari tahun 2001 sehingga kini, kenaikan harga Silver telah mencecah sehingga 1200% dengan kenaikan purata tahunan sekitar 50% - 80%. Bermakna, jika anda membeli Silver sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM 1.2 Juta. Rujuk Carta di bawah ini.

RISIKO PELABURAN

Emas dan Perak adalah dikategorikan sebagai Aset, sama seperti Tanah, Rumah dll,dan sebaik sahaja anda membeli sejumlah Emas dan Perak untuk tujuan pelaburan, bermakna anda telah membuat pelaburan dalam bentuk Aset. Sifat Aset adalah sesuatu yang sumber penawarannya amat terhad manakala permintaan keatasnya pula amat tinggi dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Ketidakseimbangan ini menjadikan Nilai / Harganya akan terus menerus meningkat dari masa ke semasa tanpa perlu bimbang kewujudan risiko yang berkemungkinan menjadikan harganya Jatuh mendadak sehingga menjadikannya Tidak Bernilai.

Ianya amat berbeza dalam pelaburan berbentuk Saham ataupun pelaburan ke atas perniagaan di mana harga Saham boleh Naik dan Turun sehingga menjadikannya langsung tidak bernilai pada bila-bila masa sahaja, dan juga pelaburan ke atas perniagaan dimana ianya lebih terdedah kepada faktor Untung dan Rugi yang disebabkan oleh faktor semasa pasaran, peningkatan kos operasi yang melampau dan pelbagai lagi faktor2 yang terlibat.

Justeru, pelaburan ke atas Aset adalah satu bentuk pelaburan yang Unggul dengan faktor risiko kerugian yang amat minima, menjadikan nisbah Keuntungannya lebih besar berbanding nisbah Kerugiannya.

EMAS & PERAK ADALAH WANG SEBENAR

Matawang Dinar Emas
Sejak beribu tahun dahulu, Wang adalah sesuatu yang dijadikan daripada Emas & Perak dimana ianya telah digunakan sebagai Matawang bagi urusan perdagangan. Justeru, semakin banyak simpanan Wang seseorang individu itu, bermakna semakin banyak simpanannya dalam bentuk Aset Emas & Perak, dan ianya akan membuatkan seseorang itu semakin lama menjadi semakin kaya disebabkan oleh kenaikan nilainya yang berterusan.

Maka jelas disini bahawa Wang sebenar adalah sesuatu yang berbentuk Emas & Perak sahaja dimana ianya adalah sesuatu yang amat wajar dijadikan simpanan ekoran sumber dan penghasilannya amat terhad disamping permintaan ke atasnya yang amat tinggi.

KEKELIRUAN DIANTARA WANG DAN MATAWANG (WANG KERTAS)

Malangnya, ketika ini kita di kelirukan dengan kewujudan Matawang yang dicipta oleh Sistem Kapitalis, di mana mereka berjaya meletakkan keyakinan kita semua ke atas alat ciptaannya ini sehingga kita semua terus bermati-matian meyakini Matawang ciptaan mereka ini adalah Wang yang sebenar dan ianya wajar dijadikan sebagai simpanan dan ukuran kekayaan.

Diantara Matawang Yang Telah Tidak Diterima Penggunaanya
Definisi bagi Matawang adalah "Suatu Alat Pembayaran Yang Diterima Penggunaannya". Ini bermakna, fungsi dan tujuan sebenar Matawang dicipta cuma satu sahaja, iaitu untuk digunakan bagi sesuatu urusan pembayaran, dan bukannya untuk dijadikan sebagai medium simpanan.

Dalam ertikata lain, sekiranya kita tidak memerlukan Matawang bagi sebarang urusan yang memerlukannya, maka ianya tidak seharusnya dijadikan simpanan kerana amalan itu menyalahi fungsi sebenar ianya diciptakan.

Kita semua juga pasti sudah sedia maklum bahawa sekiranya sesuatu itu digunakan bukan pada fungsinya yang sebenar, pastinya ia akan mengundang kesan yang kurang baik. Sebagai contoh, fungsi sebuah kereta adalah untuk digunakan sebagai alat pengangkutan bagi memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi jika fungsinya disalahgunakan bagi tujuan berlumba di jalanraya maka sudah pasti ia akan mengundang padah dan membawa kepada kematian.

KESAN DARIPADA SALAHFUNGSI MATAWANG

Kebanyakan orang menyangka bahawa masalah kewangan yang mereka hadapi ketika ini adalah disebabkan oleh kekurangan Wang Kertas untuk mereka berbelanja dan juga disebabkan oleh ketiadaan Wang Kertas dalam simpanan mereka.

Hakikatnya, masalah seperti ini wujud bukan disebabkan oleh kekurangan Wang Kertas, sebaliknya disebabkan oleh terlalu banyak Wang Kertas sehingga menyebabkan berlakunya lambakan di dalam pasaran. Ini kerana Wang Kertas bukanlah sesuatu yang terhad sumber dan penghasilannya sebagaimana Emas & Perak, sebaliknya ia boleh ditambah cetak pada bila-bila masa tidak kira seberapa banyak ianya diperlukan.

Bagi mengatasi lambakan ini, maka harga barangan keperluan di pasaran pula akan dinaikkan bagi tujuan menyeimbangkan diantara jumlah Wang Kertas dan jumlah barangan keperluan yang ada. Bermakna, semakin banyak Wang Kertas yang kita semua perlukan terutamanya untuk simpanan, maka semakin kerap ianya akan ditambah cetak, sekaligus membuatkan jumlahnya semakin bertambah dan harga barangan keperluan semakin meningkat.

Dalam masa yang sama, Wang Kertas yang ada dalam simpanan juga perlahan-lahan kehilangan nilainya kerana jumlahnya yang diperlukan untuk membeli sesuatu keperluan pada masa akan datang akan semakin meningkat berbanding jumlah yang diperlukan pada ketika ini.

JALAN PENYELESAIAN TERBAIK

1- Sekiranya ada simpanan Wang Kertas bagi tujuan kegunaan pada hari tua, segera tukarkannya kepada Wang sebenar dalam bentuk Aset Emas & Perak supaya nilai simpanan itu terus meningkat dari masa ke semasa sekaligus menjadikan jumlah simpanan terus bertambah dengan sendirinya. Aset Emas & Perak tersebut boleh dijual bila mana kita mahu menggunakan Wang Kertas kelak dan jual Emas & Perak tersebut hanya pada sekadar jumlah Wang Kertas yang diperlukan sahaja, bukan kesemuanya.

2- Sekiranya ada Wang Kertas yang bakal digunakan dalam jangkamasa beberapa bulan lagi, tukarkannya dahulu kepada Emas & Perak, sekurang-kurangnya dalam tempoh itu jumlahnya telah dijana dan telah bertambah walaupun hanya sedikit. Apabila sampai waktu Wang Kertas diperlukan untuk urusan yang berkaitan, baru jualkannya.

JENIS - JENIS WANG 

Dalam sistem kewangan ketika ini, terdapat 3 jenis wang yang digunakan sentiasa kita gunakan dalam menjalani kehidupan seharian, dimana setiap satu darinya mempunyai peranan dan fungsi penggunaan yang berbeza. Hari ini, diantara faktor utama yang membuatkan kewangan peribadi kita dilanda "Bencana Kewangan" ialah disebabkan oleh pengetahuan tentang kewangan yang amat sedikit sehingga kita tidak menyedari akan kewujudan ketiga2 jenis wang ini, sekaligus membuatkan kita seringkali menyalah fungsi penggunaannya.

3 kategori tersebut ialah :

1- Wang Komoditi - Peranannya adalah sebagai Penyimpan Nilai dan ianya digunakan sebagai medium simpanan untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Cth : Emas & Perak (Fizikal).

2- Wang Fiat - Peranannya adalah sebagai Alat Pembayaran yang diterima penggunaannya untuk mendapatkan barangan keperluan dan perkhidmatan. Cth : Wang Kertas.

3- Wang Kredit - Peranannya adalah untuk membolehkan kita membuat sesuatu pembelian / pinjaman dan ianya mesti dibayar semula dalam sesuatu tempoh secara ansuran. Cth : Pinjaman / Kredit Kad.

Berdasarkan penjelasan diatas, anda telah pun memahami peranan dan fungsi setiap jenis wang, dan cuba anda periksa semula tabiat kewangan anda, adakah anda menggunakan sesuatu jenis wang itu pada tempatnya yang sebenar atau sebaliknya?

Saya yakin, pasti tidak ramai yang menggunakan Wang Komoditi (Emas & Perak) sebagai simpanan jangka pendek, sederhana dan panjang mereka, kerana mereka lebih gemar menyimpan Wang Fiat di bank dan bagi mereka ianya lebih selamat dan menguntungkan.

Namun begitu, disebabkan anda telah menggunakan Wang Fiat yang sepatutnya hanya digunakan sebagai medium pembayaran kepada medium simpanan, bermakna anda telah menggunakan wang yang salah untuk fungsi yang salah. Maka kesannya, semakin banyak Wang Fiat yang disimpan, semakin rendah kuasa beli anda atau dalam ertikata lain makin sedikit barangan dan perkhidmatan yang anda boleh dapatkan pada masa akan datang, dan situasi  inilah yang dinamakan Inflasi.

Simpan Jumlah Atau Nilai?

Hakikatnya, setiap kali anda menyimpan Wang Fiat, bermakna anda telah menyimpan Jumlah Wang dan bukannya Nilai Wang, kerana kertas yang anda simpan itu tiada nilai. Berbanding jika anda menukarkan Wang Fiat yang hendak disimpan itu kepada bentuk Wang Komoditi terlebih dahulu sesuai dengan fungsinya sebagai simpanan, maka anda telahpun menyimpan Nilai Wang anda di dalam bentuk Emas / Perak kerana kedua2 komoditi ini mempunyai nilainya sendiri.

Harus diingat, kekayaan yang perlu disimpan itu adalah dalam bntuk Nilai dan bukannya Jumlah, kerana Nilai adalah sesuatu yang Abstrak, tidak boleh diperbaharui dan tidak akan lenyap menjadikan sesuatu yang bernilai itu akan sentiasa berharga (mempunyai harga). Berbanding Jumlah, ianya adalah sesuatu yang boleh dihitung, diperbaharui dan ditambah pada bila2 masa menjadikan ianya sesuatu yang tidak mempunyai harga.

Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan diantara menyimpan di dalam bentuk Jumlah dan Nilai.

Wang Kertas Dengan Jumlah Yang Banyak
Jumlahnya Menjadi Sedikit Apabila Yang Disimpan Adalah Nilainya

Wang kertas dalam gambar diatas adalah jumlah yang sama yang saya gunakan untuk ditukar kepada bentuk Wang Komoditi kerana Wang Kertas tersebut adalah untuk tujuan simpanan. Lihat, jumlah Dinar Emas yang saya perolehi menjadi sedikit apabila telah ditukarkan dari Wang Fiat kepada Wang Komoditi.

Lebih menarik lagi, Wang Komoditi bukan sahaja menyimpan nilai kekayaan saya, tetapi juga menggandakan nilai kekayaan saya melalui kenaikan semasa harga Emas di pasaran. Saya pasti, tiada siapa akan menyangka Wang Kertas sebanyak kira2 RM47,200.00 di atas tadi, apabila saya tukarkan dalam bentuk Wang Komoditi sebaagai simpanan, kini hanya kira2 10 bulan sahaja jika saya menjualkan kesemua Dinar Emas tadi untuk mendapatkan Wang Fiat, maka jumlah keseluruhan Wang Fiat yang akan saya perolehi adalah sekitar RM60,800.00 atau penambahan Jumlah Wang Fiat sebanyak RM13,600.00 bersamaan dengan kenaikan sebanyak 29%!! Bermakna purata penambahannya ialah sebanyak RM1,360.00 sebulan!!

Nah, inilah yang dikatakan kehebatan dan keistimewaan Wang Komoditi Emas & Perak kerana ianya bukan sahaja menyimpan nilai, tetapi ia juga menggandakannya, dalam ertikata lain, Wang Komoditi Emas & Perak adalah satu medium Simpanan & Pelaburan yang unggul! Berbanding jika Wang Fiat itu tersimpan sahaja, adakaah ianya akan bertambah jumlahnya dengan sendiri? dan apakah lebih banyak barangan keperluan dan perkhidmataan yang akan anda perolehi?

Pada bila2 masa saja, sekiranya saya memerlukan sejumlah Wang Fiat untuk digunakan, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar ini mengikut kepada jumlah Wang Fiat yang diperlukan sahaja, selainnya biarkan sahaja ia di dalam bentuk Emas kerana makin lama disimpan, maka semakin banyak nilai yang akan digandakan. Dan bukan sekali ini sahaja saya menukarkannya kepada bentuk Wang Komoditi sebagai simpanan, tetapi setiap kali saya ada Wang Fiat yang tidak digunakan dan ingin disimpan, maka saya akan segera menukarkannya kepada Wang Komoditi untuk disimpan sehinggalah sampai waktu saya memerluka  Wang Fiat kelak, barulah ia akan saya tukarkan semula. 

1/30/2012 05:05:00 PM | Author: asmadi yusoff

1/30/2012 04:06:00 PM | Author: asmadi yusoff

|
SARANAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN MENYIMPAN EMAS
1/28/2012 07:00:00 PM | Author: asmadi yusoff

1/27/2012 11:11:00 PM | Author: asmadi yusoff

Emas Makin mendaki selepas Tahun Baru Cina

Seperti jangkaan ramai pihak, harga emas mula mendaki selepas berakhirnya tahun baru cina Isnin lalu, index MKS yang bermula sekitar 6270 pada pagi rabu naik kepada 6415 pagi ini, mewujudkan pelbagai andaian samada kitaran tahunan yang selalu disebut apabila hari raya cina, atau kerana spekulasi harga minyak besar kemungkinan naik 30% ekoran sekatan baru yang dikenakan Amerika dan sekutu kepada Iran.

Konflik sekatan baru Amerika keatas Iran.
Kerajaan Presiden Hitam Amerika pertama yang diwakili Barrack Obama  tunduk kepada desakan Israel untuk membekukan aset Bank Ketiga Terbesar Iran (Bank Tejarat Iranian) serta menghalang mana-mana syarikat luar yang bekerjasama dengan Bank Tejarat untuk memasuki pasaran Amerika, Barrack Obama besar kemungkinan kecut perut apabila mendapat ancaman bunuh dari Pengarang Akhbar Israel, Andrew Adler yang mencadangkan Mossad menamatkan nyawa Obama kerana bersikap anti-israel.

Sekatan terbaru yang dikenakan Amerika dan EU ini meningkatkan suasana tegang manakala Iran pula mengancam untuk menutup Selat Hormuz (Laluan 1/5 minyak dunia) disempadannya. Wakil Amerika di Nato melaungkan untuk melakukan apa saja menggunakan kekuatan tentera bagi menyekat hasrat iran,  besar kemungkinan perang bakal meletus lagi di Asia Barat.

minyak iran emas

Bagaimana kesan konflik ini menaikkan Harga emas

Sekatan berterusan keatas pegangan Iran diluar negara memaksa Iran untuk menukarkan aset mereka kepada emas dan membawa masuk emas tersebut kedalam negara sebagai reserve. Menyebabkan permintaan emas fizikal meningkat, Walaupun Republik Iran mengakui simpanan emas mereka mampu bertahan selama 10 tahun mereka bercadang untuk menerima emas sebagai tukaran dengan minyak.

India dan China berkemungkinan besar bersetuju untuk membayar Iran menggunakan emas untuk minyak. Langkah yang bakal diikut negara-negara lain yang tidak menerima  sekatan Amerika, jika langkah ini berjaya, permintaan emas fizikal akan meningkat tinggi dan menguntungkan pelabur.

Rujukan:

4 Sebab mengapa anda perlu membeli Silver
1/24/2012 09:25:00 PM | Author: asmadi yusoff
Apa khabar kepada para pelabur2 Emas dan Perak semua? saya doakan agar anda sentiasa berbahagia, kaya dan berjaya. Dalam keghairahan membeli Emas sebagai medium simpanan dan pelaburan, jangan sampai terlupa membeli Silver ya!

Ini kerana kenaikan pelaburan Silver adalah 2 kali ganda berbanding kenaikan pelaburan Emas, dan ketika ini Silver sedang berada di dalam posisi pendakian semula selepas mengalami penurunan yang agak besar.

4 Sebab mengapa anda perlu membeli Silver :

1. Corak dan pola pergerakan harga Silver pada ketika ini, menyamai dengan pola pergerakannya pada tahun 2008, dimana jika dibuat perbandingan teknikal, ketika ini Silver sedang mengorak pola pendakian awal.

2. Pengurangan kadar pengangguran di Amerika menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif sekaligus bakal merancakkan industri pembuatan dan teknologi.
Memandangkan Silver adalah komponen penting dalam pembuatan teknologi, permintaan ke atas komoditi ini akan melonjak sedangkan penawarannya terus berkurang.

3. Kepesatan pembangunan teknologi dijangka berkembang baik pada tahun 2012, sekaligus bakal memberi impak peningkatan ke atas permintaan Silver.

4. Jika harga Emas dijangka meningkat sehingga ke paras $2,500/oz, iaitu kenaikan sekitar 45% berbanding harga semasa ketika ini ($1700/oz), Silver pula bakal meningkat sehingga $60/oz, ianya adalah kenaikan sebanyak 100% berbanding harga semasa ketika ini ($30/oz).

Yayan tengah kira stok Silver
Kesimpulannya, tahun 2012 adalah tahun paling baik untuk anda memulakan / menambah pelaburan Silver, ini tahun untuk Silver!!!

Jika anda mahu belajar ilmu pelaburan Emas dan Perak dengan lebih mendalam lagi, anda boleh hadir ke seminar percuma saya di seluruh Malaysia pada bulan Februari ini.

Jika anda mahukan lebih banyak keuntungan, pelajarilah lebih banyak ilmu pelaburan. Anda nak tahu rahsia bagaimana supaya anda boleh menikmati keuntungan dengan lebih cepat, banyak serta rendah risikonya? Saya mengalu2kan anda untuk hadir ke Seminar yg diadakan seluruh malaysia.

Alhamdulillah, setelah berbelanja sehingga puluhan ribu ringgit untuk pelaburan ilmu, kini saya adalah seorang pelabur sepenuh masa yang berjaya, dan menyara kehidupan dengan hasil pendapatan dari pelaburan sepenuhnya.

pelaburjutawan
|
1/18/2012 05:54:00 PM | Author: asmadi yusoff

Tambat matawang ikut nilai emas- Utusan Malaysia

TUN Dr. Mahathir Mohamad bersalam dengan delegasi asing sebelum beliau menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencadangkan negara-negara menambat mata wang kepada emas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak dihimpit krisis kewangan.
Beliau berkata, pendekatan tersebut akan membolehkan mata wang ditambat kepada barangan berharga dan membantu mengelak daripada menjadi mangsa manipulasipihak-pihak tertentu.
Katanya, emas menjadi pilihan kerana nilainya yang terus meningkat berbanding dolar AS yang naik dan turun ekoran campur tangan dan manipulasi.
Sehubungan itu, tambahnya, negara-negara perlu melihat kembali kepada perjanjian Bretton Woods yang diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua untuk pembangunan ekonomi yang menyaksikan mata wang dunia ditambat kepada dolar AS dan emas.
“Pendekatan tersebut akan menyaksikan perniagaan mata wang berasaskan nilai sebenar dan bukannya nilai spekulasi.
“Kita perlu kembali melihat pendekatan asal apabila menghadapi masalah seperti kata pepatah Melayu, pulang ke pangkal jalan,” katanya yang sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan penggunaan emas sebagai sandaran matawang utama.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Kewangan Global: Membina kerangka antarabangsa baru pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini malam ini.
Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga perlu diberi kuasa untuk memantau perdagangan pasaran kewangan untuk mengelak daripada manipulasi.
“Selain itu, peraturan baru juga perlu diperkenalkan untuk memantau dan mengawal tindakan manipulasi oleh pihak-pihak berkenaan,” ujarnya.
Sumber :Utusan Malaysia,18 Januari 2012
|
1/16/2012 09:00:00 AM | Author: asmadi yusoff

PRODUK PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD menawarkan menawarkan mana-mana pelanggan dan individu yang berminat melabur secara mudah dan selesa serta selamat. Setiap pelanggan boleh membeli emas 999.9 di semua cawangan Public Gold dengan harga pasaran harian samada pada nilaian matawang Ringgit Malaysia (RM) untuk emas 20g, 50g, 100g and 250g.Dimana harga berubah setiap 20 minit sekali dan spread jualan balik serendah 5-8 % sahaja berbanding dengan kedai emas biasa dimana spread jualan balik 15-40% dan product PG juga termurah 15% daripada harga pasaran malaysia.

@ PELABURAN DAN SIMPANAN HANYA DENGAN EMAS DAN PERAK MMG MENGUNTUNGKAN BERBANDING DGN WANG KERTAS FIAT DIMANA TAK STABIL.KENAIKAN EMAS TAHUNAN 30-50% DAN PERAK 80-100% AMAT SESUAI UTK MASA DEPAN GEMILANG CEMERLANG DAN TERBILANG.
1/16/2012 08:52:00 AM | Author: asmadi yusoff

Pengiktirafan

|
1/16/2012 08:47:00 AM | Author: asmadi yusoff

HARGA EMAS DIJANGKA NAIK RM5,662 SEAUNS

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles
|
PG MENAWARKAN HARGA 15% MURAH DARIPADA HARGA PASARAN
1/15/2012 09:54:00 PM | Author: asmadi yusoff
Assalamualaikum..

kenapa saya
 pilih public gold? public gold menawarkan harga emas 15% lbh murah drpd harga pasaran serta spread jualan balik yg menguntungkan ....  juga spread jualan balik yg rendah hanya 5-8% berbanding kedai emas 15-40%.

# Terpulanglah kepada anda samada untuk simpanan dan pelaburan dengan emas dimana pulangan 30-50% kenaikan setiap tahun dan perak pula 80-100% setiap tahun.

|
1/11/2012 09:37:00 PM | Author: asmadi yusoff

Konsep Pelaburan PUBLIC GOLD 2012

PENGENALAN SYARIKAT

Public Fine Gold International Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 23 Mei 2008 adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual & membeli Emas dan Perak bagi tujuan pelaburan disamping mereka juga ada menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas & Perak bagi tujuan Pelaburan. Kini, hanya dalam masa kira-kira 3 tahun sahaja, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah berjaya dirangkul oleh Public Gold, diantaranya Malaysia Bussines Award, APEA Award, KWYP Award dan ARIFF Award.

Justeru, peranan Public Gold pada hari ini mempunyai fungsi yang sama sebagaimana kedai2 menjual emas yang lain seperti Poh Kong, Habib Jewels, Tomei dll, cuma perbezaannya adalah Public Gold memfokuskan jualan Emas untuk tujuan pelaburan dan kedai2 emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan. 

PERBEZAAN EMAS PELABURAN DAN HIASAN

Produk Emas yang dijual adalah berbentuk Bar dan ianya bermula dengan berat 10g, 20g, 50g, 100g & 250g. Manakala Dinar pula dijual dalam variasi 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar dan Perak pula dijual bermula dengan berat 250g, 500g dan 1000g (1kg). Senarai produk Bar, Dinar dan Silver boleh dilihat Disini, dan senarai produk barangan kemas boleh dilihat Disini.

Emas untuk tujuan pelaburan mempunyai kadar Spread (susut nilai) yang jauh lebih rendah berbanding Emas Perhiasan. Sebagai contoh Emas yang dijual oleh Public Gold hanya dikenakan Spread sekitar 4%-8% bergantung kepada beratnya, semakin berat Emas nya maka semakin rendah Spread yang dikenakan dan sebaliknya. Manakala kadar Spread Emas perhiasan pula amat tinggi iaitu sekitar 25%-30%. Kadar Spread yang tinggi akan menyebabkan pulangan yang bakal diraih dari kenaikan semasa harga emas menjadi rendah.

Sebagai contoh pada tahun lalu kenaikan harga Emas adalah sebanyak 28%. Jika saya membeli Emas 100g (Spread 4.5%) yang dijual Oleh Public Gold dan menjualnya semula pada awal tahun ini, keuntungan saya ialah 28% (Kenaikan Emas) - 4.5% (Spread) = 23.5%.

Berbanding jika saya membeli 100g Emas yang dijual oleh kedai emas dengan Spread 25%, pulangannya hanya sekitar 28% (Kenaikan Emas) - 25% (Spread) = 3%.

Selain itu, Emas bagi tujuan Pelaburan juga lebih menitikberatkan aspek kandungan ketulenan Emas dan Beratnya, berbanding Emas perhiasan lebih menitikberatkan aspek Rekabentuk dan Kehalusan Senireka dan seringkali berlaku situasi dimana Emas perhiasan yang dijual dengan harga Emas berketulenan 916, sebaliknya ketulenan sebenar hanya sekitar 835 dan 750 sahaja.

PERBEZAAN HARGA PUBLIC GOLD & KEDAI EMAS

Harga Jualan dan Belian Emas 999.9 Public Gold

Harga Jualan dan Belian semua jenis produk Public Gold samaada Emas berbentuk Bar, Dinar, Silver dan Jewellery adalah berpandukan kepada harga semasa Emas di pasaran antarabangsa yang berubah setiap saat, 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Justeru, harga Jualan dan Belian Public Gold juga sentiasa berubah setiap 20 minit sekali.

Harga semasa Jualan dan Belian boleh dilihat pada bahagian kiri dan kanan blog ini atau Disini. PG SELL bermakna harga semasa Jualan dan PG BUY bermakna harga semasa belian semula. Tiada sebarang kos Upah yang dikenakan, cuma sekiranya produk yang dibeli diambil di cawangan selain di Ibu Pejabat di Pulau Pinang, maka Kos Penghantaran akan dikenakan untuk Emas Bar 999.9, Silver dan Jewellery sekitar RM10 hingga RM50 bergantung kepada berat emas tersebut.. Manakala tiada sebarang kos penghantaran yang dikenakan untuk Emas berbentuk Dinar.

Berbanding harga Emas yang dijual di kedai Emas, mereka akan menjual berpandukan harga semasa yang ditetapkan oleh Federation Of Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM), dimana harganya akan ditetapkan pada satu kadar yang lebih tinggi berbanding harga semasa dan diguna pakai pada satu tempoh yang tertentu. Sebagai contoh, walaupun harga semasa Emas di pasaran Antarabangsa pada hari itu mengalami penurunan, namun harga yang dijual oleh mereka tetap sama dan tidak diturunkan. Selain itu, pelanggan juga dikenakan kos tambahan iaitu kos Upah untuk setiap gram Emas yang dibeli, dan ini membuatkan pelanggan terpaksa membayar harga Emas tersebut dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga sebenar.

STRATEGI PEMASARAN

Disebabkan harga jualannya yang kompetitif, maka Public Gold merangka strategi pemasarannya dengan bijak bagi meminimakan kos operasi dan memaksimakan keuntungan. Bagi meminimakan kos operasi, Public Gold tidak menjual produknya dengan cara membuka Kedai-Kedai Jualan (Retail Outlet) sebagaimana Kedai Emas yang lain, sebaliknya mereka menawarkan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Dealer / Ejen dengan hanya membeli produk mereka melebihi RM20,000.00 dalam satu belian.

Sebagai Dealer / Ejen, mereka akan dibayar komisyen bukan sahaja setiap kali mereka membeli produk Public Gold, bahkan apabila mereka menjualnya semula juga akan dibayar komisyen. Jumlah komisyen yang di bayar kepada Dealer / Ejen adalah jauh lebih rendah berbanding kos operasi yang terpaksa dibelanjakan sekiranya syarikat menyewa kedai-kedai untuk jualan produk.

Untuk mendaftar sebagai Dealer / Ejen, sila ikuti langkah-langkah sebagaimana yang dipaparkan di bahagian kanan blog ini dalam kolum "Langkah Mendaftar Sebagai Dealer" atau hubungi saya di talian 016-2324 916.

PULANGAN PELABURAN

Pulangan dari pelaburan Emas dan Perak adalah berdasarkan dari Kenaikan Nilainya (Capital Gain), dan kenaikan dalam tempoh tahunan diambil kira bagi memudahkan penilaian prestasi pulangannya. Purata kenaikan harga Emas adalah sekitar 25% - 35% setiap tahun, dan dalam tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2001 sehingga kini kenaikannya telah mencecah hampir 500%. Bermakna, jika anda membeli Emas sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM500,000.00. Rujuk carta kenaikan seperti di bawah.

Manakala pulangan dari kenaikan harga semasa Silver pula, ianya adalah 2 - 3 kali ganda lebih tinggi berbanding kenaikan semasa harga Emas disebabkan permintaan ke atas Silver adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding permintaan ke atas Emas. Hampir kesemua permintaan ke atas Silver adalah bertujuan untuk menampung permintaan daripada Industri Global yang mana ianya merupakan bahan utama bagi pembuatan peralatan Elektronik, tambahan pula tiada lagi lombong Silver yang ditemui ketika ini, lalu menjadikan sumber penawaran yang sedia ada hanyalah dari sumber yang di kitar semula.

Fenomena ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan diantara Penawaran dan Permintaan dan menyokong kepada ledakan harga semasa dalam pasaran. Berbanding Emas, 90% permintaan ke atasnya adalah untuk pembuatan Barang Kemas (Jewellery) dan ini menyokong kepada kestabilan harganya, manakala hanya 10% sahaja yang digunakan untuk tujuan pelaburan yang terlibat dengan spekulasi turun naik harga di pasaran semasa Antarabangsa.

Dari tahun 2001 sehingga kini, kenaikan harga Silver telah mencecah sehingga 1200% dengan kenaikan purata tahunan sekitar 50% - 80%. Bermakna, jika anda membeli Silver sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM 1.2 Juta. Rujuk Carta di bawah ini.

RISIKO PELABURAN

Emas dan Perak adalah dikategorikan sebagai Aset, sama seperti Tanah, Rumah dll,dan sebaik sahaja anda membeli sejumlah Emas dan Perak untuk tujuan pelaburan, bermakna anda telah membuat pelaburan dalam bentuk Aset. Sifat Aset adalah sesuatu yang sumber penawarannya amat terhad manakala permintaan keatasnya pula amat tinggi dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Ketidakseimbangan ini menjadikan Nilai / Harganya akan terus menerus meningkat dari masa ke semasa tanpa perlu bimbang kewujudan risiko yang berkemungkinan menjadikan harganya Jatuh mendadak sehingga menjadikannya Tidak Bernilai.

Ianya amat berbeza dalam pelaburan berbentuk Saham ataupun pelaburan ke atas perniagaan di mana harga Saham boleh Naik dan Turun sehingga menjadikannya langsung tidak bernilai pada bila-bila masa sahaja, dan juga pelaburan ke atas perniagaan dimana ianya lebih terdedah kepada faktor Untung dan Rugi yang disebabkan oleh faktor semasa pasaran, peningkatan kos operasi yang melampau dan pelbagai lagi faktor2 yang terlibat.

Justeru, pelaburan ke atas Aset adalah satu bentuk pelaburan yang Unggul dengan faktor risiko kerugian yang amat minima, menjadikan nisbah Keuntungannya lebih besar berbanding nisbah Kerugiannya.

EMAS & PERAK ADALAH WANG SEBENAR

Matawang Dinar Emas
Sejak beribu tahun dahulu, Wang adalah sesuatu yang dijadikan daripada Emas & Perak dimana ianya telah digunakan sebagai Matawang bagi urusan perdagangan. Justeru, semakin banyak simpanan Wang seseorang individu itu, bermakna semakin banyak simpanannya dalam bentuk Aset Emas & Perak, dan ianya akan membuatkan seseorang itu semakin lama menjadi semakin kaya disebabkan oleh kenaikan nilainya yang berterusan.

Maka jelas disini bahawa Wang sebenar adalah sesuatu yang berbentuk Emas & Perak sahaja dimana ianya adalah sesuatu yang amat wajar dijadikan simpanan ekoran sumber dan penghasilannya amat terhad disamping permintaan ke atasnya yang amat tinggi.

KEKELIRUAN DIANTARA WANG DAN MATAWANG (WANG KERTAS)

Malangnya, ketika ini kita di kelirukan dengan kewujudan Matawang yang dicipta oleh Sistem Kapitalis, di mana mereka berjaya meletakkan keyakinan kita semua ke atas alat ciptaannya ini sehingga kita semua terus bermati-matian meyakini Matawang ciptaan mereka ini adalah Wang yang sebenar dan ianya wajar dijadikan sebagai simpanan dan ukuran kekayaan.

Diantara Matawang Yang Telah Tidak Diterima Penggunaanya
Definisi bagi Matawang adalah "Suatu Alat Pembayaran Yang Diterima Penggunaannya". Ini bermakna, fungsi dan tujuan sebenar Matawang dicipta cuma satu sahaja, iaitu untuk digunakan bagi sesuatu urusan pembayaran, dan bukannya untuk dijadikan sebagai medium simpanan.

Dalam ertikata lain, sekiranya kita tidak memerlukan Matawang bagi sebarang urusan yang memerlukannya, maka ianya tidak seharusnya dijadikan simpanan kerana amalan itu menyalahi fungsi sebenar ianya diciptakan.

Kita semua juga pasti sudah sedia maklum bahawa sekiranya sesuatu itu digunakan bukan pada fungsinya yang sebenar, pastinya ia akan mengundang kesan yang kurang baik. Sebagai contoh, fungsi sebuah kereta adalah untuk digunakan sebagai alat pengangkutan bagi memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi jika fungsinya disalahgunakan bagi tujuan berlumba di jalanraya maka sudah pasti ia akan mengundang padah dan membawa kepada kematian.

KESAN DARIPADA SALAHFUNGSI MATAWANG

Kebanyakan orang menyangka bahawa masalah kewangan yang mereka hadapi ketika ini adalah disebabkan oleh kekurangan Wang Kertas untuk mereka berbelanja dan juga disebabkan oleh ketiadaan Wang Kertas dalam simpanan mereka.

Hakikatnya, masalah seperti ini wujud bukan disebabkan oleh kekurangan Wang Kertas, sebaliknya disebabkan oleh terlalu banyak Wang Kertas sehingga menyebabkan berlakunya lambakan di dalam pasaran. Ini kerana Wang Kertas bukanlah sesuatu yang terhad sumber dan penghasilannya sebagaimana Emas & Perak, sebaliknya ia boleh ditambah cetak pada bila-bila masa tidak kira seberapa banyak ianya diperlukan.

Bagi mengatasi lambakan ini, maka harga barangan keperluan di pasaran pula akan dinaikkan bagi tujuan menyeimbangkan diantara jumlah Wang Kertas dan jumlah barangan keperluan yang ada. Bermakna, semakin banyak Wang Kertas yang kita semua perlukan terutamanya untuk simpanan, maka semakin kerap ianya akan ditambah cetak, sekaligus membuatkan jumlahnya semakin bertambah dan harga barangan keperluan semakin meningkat.

Dalam masa yang sama, Wang Kertas yang ada dalam simpanan juga perlahan-lahan kehilangan nilainya kerana jumlahnya yang diperlukan untuk membeli sesuatu keperluan pada masa akan datang akan semakin meningkat berbanding jumlah yang diperlukan pada ketika ini.

JALAN PENYELESAIAN TERBAIK

1- Sekiranya ada simpanan Wang Kertas bagi tujuan kegunaan pada hari tua, segera tukarkannya kepada Wang sebenar dalam bentuk Aset Emas & Perak supaya nilai simpanan itu terus meningkat dari masa ke semasa sekaligus menjadikan jumlah simpanan terus bertambah dengan sendirinya. Aset Emas & Perak tersebut boleh dijual bila mana kita mahu menggunakan Wang Kertas kelak dan jual Emas & Perak tersebut hanya pada sekadar jumlah Wang Kertas yang diperlukan sahaja, bukan kesemuanya.

2- Sekiranya ada Wang Kertas yang bakal digunakan dalam jangkamasa beberapa bulan lagi, tukarkannya dahulu kepada Emas & Perak, sekurang-kurangnya dalam tempoh itu jumlahnya telah dijana dan telah bertambah walaupun hanya sedikit. Apabila sampai waktu Wang Kertas diperlukan untuk urusan yang berkaitan, baru jualkannya.

JENIS - JENIS WANG 

Dalam sistem kewangan ketika ini, terdapat 3 jenis wang yang digunakan sentiasa kita gunakan dalam menjalani kehidupan seharian, dimana setiap satu darinya mempunyai peranan dan fungsi penggunaan yang berbeza. Hari ini, diantara faktor utama yang membuatkan kewangan peribadi kita dilanda "Bencana Kewangan" ialah disebabkan oleh pengetahuan tentang kewangan yang amat sedikit sehingga kita tidak menyedari akan kewujudan ketiga2 jenis wang ini, sekaligus membuatkan kita seringkali menyalah fungsi penggunaannya.

3 kategori tersebut ialah :

1- Wang Komoditi - Peranannya adalah sebagai Penyimpan Nilai dan ianya digunakan sebagai medium simpanan untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Cth : Emas & Perak (Fizikal).

2- Wang Fiat - Peranannya adalah sebagai Alat Pembayaran yang diterima penggunaannya untuk mendapatkan barangan keperluan dan perkhidmatan. Cth : Wang Kertas.

3- Wang Kredit - Peranannya adalah untuk membolehkan kita membuat sesuatu pembelian / pinjaman dan ianya mesti dibayar semula dalam sesuatu tempoh secara ansuran. Cth : Pinjaman / Kredit Kad.

Berdasarkan penjelasan diatas, anda telah pun memahami peranan dan fungsi setiap jenis wang, dan cuba anda periksa semula tabiat kewangan anda, adakah anda menggunakan sesuatu jenis wang itu pada tempatnya yang sebenar atau sebaliknya?

Saya yakin, pasti tidak ramai yang menggunakan Wang Komoditi (Emas & Perak) sebagai simpanan jangka pendek, sederhana dan panjang mereka, kerana mereka lebih gemar menyimpan Wang Fiat di bank dan bagi mereka ianya lebih selamat dan menguntungkan.

Namun begitu, disebabkan anda telah menggunakan Wang Fiat yang sepatutnya hanya digunakan sebagai medium pembayaran kepada medium simpanan, bermakna anda telah menggunakan wang yang salah untuk fungsi yang salah. Maka kesannya, semakin banyak Wang Fiat yang disimpan, semakin rendah kuasa beli anda atau dalam ertikata lain makin sedikit barangan dan perkhidmatan yang anda boleh dapatkan pada masa akan datang, dan situasi  inilah yang dinamakan Inflasi.

Simpan Jumlah Atau Nilai?

Hakikatnya, setiap kali anda menyimpan Wang Fiat, bermakna anda telah menyimpan Jumlah Wang dan bukannya Nilai Wang, kerana kertas yang anda simpan itu tiada nilai. Berbanding jika anda menukarkan Wang Fiat yang hendak disimpan itu kepada bentuk Wang Komoditi terlebih dahulu sesuai dengan fungsinya sebagai simpanan, maka anda telahpun menyimpan Nilai Wang anda di dalam bentuk Emas / Perak kerana kedua2 komoditi ini mempunyai nilainya sendiri.

Harus diingat, kekayaan yang perlu disimpan itu adalah dalam bntuk Nilai dan bukannya Jumlah, kerana Nilai adalah sesuatu yang Abstrak, tidak boleh diperbaharui dan tidak akan lenyap menjadikan sesuatu yang bernilai itu akan sentiasa berharga (mempunyai harga). Berbanding Jumlah, ianya adalah sesuatu yang boleh dihitung, diperbaharui dan ditambah pada bila2 masa menjadikan ianya sesuatu yang tidak mempunyai harga.

Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan diantara menyimpan di dalam bentuk Jumlah dan Nilai.

Wang Kertas Dengan Jumlah Yang Banyak
Jumlahnya Menjadi Sedikit Apabila Yang Disimpan Adalah Nilainya

Wang kertas dalam gambar diatas adalah jumlah yang sama yang saya gunakan untuk ditukar kepada bentuk Wang Komoditi kerana Wang Kertas tersebut adalah untuk tujuan simpanan. Lihat, jumlah Dinar Emas yang saya perolehi menjadi sedikit apabila telah ditukarkan dari Wang Fiat kepada Wang Komoditi.

Lebih menarik lagi, Wang Komoditi bukan sahaja menyimpan nilai kekayaan saya, tetapi juga menggandakan nilai kekayaan saya melalui kenaikan semasa harga Emas di pasaran. Saya pasti, tiada siapa akan menyangka Wang Kertas sebanyak kira2 RM47,200.00 di atas tadi, apabila saya tukarkan dalam bentuk Wang Komoditi sebaagai simpanan, kini hanya kira2 10 bulan sahaja jika saya menjualkan kesemua Dinar Emas tadi untuk mendapatkan Wang Fiat, maka jumlah keseluruhan Wang Fiat yang akan saya perolehi adalah sekitar RM60,800.00 atau penambahan Jumlah Wang Fiat sebanyak RM13,600.00 bersamaan dengan kenaikan sebanyak 29%!! Bermakna purata penambahannya ialah sebanyak RM1,360.00 sebulan!!

Nah, inilah yang dikatakan kehebatan dan keistimewaan Wang Komoditi Emas & Perak kerana ianya bukan sahaja menyimpan nilai, tetapi ia juga menggandakannya, dalam ertikata lain, Wang Komoditi Emas & Perak adalah satu medium Simpanan & Pelaburan yang unggul! Berbanding jika Wang Fiat itu tersimpan sahaja, adakaah ianya akan bertambah jumlahnya dengan sendiri? dan apakah lebih banyak barangan keperluan dan perkhidmataan yang akan anda perolehi?

Pada bila2 masa saja, sekiranya saya memerlukan sejumlah Wang Fiat untuk digunakan, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar ini mengikut kepada jumlah Wang Fiat yang diperlukan sahaja, selainnya biarkan sahaja ia di dalam bentuk Emas kerana makin lama disimpan, maka semakin banyak nilai yang akan digandakan. Dan bukan sekali ini sahaja saya menukarkannya kepada bentuk Wang Komoditi sebagai simpanan, tetapi setiap kali saya ada Wang Fiat yang tidak digunakan dan ingin disimpan, maka saya akan segera menukarkannya kepada Wang Komoditi untuk disimpan sehinggalah sampai waktu saya memerluka  Wang Fiat kelak, barulah ia akan saya tukarkan semula. 
|

EMAS HARTAMU

Public Gold Pelaburan Terbaik 2020

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Main Office:12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1”

Bishop Branch:No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54”

Sunway Branch:42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6”

Sunway Seminar Hall:16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch:No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35”

Kelantan Branch:Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
E 102°14’35.4” N 6°7’50.4”

SP Branch:No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
E 100°28’58” N 5°38’21”

JB Branch:45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.

Kuantan Branch:A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.

Kuala Terengganu Branch:16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
E 103°7’47” N 5°19’44”

Kuching Branch:3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telephone:
Main Office:+604-644 9999
Bishop Branch:+604-261 9999
Sunway Branch:+603-5634 8999
Ipoh Branch:+605-242 8999
Kelantan Branch:+609-746 2999
SP Branch:+604-423 2999
JB Branch:+607-235 8999
Kuantan Branch:+609-567 8916
Kuala Terengganu Branch:+609-626 3999
Kuching Branch:+6082-259 916,
+6082-252 916
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

PUBLIC JEWELLERY

PUBLIC JEWELLERY

GOLD N SILVER

goldbar of public gold

goldbar of public gold

i

dinar of publicgold

dinar of publicgold

PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD

About

© Golden EMPIRE. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps
Design Downloaded from free Blogger templates | free website templates | seodesign.us